PërjälänlänHïdüpkü

TENTANG AKU $ MEREKA
悲しいことしないでください!, 確かに、神は私たちとは
↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓
Memaparkan catatan dengan label PenawarHati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PenawarHati. Papar semua catatan

Ahad, 1 Januari 2012

Penawar Hati / Hadis 10 / MAJORITI AHLI SYURGA DAN NERAKA

Dengan Nama Allah.
Alhamdulillah, Selawat dan salam keats baginda sayyidina Muhammad saw, keluarganya serta sahabatnya.

MAJORITI AHLI SYURGA DAN NERAKA


Mafhumnya (hadis).

Daripada ibnu Abbas dan Imran bin Hushain radhiallahuanhum, daripada Nabi Sallahualaihiwasallam Sabdanya: Aku melihat kedalam syurga, maka aku melihat didalamnya kebanyakan penghuninya adalah kalangan orang2 Faqir (miskin). dan aku melihat kedalam neraka maka aku melihat didalamanya kebanyakan penghuninya adalah daripada golongan perempuan.

au kama qal.
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Keterangan.

 Di dalam isra mi'raj telah diperlihatkan kepada nabi Muhammad saw banyak perkara2 yang ghaib, termasuk diantaranya keadaan di syurga dan neraka. Maka apabila nabi SaW masuk kedalam syurga, beliau melihat disitu kebanyakan daripada penghuninya daripada ahli Faqir, ini kerana keadaan semasa mereka didunia dahulu banyak berpeluang untuk melakukan amal ibadat, lainlah halnya dengan orang yang kaya yang sibuk dengan menghimpun kekayaan dunia dan sibuk menjaga harta yang diperolehi, mereka menghabiskan masa dengan mengejar dunia yang diangan angankan, sehingga mereka dikejutkan oleh kematian sebelum berkesempatan berbuat amal ibadat. Maka, mereka akan menyesal disaat yang tidak berguna lagi penyesalan.





Dan apabila Nabi SAW melawat kedalam neraka pula, maka beliau  melihat kebanyakan ahlinya daripada wanita. Ini disebabkan ramai orang perempuan yang tidak menunaikan hak suami. Mereka tidak berterima kasih diatas pemberian suami dan tidak menjaga diri disaat suami tiada ada dirumah. dan tidak menutup aurat dihadapan yang bukan mahram dan ramai pula yang memakai pelbagai2 solekan, hiasan, wangi wangian ketika keluar dari rumah sedangkan bila bersama suaminya dia memakai pakaian yang buruk dan badan berbau busuk, inilah diantara sebab2 yang menyebabkan ramai perempuan yang masuk kedalam neraka.
Oleh itu, marilah sama2 kita memelihara diri kita dan keluarga kita dari api neraka. dan semoga kita digolongkan bersama ahli syurga yang kekal abadi didalamnya. In Sya Allah.


>>Selamat tahun baru 2012.
>>Pastikan hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini.

CyberBey

Isnin, 25 April 2011

Penawar Hati / Hadis 9/ Dalamnya api neraka

 بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم
 ألحمدلله رب العالمين. والصلاة على سيذنا حبيبينا سيدنا مولانا نبينا محمد  وعلى أله وصحبه أجمعين ومن تبعهم الى يوم الدين


بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ١
اللَّهُ الصَّمَدُ ٢
لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ٣
وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ ٤


أم  بعد,

Sudah lama rasanya saya tidak mengupdate  blog pendamba cintamu ini, hal ini mungkin kerana kesibukan dengan aktiviti harian bersama rakan2. Alhamdulillah, di pagi yang mulia ini saya dapat meluangkan sedikit masa untuk mencoret dan mengedit sedikit cacatan daripada buku shifaulqalbi hasil karangan Syeikh al'allamah Alfadhil Syeikh Abu Ali Albanjari AnNadwi rohimahllahu taala, dan kini sudah tiba kepada hadis yang kelapan yang bertajuk berapakah dalam jurangnya api neraka.

BERAPAKAH DALAMNYA JURANG API NERAKA?

ERTINYA:

Daripada Abu Hurairah radhiallahuanhu, beliau berata: Adalah kami pada suatu hari bersama2 Rasulullah saw tiba2 mendengar suara suatu benda yang jatuh dengan keras, lalu beliau berkata: Tahukah kamu suara apakah ini? Kami menjawab, Allah dan Rasulnya jua yang lebih mengetahui. Lalu nabi saw bersabda, ini adalah bunyi sebiji batu yang dilemparkan kedalam api neraka sejak tujuh puluh tahun yang lalu, maka batu itu terus jatuh menuju dasar neraka dan baru pada saat ini ia sampai ke dasarnya. Maka dari itu kamu mendengar suara jatuhnya.
Au Kama Qol.

Riwayat Muslim.

KETERANGAN.

Rasanya tidak mampu kita menghitung berapakah dalamnya jurang api neraka yang ditempuh oleh perjalanan kecepatan batu besar yang jatuh dan memakan masa tujuh puluh tahun lamanya. Yang lebih mengerikan lagi apabila jurang yang teramat dalam ini akan dipenuhi bermacam2 siksaan dan apabila sampai saatnya nanti pintu neraka ini akan ditutup serapat rapatnya dan tidak ada seorang pun daripada penghuninya yang dibenarkan keluar daripadanya. Siksaan demi siksaan, habis satu jenis siksaan datang pula satu siksaan yang lain dan begitulah seterusnya.

La tansa zikrullah


Melalui keterangan yang lalu, kita dapat membuat konklusinya bahawasa betapa dalam dan luasnya jurang api neraka. Oleh itu marilah sama2 kita doakan agar kita tidak tergolong di dalam golongan "ashabu-nar" Nauzubillah min zalik. amin ya robb.

Wallahu'alam.

Nantikan sambungannya....

Alfaqir Ilallah, Mohd Azhar Hamid Almarbawi.
Sindbad, Cyber bey, Gharbiah City.

Jumaat, 18 Mac 2011

Penawar Hati / Hadis 8 / BERENANG DI LAUTAN PELUH.

BERENANG DI LAUTAN PELUH.

Ertinya;

daripada Ibnu Umar r.anhuma, Rosulullah SAW bersabda: Seluruh Manusia akan berdiri di hadapan tuhan penciptanya alam ini pada hari qiamat nanti sehingga salah seorang daripada mereka ada yang tenggelam didalam peluhnya sendiri sampai ke pertengahan telinga.
H.RBukhari dan MUslim.

Keterangan.

Suasana hari qiamat adalah sangat bersangatan panas, iaitu pada ketika manusia semua dibangkitkan dari kubur untuk menghadap kepada Allah swt. Semua berkumpul di padang Mahshar untuk dihisap dan dihitung segala kerja buat ketika di dunia dahulu.


Maka keadaan orang ramai pada masa itu berbeza2 mengikut keadaan amal perbuatan masing2. Ada yang berkeringat sampai di kedua tumitnya dan ada yang sampai lututnya ada yang sampai kepinggangnya dan yang paling dahsyat ada juga yang sampai ke paras telinganya sehingga perlu berenang dilautan peluh. Masing2 mengikut hitungan perbuatan ketika dahulu.

Walaupun sedemikian, disana akan ada tujuh golongan yang akan mendapat pertolongan ketika mana tiada pertolongan pada hari itu. Mereka ialah, pemimpin yang adil, pemuda yang rajin beribadat, lelaki yang hatinya terpaut dengan masjid, orang yang mencintai sahabatnya kerana allah semata2, lelaki yang digoda untuk berzina tetapi ia menahan diri, orang yang menyembunyi sedekahnya, dan akhir sekali orang yang menangis kerana takutkan Allah.

Mudahan kita termasuk didalam golongan yang bertuah ini. Amin Ya Robb.



(Sekadar Hiasan)






Mohd Azhar bin Hamid.
Sindbad, Cyber Bey, Gharbiah City.

Khamis, 20 Januari 2011

Penawar Hati/ Hadis ke-7/ Mahkamah Rabbul Jalil



 بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم

 ألحمدلله رب العالمين. والصلاة على سيذنا حبيبينا سيدنا مولانا نبينا محمد  وعلى أله وصحبه أجمعين ومن تبعهم الى يوم الدين

أم  بعد,




Mahkamah Qadhi Rabbul Jalil.


Mafhum hadis;

daripada 'Adi bin Hatim RA berkata: Rasullullah SAW bersabda, "Tidak ada seorang jua pun diantara manusia ini kecuali pada hari qiamat nanti akan dipercakapi oleh Allah swt (dihadapan mahkamah Allah). Maka pada waktu itu, tidak ada orang lain yang sanggup menjadi jurubicara antara keduanya sebagai peguam. Lalu orang yang dipercakapi oleh Allah SWT tadi akan melihat ke sebelah kanannya, maka ia tidak melihat melainkan hanya pahala kebaikan yang pernah ia lakukan ketika berada di dunia dahulu. Dan apabila ia cuba melihat ke sebelah kiri, maka ia tidak tidak dapat melihat kecuali hanya balasan perbuatan jahat yang pernah dilakukan dahulu. Kemudian bila dia melihat ke hadapan, maka dia tidak melihat kecuali hanya api neraka. Maka tanamkanjai para takut terhadap api neraka dan jauhilan siksaannya walaupun kalau kamu hanya mampu bersedekah dengan sebelah buah kurma".

H-R disepakati.


KETERANGAN;


Cuba kita bayangkan betapa dahsyatnya suasana di Mahkamah Allah Jalla ya 'Ala, pada hari qiamat kelak. Semua orang akan dihadapkan kepada Allah SWT, seorang demi seorang.
Tidak ada seorang jua pun yang sanggup menolong orang lain, walaupun dia adalah sahabat karibnya sewaktu dahulu, biarpun anak isterinya jua. Sebatang tubuh yang kasar dan kerdil inilah yang akan berdiri tegak dihadapan Allah Qadhi Rabbul Jalil, yang maha mengetahui segala perbuatan hambanya dan mengetahui segala rahsianya. Wahai gerangan yang bernama manusia, mampukah engkau mengangkat muka mu yang berlumuran dengan dosa di hadapan tuhanmu ketika mana tiada pembantu dan peguam bela.
Bilamana kamu menoleh ke kanan, seakan meminta pertolongan maka tiada yang ternampak kecuali hanya amalan baik yang dilakukan, dan apabila menoleh ke sebelah kiri, maka tiada yang ternampak kecuali hanya perbuatan maksiat dan dosa yang pernah engkau lakukan.
Dan yang lebih dahsyat daripada itu apabila engkau cuba mengangkat kepala mu, maka tidak ada apa2 yang ternampak kecuali hanya kemarakan api neraka yang terbentang sejauh mata memandang dan syurga masih jauh di sebalik api neraka yang menyala dengan garangnya itu.
Engkau mesti melalui dan melintasi bahagian atas api neraka tadi untuk sampai ke negeri idaman yang bernama syurga tadi. Engkau belum pasti, adalah engkau akan mendapat kejayaan untuk sampai ke sama atau entahlah engkau akan terjatuh di dalam perjalan, dimana kaki mu akan tergelincir dari titian "Siratal Mustaqim" yang mengakibatkan engkau akan terjatuh ke kurang api neraka Jahannam. Na U Zu Billah Min Zalik.





Oleh itu, dari sekarang tentukanlah arah perjalanan kita. Buatlah bekalan sebanyaknya supaya kita terselamat menyeberangi perjalanan menuju ke syurga. Buatlah kebaikan sebanyak mungkin, sedikit demi sedikit agar menjadi banyak. Sesungguhnya pada hari kita sangat berhajat kepada pahala kebaikan, walaupun hanya pahala bersedekah sebelah buah tamar sahaja. Moga2 setiap amalan2 kita walaupun kecil mampu untuk menutup keburukan yang besar. In Sya Allah.
WALLAHHU A'LAM


(Sekadar Hiasan)


Sindbad, Cyber Bey, Gharbiah City, Egypt.

Selasa, 30 November 2010

Penawar Hati/Hadis ke-6

Hadis Ke-6



 بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم

 ألحمدلله رب العالمين. والصلاة على سيذنا حبيبينا سيدنا مولانا نبينا محمد  وعلى أله وصحبه أجمعين ومن تبعهم الى يوم الدين

أم  بعد,




Bagaimana Menghadapi Sakaratul Maut.


Mafhum hadis

Daripada A'isyah RA berkata: " Aku melihat Rasulullah SAW sedang menghadapi sakaratul maut dan disisinya ada sebuah mangkuk yang berisi air didalamnya, kemudian memasukkan tangannya kedalam mangkuk lalu menyapu di mukanya degan air sambil berdoa: " Ya Allah, berikan aku pertolongan untuk menghadapi sakaratul maut".

H-R Tarmidzi



KETERANGAN HADIS.


Cuba kita bawangkan, Rasulullah yang merupakan sebaik2 ciptaan yang diciptakan oleh Allah Taala dan makhluk yang sangat dicintai oleh Allah serta penghulu segala nabi terpaksa meminta pertolongan daripada Allah SWT dalam menghadapi sakaratul maut, maka betapa pula kita hanya salah seorang diantara umatnya yang lemah dan rasanya sudah terlalu banyak membuat dosa dan kesalahan, mahupun kepada Allah Taala atau sesama makhluk sendiri.


Jika terdapat sedikit luka di badan kita, sudah tentu terlalu siksa kita untuk menahannya, maka bagaimana pula sedihnya ketika nyawa hendak bercerai dari badan. Oleh kerana itu marilah kita membuat bekalan yang banyak dan persiapan yang lengkap untuk menghadapi sakaratul maut yang amat sedih itu.


Kita hendaklah sentiasa berdoa dan memohon kepada Allah SWT agar kita dikurniakan "husnul khatimah" iaitu mati dalam keadaan beriman dan dapat menuturkan kalimat "la ilaha illallah" dan kita berlindung denga Allah Taala daripada mati dalam keadaan "suul khatimah" atau mati dalam keadaan berlumuran dosa dan kesalahan juga bersama kemurkaan Allah Taala. Na u zu billah min zalik.


Sindbad, Gharbiah City, Egyp.

Jumaat, 12 November 2010

Penawar Hati/Hadis Ke-5/Siapa Orang Yang Muflis?



 بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم

 ألحمدلله رب العالمين. والصلاة على سيذنا حبيبينا سيدنا مولانا نبينا محمد  وعلى أله وصحبه أجمعين ومن تبعهم الى يوم الدين

أم  بعد,




Siapa Orang Yang Muflis?


Mafhum hadis:

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Tahukah kamu siapakah orang yang muflis itu? " Sahabat menjawab: orang muflis di kalangan kami ialah seseorang yang tiada memiliki harta". Lalu Rasulullah SAW bersabda: " Sebenarnya orang yang muflis dari kalangan umatku ialah seseorang yang datang pada hari qiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat, tetapi dahulunya sewaktu di dunia ia pernah mencaci maki si fulan, menuduh si fulan, memakan harta si fulan, menumpahkan darah si fulan dan menumpahkan darah si fulan. Maka akan diberikan kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi dan begitu pula seterusnya terhadap orang lain yang pernah teraniaya, ia akan diberikan pula daripada kebaikan orang tadi, sehingga apabila telah habis pahalanya sedangkan bebanan dosa penganiannya belum lagi dijelaskan belum dapat dibayar semua, maka akan diambil daripada kesalahan orang yang teraniaya itu lalu dibebankan kepada orang tersebut, maka selanjutnya orang itu akan dicampakkan ke dalam api neraka.

H-R Muslim.


KETERANGAN


Kita hendaklah berhati hati dan berwaspada daripada sebarang dosa dan kesalahan. Kita hendaklah selalu beristigfar kepada Allah taala. Dan hendaklah selalu juga memohon maaf kepada orang yang teraniayai dari perbuatan kita. Kita juga hendaklah meminta halal daripadanya ketika kita masih ada di dunia ini, walaupun terkadang kita terpaksa merendahkan diri dan terpaksa menebal muka untuk meminta maaf kepada orang2 yang berkenaan. Biarlah kita dipandang rendah atau hina di dunia ini, asalkan kita terlepas dari bebanan dosa pada hari qiamat nanti seperti disebut di dalam hadis sebentar tadi. Kita hendaklah bersedia menebus dosa dan kesalahan walaupun dengan maruah dan dengan harta yang kita punyai. Kerana takut terlambat sehingga tiba saat kematian atau kematian orang yang teraniaya dari perbuatan kita, maka terpaksa kita berhadapan dengan orang berkenaan di mahkamah agong Rabbul Jalil, iaitu di padang Mahsyar nanti. Dikala itu, tiada seorang pun yang mahu menepika harta benda sebagai tebusan dosa. Yang mereka mahukan hanyalah bayaran daripada pahala ibadat yang telah dilakukan di dunia dahulu, yang mana pada hari itu kita juga amat berhajat kepada pahala amalan tersebut. Itupun jika ada sahaja untuk menebus dosa, jika tidak ada terpaksalah kita menanggung bebanan dosa mereka yang meyebabkan terjerumus ke dalam api neraka. Nauzubillah min zalik.


Sebagai konklusinya, sebagai hamba Allah yang taat kepadanya kita haruslah bersiap sedia menghindarkan amalan2 yang boleh menyebabkan diri kita terjerumus dengan perkara yang menganiayai orang lain agar kita tidak tergolong daripada orang yang teraniaya semula. Sekiranya kita terlambat untuk memohon maaf kepada si fulan yang teraniaya, maka hendaklah kita selalu memohon kepada Allah agar kita tidak tergolong di kalangan orang yang muflis dan selalulah menyedekahkan pahala amalan2 sunat kita kepada orang yang kita aniayai agar penganiayaan yang kita lakukan kepadanya tidak dituntut di padang Mahsyar nanti, in sya Allah.

 WALLAH A'ALAM





Cyber Ber, Gharbiah City, Egyp.

Sabtu, 30 Oktober 2010

Penawar Hati/Hadis Ke-4

Merampas Sebilah Kayu Miswak Boleh Membawa Padah.




 بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم

 ألحمدلله رب العالمين. والصلاة على سيذنا حبيبينا سيدنا مولانا نبينا محمد  وعلى أله وصحبه أجمعين ومن تبعهم الى يوم الدين

أم  بعد,




Mafhum Hadis:

Daripada Abu Umamah Iyas bin Tsa'labah al Harithsi RA. Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda "sesiapa yang mengambil hak milik seseorang islam dengan sumpahnya ( mengambil secara paksa atau merampas) maka Allah SWT telah mewajibkan neraka baginya dan telah mengharamkan syurga untuk dimasukinya. Kemudian ada seorang lelaki bertanya 'Kalau hanya barang yang sangat sedikit, Ya Rasulullah? Nabi SAW menjawab. Walaupun hanya setangkai kayu arak. (kayu yang digunakan untuk bersiwak)

H-R Muslim.

Dalam sebuah hadir lain riwayat daripada Umar dgn Khattab RA beliau berkata;


"Setelah selesai peperangan Khaibar ada segolongan di antara sahabat Rasulullah SAW datang dan menghadap kepada beliau, kemudian mereka berkata: si fulan itu mati syahid, dan si fulan itu mati syahid. Sehingga akhirnya mereka meyebut nama seorang laki2 lalu mereka berkata: si fulan itu juga mati syahid. Lalu nabi SAW bersabda. Tidak sama sekali tidak. Fulan itu aku lihat dimasukkan di dalam api neraka kerana menyembunyikan sehelai selendang atau (syak perawi) sehelai baju daripada harta pampasan.


KETERANGAN

Islam melarang sesiapa sahaja daripada mengambil hak milik orang lain tanpa kebenaran daripada tuan yang memiliki harta tersebut kerana islam amat menghargai hak milik peribadi seseorang. Maka sesiapa yang mengambil hak milik orang lain hendaklah ia memulangkan dengan segera walaupun barang itu hanyalah sedikit. Jika disabitkan dengan hadis yang saya datangkan sebentar tadi, seseorang boleh dimasukkan ke dalam neraka akibat daripada mengambil sebatang kayu miswak sahaja, apabila ia dianggap ringan hal itu dan mati dalam keadaan tidak sempat untuk meminta halal dari tuan barang tersebut.


0leh itu, hendaklah kita berhati2 kalau kita bermuamalah dengan orang lagi, dan hendaklah kita menjauhi harta2 yang haram dan janganlah kita melakukan sebarang kezaliman kerana setiap kezaliman itu membawa kepada kebinasaan yang sangat besar sekali.


Bagaimana pula dengan masalah menggelapkan harta sesuatu kunpulan, jemaah, rakyat, pertubuhan, atau negara yang di istilahkan pada masa sekarang ini dengan perkataan "korupsi" adalah suatu amalan yang terkutuk dan dosa yang sangat besar, sekalipun yang digelapkan itu hanya selembar baju sahaja. Hadis yang didatangkan tadi itu adalah merupakan satu amaran yang keras dan peringatan yang tegas agar seseorang yang khianat terhadap hak milik orang ramai yang diamanahkan keatasnya. Tindakan lepas itu akan diambil sekalipun keatas seseorang yang telah gugur di medan perang dengan badan yang berlumuran darah, yang telah mempertaruhkan nyawanya sebagai tanda kesetiaan kepada perjuangan, apatah lagi kalau ia hanya seorang pegawai biasa yang tidak begitu bermakna dan besar khidmat dan pengorbanannya kepada islam.


Dengan ini, di akhir kalam ini, saya menyeru kepada diri saya, dan sahabat pembaca, dan sahabat2 yang terlibat di dalam organisasi persatuan, pekerjaan dan politik agar dapat mengambil cakna dalam masalah yang berkaitan dengan hak milik orang lain. Dan juga, saya doakan agar kita semua tidak terlibat di dalam jenayah yang telah disebutkan oleh Rasulullah SAW sebentar tadi.
Wallah a'lam.


(Sekadar hiasan)


Lokasi: Cyber Bey, Gharbiah City, Egypt.

Sabtu, 2 Oktober 2010

Penawar Hati/Hadis ke-3 / SERINGAN2 SIKSAAN NERAKA.

SERINGAN2 SIKSAAN NERAKA.




 بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم

 ألحمدلله رب العالمين. والصلاة على سيذنا حبيبينا سيدنا مولانا نبينا محمد  وعلى أله وصحبه أجمعين ومن تبعهم الى يوم الدين

أم  بعد,



Mafhum dari hadis:

Daripada Nu'man bin Basyir RA berkata. Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: 'sesungguhnya seringan-ringan siksaan penghuni Neraka pada hari kiamat ialah seseorang yang akan diletakkan di bawah tapak kakinya dua buah bara api neraka sehingga menidih (dari sebab panas bara api tersebut) otak yang dikepalanya. Dia tidak mengira bahawa ada orang yang lebih dahsyat siksaan daripadanya, padahal dialah orang yang paling ringan siksaannya.

H.R Bukhari dan Muslim.

KETERANGAN

Cuba kita bayangkan betapa dahsyatnya siksaan yang paling ringan di Neraka. Dengan bahang kedua bara api yang diletakkan di bawah tapak kaki mampu untuk mendidihkan otak yang berada di kepala. Namun betapa pula siksaan yang lebih berat. Rasanya tidak ada seorang pun yang mampu berdiri di atas bara api yang panas yang boleh mengelegakkan otak yang ada di kepala. Kalau kita tersentuh sedikit sahaja api di dunia ini, kita menjerit kepanasan dan kita tidak akan mampu untuk menahannya walaupun hanya beberapa jam, cuba bayangkan betapa sedihnya siksaan yang berterusan dan dari saat ke saat hanya bertambah panas disamping tekanan jiwa dengan putus harapan daripada selamat walaupun setelah jutaan tahun yang akan datang.

(Sekadar hiasan)



0rang yang akan disiksa dengan siksaan yang paling ringan ialah bapa saudara Nabi SAW yang bernama Abu Thalib mendapat sedikit keringanan kerana walaupun beliau mati dalam keadaan kufur, namun banyak jasanya dalam mengasuh Nabi SAW Sewaktu beliau masih kecil dan dengan membela beliau ketika berada di dalam kesusahan semasa diangkat menjadi nabi. Semua ini menyebabkan Abu Thalib mendapat sedikit kepinganan bila dibandingkan dengan orang-orang kafir lain.




Cuba kita hitungkan sebanyak manakah amalan untuk kita memperoleh syurga Allah, adakah dengan perbuatan dosa kita mampu untuk memperoleh ganjaran daripadanya. 0leh itu saya menyeru kepada diri saya dan sahabat2 agar kita dapat mempertingkan amalan2 kita dan perbanyakkan berdoa agar kita tidak tergolong dari ahli Neraka, WAL IYAZU BILLAH. Semoga kita semua menjadi ahli syurga yang abadi. In Sya Allah.



Cyber Bay, Gharbiah city.


Ahad, 8 Ogos 2010

Penawar Hati/ Siapa Teman Setia

 بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم

 ألحمدلله رب العالمين. والصلاة على سيذنا حبيبينا سيدنا مولانا نبينا محمد  وعلى أله وصحبه أجمعين ومن تبعهم الى يوم الدين

أم  بعد,

Siapa Teman Setia?

Hadis kedua:
(Mafhum)
Daripada Anas bin Malik r.a ada tiga benda yang akan menghantar jenazah ke tanah perkuburan iaitu keluarganya, hartanya dan amalnya. Dua antaranya akan kembali, manakala satu daripadanya akan tetap tinggal bersamanya. Keluarga dan hartanya akan kembali sedangkan amalnya akan tetap setia bersamanya (h.r Bukhari & Muslim)

Keterangan:

 Itulah kesudahan bagi persahabatan kita kepada ketiga-tiga golongan ini. Isteri yang kita cintai dan anak-anak yang kita sayangi dan para kaum kerabat kita hanya dapat menghantar kita sampai ketanah perkuburan sahaja dan hanya mampu mengucapkan selamat tinggal kepada kita ketika badan kita terbujur sejuk di liang lahad. Tiada seorangpun daripada mereka yang setia menjadi teman dikesunyian kubur. Mereka akan pulang setelah menimbuni keatas liang kubur kita. Begitu juga harta kita yang kita kumpulkan sekian lama dengan membanting tulang empat kerat dan memerah keringat terkadang sampai sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri untuk mendapatkannya. Tapi semuanya akan kita tinggalkan untuk waris kita yang masih hidup, mereka yang akan mempusakakan dan menggunakannya, sedangkan kita didalam kubur yang sunyi ini akan ditanya kemana harta itu kita belanjakan dan dari mana hasil harta itu diperolehi. Orang yang bijak ialah orang yang bersedia menghadapi kematian dan mempunyai perancangan wawasan bagi menghadapi hari aqiratnya dan bersedia menghadapi kematiannya sebelum tiba saatnya. Tetapi orang yang terpedaya  sahajalah yang hanya akan mengejar dunia ataupun cinta dunia dan menimbunkan harta dengan sebanyak- banyaknya. Apabila tiba sat kematian barulah dia akan menyedari diri yang kurang dengan amalan kebaikan dan barulah dia berazam untuk membuat kebajikan. Namun pada masa itu segala penyesalan tidak dapat diselesaikan dan tidak berguna lagi.

Oleh kerana itu, saya menyeru kepada diri saya sendiri dan sahabat sekalian , perbanyakkanlah berbuat kebajikan tingkatkanlah ketaqwaan, buatlah amalan akhirat dengan sebanyaknya dan sedaya upaya yang ada. Rajinlah bersedekah dan  suka menderma untuk membuat bekalan bagi perjalanan akhirat yang sangat jauh itu disamping melakukan amalan-amalan sunat yang lain seperti puasa sunat, membaca alquran dan sebagainya. Selain itu, kita juga dituntut oleh Allah taala agar srlalu mendoakan agar diri tidak terjebak kearah perkara-perkara yang tidak baik  dan juga mendoakan agar dijauhi dari azab kubur. In Sya Allah, sama-sama kita doakan.

Keluarga yang kita sayang juga turut meninggalkan kita
(Sekadar Gambar Hiasan)


 
Adakah harta kita juga turut serta? 


Mungkin dengan ini shaja dapat menemani kita
Sehebat manapun kita, inilah pengakhirannya




cyberbay

Rabu, 7 Julai 2010

Penawar Hati/Empat Pertanyaan Yang Mesti Dijawab

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam kerana dengan limpah dan rahmatnya memberikan kita kebahagian hidup di dunia ini walaupun hanya seketika, selawat dan salam juga buat junjungan besar nabi Muhammad saw, juga buat ahli keluarganya, serta pengikutnya sehingga hari Qiamat. amin.

Alhamdulillah juga, kini dapat saya meluangkan sedikit masa buat pelawat blog pendamba cintamu terutamanya buat Abang cik yang selalu sudi membaca kisah hidup saya di bumi barakah ini. Pada masa yang sama juga, saya dapat menyambung semula muqaddimah daripada buku penawar hati karangan  Alfadhil Syeikh Abu Ali Albanjari AnNadwi yang sudah sekian lama saya meninggalkannya. Pada hari ini saya mengambil masa yang sedikit supaya dapat mengolah dan mengedit semula ayat-ayat karangan syeikh, disamping memberi peringatan buat saya dan anda semua sebagai khalifah dimukabumi ini. In Sya Alllah.


Empat Pertanyaan Yang Mesti Dijawab
Hadis Pertama: (Mafhum daripada hadis Soheh)

Daripada Abu Barzah Nadlah Bin 'Ubaid AlAslami r.a berkata, bersabda Rosulullah s.a.w: Tidak akan berganjaki kaki seseorang hamba dihadapan Allah Taala pada hari Qiamat sehingga terlebih dahulu akan ditanya tentang umurnya, untuk apa dihabiskannya dan tentang ilmunya, untuk apa ia menggunakannya dan ditanya tentang hartanya dari mana dia memperolehinya dan untuk apa ia belanjakannya dan akan ditanya tentang tubuh badannya untuk apa ia menggunakannya (H.R Tirmidzi)

Keterangan:

Rasanya susah sekali soalan diatas untuk dijawab. Pertamanya tentang umur kita, kemanakah kita pergi pada umur kita yang semakin hari semakin tua ini, adakah ketempat kebaikan atau sebaliknya dan apa amalan yang kita buat pada umur itu dan untuk apa yang kita habiskan adakah untuk islam? keduanya tentang ilmu yang kita tuntuti, adakah kita gunakan untuk mengislah masyarakat ataupun keluarga dari kegelapan kepada cahaya atau kita hanya mengunakannya hanya untuk mengejar harta dan popuriti mahupun hanya supaya dipuji-puji oleh masyarakat. Soalan ketiga tentang harta, dari mana diperolehi adakah dari sumber halal atau haram seperti rasuah, judi, mencuri, menipu dan sebagainya dan adakah harta itu digunakan untuk kebaikan seperti menolong parti islam, menderma, bersedekah ataupun memberi nafkah kepada ahli silaturrahim mahupun menolong saudara mara yang didalam kesusahan. Terakhir sekali akan ditanya juga  tentang  tubuh badannya yang diberikan oleh Taala, adakah digunakan tubuh ini dijalan kebaikan seperti  memberi khidmat kepada agama, masyarakat dan juga adakah ia digunakan untuk melakukan amal ibadat kepada Allah semata-mata. Adakah juga ia digunakan untuk jalan maksiat seperti menentang islam, zina, merompak, pergi ketempat maksiat seperti pup,disko,kedai nombor ekor dan sebagainya dan juga mahupun ia hanya menyokong pemerintah yang menentang islam?

Namun pada hari itu, segala pertanyaan itu mesti dijawab dengan jawapan yang baik dan benar. kita pasti akan berkata benar pada hari itu Tidak akan ada seorang pun pada hari itu akan berani berdusta dihadapan Allah. Jikalau mulut cuba mendusta maka mulut akan dikunci olah Allah taala dan mengarahkan anggota badan yang lain pula untuk bercakap. Maka kaki tangn akan dan seluruh anggota bada yang lain akan menjawabnya dan mengakui dengan sebenar-benarnya segala apa yang dilakukan pada didunia dahulu sepertimana Mafhum dari firman allah taala pada surah Yaasin ayat 65 yang berbunyi:

''Pada hari ini kami menutup mulut-mulut mereka dan berkatalah kepada kami tangan-tangan mereka dihadapan kami dan bersaksi kaki-kaki mereka terhadap apa yang mereka telah lakukkan didunia dahulu''

Maka sudahkah kita bermuhasabah wahai saudaraku, dan sudahkah kita menghitungkan diri sebelum diperhitungkan dihadapan Allah Taala pada hari kelak, kalau telah kita lakukan, maka teruskanlah dan bersyukurlah. Kalau masih belum berbuatlah demikian sebelum ianya terlambat.

Darimana ia dierelahi dan untuk apa ia digunakan?
Untuk apa dipelajari? adakah untuk dunia sahaja?
Diusia yang senja, bagaimanakah digunakan anggota badannya ketiga usia muda? adakah untuk kebaikan?



cyber bey

Rabu, 14 April 2010

Muqadimah Penawar Hati

               بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم 


  Segala puji dan puja hanya hanya layak bagi tuhan kerana dengan inayahnya memberikan nikmat iman dan islam kepada kita pada hari ini. Selawat dan salam keatas junjungan besar kita nabi Muhammad s.a.w, alinya, para sahabatnya dan para pengikutnya sehingga hari qiamat.


  Sabda Rosulullah s.a.w yang bermaksud: Ketahuilah!!! Sesungguhnya di dalam badan seseurang itu ada seketul daging, jika dia baik maka baiklah seluruh anggota badannya, jika dia rosak maka rosaklah maka rosaklah seluruh anggota badan, daging itulah yang dinamakan hati.


Amma ba'd.


  Hati manusia adalah merupakan tempat pandangan Allah, ia juga merupakan tempat semaian iman, tempat bertunas dan bercambah ke seluruh anggota badan dalam bentuk amalan yang merupakan bunga atau buah daripada apa yang telah dibentuk di dalam hati. Hati manusia juga merupakan tempat yang telah dipilih oleh Allah s.w.t  sebagai wadah atau bekas kepada fitrah, akal dan hikmah. Oleh itu hati sanubari yang baik akan  sentiasa jujur dan benar berbanding hati yang rosak. 


  Selain itu, hati manusia juga merupakan raja  bagi seluruh anggota badan. Dialah yang mengawal segala tindak baik buruk seseorang. Maka, jika hati itu baik maka baiklah seluruh anggota, jika hati itu rosak maka rosaklah seluruh anggota sepertimana mafhum hadis Rosulullah s.a.w yang saya sebut sebentar tadi. Oleh itu, hati yang baik akan menyuruh anggota badannya membuat kebaikan sebaliknya hati yang rosak itu  akan menyuruh anggota badan membuat kerosakan dan kemaksiatan.


  Akan tetapi, pada permulaan, hati setiap manusia adalah baik  kerana hati manusia telah diciptakan oleh Allah s.w.t menerusi fitrah manusia yang semulajadi yang meminati dan mencintai setiap sesuatu yang baik dan membeci setiap sesuatu yang buruk. Maka diatas dasar inilah diletakkan dasar hukum taklifi  atau hukum-hukum syara' keatas manusia dengan mengutuskan para rasul untuk membimbing manusia kearah kebaikan berdasarkan  kitab-kitab yang telah diturunkan oleh Allah s.w.t sebagai pegangan dan panduan di dunia ini dan untuk menjamin kebahagiaan di akhirat pada suatu hari nanti. Jika manusia berpegang dan mengikut panduan yang ditunjukkan oleh para rasul mereka akan dapat  mencapai keredhaan Allah dan sekaligus dapat menghindar daripada  jalan kesesatan yang dimurkai oleh Allah s.w.t.



  Oleh kerana manusia mempunyai musuh yang sangat pandai dan berdendam kepadanya, iaitu iblis laknatullah yang telah bersumpah di hadapan Allah s.w.t untuk menyesatkan manusia dan berusaha untuk membalut fitrah suci yang ada didalam manusia dengan balutan hawa nafsu, shahwat, tamak, dendam,cinta dunia dan sebagainya, ini menyebabkan sebahagian manusia terpesong daripada fitrah asalnya. Iblis juga tidak akan berputus asa  dari mencapai matlamat yang telah disumpahkannya di hadapan Allah Taala selepas dia ingkar menunduk hormat kepada khalifah pertama dimuka bumi ini iaitu nabi Adam a.s. Ia akan membisik kepada sesuatu kebahagiaan dan kesenangan di dalam hati manusia melalui darah, lalu ia memdorong manusia kepada peluang kesenangan duniawi yang telah dimurkai Allah s.w.t, sedikit demi sedikit ditiupkannya semangat nafsu dan shahwat  sebagai kesempurnaan fitrahnya. Jika hati seseorang telah diracuni dan tergoda dengan bisikan iblis yang mampu menutup mata dengan bayangan kelazatan hawa nafsu dan syahwat, maka ketika itulah manusia akan melupakan tuhannya sehingga ia berani membuat maksiat yang telah memberi kesan gurisan titik hitam di atas lembaran fitrah suci yang diciptakan. sepertimana sabda Rosulullah s.a.w yang bermaksud:


''Sesunguhnya seorang hamba apabila ia melakukan sesuatu kesalahan  maka akan diguriskan di dalam hatinya satu titik hitam, jika ia menarik diri didalam kemaksiatan itu dan terus memohon ampun dan bertaubat hatinya kan kembali suci. Tetapi jika ia kembali melakukan kesalahan , maka titk hitam itu akan bertambah sehingga sampai titik hitam itu memenuhi diatas permukaan hatinya. Inilah yang dinamakan Ar-raan ataupun karat.'' h.r tirmidzi


 Cuba kita renungkan, betapa besar perhatian kita kepada tubuh badan yang kasar ini walaupun ia hanya dihinggapi sedikit penyakit, kita mesti akan bersegera merawatnya kerana takut akan terpisah dari kelazatan dan kebahagian dunia. Maka betapa kita tidak mengambil berat  tentang benyakit hati  yang bukan sahaja akan terpisah dari kelazatan dunia yang sementara itu sahaja, malahan ia juga akan menyebabkan terpisah dari nikmat kelazatan syurga yang kekal abadi. Sudah pastilah jika seseorang yang terpisah dari nikmat syurga itu, ia akan dilemparkan kedalam api neraka Allah yang sangat dahsyat. Nauzu billahi min zalik.


 Oleh itu, marilah kita sama-sama memeriksa hati kita masing-masing. Adakah ia sihat, atau berpenyakit. Cubalah kita menepuk dada kita masing-masing dan bertanya  sejauh manakah ketaatan kita kepada Allah dan sudahkah kita bersedia untuk menghadapi hari akhirat nanti sepertimana kita merancang untuk menghadapi hari tua kita yang akan datang. Maka bersiap sedialah sebelum terlambat , bertaubatkah selagi pintu taubat masih terbuka dan sama-samalah kita mengubati hati-hati kita dengan memperbanyakkan zikir, membaca alquran, tolong menolong, berselawat dan pelbagai-bagai lagi amalan sunnat yang telah diajar oleh rosulullah s.a.w melalui alquran dan sunnah-sunnah beliau.


Wallahu A'lam.






cyber bey
ampuni kami

Update terbaru Followers saya.

Aku sedang berusaha untuk mengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat belajar syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...in sya Allah.
©2008
خديم طلبة العلم الشريف