PërjälänlänHïdüpkü

TENTANG AKU $ MEREKA
悲しいことしないでください!, 確かに、神は私たちとは
↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓

Rabu, 11 Ogos 2010

Salam Mubarak, Ramadhan tiba lagi.



 بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم

 ألحمدلله رب العالمين. والصلاة على سيذنا حبيبينا سيدنا مولانا نبينا محمد  وعلى أله وصحبه أجمعين ومن تبعهم الى يوم الدين

أم  بعد,


Alhamdulillah pada beberapa hari yang lalu saya dan para ahli MKKK berpeluang untuk mengikuti majlis ramah mesra bersama Dato' Seri ust Azizan Abdul Razak di Hayyu 'Ashir Kaherah. Didalam majlis kami diberikan pelbagai nasihat dan kata-kata semangat dari beliau. Semoga kata-kata semangat yang beliau berikan menjadikan saya lebih bersemanagatuntuk menuntut ilmu di bumi kinanah ini. in sya Allah.



Alhamdulillah juga kerana diberi kesempatan dan dipanjangkan umur oleh Taala untuk melalui suasana puasa pertama di perantauan dan juga dapat mengikuti daurah Tafaqquh Fiddin bersama Syeikhuna Syeikh Nuruddin Marbu Albanjari Almakky. In Sya Allah


 


Berikut adalah serba sedikit yang berkaitan dengan puasa Ramadhan


Sejarah diwajibkan puasa Ramadhan.

Puasa ramadhan merupakan rukun ketiga daripada rukun islam selepas kewajipan solat lima waktu, ia diwajibkan bagi seluruh umat islam selama sebulan pada setiap tahun. Ia merupakan bulan kesembilan dalam bulan hijrah. Ia diwajibkan  pada tahun kedua hijrah. Pada malamnya kita dituntut untuk solat sunat taraweh sebanyak 20 rakaat diikuti dengan witir, sependek-pendek witir adalah satu rakaat manakala sebanyak-banyak witir adalah 11 rakaat. Pada sepanjang bulan Ramadhan Allah memberikan kelebihan satu malam dibulan Ramadhan iaitu malam LailatulQadar, satu malam ini seperti 1000 bulan, ia hanya berlaku pada umat nabi Muhammad saw sahaja. Selain itu ulama berijma' bahawa Rasulullah saw sempat berpuasa pada bulan ramadhan sebanyak 9 kali sepanjang usianya.

Dalil diwajibkan Puasa Ramadhan


 Mafhum Firman Allah S.W.T:
“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ - (Surah Al-Baqarah: 183)


Mafhum Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:
" Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."

 Takrif Puasa

Bahasa
 
-Tidak makan, tidak minum
 
Istilah


-Menahan diri dari makan dan minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga tenggelam matahari.

Syarat Wajib Puasa Ramadhan

1. Islam
2.Baligh
3.Berakal
4. Suci dari haid dan nifas.

Rukun Puasa

1.Niat
2.Menahan diri dari perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari


Lafaz niat

Sahaja aku berpuasa esok hari dibulan ramadhan pada tahun ini kerana Allah Taala.

Waktu niat

Pada setiap malam iaitu sebelum masuk subuh.


Perkara-Perkara Yang Membatalkan Puasa

1. Makan dan minum disiang hari.
2.Memasukkan sesuatu kedalam rongga badan.
3. Bersetubuh disiang hari.
4. Gila
5.Pitam sepanjang hari.
6.Murtad
7.Mengeluarkan mani dengan sengaja.

Perkara-Perkara Yang Makruh Ketika Sedang Berpuasa.

1. Bersugi selepas zohor.
2. Tidur sepanjang hari.
3. Banyak meludah.


Golongan Yang Diharuskan Berbuka Puasa

1. Orang sakit. (bertambah berat sakitnya jika dia berpuasa)
2. Orang yang bermusafir. ( Cukup dua marhalah bagi mazhab Syafie)
3. Orang yang dipaksa. ( Jika mendatangkan mudarat padanya, Pemaksa ada bersamanya pada ketika itu)
4. Orang yang menyusukan anak. ( Ditakuti memdatangkan mudarat padanya dan anaknya)

Perkara-Perkara Sunat Yang Digalakkan di Bulan Ramadhan


Sebenarnya sangat banyat perkara-perkara sunat yang digalakkan oleh Rosulullah kepada kita dibulan Ramadhan. Antaranya ialah:

1. Banyak membaca Alquran.
2. Bersedekah.
3. Berzikir.
4. Iktikaf.
5. Menolong isteri memasak.
6. Berjaga malam (qiamullail)
7. Berbuka pada waktunya
8. Dan sebagainya.


Doa Berbuka Puasa



Setakat itu sahaja yang dapat saya senaraikan berkaitan dengan puasa Ramadhan. Segala kekurangan haraplah diperbetulkan, sebarang cadangan dan segala tunjuk ajar dari sahabat-sahabat amatlah dialu-alukan.


Semoga  Ramadhan pada tahun ini amat bermakna buat kita semua dan menjadi Ramadhan terbaik dari tahun-ttahun lalu. Selain itu, semoga kita dipermudahkan untuk melakukan perkara-perkara sunat yang dituntut disamping tidak tinggal pengajian kita bersama para masyaikh pada  Ramadhan ini. in sya Allah.


Akhir kalam saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Karim, khas buat pengunjung-pengunjung blog saya.


Dicatat oleh : 
Alfaqir Ilallah Mohd Azhar Hamid Senik Almarbawi Alqadhi
Penuntut dikuliah Syariah Wal Qonun, Universiti AlAzhar Tonto

Lokasi sekarang: 
Cairo

Isnin, 9 Ogos 2010

Ziarah Mansouro Bersama Sahabat Kuin

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم

 ألحمدلله رب العالمين. والصلاة على سيذنا حبيبينا سيدنا مولانا نبينا محمد  وعلى أله وصحبه أجمعين ومن تبعهم الى يوم الدين

أم  بعد,

Alhamdulillah, dikesempitan waktu ini, sempat juga saya mengupdate blog yang sudah hampir dibuat sarang oleh labah-labah, ini kata-kata perli Abang Cik yang selalu ditujukan kepada saya yang jarang menupdate blog.

 Dalam kesibukan memikirkan tentang rumah sewa baru yang bakal diduduki beberapa hari lagi, sempat juga saya bersama sahabat KUIN iaitu Abang Aswad, Kak Jannah  dan Kak Aishah berpusing-pusing sekitar Kota Mansuroh yang dikepalai oleh Abang Hasbunnizam dan Isterinya iaitu Kak Rozian.

Kami bertolak sekitar jam 2100 di Perhentian Keretapi Awal BAhr Thonto dan sampai disana lebih kurang satu jam selepas bertolak. Setibanya kami disana kami singgah sebentar di kedai Spicy untuk menjamah sedikit makanan sebelum sampai di tempat destinasi. Saya bersama Aswad bermalam dirumah Saudara Fadli yang merupakan salah seorang exco DPMM manakala muslimat pula dirumah Saudari Syuhada di tingkat bawah bangunan penginapan kami. Manakala Abang Hasbun bersama isteri dan anaknya di tingkat bawah sekali.

Keesokan harinya kami semua bercadang untuk menziarahi sekitar Mansurah dengan menaiki sebuah Van yang ditempah khas dengan bayaran LE 240 pound. Kembara ini diketuai oleh saudara Yusairi dan saudara Helmi selaku penduduk lama di Kota Mansuroh. Abang Hasbun tidak dapat mengikuti pengenbaraan ini.

Pada permulaan pengembaraan, kami dibawa ke ladang anggur dan juga ladang buah peach, tapi malangnya tibanya kami disana tidak tepat pada musimnya, hanya tinggal sedikit sahaja buah yang tinggal kerana habis dikutip oleh pemiliknya untuk dijual.

Selepas dari itu, saya dan sahabat-sahabat dibawa ke Maqam pertama yang terletak di Mansuroh iaitu maqam syeikh Mutawallai Syagqrowi, beliau merupakan salahseorang masyaikh AlAzhar yang terkenal semasa pemerintahan Anuar sadat, beliau amat digeruni oleh para pemerintah zalim pada zamannya kerana dengan karamat yang ada kepada beliau. Disebelah maqam beliau, terdapat sekolah dan perpustakaan beliau yang dibina dari hasil titik peluh beliau sendiri. Semoga Allah merahmati beliau.

Syeikh Mutawalli Sya'rawi
 
 
 Maqam beliau


 
Sekolah yang dibuat daripada duit hasil daripada titik peluh beliau sendiri



Selepas itu, saya bersama sahabat dibawa pula ke maqam seterusnya, maqam ini terletak agak sedikit terpencil dari jalan raya, terdapat dua laluan  untuk sampai ke maqam ini iaitu jalan air dan darat. Maqam yang saya maksudkan ialah maqam Syeikh Abdullah bin Salam, beliau adalah ketua pendita yahudi pada zaman rosulullah saw. Beliau pakar dalam keempat-empat buah kitab suci agama langit iaitu kitab suci Injil, Zabur,Taurad dan AlQuran. Beliau memeluk islam selepas beliau mengutarakan seribu soalan kepada Rosulullah, tujuan beliau ialah untuk mencari kebenaran yang terkandung di dalam keempat-empat kitab suci agama langit yang beliau kuasai. Besar kemungkinan beliau wafat disebabkan dibunuh oleh penganut yahudi sendiri kerana tidak berpuas hati keatas tindakan beliau memeluk islam.

 Maqam Saidina Abdullah bin Salam



emmm....seterusnya kami dibawa ke maqam seorang wali Allah yang bernama Muhammad bin Abu Bakar yang terletak di Mait Damsis. Beliau adalah anak kepada Saidina Abu Bakar Assidiq. Beliau hidup di Mesir sezaman dengan sahabat Rasulullah iaitu Amru bin 'Asr. Maqam beliau terletak dibawah masjid kerana dikhuwatiri dicuri oleh orang kafir laknatullah. Di maqam beliau terdapat batu asas maqam asal beliau, yang merupakan batu persembunyian beliau ketika wafat. Batu yang bersaiz lebih kurang bonet kereta proton saga itu masih elok dan tiada kesan pecah.

Maqam Saidina Muhammad Abu Bakar Asiddiq


Selepas kami bertawassul di situ kami ke atas masjid untuk makan nasi lemak sebagai sarapan pagi pada hari itu. Kemudian kami ke destinasi seterusnya. Maqam terakhir ini terletak agak jauh dari maqam yang ketiga, kami mengambil masa lebih kurang satu jam untuk sampai kesana. Maqam yang saya maksudkan adalah maqam salah seorang daripada Syaikhul Azhar iaitu Syeikh Jadul Haq Ali JAdul Haq yang terletak di Libbis. Antara ungkapan beliau yang terkenal pada zaman Syaikhul Azharnya ialah beliau menggalakkan para mahasiswa berkahwin pada usia yang muda, tekaan saya,  ini kemungkinan untuk mengelakkan daripada masalah sosial yang berlaku pada zamannya.

Syeikh Jadul Haq Ali Jadul Haq


Maqam beliau

Semoga Allah merahmati mereka semua. amin.


Kemudian kami kedestinasi yang ditunggu-tunggu iaitu ke Roksu Bar di Kota Damietta, tapi sayangnya kami tidak boleh pergi ke sana dengan menaiki tramko travel yang disewa khas itu kerana ia memerlukan kos yang tinggi untuk membayar cukai iaitu sebanyak 500 pound. Kami hanya dibawa ke pantai Dumyat melalui jalan belakang.

Hari semakin senja, kami bertolak pulang ke tempat penginapan. Dalam perjalan pulang kami sempat singgah di maktabah untuk melihat kitab-kitab. Kami tiba di tempat penginapan lebih kurang jam 11 malam.

Keesokan pagi, saya bersama saudara Aswad dan saudara Fadhli ke Sikkah untuk membeli jubah, kami disana lebih kurang tiga jam, masuknya waktu zohor kami pulang ke rumah untuk membuat persiapan pulang ke Cairo. Kami bertolak keluar selepas solat zohor beserta asar, rombongan kami diketuai oleh kak Rozian kerana Abang Hasbul sudah berada di Cairo kerana mendapat panggilan kecemasan untuk bersama program persatuan.

Hampir tiga jam perjalanan kami tiba di Cairo. Akhirnya Alhamdulillah, kami sampai dengan selamat. Saya merasakan pengembaraan ini salah satu pengembaraan yang best sepanjang keberadaan saya di sini. Mudah mudahan dengan pengembaraan kami ini, kami juga disayangi Allah sepertimana para walinya. Wallah a'lam.


Dicatat oleh : 
Alfaqir Ilallah Mohd Azhar Hamid Senik Almarbawi Alqadhi
Penuntut dikuliah Syariah Wal Qonun, Universiti AlAzhar Tonto

Lokasi sekarang: 
Cairo

Ahad, 8 Ogos 2010

Penawar Hati/ Siapa Teman Setia

 بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم

 ألحمدلله رب العالمين. والصلاة على سيذنا حبيبينا سيدنا مولانا نبينا محمد  وعلى أله وصحبه أجمعين ومن تبعهم الى يوم الدين

أم  بعد,

Siapa Teman Setia?

Hadis kedua:
(Mafhum)
Daripada Anas bin Malik r.a ada tiga benda yang akan menghantar jenazah ke tanah perkuburan iaitu keluarganya, hartanya dan amalnya. Dua antaranya akan kembali, manakala satu daripadanya akan tetap tinggal bersamanya. Keluarga dan hartanya akan kembali sedangkan amalnya akan tetap setia bersamanya (h.r Bukhari & Muslim)

Keterangan:

 Itulah kesudahan bagi persahabatan kita kepada ketiga-tiga golongan ini. Isteri yang kita cintai dan anak-anak yang kita sayangi dan para kaum kerabat kita hanya dapat menghantar kita sampai ketanah perkuburan sahaja dan hanya mampu mengucapkan selamat tinggal kepada kita ketika badan kita terbujur sejuk di liang lahad. Tiada seorangpun daripada mereka yang setia menjadi teman dikesunyian kubur. Mereka akan pulang setelah menimbuni keatas liang kubur kita. Begitu juga harta kita yang kita kumpulkan sekian lama dengan membanting tulang empat kerat dan memerah keringat terkadang sampai sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri untuk mendapatkannya. Tapi semuanya akan kita tinggalkan untuk waris kita yang masih hidup, mereka yang akan mempusakakan dan menggunakannya, sedangkan kita didalam kubur yang sunyi ini akan ditanya kemana harta itu kita belanjakan dan dari mana hasil harta itu diperolehi. Orang yang bijak ialah orang yang bersedia menghadapi kematian dan mempunyai perancangan wawasan bagi menghadapi hari aqiratnya dan bersedia menghadapi kematiannya sebelum tiba saatnya. Tetapi orang yang terpedaya  sahajalah yang hanya akan mengejar dunia ataupun cinta dunia dan menimbunkan harta dengan sebanyak- banyaknya. Apabila tiba sat kematian barulah dia akan menyedari diri yang kurang dengan amalan kebaikan dan barulah dia berazam untuk membuat kebajikan. Namun pada masa itu segala penyesalan tidak dapat diselesaikan dan tidak berguna lagi.

Oleh kerana itu, saya menyeru kepada diri saya sendiri dan sahabat sekalian , perbanyakkanlah berbuat kebajikan tingkatkanlah ketaqwaan, buatlah amalan akhirat dengan sebanyaknya dan sedaya upaya yang ada. Rajinlah bersedekah dan  suka menderma untuk membuat bekalan bagi perjalanan akhirat yang sangat jauh itu disamping melakukan amalan-amalan sunat yang lain seperti puasa sunat, membaca alquran dan sebagainya. Selain itu, kita juga dituntut oleh Allah taala agar srlalu mendoakan agar diri tidak terjebak kearah perkara-perkara yang tidak baik  dan juga mendoakan agar dijauhi dari azab kubur. In Sya Allah, sama-sama kita doakan.

Keluarga yang kita sayang juga turut meninggalkan kita
(Sekadar Gambar Hiasan)


 
Adakah harta kita juga turut serta? 


Mungkin dengan ini shaja dapat menemani kita
Sehebat manapun kita, inilah pengakhirannya




cyberbay

Ahad, 25 Julai 2010

Perjalanan Hidupku/ Majlis Pertangguhan Daurah Soifiyyah

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم

 ألحمدلله رب العالمين. والصلاة على سيذنا حبيبينا سيدنا مولانا نبينا محمد  وعلى أله وصحبه أجمعين ومن تبعهم الى يوم الدين

أم  بعد,
Alhamdulillah, sempat juga saya mengikuti majlis pertangguhan daurah soifiyyah yang dianjurkan oleh Unit Dakwah Majlis Kebajikan Keluarga Kedah Mesir (MKKK). Majlis bermula pada jam 18.00 di Dewan yang diberi nama oleh Alfadhil Syeikh Nuruddin Marbu Almakky Albanjari dengan nama Dewan Tasamuh Wal Iqa'  di Kedah Student Hostel 3, majlis tersebut berakhir sehingga masuk waktu maqrib pada lebih kurang jam 20.00.

Pihak MKKK terpaksa menangguhkan pengajian daurah soifiyyah kerana mempunyai sedikit masalah dalaman, disamping menghormati Majlis Daurah bersama Syeikhuna Syeikh Nuruddin Marbu Albanjari Almakky yang akan diadakan pada awat Ramadhan setiap tahun.

Balik kepada Majlis Daurah Soifiyyah,




Majlis tersebut dimulakan dengan alunan burdah oleh Saudara Khairul Abdan, kemudian diteruskan dengan alunan ayat suci alqura. Selepas alunan alquran dialunkan, pihak majlis menyerahkan microfon kepada syaikhuna Syeikh Jamal Farouk sebagai pengerusi kedua dalam majlis ini.

Antara masyaikh Azhar Assyarif yang turut serta pada pada majlis ini, Syeikhuna Syeikh Toha Hibishi, Syeikhuna Syeikh Mustofa, Syeikhuna Syeikh Fathi, Syeikhuna Syeikh Ahmad Mamduh, Syeikhuna Syeikh Abdullah Robi', Syeikhuna Syeikh Usamah dan turut juga serta Syeikhuna dari Darul Ifta' Fadhilatul Syeikh amru Wirdani. Beberapa minit majlis dimulakan maka sampailah ketibaan yang ditunggu-tunggu oleh para mahasiswa/mahasiswi dan para masyaikh iaitu dengan ketibaan Syeikhuna Syeikh Ibrohim Alkittani dari kota Iskandariah.

Majlis berjalani dengan lancar, setiap masyaikh diberi peluang untuk berucap sepatah dua kepada hadirin sebagai kata-kata nasihat disamping berdoa. Lebih kurang jam 18.16 Syeikhuna Dr.Jamal Farouk memberi laluan kepada Fadhilatu Syeikhuna Syeikh Ibrohim Alkittani sebagai kata-kata penutup majlis pada petang itu. Selapas ucapan dari Syeikh, pengerusi pertama majlis menjemput Syeikh Yusoff Hj Ahmad yang diiringi oleh saudara Zahran sebagai  pemangku YDP MKKK untuk memberikan sedikit cenderahati kepada masyaikh yang hadir,  majlis diteruskan lagi dengan selawat keatas nabi yang dialunkan oleh saudara arab mesir sendiri.

Jam dinding pada waktu itu menunjukkan jam 19.55 menunjukkan sudah hampir masuk waktu magrib, lalu microfon diberikan kepada saudara Khairul Abdan bagi melaungkan azan magrib. Selepas solat magrib yang diimamkan oleh Syeikh Ibrahim Alkittani, saya dan sahabat-sahabat mengambil peluang keemasan untuk besalam salaman dengan para masyaikh yang hadir.  Majlis penangguhan daurah soifiyyah diakhiri dengan jamuan disutuh Kedah Student Hostel.

Saya berdoa dan berharap agar majlis daurah  soifiyyah dapat dimulakan semula dengan segera suatu hari nanti.

TENTATIF PROGRAM DARI UNIT PENGAJIAN MKKK


MAJLIS PENANGGUHAN PENGAJIAN INTENSIF MUSIM PANAS BERSAMA MASYAIKH AL-AZHAR
( الدورة العلمية الصيفية المكثفة مع مشايخ الأزهر الشريف )

TARIKH  :  24 JULAI 2010
HARI      :  SABTU
MASA     : 6.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN AT-TASAMUH WAL-IKHA’ , ASRAMA DARUL  AMAN 3, HAYYU SABIEK,MADINAH NASR, KAHERAH.

PENGISIAN MAJLIS:
1. SAMBUNGAN PEMBACAAN HADIS MUKHTASAR IBN ABI JAMRAH OLEH FADHILAH SYEIKH MUHAMMAD IBRAHIM ABD BA’ITH  AL-KITTANI AL-HUSAINI.

2. UCAPAN TENAGA PENGAJAR DAURAH SAIFIYYAH
I. FADHILAH SYEIKH JAMAL FAROUQ  AD-DAQAQ  AL-HASANI
II. FADHILAH SYEIKH FATHI ABD RAHMAN AHMAD HIJAZI
III. FADHILAH SYEIKH TOHA HIBISYI
IV. FADHILAH DR. ABDULLAH RABI’
V. FADHILAH DR. AHMAD MAMDUH

3.  UCAPAN TETAMU JEMPUTAN
I.   FADHILAH SYEIKH AMRU WIRRDANI ( Darul Ifta’ Misriyyah )
II.  FADHILAH USAMAH MAHMUD SAYYID AL-AZHARI
III. WAKIL KULIAH USULUDDIN UNIV. AL-AZHAR, KAHERAH

ANJURAN : PEJABAT PEGAWAI HAL EHWAL PELAJAR KEDAH TIMUR TENGAH MAJLIS KEBAJIKAN KELUARGA KEDAH (MKKK)  DI BAWAH BIMBINGAN  MASYAIKH AL-AZHAR ASY-SYARIF.

Sabtu, 24 Julai 2010

Perjalanan Hidupku/ PROSMA

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم

ألحمدلله رب العالمين. والصلاة على سيذنا حبيبينا سيدنا مولانا نبينا محمد  وعلى أله وصحبه أجمعين ومن تبعهم الى يوم الدين

Alhamdulillah, dapat juga saya ke Kota Damietta buat kali keempat walaupun sebentar, saya kesana dengan menaiki tramco bersama seorang sahabat bernama Mustakim. Kami bertolak kesana selepas saya bersama sahabat-sahabat menghantar sahabat pulang ke Malaysia iaitu saudara Izzat Ismail, Muhaimin dan Ammar, mereka semua dari fakulti Medic Ain Shams. Perjalan kami bermula lebih kurang jam 1800 dari Kedah Student Hostel seterusnya ke Ramsis dan 'Abud kemudian terus ke kota Damietta.

Sampainya kami disana lebih kurang jam 0138 agak terlewat kerana jalan sedikit que. Saya bersama sahabat agak keletihan kerana terlalu panjang perjalanan. Cadangnya tidak mahu tidur kerana waktu subuh sudah hampir tetapi akhirnya terlelap kerana tidak mampu untuk bertahan.

Selepas breaksfast keesokan harinya kami terus kerumah saudara Loqman untuk berbincang  dan  packing pakaian-pakaian yang telah disedekahkan oleh sahabat-sahabat Dumyat bagi menjayakan misi Prosma yang diketuai oleh saudara Hafiz untuk menghantar bantuan kepada saudara seislam Palestin selepas ekspo PMRAMM akan datang.  Agak banyak pakaian yang kami kena bawa ke Kaherah nampaknya, lebih kurang 3 bagasi, dua beg balik kampung dan 3 plastik sampah. Hampir jam 1100 pagi kami pulang ke rumah penginapan untuk bersiap-siap pulang ke Kaherah pada jam 1230 nanti.


Jam ditangan menunjukkan pukul 1225, kami keluar dari rumah bersama-sama beberepa orang sahabat yang turut membantu dalam tugasan ini. Sementara itu saudara Mashkur ditugaskan untuk mencari teksi bagi mengangkut beg-beg ke stesyen bas.

Saya bersama sahabat-sahabat iaitu Mustakim, Ahmad Mashkur, Solahuddin dan Hnif bertolak dari Stesyen bas Dumyat Qodim pada jam 1440 dan tiba di Ramsis, Kaherah pada jam 1830. Setelah turun dari bas, kami segera menurunkan beg-beg dari perut bas dan seterusnya ke Hayyu sabeik untuk menghantar semua pakaian-pakaian di rumah sewa saudara Fridaus dibelakang Alsun School sebagai stor simpanan barabg buat sementara waktu.

Alhamdulillah, kami semua  sampai dengan selamat.
ampuni kami

Update terbaru Followers saya.

Aku sedang berusaha untuk mengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat belajar syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...in sya Allah.
©2008
خديم طلبة العلم الشريف