PërjälänlänHïdüpkü

TENTANG AKU $ MEREKA
悲しいことしないでください!, 確かに、神は私たちとは
↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓

Ahad, 7 November 2010

Imbauan Kenangan Pemergian Bondaku Tersayang




بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم


Alhamdulillah, selawat dan salam keatas rosul junjungan, ahli keluarganya serta sahabatnya.



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat2 pelawat blog saya, semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera selalu dan mendapat petunjuk tuhan di setiap amalan2 yang dilakukan.



Setelah hampir dua bulan kita telah lalui hari raya Eidul Fitrah kini kita akan lalui pula raya Eidul Qurban yangmana merupakan hari kejayaan bagi jemaah haji yang menunaikan haji di Makkatul Mukarramah pada 10 dzulhijjah akan datang disamping mengingati kisah pengorbanan Nabi Allah Ibrahim as.



Pada pagi yang mulia ini saya ingin mengimbau kembali salah satu kenangan pahit yang saya alami semasa dibangku persekolahan dahulu yangmana kisah ini berlaku berhampiran dengan hari raya eidul Qurban. Kisah yang saya maksudkan ini berkaitan dengan pemergian bonda tersayang yang telah pergi 2 tahun dahulu. Dalam sedar tidak sedar, kini telah masuk tahun kedua bonda telah meninggal saya dan keluarga. Rasanya bagaikan semalam bersamanya dan rasanya belum ada dan belum cukup budi dan bakti dapat ditunaikan untuk menbalas sedikit sebanyak jasa bonda.



Bonda saya telah kerahmatullah ketika beliau bersama abah dalam perjalanan menunaikan kewajipan haji pada tahun 2008 di tanah suci.



Pada pagi kemergian bonda kerahmatullah iaitu pada hari jumaat 7 November 2008, Saya mendapat panggilan dari abang tetapi dia tidak memberitahu apa2 tentang berita sedih tersebut, malahan hanya bertanyakan khabar. Akhirnya rahsia tentang pemergian bonda di tanah suci Madinah Munawwarah saya dapat ketahui dari kakak ipar (kak sofia) Itupun kerana dia (kakak ipar) tersalah bagi tahu, jikalau di ikutkan ahli keluarga, mereka tidak mahu memberitahu saya kerana pada keesokan hari, 8 November saya akan menghadapi peperiksaan MUET.



Di rumah sewa saya hanya mendiamkan diri sambil menyembunyikan titisan2 air mata yang tidak mampu ditampung oleh kelopak mata. Pada hari itu, saya kerap mendengar lagu nasyid dari kumpulan inteam yang bertajuk "halimatus Saadiah" bagi memujuk hati yang sedang sedih ini kerana bagi saya lagu itu menceritakan tentang kisah Nabi Muhammad saw yang sedang menjadi anak yatim ketika masih kecil.



Rahsia tentang pemergian bonda dapat dikesan oleh pak Cik Muhammad yang merupakan guru di Sekolah Menengah Bachok dan juga tuan rumah sewa yang saya menginap sepanjang pengajian. Pada petang hari tersebut yangmana ketika itu tuan rumah yang suka dipanggil dengan panggilan Pokcik menanyakan tentang pengkhabaran abah dan bonda di tanah suci, tersentak dengan soalan itu, saya menjawab dengan nada yang perlahan "mak meninggal pagi tadi di Madinah" sambil menitis air mata.



Setelah itu, rahsia pemergian bonda tersebar luas dan diketahui oleh sahabat2 rumah termasuk saudara allahyarham Mohd Atiq bin Alwi yang merupakan bekas ahli bilik saya di rumah sewa. Seingat saya, pada malam hari tersebut kami mengadakan solat ghaib yang diimamkan oleh saudara Ismail bin Hassan yang gemar di panggil dengan gelaran manja sebagai abe weay, selepas solat ghaib, sahabat2 cuba untuk menenangkan saya dengan memeluk sambil mengucapkan takziah dan memberi nasihat.



Pada malam itu juga, pakcik Muhammad mengadakan majlis tahlil dan kenduri sebagai sebagai hadiah buat bonda tersayang. Dengan keprihatinan pakcik sekeluarga dan sahabat2 hati saya menjadi sedikit tenang. Semoga Allah sahaja dapat membalas jasa mereka.



Allahyarham bonda menghembuskan nafas terakhir di pangkuan abah dan selamat dikebumikan di tanah perkuburan Baqi' setelah disolatkan oleh ribuan jemaah selepas solat subuh di Masjid Nabawi, Madinah Munawwarah. Semoga Allah membalas amalan mereka.



Di kesempatan ini juga, saya ingin mendoakan kepada bonda tercinta agar ditempatkan bersama para anbiya' dan auliya' di sana.


Juga jutaan juta terima kasih saya ingin ucapkan kepada Syeikhuna Tuanguru Haji Saleh Musa kerana sudi mengimamkan tahlil dan doa selama beberapa minggu buat bonda tercinta bersama jamaah pengajian beliau.



Nasihat saya buat pembaca blog saya yang dirahmati tuhan sekalian agar menaburkan jasa dan bakti kepada ayah dan bonda kalian sekalian selagi waktu masih ada, jika terlambat maka tidak berguna lagi untuk disesali. Bak kata pepatah melayu yang mahsyhur di kalangan kita sendiri "menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudian tidak berguna lagi"


Alfatihah buat bonda saya dan para ahli keluarga kita dan sahabat2 kita yang telah dahulu meninggalkan kita. Alfatihah....


Penuntut ilmu assyarif,
alfaqir mohd azhar hamid almarbawi.

Sindbad, Gharbiah City, Egyp.

Jumaat, 5 November 2010

Haji Dan Umrah



Alhamdulillah segala puji hanya bagi tuhan sekelian alam, selawat dan salam keatas junjungan besar Sayyidina Muhammad saw. dan ahli keluarnya serta sahabatnya dan pengikutnya sehingga qiamat.


Alhamdulillah sekali lagi kerana pada hari dapat lagi saya memenuhi ruangan catitan blog saya ini.


Kali ini saya akan ketengahkan beberapa mafhum hadis yang saya petik sendiri dari kitab yang disusun sendiri oleh Syekhuna Syeikh Nuruddin Marbu alBanjari alMakki yang bertajuk ''mereka yang berada di jalan Allah''.


Alhamdulillah, setelah selesai membaca pada 1/11/2010 yang lalu, saya rasa terpanggil untuk menaip semula mafhum hadis Rasulullah saw. di ruangan ini. Bersempena dengan bulan haji ini, Diharapkan,  dapat menambahkan ilmu pengetahuan buat kita bersama.




Mengerjakan Haji Dan Umrah


1. Daripada 'Aisyah r.a berkata: Aku berkata : Wahai Rosulullah, kami kaum wanita dapati jihad adalah merupakan sebaik2 amalan, bolehkan kami berjihad?
Maka Rosulullah bersabda:
Akan tetapi sebaik2 jihad adalah haji yang mabrur.
(h.r bukhari dll)



2. Diriwayatkan daripada Khuzaimah dalam sohehnya dengan lafaz:
berkata 'Aishah r.a: aku berkata: Wahai Rosulullah, adakah dikenakan jihad kepada kaum wanita?

Baginda bersabda: Terhadap merka (wanita) jihad yang tiada peperangan dalamnya: iaitu mengerjakan ibadat haji dan umrah.



3.  Dari Abi Hurairah r.a daripada Rosulullah saw bersabda:
Jihad bagi orang tua dan orang yang lemah dan orang wanita ialah mengerjakan ibadat aji dan umrah.
(h.r Nasai dgn sanad hasan)





4. Dari Hassan bin Ali r.a berkata: Telah datang seorang lelaki kepada nabi saw lalu ia berkata: Sesungguhnya aku ini seorang yang penakut dan lemah, baginda pun bersabda:
Kerjakanlah jihad yang tiada duri (rintangan) di dalamnya iaitu haji.
(h.r Tabrani dan Abd Razak)

(AU KAMA QOL)



Berbelanja menunaikan Haji.


1. Daripada Anas bin Malik r.a  bersabda Rosululah saw.:

Perbelanjaan yang digunakan untuk mengerjkan haji sama seperti berbelanja di jalan Allah, satu dirham akan digandakan dengan tujuh ratus kali ganda.
(h.r Tabrani.)



2. Daripada riwayat yang lain,
Digandakan dengan Tujuh ratus kali ganda.
(h.r Ahmad,Thabrani, dan Baihaqi)

(AU KAMA QOL)

Waalah a'alam


Sindbad, Cyber Bey, Gharbiah City, Egypt.

Sabtu, 30 Oktober 2010

Peristiwa Bulan Dzulhijjah








1. Peristiwa Qurban

>Nabi Ibrahim AS dan nabi Ismail AS diminta untuk melakukan satu pengorbanan diri kepada Allah. Manakala Siti Hajar diminta untuk berpisah dengan suaminya sebagai tanda taat setia kepada Allah.


2. Hujjatul Wada'


>Berlaku pada 8 zulhijjah tahun ke 10 hijrah selepas termeterainya perjanjian dengan perjanjian Hudaibiah.


3. Peristiwa Pembunuhan Sayyidina Umar dan Sayyidina 'Osman R. anhuma.


> Sayyidina 'Umar RA dibunuh pada akhir bulan zulhijjah pada tahun 23 hijrah oleh Abu Lu'luk yang berbangsa Parsi dan beragama majusi. Sayyidina O'sman RA pula dibunuh dirumahnya sendiri pada  18 zulhijjah.




(Sekadar Hiasan)







wallah a'lam.

Cyber Bey, Gharbiah City, Egypt.

Penawar Hati/Hadis Ke-4

Merampas Sebilah Kayu Miswak Boleh Membawa Padah.




 بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم

 ألحمدلله رب العالمين. والصلاة على سيذنا حبيبينا سيدنا مولانا نبينا محمد  وعلى أله وصحبه أجمعين ومن تبعهم الى يوم الدين

أم  بعد,




Mafhum Hadis:

Daripada Abu Umamah Iyas bin Tsa'labah al Harithsi RA. Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda "sesiapa yang mengambil hak milik seseorang islam dengan sumpahnya ( mengambil secara paksa atau merampas) maka Allah SWT telah mewajibkan neraka baginya dan telah mengharamkan syurga untuk dimasukinya. Kemudian ada seorang lelaki bertanya 'Kalau hanya barang yang sangat sedikit, Ya Rasulullah? Nabi SAW menjawab. Walaupun hanya setangkai kayu arak. (kayu yang digunakan untuk bersiwak)

H-R Muslim.

Dalam sebuah hadir lain riwayat daripada Umar dgn Khattab RA beliau berkata;


"Setelah selesai peperangan Khaibar ada segolongan di antara sahabat Rasulullah SAW datang dan menghadap kepada beliau, kemudian mereka berkata: si fulan itu mati syahid, dan si fulan itu mati syahid. Sehingga akhirnya mereka meyebut nama seorang laki2 lalu mereka berkata: si fulan itu juga mati syahid. Lalu nabi SAW bersabda. Tidak sama sekali tidak. Fulan itu aku lihat dimasukkan di dalam api neraka kerana menyembunyikan sehelai selendang atau (syak perawi) sehelai baju daripada harta pampasan.


KETERANGAN

Islam melarang sesiapa sahaja daripada mengambil hak milik orang lain tanpa kebenaran daripada tuan yang memiliki harta tersebut kerana islam amat menghargai hak milik peribadi seseorang. Maka sesiapa yang mengambil hak milik orang lain hendaklah ia memulangkan dengan segera walaupun barang itu hanyalah sedikit. Jika disabitkan dengan hadis yang saya datangkan sebentar tadi, seseorang boleh dimasukkan ke dalam neraka akibat daripada mengambil sebatang kayu miswak sahaja, apabila ia dianggap ringan hal itu dan mati dalam keadaan tidak sempat untuk meminta halal dari tuan barang tersebut.


0leh itu, hendaklah kita berhati2 kalau kita bermuamalah dengan orang lagi, dan hendaklah kita menjauhi harta2 yang haram dan janganlah kita melakukan sebarang kezaliman kerana setiap kezaliman itu membawa kepada kebinasaan yang sangat besar sekali.


Bagaimana pula dengan masalah menggelapkan harta sesuatu kunpulan, jemaah, rakyat, pertubuhan, atau negara yang di istilahkan pada masa sekarang ini dengan perkataan "korupsi" adalah suatu amalan yang terkutuk dan dosa yang sangat besar, sekalipun yang digelapkan itu hanya selembar baju sahaja. Hadis yang didatangkan tadi itu adalah merupakan satu amaran yang keras dan peringatan yang tegas agar seseorang yang khianat terhadap hak milik orang ramai yang diamanahkan keatasnya. Tindakan lepas itu akan diambil sekalipun keatas seseorang yang telah gugur di medan perang dengan badan yang berlumuran darah, yang telah mempertaruhkan nyawanya sebagai tanda kesetiaan kepada perjuangan, apatah lagi kalau ia hanya seorang pegawai biasa yang tidak begitu bermakna dan besar khidmat dan pengorbanannya kepada islam.


Dengan ini, di akhir kalam ini, saya menyeru kepada diri saya, dan sahabat pembaca, dan sahabat2 yang terlibat di dalam organisasi persatuan, pekerjaan dan politik agar dapat mengambil cakna dalam masalah yang berkaitan dengan hak milik orang lain. Dan juga, saya doakan agar kita semua tidak terlibat di dalam jenayah yang telah disebutkan oleh Rasulullah SAW sebentar tadi.
Wallah a'lam.


(Sekadar hiasan)


Lokasi: Cyber Bey, Gharbiah City, Egypt.

Rabu, 20 Oktober 2010

Peristiwa di bulan Zulqaedah

1. Peperangan Bani Quraizah

peperangan ini berlaku pada tahun kelima hijrah sebaik sahaja selesainya peperangan al Ahzab.




2. Bai'atul Ridhwan.

Rasulullah telah mengepalai serombongan umat islam menuju ke Makkah untuk menunaikan haji dan umrah, tetapi telah disekat oleh orang arab Quraish.



3. Perjanjian Hudaibiah.



Perjanjian ini berlaku di penghujung tahun keenam Hijrah di antara kerajaan islam Madinah dengan kerajaan Mushrikin Makkah.

Wallah a'lam.....


0leh:
Mohd Azhar Hamid alMarbawi.
Kuliah Syariah undang2.
Universiti alAzhar


Lokasi sekarang:
Sindbad, cyber bay, Gharbiah City.
ampuni kami

Update terbaru Followers saya.

Aku sedang berusaha untuk mengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat belajar syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...in sya Allah.
©2008
خديم طلبة العلم الشريف