PërjälänlänHïdüpkü

TENTANG AKU $ MEREKA
悲しいことしないでください!, 確かに、神は私たちとは
↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓
Memaparkan catatan dengan label Isu Semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isu Semasa. Papar semua catatan

Khamis, 22 Mac 2012

Genap 8 tahun pemergian beliau | Syeikh Ahmad Yasin

Hari ini 22 Mac 2012 genap lapan tahun dunia gerakan Islam kehilangan tokoh, As-Syahid Syeikh Ahmad Yasin, pengasas gerakan Hamas di Palestin. As-Syahid dilahirkan pada 28 Jun 1936.

Antara kalamnya ialah "Kita memang menuntut mati syahid. Kita bukanlah inginkan kepada kehidupan dunia terlalu remeh-temeh dan tiada nilai. Kita berusaha menuju kepada hidup kita yang kekal abadi."

Anak perempuannya, Maryam Ahmad Yasin ketika menceritakan kehidupan ayahnya berkata, "Ayahku memberi contoh kepada lelaki-lelaki yang hidupnya untuk Islam. Waktunya, jihadnya, hartanya dan agamanya semuanya untuk Islam. Beliau akan keluar pagi hari mengelilingi masjid bagi menyeru manusia kepada Allah, beliau lelaki lumpuh. Selalu berpuasa, maka tatkala menjelang maghrib jika beliau berada berjauhan dari rumah (kerana menjalankan kerja dakwah) beliau akan melalui kedai runcit dan mendapatkan segelas susu untuk dibuat berbuka puasa sebelum meneruskan kerja dakwah. Dan tiada sebuah masjid di Gaza kecuali kesemuanya beliau telah menyampaikan pengajian atau khutbah manakala tiada khemah kecuali digalakkan agar terdapat seorang yang akan melakukan kerja Islam."

Zionis Israel telah melakukan percubaan membunuh beliau pada 6 Disember 2003 tetapi percubaan tersebut menemui kegagalan dan As-Syahid selamat. Pada pagi Isnin 22 Mac 2004, ketika perjalanan pulang menunaikan solat Subuh di sebuah masjid yang berdekatan rumahnya, Zionis menggunakan sebuah helikopter melepaskan tiga tembakan yang mengorbankan Syeikh Ahmad Yasin. Operasi yang diselia sendiri oleh bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon (semoga Allah menambahkan azabnya) turut mengorbankan tujuh pembantu As-Syahid dan mencederakan dua orang anaknya.

Sempena ulangtahun memperingati syahidnya beliau, semoga ia memberi kekuatan kepada kita dan khasnya saudara kita di Syria untuk terus berjuang hingga syahid atau diberikan kemenangan. Inilah indahnya Islam berbanding agama dan ideologi ciptaan manusia lain. Mereka yang berjuang jika tewas akan dikurniakan ganjaran syahid manakala jika menang akan diberikan tempat sebagai pewaris bumi ini sebagai khalifahNya. Semoga Allah merahmati roh As-Syahid dengan rahmat yang maha luas.
 
 Cyberbay

Ahad, 12 Februari 2012

Hari ini dalam sejarah | Imam As-Syahid Hassan al-Banna

Hari ini dalam sejarah, Pada hari sabtu, tanggal 12 Februari 1949. Pengasas Ikhwan Muslimin, Imam As-Syahid Hassan al-Banna, syahid dibunuh di Ramsis, Cairo. Selama 63 tahun ini, beliau telah meninggalkan banyak jasa didalam dunia dakwah sehingga ramai orang tertarik dengan gerakan Islam. Ikhwan Muslimin yang diasasnya menjadi antara gerakan Islam terhebat dunia. Dikagumi lawan dan kawan. Jasamu yang besar pada Islam, moga Allah membalasnya. Mujahid sepanjang zaman. Al-Fatihah.
 
Dan juga kelmarin, 11 Feb 2011 ulangtahun setahun Husni Mubarak meletakkan jawatan sebagai Presiden Republik Arab Mesir.
CyberBay-WesternCity

Isnin, 19 Disember 2011

Alfatihah Buat Assyahid Syeikh Imad Alazhari




 Segak orangnya



Assyahid merupakan salah seorang tenaga pengajar di Masjid AlAzhar Assyarif.
Mengajar kitab hashiah baijuri.



Video Asshahid Syeikh selepas terkena tembakan.




Jenazah assyahid syeikh disolatkan di Masjid Alazhar selepas solat zohor kelmarin.



Kelas terakhir Fadkilatus Syeikh di masjid Alazhar

>> Dikatakan beliau ditembak semasa melakukan rusuhan bersama rakyat  dan juga ketika meleraikan pergaduhan di medan Tahrir.
>>Tidak tahu siapakah yang menembak beliau samaada tentera sendiri atau orang awam.
>>Sama2 kita hadiahkan Alfatihah kepada beliau.


cyberbey
ampuni kami

Update terbaru Followers saya.

Aku sedang berusaha untuk mengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat belajar syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...in sya Allah.
©2008
خديم طلبة العلم الشريف