PërjälänlänHïdüpkü

TENTANG AKU $ MEREKA
悲しいことしないでください!, 確かに、神は私たちとは
↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓

Isnin, 30 November 2009

Raya pertama.

Pejam celik pejam celik dah lebih 2 bulan aku kat Ardu Kinanah ni, rasa macam dua,tiga minggu lepas ja raya posa, lani dah mai raya haji plak.
emmmmmmmm..... cepat benor qasenye. Dah lebih 18 tahun aku raya kat Malaysia, kali ni aku raya kat mesir la plak. Balik kaherah la sambil-sambil ambik imtihan qobul kat AlAzhar Sadis, Selain dari tu, ramai kawan-kawan dari furu' balik raya kat sini, abah & mama (pegawai negeri) pon ada kat sini. Sekurang-kurangnya boleh la nak lepas rasa rindu kat abah & family kat Malaysia, besa la ni kan raya pertama tanpa family.


Emmmm.... hahaha. Sebelum hari raya, aku & dua,tiga orang kawan kena jadi pakgat lembu-lembu yang MKKK nak korban time raya kedua, besa la takut orang arab culik la katakan, dari zohor sampai isyak gak la kami jaga.


Huh..letih benor, tak sabaq nak tunggu tukaq shif haha. Kat rumah Kedah plak pada malam tu ada program "Gema Takbir". Ingat nak masuk program tu sampai habih, tapi ngantuk la plak, tengok ustaz bagi ucapan pon dok nampak bantai dengan lihaf ja huhu. Naik tidoq ja la nampak gaya dia. emmmmmmm.... tidoq pon tak berapa nak lena sebab dok taringat suasana raya kat Malaysia, lapaq lemang la plak hehehe. Tidoq sat ja la sebab dok ingat nak tepon Malaysia plak tengah malam satgi.

Lebih kurang pukoi 1.30 pagi aku call Malaysia, tapi tak dak seoqang pon yang angkat, mungkin depa tengah sibuk-sibuk nak semayang qaya kot rasanya. emmm.. tak pa la lepas semayang raya satgi plak aku call.

Dok qalik-qalik main laptop kat bilik Dr.Nasir aku terdengar bunyi Allahuakbar (2x) azan subuh dah ka, cepatnya. emmmmmm siap-siap pi semayang subuh la, aku selalu gak la pi semayang subuh kat masjid bulat, dekat ja dengan rumah Kedah 3 ni, tak sampai dua minit kot jalan kaki. Lepas tok imam bagi salam ja terus ja tok imam takbir raya, tapi kalau dengaq tu pelik sikit la sebab takbir arab ni tak dak lagu hahaha.

Lepas semayang tequih ja balik, nak iron-iron baju sikit. Rasanya hari ni semayang raya kat masjid Musa kot, sebab kat situ ada buat khutbah melayu lepas orang arab semayang. Ramai gak la mahasiswa & mahasiswi Malaysia yang pi semayang situ. Lepas semayang tequih pi rumah Kelantan, ada nyoqok, PMRAMM punya kot qasanya sponser dia.
Lepas ambik makanan & raya-raya pa teruih pi rumah kedah Asyir Sabeik dengan Ustaz Subki, dia kata Ustaz-Ustaz kat situ ada buat rumah terbuka sikit.



Emmm.....Sementara nak sampai kat tingkat atas tu, ziarah-ziarah la sat kat rumah Ustaz Nazrul, banyak gak la yang diceqitakan, antaranya cerita pasai arab Bar-bar, pelik gak bunyi dia, ustaz Subki yang dok lama kat sini pun tak pernah dengaq pasai ni hahaha. Macam dah lewat ni, jom kita naik tingkat atas plak. Selang dua tiga tingkat sampai gak kat rumah terbuka tu, depa layan kami sungguh-sungguh la, tak tau nak habaq. sampai penuh perut la katakan. Dok qalik sembang dengan Ustaz-ustaz dah bunyi azan la plak, kena semayang jumaat la, kena makan cepat-cepat ni, nampak gayanyamasjid kedai roti la jawabnya hehe. Lepas mayang jumaat, ingat nak relex ja, depa ajak pi Haiyu Asyir plak, katanya ada rumah terbuka Kedutaan Malaysia dengan pejajaq Medic kat situ, boleh tahan la meriah dia. huhu

Letih gak la raya kat sini walaupun tak semeriah kat Malaysia... Raya pon puas dah, nak kena siap-siap balik Tonto la plak, kuliah pon dah nak start ni. Akhir kalam , emmmm...Selamat hari raya Eidil Adha, Maaf Zahir Batin
:-)










































Sabtu, 7 November 2009

Hanya Tinggal Kenangan


                       Gambar terakhir (family) bersama mama


Pada pagi yang dingin ini, suasana rumah Kedah 3, Haiyu Sabeik semakin sunyi sepi kerana sudah ramai kawan-kawan aku yang telah beradu ditempat masing-masing kerana kepenatan kekuliah, bunyi hon kereta yang selalu lalu-lalang dihadapan asrama aku pun semakin sunyi, ditambah pula dengan angin sepoi-sepoi bahasa, badanku sedikit kesejukan kerana hendak masuk musim sejuk tidak lama lagi. Aku tengok dibahagian atas, kanan skrin henfon Nokia 6630 aku jam menunjukkan pukul 12.15 minit pagi bagi waktu Mesir (GMT +2), kalau waktu Malaysia aku rasa lebih kurang pukul 6.15 pagi.

Tiba-tiba hatiku terdetik untuk mengarang sesuatu pada blog aku kerana hampir sebulan aku  tidak mengupdatenya. Lalu aku  teringat akan keayuan wajah mamaku. Pejam celik pejam celik dah hampir genap setahun  mama meniggalkan aku dan keluarga. Aku rasa baru sebulan sahaja aku bertemu dengan mama. Emmmm.. ini mungkin sekali kehendak ilahi dan dia (allah) lebih menyayanginya. Aku sebagai hambanyanya perlu redha, dan berserah bulat-bulat kepadanya tanpa rasa tidak puas hati diatas ketentuannya. Aku yakin sekali tentu ada hikmah disebalik kejadian yang ditentukan.

Aku dapat mesej daripada abah minnggu lepas, katanya nak buat kenduri arwah kat rumah untuk almarhumah mama pada hari sabtu ni, moga-moga jadi la apa yang dirancang. Aku sedih sikit la sebab tak dapat hadir sekali pada hari majlis tu, tapi tak pa la aku boleh buat tahlil kat sini ja, yang penting pahala tu sampai kat mama terus. Kalau diikutkan akal aku yang lebih dekat dengan jasad bonda berbanding dengan keluarga kat malaysia tu yang boleh coover sikit kesedihan aku tu.

Emmm...
Aku berharap, aku dapat jumpa mama lagi selepas ni walaupun didalam mimpi dulu sebelum ke alam lain, sepertimana yang aku selalu berdoa selepas sembahyang dan ketika bertawassul dekat maqam-maqam wali, imam-imam besar empat mazhab dan para sahabat Rasulullah S.A.W di bumi barokah ni.

Selain dari tu, aku juga berdoa dan berharap mama dapat bersama-sama para anbiya' dan auliya' disana. amin. Sebelum itu marilah sama-sama kita bacakan ummul furqan kepada almarhumah mama dan saudara-saudara islam kita yang telah meninggalkan kita. Alfatihah.

                                                                                                                                      ,بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم
                                                                                                                                         ,الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِين
                                                                                                                                               ,الرَّحْمـنِ الرَّحِيم
                                                                                                                                               ,مَـالِكِ يَوْمِ الدِّين
                                                                                                                                      ,إِيَّاك نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِين
                                                                                                                                   ,اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
                                                                                                                                    صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ                   
                                                                                                                         .غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّين




Ibu,
Kau disiram bayu pagi,
Kehilangan terasa kini, dan kesepian,

dan aku bagai purnama gerhana,
Di ibarat lautan kering,
Tiada tempat ku layarkan,

Hasratku ini,
Masih belum sempat,
Kubuktikannya kepadamu,
Ibu tersayang,
Kucurahkan rasa hati,

Ku tatapi potret mu berulang kali,
Kurenungkan kalimah yang diberi,

Tuhan Yang Esa,
Ampuni dosa ibu,
Tempatkan mereka,
Di antara kekasih kekasihMu,

Oh! Ibu,
Kau kasih sejati,
Kutaburkan doa,
Untukmu ibu,

Ampunilah dosaku,
Sejak ku dilahirkan,
Hingga akhir hayatmu,

Saat ini,
Kuteruskan hidup,
Tanpa bersamamu ibu.





















SEGALA JASAMU AKAN TETAP KU KENANG SELAMANYAUHIBBUKI  YA UMMI

Jumaat, 30 Oktober 2009

Kosmo Fitnah Assyahid

Langkawi 29 Okt 12.15 a.m | Persatuan Mahasiswa Kedah darul Aman (PERSADA  kedah)  menggesa akhbar Kosmo!  supaya menarik semula kenyataan yang mendakwa bahawa Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali  Ibrahim Libya sebagai sesat. Setiausaha Agong PERSADA Kedah , Mohd Al-hafiz  Adnan mendakwa bahawa  kenyataan akhbar kosmo!  yang diterbitkan pada Isnin 26 oktober lalu merupakan satu kenyataan fitnah dan tidak benar.
Mewakili PERSADA,beliau  mengecam  tomahan tersebut dan meminta agar  pihak Kosmo!  memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan tersebut.
“Perkara tersebut sudah lama selesai dan tidak perlu di bangkitkan apatah lagi memfitnahnya sebagai sesat..”
“Majlis fatwa Negeri Kedah sendiri  pernah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang meninggal dalam tragedi Memali adalah tidak sesat dan  meninggal sebagai seorang syuhada atau mati syahid “ –Ujarnya lagi.
Berikutan itu,beliau yang juga merupakan Presiden Persatuan Mahasiswa Kedah Universiti Malaya(PERMADAH UM)  akan membincangkan perkara susulan berkaitan ini dan kemungkinan besar akan menyarankan pihak yang terlibat dengan peristiwa tersebut (ahli keluarga mangsa) mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Kosmo!.
Kes ini tidak pernah dibicarakan di mahkamah walaupun sudah beberapa kali tuntutan fail terhadap peristiwa ini dilakukan.
Dalam peristiwa Memali,Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya terbunuh dalam satu operasi yang dijalankan oleh pihak polis pada 19 November 1985 yang dinamakan operasi Hapus pada zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri.
Dalam operasi tersebut ,berlaku  pertempuran di antara penduduk Kampung Memali dengan anggota polis yang  telah mengorbankan seramai 18 jiwa  manakala berpuluh-puluh yang lain cedera.

copyright of http://mahasiswakini.com

Khamis, 8 Oktober 2009

Kenang Daku Dalam Doamu



                         

                                























pada 24 september 2009 aku memulakan langkah baru utk menyambung belajar di menara gading iaitu al azhar universiti sebagai mahasiswa ijazah sarjana muda Syariah Islamiah. Detik-detik permulaan sebelum aku sampai ke sana memang amat menguji kesabaranku kerana aku tidak dapat hadir sekali bersama ahi keluarga lain untuk turut  serta bersama pada hari kenduri abangku yang sulung pada 26 0ktober 2009. pada hari yang sama juga kenduri dirumah kakak ipar aku di Kg.Carok Salang Parit Panjang, nasib menyebelahi aku apabila ayah mengizinkan aku untuk turut serta ke rumah kakak ipar aku.

Selepas makan sehidang  bersama raja sehari, kami bergegas pulang ke rumah kerana hendak membuat persiapan terakhir untuk ke lapangan terbang sultan abd halim dekat kepala batas alor setar.
Sampainya di rumah, selepas solat zohor aku bersiap2 dan  bersedia untuk turun tangga. tpat jam 3.45 pm Ustaz Bakhir yang merupakan guru kelasku semasa tahun empat membaca doa bagi mengambil berkat daripada doa-doa yang dibaca oleh ust.

Kami bertolak keluar dari rumah lebih kurang jam 4 dengan menaiki kereta proton persona abang aku  yang berplat PHN 972. Beberapa jam kemudian aku bersama abah,mak,mak2,abg bey, & 3 anak saudara aku sampai di lapangan terbang Sultan Abd Halim. Abang mengangkat beg bagasi yng diletak di dalam bonet keretanya untuk dibawa masuk ke dalam airport.

Ketika di airport kami bergambar bersama-sama buat kali terakhir sebelum aku bertolak ke bumi mesir, pada hari tersebut ramai kawan2 yang turut hadir untuk mengucapkan selamat kepadaku. Sedar tak sedar dah hampir jam 9.20 malam, jantungku semakin berdegup kencang kerana hampir menanti menanti detik2 perpisahan. Sebelum fright bergerak aku bersalaman,mencium & memeluk abah, mak, mak2, abg2ku, kak na, adik aku naim & tidak ketinggalan anak2 saudaraku. aku melihat raut wajah mereka yang mengharapakan aku pulang pada suatu hari nanti dengan kejayaan yang di impi2kan sepertimana para ahli keluarga  sahabat2 lain yang akan serombongan denganku. Berat kakiku untuk melangkah meninggalkan mereka semua, apakan daya memikirkan aku adalah salah seorang pemikul tanggungjawab keluarga, masyarakat kampung, dan kerajaan negeri.

Kami bertolak pada jam 9.20 malam, sebelum itu kami semua memasangkan niat masing2 agar dipermudahkan segala urusan,  semasa di dalam fligt kami diberi makan nasi,roti dan lain2.. Kami sampai di KLIA lebih kurang jam 10.15 malam, aku bersama kawan2 yang lain mencari tempat yang sesuia untuk berehat sebelum meneruskan flight seterusnya, tepat jam 3.30pagi kami diberi arahan oleh Cikgu Ismail & beberapa staf Majlis Agama Islam Kedah yang merupakan pengiring kami untuk brsiap sedia untuk bertolak ke Kuwait pula, ketika di dalam kapal aku bersama rakan2 solat subuh berseoran2gan kerana ruang solat di dalam kapal terlalu sempit, ini merupakan ujian awal kami kerana aku rasakan betapa susahnya untuk berwuuk dan menunaikan solat 2 rakaat pada keadaan seperti itu. Kami sampai ke airport Kuwait lebih kurang jam 6.30pagi waktu kuwait, aku dan kawan2 sarapan bersama2 di cafe. Selepas itu kami berjalan2 bagi menghilangkan lenguh2 badan ketika berada didalam flight.

Jam 9.30 pagi waktu Kuwait kami bertolak ke destinasi terakhir kami iaitu ke bumi kinanah, Mesir. Beberapa jam kemudian sampailh kami di bumi kelahiran anbiya'. Aku dan kawan2 diuji lagi dengan satu ujian semasa beratur untuk untuk mendapatkan visa, kami diuji dengan karenah arab yang memotong barisan ketika beratur, dan ada juga yang bergaduh sesama sendiri, ini merupakan kejutan budaya arab mesir yang kami tidak pernah gambarkan sebelum ini, selain itu ada  kawan2 yang tersangkut ketika hendak mengambil cop visa. Oleh itu, Sheikh Ismi yang merupakan salah seorang daripada pengiring kami terpaksa mengambil insiatif untuk menyuap mulut mereka dengan beberapa dolar USD untuk melepaskan beberapa kawan2 yang tersangkut. Beberapa jam kemudian alhamdulillah aku dan kawan2 lepas dari ujian itu.

Kami disambut oleh badan Kebajikan Keluarga Kedah (MKKK) yang dikepalai oleh Sheikh Yusof Hj Ahmad yang merupakan abah kami di bumi kinanah ini & dan beberapa orang wakil dari Persatuan Republic Arab Mesir (PMRAM), kami dilayan bagaikan menteri. Kemudian kami di bawa ke rumah keluarga Kedah Haiyu Sabeik (seksyen tujuh) Bandar Nars, Kaherah, Buat masa sekarang aku tinggal di situ buat sementara waktu. Alhamdulillah , kami semua selamat sampai ke tempat destinasi kami. Doakan kami selamat & dipermudahkan segala urusan di sini. amin
ampuni kami

Update terbaru Followers saya.

Aku sedang berusaha untuk mengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat belajar syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...in sya Allah.
©2008
خديم طلبة العلم الشريف