PërjälänlänHïdüpkü

TENTANG AKU $ MEREKA
悲しいことしないでください!, 確かに、神は私たちとは
↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓

Isnin, 5 Julai 2010

Perjalanan Hidupku/ Imtihan Lughah injeliziah

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم

Alhamdulilah, syukur kepada Allah kerana pada hari ini kita masih diberikan nikmat iman dan islam. Selawat dan salam keatas junjungan besar kita nabi Muhammad saw.

Sepanjang hidup kita tidak dapat dielak dari ujian, samaada berat atau ringan. Ada yang diuji dengan kemiskinan, ada yang diuji dengan kehilangan ahli keluarga, ada yang diuji dengan penyakit, ada orang yang diuji dengan wang apabila menjadi seorang pemimpin, dan pelbagai-bagai lagi ujian yang perlu ditempuhi. Bak kata pepatah jika tiada ujian bukanlah dinamakan hidup. Akan tetapi semua ujian yang ditimpa kepada kita sama ada ringan atau berat hanyalah bertujuan untuk mengangkat atau menghina tahap keimanan kita kepada pencipta. Dari itu, kita diajar untuk berdoa kepadanya. Segala ujian yang ditimpa hendaklah kita menyerahkan seratus peratus kepada Allah. Moga-moga kita mendapat afiah daripada setiap ujian yang diuji. Kita juga disuruh oleh rasulullah saw agar selalu meminta afiah kepada Allah bukan meminta dikuatkan kesabaran kerana meminta ditingkatkan kesabaran beerti kita meminta Allah menurunkan ujian kepada kita. Nauzubillah min zalika. Wallah a'lam.

Sekarang sudah masuk bulan julai, semua imtihan yang diatur oleh pihak jamiah telah aku lalui termasuk imtihan bahasa inggeris yang baru sahaja diwajibkan semua oleh pihak jamiah bagi wafidin mengambilnya semasa imtihan dur sani sedang dijalankan. Kadang-kadabg aku tergelak sendirian kerana pihak jamiah boleh membuat keputusan dengan masa yang begitu cepat tanpa bermesyuarat dengan lebih lama bagi menentukan sesuatu keputusan, dalam masa lima sahaja tidak mustahil untuk mereka meletakkan sesuatu keputusan. Ini bermakna, walaupun kita tidak ada kuasa yang penuh oleh kerajaan, kita boleh menentukan sesuatu perkara hanya dengan bermesyuarat dngan sedetik masa sahaja. Rasanya jika di Malaysia memang mustahil perkara sebegini boleh berlaku. Walau apa-apa pun imtihan tersebut memang tetap akan dilaksanakan jika ianya dikhabarkan oleh pihak Azhar walaupun ketika peperiksaan sedang dijalankan.

Kini aku Berada di Cairo kerana ingin mengikuti daurah sofiyah (musim Panas) di Rumah Kedah Tiga Hayyu Sabeik, Madinah Nasr yang akan berlangsung sehingga bulan 9 ini. Namun begitu di masjid Azhar juga ada daurah sofiyyah yang diatur oleh pihak gamik Azhar. Aku fikir memang beruntunglah bagi orang yang rajin menuntut ilmu disini kerana sangat banyak pengajian berbanding negara-negara lain.

Aku memohon kepada Allah agar diri ini diberikan semangat dan dan diberikan kefahaman dan ingatan yang tinggi. Terutamanya diberi kekuatan untuk meneruskan hidup dibumi barakah ini. Aku juga memohon agar rakan-rakan mendoakan diriku di sini sentiasa berada dibawah jagaan Allah seadanya.

Universiti AlAzhar Tonto

>Alfaqir Ilallah, Mohd Azhar Almarbawi<
>Penuntut Kuliah Syariah Walqonun Universiti AlAzhar Assyarif  Bi Tonto <

Isnin, 28 Jun 2010

Perjalanan Hidupku/ Semoga Selamat Sampai

 بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم

Dengan Nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Alhamdulillah, syukur, puja dan puji hanya layak bagi Allah, tuhan sekelian makhluk. Selawat dan salam keatas junjungan besar ,kekasih kita nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarganya, dan juga para sahabatnya.

Amma ba'd.

Hampir dua minggu aku didalam suasana bosan setelah habis dari imtihan fasa dua. Sehinggakan tak tahu apa benda yang aku hendak lakukan pada awal pagi pada tiap-tiap hari. Ini menunjukkan hidup dibumi Anbiya' ini mesti memerlukan satu jadual atau organisasi untuk amalan harian.


Emmm... Pada dua, tiga hari lepas aku ke Kaherah kerana ingin menjengok Syamir yang hendak pulang ke Malaysia. kerana kemungkinan ini kali terakhir aku dapat mencipta kenangan manis bersamanya disini, oleh sebab beliau ingin menyambung pengajiannya di Madinah Munawwarah pada masa akan datang.

Meskipun hanya tidak sampai setahun aku mengenali beliau, namun perasaan sebak untuk berpisah tetap ada didalam hati walaupun sedikit. Ini menunjukkan amat penting sifat persahabatan ataupun setiakawan walaupun dimana kita berada, terutamanya bila berada jauh dari keluarga kerana sahabat itulah akan menjadi teman kita sewaktu berada didalam kesusahan mahupun didalam kesenangan kita.

Apa-apapun yang berlaku keatas sahabat kita ini adalah ketentuan illahi. Kita hanya seorang hamba yang dhaif.. Ini menunjukkan segala pertemuan dan perpisahan adalah urusan Allah.  Jika tidak siap aku, antara tujuh golongan yang terselamat dari kesusahan ketikamana tidak ada pertolongan pada hari itu ialah orang yang bertemu dan berpisah dengan sahabatnya semata-mata kerana Allah Taala. Semoga kita Termasuk didalam golongan itu wahai sahabat. Disamping itu aku juga mendoakan semoga dikau dipermudahkan segala urusan, di pelihara Allah selalu walaupun dimana kita berada. Segala kenangan manis dan pahit kita akan aku abadikan didalam dadaku selagi nyawa tidak berpisah dari badan. Akhir kalam aku memohon maaf segala salah dan silap samaada disengajakan dan ataupkepada keluarga tercintamu

Semoga Sampai ke Tempat Destinasi Bersama Adik Tersayang  Dengan Selamat Dan Berjumpa Dengan Keluarga Tercinta.

 GAMBAR KENANGAN
 
BTN Klang

 
Dalam perjalanan ke BTN Klang

 
KLIA
 
Lapangan Terbang Cairo 3


 BUATMU SYAMIR AIEZUDDIN


>Alfaqir Ilallah, Mohd Azhar Almarbawi<
>Penuntut Kuliah Syariah Walqonun AlAzhar Assyarif Tonto Universiti<

Isnin, 21 Jun 2010

Pergi Tak Kembali.

                            بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم

Pada malam semalam aku dan para sahabat dikejutkan dengan pemergian yang tidak ada kembalinya keatas isteri Allahyarham Ust Mohd Noh Abdullah dan juga ibu kepada tenaga pengajar Maktab Mahmud Sik iaitu ibu kepada Ustazah Apipah binti Mohd Noh. Semoga roh mereka bersama para auliya dan anbiya' amin. Sekali lagi aku sebagai wakil pelajar MMSK mengucapkan takziah kepada keluarga di atas pemergian beliau.

Jumaat, 18 Jun 2010

Perjalanan Hidupku/Selesai Perang

                            بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم

Dengan lafaz bismillah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam, Selawat dan salam keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarganya, sahabatnya dan para pengikut mereka sehingga hari qiamat.

Emm....Hampir tiga minggu aku berada didalam medan perang di kuliah AlAzhar Assyarif  pada tarikh 16 haribulan Jun 2010 aku selesai daridapa menempuh soalan-soalan killer daripada doktor. Kalau hendak dikatakan senang tidak la pula sebab Universiti AlAzhar bukan calang-calang Universiti kerana disini banyak tempat keluaran ulama-ulama terkemuka sepertimana yang kita lihat pada hari ini seperti Syaikhuna Syeikh Yusuf  Khardawi, Syeikh Ali Jum ah dan ramai lagi yang kita kenali. Kalau hendak diikuti dengan jawapan yang dijawab, In Sya Allah akan mendapat pangkat yang baik, tapi disini tidak seperti itu kerana sebarang keputusan yang akan keluar nanti diluar jangkaan kita kerana ia membuatkan kita perlu lebih tawakkal dan berserah kepada Allah dengan keputusan yang bakal dikeluarkan, ini bermakna tidak cukup dengan usaha tanpa bertawajjuh kepada Allah. Oleh itu, kita perlu sering menjaga akhlak dan adab kita apabila bersama para masyaikh kerana banyak daripada mereka dikurniakan oleh Allah sifat kasyaf. Apa-apa pun segala keputusan yang akan dikeluarkan oleh pihak universiti nanti tidak dapat tidak mestilah mestilah perlu tawakkal dan serah bulat-bulat kepada Allah.

Emm....oleh kerana imtihan baru sahaja habis, aju dan kawan-kawan bercadang untuk ke Alexandra atau dikenali sebagai Iskandariah kerana ingin melepaskan segala tension yang dilalui semasa imtihan disamping melihat kebesaran Allah. Kalau diikutkan memang banyak perancangan yang tersimpan didalam benak fikiranku, entah tercapai atau tidak apa yang aku rancangkan.

Kemungkinan dalam bulan Julai nanti kelas Talaqqi akan bersambung semula, walaupun aku memang tidak pernah istiqomah dalam menjalani kelas tersebut, tapi kadang-kadang merindui suasana pengajiannya. Kitab yang aku beli semasa pesta buku sedunia tahun lepas pun belum dibelek lagi kerana mood untuk menumpukan sepenuhnya dalam memahami kitab arab belum lagi ada.

Pada cuti penggal ini, ramai juga sahanat aku yang pulang ke Tanah air. Kadang-kadang timbul rasa cemburu kerana hati ini amat rindukan keluarga dah sahabat aku di Malaysia, memandangkan ilmu masih belum masak di dadaku, aku perlulah memeramnya dahulu bersama para Masyaikh disini sehingga benar-benar boleh diberi makan kepada keluarga dan masyarakat di tanah air. Apa-apa pun aku berserah keatas ketentuan illahi disamping memohon doa kepadanya.

 Memandangkan pada waktu sekarang, abah emak dan adik berada di Mekah, aku tidak lagi dapat berbual dengan mereka lebih lama seperti sebelum ini. Ini menyebabkan hati ini tertunggu kepulangan mereka kerana sudah kian lama tidak menelefon mereka. Aku doakan semoga mereka selamat sampai ke tanah air pada minggu hadapan.

Di sepanjang berada di fatrah cuti ini aku berharap agar segala perancanganku untuk menggunakan masa dengan sebaiknya akan terus berjalan dengan lancar. Aku pohon doa dari sahabat yang mengenali aku agar aku dipermudahkan segala urusan disini disamping mendapat barakah untuk di taburkan kepada masyarakat pada suatu hari nanti. In Sya Allah. Wallah a'lam

Kuliah Syariah, Universiti AlAzhar Tanta
 
Masjid AlAzhar Qaherah

Sabtu, 8 Mei 2010

Perjalanan Hidupku/ Imtihan


                       بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم



Alhamdulillah, Segala puji dan puja selainnya, tiada tuhan yang patut disembah selainnya, dialah tuhan yang esa tidak dianakkan dan tidak diperanakkan. Selawat dan salam keatas junjungan besar kita (nabi Muhammad s.a.w) juga buat keluarganya, sahabatnya dan para penyampai risalahnya sehinggas hari qiamat.

Amma ba'd,

Keadaan semakin sibuk buat masa sekarang, saban hari aku menghitung hari  kerana khuatiri hari imtihan yang semakin dekat. Hanya tuhan sahaja yang memahaminya. Antara madah-madah yang akan aku hadapi ialah Fikh Syafie, Fikh Muqarran,tauhid,Qadaya Muasarah (perubatan masa kini) ,Quran, dan Usul fiqh. Keadaan semakin runsing kerana masih banyak mukasurat buku dan alQuran yang belum aku singkapi. Dengan masa yang ada pada selepas maghrib ini terpaksa aku mencuri sedikit bagi membuat maklumat kepada pelawat  blog pendamba cintamu..... yang aku kira kemungkinan sahabat-sahabat menanti-nantikan artikel sambungan daripadaku.

Impian aku untuk menyambung risalah syeikh Abu Ali Annadwi yang bertajuk ''penawar hati'' sedikit terbantut kerana keadaan masa begitu mengejar. In Sya Allah, kemungkinan artikel ini akan dapat disambung semula selepas peperiksaan yang akan datang.

Di kesempatan ini aku memohon doa dari sahabat-sahabat agar mendoakan aku dan sahabat-sahabat seperjuangan dipermudahkan segala urusan di sini.  amin

~Alfaqir ilallah Mohd Azhar Hamid Almarbawi~
~ Penuntut Universiti AlAzhar, Fakulti Syariah Walqonon~

AlAzhar dalam baik pulih.

Kuliah Syariah Islamiah
ampuni kami

Update terbaru Followers saya.

Aku sedang berusaha untuk mengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat belajar syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...in sya Allah.
©2008
خديم طلبة العلم الشريف