PërjälänlänHïdüpkü

TENTANG AKU $ MEREKA
悲しいことしないでください!, 確かに、神は私たちとは
↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓
Memaparkan catatan dengan label Kisah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kisah. Papar semua catatan

Sabtu, 21 Julai 2012

Kisah Ibrahim bin Adham

Sekadar Hiasan


Suatu hari Ibrahim bin Adham ingin membuang air kecil, lalu dia pun pergi ke tandas awam. Apabila dia ingin masuk ke dalam, seraya seorang lelaki menegurnya, “Wahai orang tua, bayarlah dulu sebelum masuk.”

Mendengarkan sapaan lelaki itu, air mata Ibrahim bin Adham pun bercucuran keluar dari matanya. Lelaki tadi terkejut dan berkata, “Wahai orang tua, andai kata kamu tiada wang untuk dibayar, masuklah secara percuma. Janganlah menangis kerana ini.”

Ibrahim bin Adham menjawab, “Wahai pemuda, aku menangis bukan kerana aku tiada duit tetapi aku terfikir jika tempat sejijik ini pun harus dibayar untuk dimasuki, bagaimana pula dengan syurga Allah? Berapakah bayaran yang harus aku sediakan untuk masuk ke dalamnya?

SELAMAT BERPUASA.....SEMOGA SETIAP AMALAN DITERIMA.

cyberbay

Jumaat, 8 Jun 2012

Kisah Nabi Daud a.s.



Nabi Daud dan 99 Isteri


NABI Daud a.s pernah mempunyai 99 orang isteri. Pada suatu hari, baginda yang juga menjadi raja, jatuh hati kepada seorang wanita yang sudah mempunyai suami.

Ketika hasratnya untuk mengambil wanita itu menjadi isterinya hampir dilaksanakan, Allah S.W.T mengutuskan dua malaikat yang menyerupai lelaki, bertemu baginda dengan membawa satu permasalahan untuk diadili.

Salah seorang `lelaki' itu berkata, dia mempunyai seekor kambing betina dan rakannya mempunyai 99 ekor kambing betina. Bagaimanapun, rakannya itu telah memujuk beliau supaya memberikan
kambingnya yang seekor.

Mendengar cerita lelaki itu, Nabi Daud berkata: ``Sesungguhnya dia (lelaki yang mempunyai 99 kambing) telah berbuat zalim kepadamu dengan meminta kambingmu itu untuk ditambah kepada
kambingnya. Dan sesungguhnya kebanyakan daripada orang-orang yang bersyarikat itu sebahagian mereka berbuat zalim kepada sebahagian yang lain, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh.''

Selepas lelaki-lelaki itu beredar, barulah Nabi Daud a.s tersedar bahawa apa yang disampaikan oleh lelaki berkenaan adalah mesej daripada Allah mengenai kesalahannya mahu mengambil isteri orang walaupun sudah mempunyai 99 isteri. (Pada zaman Nabi Daud belum ada syariat beristeri hanya empat)

Maka Nabi Daud terus menyungkur sujud dan memohon taubat kepada Allah di atas kesilapannya. Allah mengampuni Nabi Daud dan berfirman: ``Hai Daud, sesungguhnya kami menjadikan kamu
pemerintah di muka bumi, maka berilah keputusan di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat kerana mereka melupakan hari perhitungan.'' Kisah Nabi Daud ini terkandung dalam surah Shaad (38) ayat 17 hingga 26.

Rabu, 9 Mei 2012

Anak yang bijak

main nenek2 sipokok tiga :))
Panjang tak panjang baca dulu laaaa kisah ni.... :))
Alkisah......
Pada satu hari Bahlul Radiallahu anhu sedang berjalan2 di kota Basrah dan terserempak dengan sekumpulan budak2 sedang asyik bermain2. Di antara sekian ramai budak itu hanya ada seorang budak yang tidak ikut bermain.Dia hanya melihat saja sambil menangis.Bahlul mengagak budak tersebut menangis kerana tidak mempunyai mainan seperti teman2 yang lain.lalu Bahlul mendekati budak itu untuk memujuknya agar jangan menangis.

"Wahai anakku,mengapa engkau menangis ? Tak baiklah menangis macam ini.Biar pak cik belikan mainan seperti itu,nanti engkau boleh bermain seperti mereka." kata Bahlul.

Budak itu berhenti menangis sebentar kemudian memandang wajah Bahlul dan berkata :"Wahai pak cik yang cetek akal.Apakah kita ini diciptakan oleh Allah untuk bermain-main ?"

"Mengapa engkau berkata begitu ? Apakah engkau tahu untuk apa kita diciptakan ? tanya Bahlul.

"Ya tahu.Untuk menuntut ilmu dan beribadah kepada Allah." kata budak kecil tersebut.

Bahlul sangat terperanjat mendengar jawapan itu,tidak sangka budak sekecil itu punyai wawasan dan repomasi yang jitu.

"Semoga Allah memberkatimu.Dari mana engkau tahu tentang itu ?" tanya Bahlul lagi.

Budak itu menerangkan bahwa dia mengetahui perkara itu dari firman Allah s.w.t di dalam Al-Quran Surah Al-Mukminun ayat 115 yg bermaksud " Apakah kamu mengira bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (sahaja), dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami ? "

"Wah ...kalau begitu engkau ini seorang hukamak.Sila berilah aku nasihat!" kata Bahlul setelah mengetahui kecerdasan budak itu.

Budak kecil itu lalu bersyair yang berisikan nasihat tentang dunia dan kerugian orang yang menjadikannya sebagai matlamat hidup.Setelah itu dia memekik kuat sehingga rebah ke tanah dan pengsan di situ.

Bahlul segra mengangkat kepalanya dan diletakkannya di ribaannya.debu2 yang terdapat di kepala dan wajahnya dilap sehingga bersih.Sebentar kemudian dia sedar dari pengsannya.

"Wahai anakku,mengapa sampai begini rupa ? Engkau masih kecil dan belum mempunyai sebarang dosa." kata Bahlul.

"Pergilah engkau daripadaku.Wahai Bahlul,aku telah melihat ibuku menyalakan api didapur untuk memasak dengan memakai kayu yang besar2.Akan tetapi api tidak mahu membakar sehingga diumpan debnngan kayu kecil2 terlebih dahulu.Dari pengalaman itu aku merasa takut kalau aku dijadikan kayu2 kecilnya neraka jahannam."

Sekali lagi Bahlul terpinga2 akan kepandaian budak itu,semua kata2 dan hujahnya bernas dan masuk akal.Kerana nasihat si kecil itu hati Bahlul tergugat rasa takutnya kepada allah memuncak dan dia pun pengsan di situ juga.Dalam keadaan demikian budak tadi beredar dari tempat itu.

Apabila Bahlul sedar dari pengsannya dia segera melihat pada kumpulan budak2 yang sedang bermain2 tapi budak cerdas yang satu itu sudah tiada di antara mereka.

"Siapa gerangan budak tadi itu ?" tanya Bahlul kepada budak2 yang ada di situ.

"Apakah pak cik tidak kenal dia ?"

"Tidak aku tidak kenal.'

"Dia itu dari keturunan Husain bin Ali bin Abi Talib Radiallahu anhum." jawab mereka.

Bahlul terkejut apabila mengetahui bahwa budak itu sebenarnya adalah keturunan Rasulullah s.a.w

Kalau begitu patutlah Benihnya memang dari pokok yang baik,maka tumbuh dan berbuah yang baik pula." kata Bahlul pada dirinya.

tammmat......kisah ni.

Ya Allah ....kurniakan kpdku anak-anak yg soleh dan solehah serta keturunan yg baik dan mulia disisi-Mu Ya Allah ...Allahumma Aminnn...

cyberbay2012

Isnin, 21 November 2011

Masjid Ahmadi (masjid imam badawi)

24 Zulhijjah 1432 | 21 November 2011

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang.

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw dan keluarganya serta sahabatnya dan pengikut beliau sehingga akhir zaman.

Amma ba'd.

Cantik..pandangan dari arah belakang masjid...Menarik tumpuan penduduk tempatan dan luar

Pandangan dari luar pintu pagar masjid

Maqam syeikh Ahmad badawi....juga merupakan
keturunan Rasulullah saw. MADAD YA SIDI


Ammu :-)

Ukiran pada dinding masjid.


>>Dikatakan al Imam Ahmad Sidi Badawi salah seorang daripada 5 orang wali akbar di Mesir.
>>Dan Juga Merupakan seorang ulama yang Alim dan fakih dalam semua Mazhab
>>Gelaran badawi kerana beliau sering menutup muka dengan kain seperti orang arab badawi berjalan dipadang pasir.
>>Terletak di AwalBahr, Gharbiyyah, Masr.
>> CB doakan Semoga Allah memberikan keberkatan dan rahmat yang ada pada Syeikh kepada kita jugak.
>>''MADAD YA SIDI''

ان الله جميل وهو يحب الجمال
"Sesungguhnya Allah itu Cantik dan dia suka kepada kecantikan"

>> Fotografer by tanahmelayu***KET
>>Kamera Nikon D90

pEaCe :-)

Sindybad, CyberBey, Western City, Egypt

Rabu, 16 November 2011

Gambar kenangan ke Maqam Imam Muhammad bin Idris Assyafie r.a 11.11.2011

Sekitar Suk Syafie (pasar) dibuka pada hari jumaat sahaja


Syair beliau yang masyhur
Maqam Guru Al-Imam Syafie (imam waqi' r.a)

Maqam Imam Syafie

Dikatakan kesan tapak kaki nabi Muhammad saw di sebelah maqam Imam Syafie
Maqam Syeikh Zakaria Al-Ansari, salah seorang ulama  mazhab Syafie, terletak didalam masjid Imam Syafie


Kubah Masjid Imam Syafie, berbentuk kapal, menunjukkan imam Syafie merupakan seorang yang suka belayar dan mazhabnya tersebar luas diseluruh dunia.

>>11.11 2011, kebetulan tarikh cantik.
>>Kali ketiga CB ke maqam Imam Syafie, alhamdulillah.
>>Terletaknya Maqam ini di elQaherah, Mesir
>>Mazhab paling ramai pengikutnya didunia. Insyaallah.
>>Pernah berkata Syeikhuna, Syeikh Ahmad Alhusaini dimasjid Musthofa Gharbiah ''mazhab syafie adalah mazhab yang paling afdal kerana alImam Syafie berasal dari keturunan Quraish'' wallahua'lam.


CB akhiri post hari ni dengan syair imam Assyafie yang masyhur.



شكوتُ إلى وكيـع سـوء حفظـي
فأرشدني إلـى تـرك المعاصـي
وأخبرنـي بـأن العـلـم نــور
ونـور الله لا يُـهـدى لعـاصـي


aku mengadu kepada Waqi' (guru imam syafie) masalah ingatanku
maka beliau menasihatiku untuk meninggalkan maksiat
beliau khabarkan bahawa ilmu itu cahaya
dan cahaya Allah itu bukanlah untuk orang yang melakukan maksiat (dosa)



pEaCe :-)


sindybad,CiberBey,WesternCity.

Jumaat, 27 Mei 2011

Ziarah Ahlu Bait Rasulullah Saw dan Auliya disekitar kaherah 2

Dengan nama Allah yang maha penyayang lagi maha pengasihani.

Alhamdulillah, selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, serta keluarganya, sahabatnya dan pengikutnya yang benar.

amma ba3d.,

''Sesungguhnya golongan yang takut pada Allah itu ialah ulama''

6. Sayyidina Muhammad AlAnwar, iaitu bapa saudara kepada sayyidah Nafisah binti Hasan AlAnwar Radhiallahuanhum.

7. Sayyidah Sukainah binti Al Imam Hussin radhiallahuanhuma. Dilahirkan pada tahun 48 hijriyyah dan anak kepada Sayyidina Hussin bin ‘Ali karomallahuwajhah.

8. AlImam Waqi’ radhiallahuanhu. Sepertimana yang kita maklum, AlImam Waqi’ merupakan guru kesayangan AlImamuna Imam Syafie Radhiallahuanhu (Abu Abdullah bin Muahmmad bin Idris AsSyafie) ketika beliau di Mesir, dan kepada guru beliau inilah beliau mengadu ketikamana ingatan beliau mudah terlupa sepertimana yang kita selalu dengar melalui syairnya. binti Sayyidina ‘Ali ArRedha bin Musa AlKazim bin Jaa’far bin Sodiq radhiaallahuanhum.

  • Bersebelahan maqam beliau terdapat maqam Sayyidah ‘Atiqah binti Zaid bin ‘Amru  bin Nafil AlQurshi. Isteri kepada AlImam Muhammad bin Sayyidina Abu Bakar Assiddiq (maqam AlImam Muhammad terletak disebuah perkampungan dalaman di Daerah Mansoura)

Maqam Sayidatina Ruqayyah r.a

9. Maqam Sayyidi  ‘Ali Alja’fari iaitu nasab keturunan daripada Ja’far Attoyyar bin Abi Talib.
Juga dikatakan terdapat beberapa keturunan Rosulullah.
Maqam seorang pemaisuri  bernama Shajaratul Dur.

10. Ashab wa Sadah  Almalikiyyah. Ramai ulama’ dalam Mazhab Maliki dan anak murid AlImam Malik Radhiallahuanhu dimaqamkan di sini. Antara mereka ialah Sayyidi Abdul Rahman AlQasim  dan anak2 beliau . Sayyidina  Ashhab  bin Abdul Aziz (120 – 204 Hijriyyah) AlImam Ashbagh bin AlFarg bin Sa’id dan bekas Maasyaikhul Azhar asSyarif iaitu Syeikh Abdul Majid Salim dan serta beberapa ramai lagi yang berkhidmat untuk islam dan umat seluruhnya radhiallahuanhum ajma’in.


Antara maqam ashab Malikiyyah


wallahu a3lam.
Nantikan sambungannya, in sya Allah

jumaat- sindbad, cyber Bey, Gharbiah.

Sabtu, 30 April 2011

Ziarah Ahlu Bait Rasulullah Saw dan Auliya disekitar kaherah 1

Dengan Nama Allah...Segala puji dan puja untuknya. Selawat dan salam keatas junjungan besar, nabi Muhammad Saw, serta keluarga dan sahabatnya, dan bagi umat yang meneruskan perjuangannya.




1) Sayyidina Hussin bin ‘Ali Karomallahuwajhah, merupakan cucu kesayangan Rosulullah Sallallahu’alaihiwasallam, Maqam dan masjid Sayyidina Hussin Radhiallahuanhu terletak di sebuah tempat yang bernama Darrosah, Kaherah dan juga berseberangan dengan masjid Al-Azhar Assyarif. Maqam beliau tidak putus daripada pengunjung yang datang untuk menziarahi maqam beliau, terutamanya mahasiswa AlAzhar Assyarif dan rakyat tempatan.

Pasar Husein terletak di sebelah Masjid AlImam Hussein

Maqam AlImam Hussein..Madad ya imam

Perasmian masjid di dinding masjid


2)Sayyidah Zainab binti Imam Ali Radiallahuanhuma, Bondanya Sayyidah Nisa’ Al ‘Alamin (Ketua sekalian wanita di dunia) Sayyidah Fatimah Azzahra’. Dilahirkan pada tahun kelima hijrah iaitu dua tahun selepas kelahiran Al-Imam Sayyidina Hasan dan setahun selepas Sayyidina Husin Radhiallahuanhum.


Biadota Ringkas Sayyidah Zainab AtToharah

Maqam beliau


Disekitar Maqam tersebut terdapat juga maqam. 
  • Sayyidi Al- ‘Itris: Belia merupakan saudara kepada wali qutub Maulana Sayyidi Syeikh Ibrahim AdDusuqi yang merupakan keturunan dari Sayyidi ‘Ali Al-Redha bin Musa Al-Kazim bin Ja’far Assodiq radiallahuanhum ajma’in.
  • Sayyidi Al’Idrus: Beliau adalah seorang ulama’ dari Yaman berketurunan Sayyidina Husin bin Sayyidina ‘Ali sepupu rasulullah saw.

3)Imam Sultan Hanafi Radhiallahuanhu, merupakan Khalifah kepada Imam Abu Hassan AsSyazili dan menantunya Sayyidi ‘Umar Ar-Rukn
Pangkat sultan pada beliau kerana, rakyat mesir mengikut setiap arahannya seperti mengikut arahan sultan. Disekitar maqam tersebut (di dalam masjid) terdapat sebuah perigi yang digali oleh beliau sendiri yang dipanggil Shibih Zamzam (seperti air Zamzam). Dikatakan (kisah Mashhur) pada asalnya sebelum menjadi shibih zamzam, beliau telah mencampakkan air zamzam yang telah dibawa pulang oleh anak muridnya dari Kota Makkah Mukarramah. Dan dikatakan airnya tidak pernah kering. Wallahua’lam.


Biodata Syeikh Hanafi.

Telaga beliau dinamakan sebagai shibih Zamzam




4)Al Imam Sayyidina Zaid ‘Ali bin Zainal ‘Abidin, beliau adalah Sayyidi Zaid bin Sayyidina Al Imam ‘Ali bin Zainal ‘Abidin bin Sayyidina Imam Al Hussin bin ‘Ali  radhiallahuanhum. Dikatakan hanya kepala beliau iaitu Sayyidina Zaid bin ’Ali Zainal ‘Abidin. Wallahua’lam.

5) Sayyidah Nafisah binti Al Imam Hasan Al Anwar bin Zaid Al Ablaj bin Sayyidina Hasan bin Sayyidina ‘Ali bin Abi Talib, suami kepada Sayyidatina Fatimah AzZahra’ anakanda Rosulullah Saw. Sayyidah Nafisah ini digelar Nafisah Alkubra. Juga dikenali sebagai ‘’Ummul ‘Ulum’’ kerana ketinggian ilmunya. Dikatakan kisah seorang kanak yang cacat, pada suatu hari ibubapa kepada kanak2 tersebut meninggalkan kanak2 itu bersama beliau, asyik kanak2 tersebut bermain2 ditempat berwudu’ Sayyidina Nafisah, tiba2 kanak2 tersebut sembuh dari penyakitnya dengan izin Allah. Ini mungkin juga dapat kita gariskan sebagai  salah karamahnya beliau. Di Masjid yang terdapatnya makam beliau ini juga, tidak putus daripada orang menunaikan solat jenazah kerana kebanyakan ahli keluarga simati akan menyembahyangkan jenazah keluarga mereka di Masjid Sayyidina Nafisah radhiallahuanha.


Tempat beliau berkhalwah (ibadat) yg terletak agak jauh dari maqam beliau.

Masjid dan maqam beliau


Wallahu a'lam. Nantikan sambungannya..BiIzNillah..

Azhar Hamid Almarbawi
Sindbad, Cyber Bey, Gharbiah City.


Jumaat, 1 April 2011

Jawapan dengan soalan






Ada seorang pemuda yang lama sekolah di negeri Syam kembali ke tanah air. Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang Guru agama, siapapun yang boleh menjawab 3 pertanyaannya. Akhirnya Orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut.


“Anda siapa? Dan apakah boleh anda menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?” Pemuda bertanya. “Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan saudara.” Jawab Guru Agama. “Anda yakin? sedang Profesor dan banyak orang pintar saja tidak mampu menjawab pertanyaan saya.” Jawab Guru Agama “Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya”
Pemuda : “Saya punya 3 pertanyaan.

1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya.

2. Apakah yang dinamakan takdir.

3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama.


Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?”


 


Tiba-tiba Guru Agama tersebut menampar pipi si Pemuda dengan keras. Sambil menahan kesakitan pemuda berkata “Kenapa anda marah kepada saya?” Jawab Guru Agama “Saya tidak marah… Tamparan itu adalah jawapan saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya”.


“Saya sungguh-sungguh tidak faham”, kata pemuda itu. Guru Agama bertanya “Bagaimana rasanya tamparan saya?”. “Tentu saja saya merasakan sakit”, jawab beliau. Guru Agama bertanya ” Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?”. Pemuda itu mengangguk tanda percaya. Guru Agama bertanya lagi, “Tunjukan pada saya wujud sakit itu!” “ Tak boleh”, jawap pemuda. “Itulah jawapan pertanyaan pertama: kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.” Terang Guru Agama.


Guru Agama bertanya lagi, “Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?”. “Tidak” jawab pemuda. “Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?” “Tidak” jawab pemuda. “Itulah yang dinamakan Takdir” Terang Guru Agama.


Guru Agama bertanya lagi, “Diperbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?”. “kulit”. Jawab pemuda. “Pipi anda diperbuat dari apa?” “ Kulit “ Jawab pemuda. “Bagaimana rasanya tamparan saya?”. “Sakit.” Jawab pemuda. “Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan menjadi tempat menyakitkan untuk syaitan.” Terang Guru Agama. wallahua'lam.


Sindbad, Cyber Bey, Gharbiah City.

Jumaat, 11 Mac 2011

Teka-Teki Imam Ghazali


Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau
bertanya (Teka Teki ) .

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?

Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan
kita ialah MATI . Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti
akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah
MASA LALU . Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak
akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga
hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang
sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah
HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu
kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG
AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan
malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi
khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya
berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia
masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan
sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita
atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini
adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya
menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "

Wallah a'lam

Mohd Azhar Hamid Almarbawi,
Kuliah Syariah Undang2 Universiti AlAzhar Tonto.
Mergong, Alor Setar, Kedah Sejahtera.
ampuni kami

Update terbaru Followers saya.

Aku sedang berusaha untuk mengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat belajar syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...in sya Allah.
©2008
خديم طلبة العلم الشريف