PërjälänlänHïdüpkü

TENTANG AKU $ MEREKA
悲しいことしないでください!, 確かに、神は私たちとは
↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓

Rabu, 24 November 2010

Raya ke-2 diperantauan

Monday
15.11.2010



بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم


Alhamdulillah, selawat dan salam keatas rosul junjungan, ahli keluarganya serta sahabatnya.



Allahuakbar (3x) Alhamdulillah. Pada pagi ini saya sekali lagi diberikan kesempatan ilahi untuk menunaikan solat hari raya eid adha. Walaupun jauh dari keluarga tersayang, namun saya dapat merasai sedikit kemanisan bergembira di pagi raya bersama sahabat2 seperjuangan.



Selepas solat sunat di padang bola Cyber Bey, kami sempat bersalam salaman dan bergambar bersama2 sebagai kenangan eid adha pada tahun ini.



Alhamdulillah juga, walaupun kemeriahan hari raya tidak seperti di Malaysia, namun ia dapat diubati dengan menziarahi rumah sahabat2 yang berdekatan.



Dikesempatan ini, saya ingin sekali lagi mengucapkan selamat hari saya Eid Adha, Maaf zahir dan batin.


Peringatan saya sebagai sahabat, Perbanyakkanlah bertakbir, bertahlil dan bertahmid di hari ini kerana tidak ada amalan yang dapat menandingi amalan soleh pada hari ini sepertimana yang di katakan oleh Rasulullah saw. Pada hadis yang saya datangkan pada post yang lalu.



Syariah, Kahroba', Cyber Bey, Gharbiah City,Egyp.

Selasa, 16 November 2010

Kullu Sanah Toyyib

SALAM PERANTAUAN.





 بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم

 ألحمدلله رب العالمين. والصلاة على سيذنا حبيبينا سيدنا مولانا نبينا محمد  وعلى أله وصحبه أجمعين ومن تبعهم الى يوم الدين

أم  بعد,





Raya eidul adha pada tahun ini, iaitu pada hari selasa, bertarikh 16 nov 2010, lebih awal 1 hari dari Malaysia.

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan.

SELAMAT HARI RAYA EIDUL QURBAN BUAT PENGUNJUNG BLOG SAYA, TERUTAMANYA BUAT ABAH DAN KELUARGA TERSAYANG YANG BERADA DI MALAYSIA.




DIKESEMPATAN INI JUGA, SAYA INGIN MEMOHON JUTAAN KEMAAFAN ZAHIR DAN BATIN ANDAI ADA SALAH DAN SILAP MAHUPUN SENGAJA ATAUPUN TIDAK DISENGAJAKAN SEMOGA SEGALA AMALAN KITA DITERIMA ALLAH.


KULLU SANAH WA ANTUM TOYYIB.


Telah bersabda Rasulullah saw yang bermaksud;

TIDAK ADA HARI DIMANA AMALAN SOLEH YANG MANA DIKERJAKAN PADANYA ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI ( 10 zulhijjah )

SAHABAT BERTANYA:
WAHAI RASULULLAH, TIDAK JUGA DAPAT DITANDINGI DENGAN JIHAD DI JALAN ALLAH?
BAGINDA MENJAWAB:
TIDAK JUGA DAPAT DITANDINGI DENGAN JIHAD DI JALAN ALLAH, KECUALI JIKA SEORANG LELAKI KELUAR BERJUANG DENGAN DIRINYA DAN HARTANYA, KEMUDIAN IA TIDAK PULANG DENGAN MEMBAWA SUATUPUN DARIPADANYA.
(au kama qol)
h.r Bukhari, Abu Daud dan ibnu Majah.

Dan Mafhumya lagi:
TIDAK ADA HARI YANG LEBIH BESAR DISISI ALLAH DAN LEBIH DISUKAI OLEH ALLAH BAGI MENGERJAKAN IBADAT PADANYA DARIPADA HARI KESEPULUH ZULHIJJAH. PERBANYAKKANLAH PADA HARI TERSEBUT DENGAN, BERTASBIH BERTAHMID, BERTAHLIL DAN BERTAKBIR.
( au kama qol )


Cyber Bey, Gharbiah City, Egyp.

Isnin, 15 November 2010

Selesai, Setelah Tiga Kali.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.


Alhamdulillah bagi raja segala raja iaitu Allah azza wa jalla. Selawat dan salam ke atas Rasulullah saw., juga kepada ahlul baitnya serta sahabatnya.


Alhamdulillah sekali lagi kepada tuhan dengan limpah kurnianya memberikan masa untuk menambahkan lagi catitan baru pada ruangan blog saya ini. Walaupun sudah 4 hari suntuk tidak bertemu dengan makanan asasi masih lagi dapat meluangkan sedikit masa.



Pada pagi kelmarin saya bersama saudara Fadli ke imigresen kerana visa sudah mati erti kata lain sudah menjadi pendatang. Walaupun setelah berkali2 kami di''bukrah''kan (yang bermaksud esok iaitu perkataan yang sering digunakan oleh masyarakat arab apabila malas untuk berurusan ) akhirnya selesai juga, walaupun pada pagi kelmarin kami mengagak perkataan yang sama yang akan didengar.



Alhamdulillah, dengan berkat kesabaran dan semangat yang diberikan, Allah membuka jalan penyelesaian.



Saya doakan agar sahabat2 yang masih 0TW berurusan agar dimudahkan segala urusan.



Akhir kalam, suka untuk saya mendatangkan satu mafhum dari kalam baginda saw. di dalam hadis musalsal;
"Seorang hamba itu tidak akan merasai kemanisan iman sehinggalah ia beriman dengan Qadar, samada yang baik atau yang buruk, manis atau pahit"
(au kama qol)



Cyber Bey, Gharbiah City, Egyp.

Jumaat, 12 November 2010

Penawar Hati/Hadis Ke-5/Siapa Orang Yang Muflis?



 بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم

 ألحمدلله رب العالمين. والصلاة على سيذنا حبيبينا سيدنا مولانا نبينا محمد  وعلى أله وصحبه أجمعين ومن تبعهم الى يوم الدين

أم  بعد,




Siapa Orang Yang Muflis?


Mafhum hadis:

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Tahukah kamu siapakah orang yang muflis itu? " Sahabat menjawab: orang muflis di kalangan kami ialah seseorang yang tiada memiliki harta". Lalu Rasulullah SAW bersabda: " Sebenarnya orang yang muflis dari kalangan umatku ialah seseorang yang datang pada hari qiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat, tetapi dahulunya sewaktu di dunia ia pernah mencaci maki si fulan, menuduh si fulan, memakan harta si fulan, menumpahkan darah si fulan dan menumpahkan darah si fulan. Maka akan diberikan kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi dan begitu pula seterusnya terhadap orang lain yang pernah teraniaya, ia akan diberikan pula daripada kebaikan orang tadi, sehingga apabila telah habis pahalanya sedangkan bebanan dosa penganiannya belum lagi dijelaskan belum dapat dibayar semua, maka akan diambil daripada kesalahan orang yang teraniaya itu lalu dibebankan kepada orang tersebut, maka selanjutnya orang itu akan dicampakkan ke dalam api neraka.

H-R Muslim.


KETERANGAN


Kita hendaklah berhati hati dan berwaspada daripada sebarang dosa dan kesalahan. Kita hendaklah selalu beristigfar kepada Allah taala. Dan hendaklah selalu juga memohon maaf kepada orang yang teraniayai dari perbuatan kita. Kita juga hendaklah meminta halal daripadanya ketika kita masih ada di dunia ini, walaupun terkadang kita terpaksa merendahkan diri dan terpaksa menebal muka untuk meminta maaf kepada orang2 yang berkenaan. Biarlah kita dipandang rendah atau hina di dunia ini, asalkan kita terlepas dari bebanan dosa pada hari qiamat nanti seperti disebut di dalam hadis sebentar tadi. Kita hendaklah bersedia menebus dosa dan kesalahan walaupun dengan maruah dan dengan harta yang kita punyai. Kerana takut terlambat sehingga tiba saat kematian atau kematian orang yang teraniaya dari perbuatan kita, maka terpaksa kita berhadapan dengan orang berkenaan di mahkamah agong Rabbul Jalil, iaitu di padang Mahsyar nanti. Dikala itu, tiada seorang pun yang mahu menepika harta benda sebagai tebusan dosa. Yang mereka mahukan hanyalah bayaran daripada pahala ibadat yang telah dilakukan di dunia dahulu, yang mana pada hari itu kita juga amat berhajat kepada pahala amalan tersebut. Itupun jika ada sahaja untuk menebus dosa, jika tidak ada terpaksalah kita menanggung bebanan dosa mereka yang meyebabkan terjerumus ke dalam api neraka. Nauzubillah min zalik.


Sebagai konklusinya, sebagai hamba Allah yang taat kepadanya kita haruslah bersiap sedia menghindarkan amalan2 yang boleh menyebabkan diri kita terjerumus dengan perkara yang menganiayai orang lain agar kita tidak tergolong daripada orang yang teraniaya semula. Sekiranya kita terlambat untuk memohon maaf kepada si fulan yang teraniaya, maka hendaklah kita selalu memohon kepada Allah agar kita tidak tergolong di kalangan orang yang muflis dan selalulah menyedekahkan pahala amalan2 sunat kita kepada orang yang kita aniayai agar penganiayaan yang kita lakukan kepadanya tidak dituntut di padang Mahsyar nanti, in sya Allah.

 WALLAH A'ALAM





Cyber Ber, Gharbiah City, Egyp.

Khamis, 11 November 2010

MEMBACA ALQURAN DI QUBUR

MEMBACA AL-QUR’AN DI DEKAT KUBUR ( DIKUBURAN )


Dengan  Nama  Allah  Yang  Maha   Pemurah  Lagi   Maha  Pengasihani.

Selawat dan salam keatas junjungan besar kita, Nabu Muhammad saw. serta keluarganya, serta seluruh sahabatnya.


Kalau kita berbicara mengenai hal ini merupakan suatu permasalahan yang khilafiyah yaitu masih ada perbezaan pendapat di anatara para Ulama’. Ulama yang tidak memperbolehkan adanya hal itu mempunyai dalil sedangkan ulama’ yang memperbolehkannya pun mempunyai dalil dan bahkan lebih banyak. Sehingga di sini kami mencoba mengupasnya sedikit agar tidak saling menghina dan menyalahkan bahkan menganggap bid’ah sesuatu.


GOLONGAN YANG TIDAK MEMPERBOLEHKAN

Diantara Ulama yang yang tidak memperbolehkan adanya membaca Al-Qur’an didekat pemakaman bahkan hal itu dikatakan suatu hal yang bid’ah yaitu pendapat yang dipelopori oleh ulama’-ulama’ dari Hijaz – maaf kalau ada yang tersinggung ( Baca Wahabi ). Diantara yang berfatwa seperti hal itu yaitu Syaikh Muhammad bin Jamil Zainu dalam kitabnya “ AL-AQIDATU AL-ISLAMIYYAH ” beliau berkata.
“ Tidak boleh sedikitpun membaca daripada AL-Qur’an walaupun hanya surat AL-Fatihah. Rasulullah SAW bersabda Janganlah kamu menjadikan rumahmu bagaikan pemakaman. Sesungguhnya syaitan itu akan lari terbirit-birit dari sebuah rumah yang didalamnya dibacakan Surat Al-Baqarah. ( HR Imam Muslim ). Hadits itu memberikan petunjuk bahwasanya pekuburan itu bukan tempat untuk membaca Al-Qur’an sebaliknya adalah rumah. Dan tidak ada dasarnya yang kuat dari Rasulullah SAW dan Para Sahabatnya bahwasanya mereka telah membaca AL-Qur’an untuk orang-orang yang telah meninggal. Akan tetapi mereka telah berdo’a untuk orang-orang yang telah meninggal. Rasulullah SAW apabila telah selesai mengubur mayit beliau suka berdiri di atas kuburnya dan bersabda Mintalah ampun untuk saudaramu dan mintalah untuk dia kemantapan karena sesungguhnya ia sekarang sedang ditanya.( HR Imam Hakim )
( Aqidah Al-Islamiyyah, 101-102 )



Hadits yang ada di atas juga merupakan salah satu sandaran dari saudara kita yang tidak setuju dengan adanya hadiah pahala untuk orang yang meninggal khususnya menghadiahkan bacaan ayat-ayat Al-Qur’an.



Selain itu Imam Abu Hanifah dan Imam Malik bin Anas juga berpendapat bahwa membaca Al-Qur’an dipekuburan itu hukumnya adalah MAKRUH tidak sampai haram dan bid’ah.
“ Dan Imam Malik dan Imam Abu Hanifa telah memakruhkannya karena membaca Al-Qur’an dipemakaman itu tidak ada haditsnya.”
( Fiqhu Sunnah I, 472 )


Akan tetapi pendapat Kedua Imam ini ternya tidak diikuti oleh sebagian besar Ulama yang ber-Madzhab Hanafi dan Maliki. Hal ini membuktikan bahwa para Ulama di Empat Madzhab itu tidak serta merta mengikuti apa yang di fatwakan oleh Imam Madzhab Mereka tetapi mereka meneliti terlebih dahulu apakah sesuai dengan sunnah dan Al-Qur’an. Hal ini akan kami jelaskan terkemudian.




GOLONGAN YANG MEMPERBOLEHKAN


Adapun Golongan yang memperbolehkan adanya bacaan AL-Qur’an di pemakaman dan ini merupakan apa yang kami ikuti. Adapun Ulama-Ulama yang memperbolehkan membaca Al-Qur’an di pemakaman yaitu Ulama’-Ulama’ dari Madzhab Syafi’I dan juga Ulama’-ulama’ Madzhab Hambali dan Jumhur Al-Ulama’. Para Ulama Di atas membolehkan dan bahkan menghukumi sunnah membaca Al-Qur’an di pemakaman itu. Fatwa ini dikemukakan oleh Al-Imam Asy-Syafi’I ( yang oleh orang yang tidak sependapat bahwa Imam Syafi’I melarang membaca Al-Quran karena tidak sampai padahal yang sebenarnya tidak begitu). Selain itu pendapat Imam Syafi’I ini juga diikuti oleh murid beliau Imam Ahmad bin Hambal dan juga murid dari Imam Abu Hanifah dan Imam Malik bin Anas. Seperti yang ada dalam kitab Fiqhu Sunnah
“Para Ulama ahli fiqih telah berbeda pendapat dalam menetapkan hukum membaca Al-Qur’an di pemakaman. Imam Syafi’I dan Imam Muhammad Al-Hasan ( Murid Imam Abu Hanifah ) berpendapat bahwa membaca Al-Quran dipemakaman hukumnya adalah sunnah dan pendapat keduanya disetujui oleh Imam Qadhi Itadhi dan Imam Al-Qorofi dari Madzhab Maliki. Dan Imam Ahmad bin hambal berpendapat bahwa membaca AL-Qur’an di pemakaman itu tidak ada salahnya ( boleh ).”
( Fiqhu Sunnah I, 472 )



Imam Al-Muhaddits Muhammad bin Allan As-Shiddiqi dalam kitab Syarah Riyadh Al-Sholihin berkata “Imam Syafi’I berkata Disunnahkan membaca sebagian ayat Al-Qur’an di dekat mayit dan lebih baik lagi jika mereka membaca Al-Qur’an sampai khatam.”
( Dalil Al-Falihin VI, 103 )



Al-Imam Muhyiddin Zakaria An-Nawawi dalam Al-Adzkar mengatakan “berkata Imam Syafi’I ra dan para sahabatnya : Sunnah hukumnya membaca sebagian Al-Qur’an di dekat mayit dan kalau mereka sampai menghatamkannya sangatlah baik.”
( AL-Adzkar, 147 )



Sudah saya jelaskan dalam tulisan yang terdahulu Bahawa dalam hal ini Imam Syafi’I yang seorang Mujtahid Mutlak tidak hanya berfatwa saja tetapi beliau juga langsung mempraktekkannya. Hal itu dijelaskan ketika beliau Imam Syafi’I pindah ke Mesir sekitar tahun 200 H










“Sudah populer diketahui banyak orang ( berita yang mutawattir ) bahwa Imam Syafi’I pernah berziarah ke makam Laits bin Sa’ad. Beliau memujinya dan membaca Al-Qur’an di dekat kuburannya dengan sekali khatam. Lalu beliau berkata, Saya berharap semoga hal ini terus berlanjut dan maka pada begitulah pembacaan itu dilakukan..”
( Adz-Dzakhiratu Ats-Tsaminah, 47 )



Selanjutnya Seorang Ahli Hadits Al-Imam Syaukani juga berpendapat boleh membaca Al-Qur’an dipemakaman.
“ Dan tidaklah tercela hal itu menghadiahkan pahala membaca Al-Qur’an atau lainnya kepada orang yang telah meninggal dunia bahkan ada beberapa jenis bacaan yang didasarkan pada hadits shahih seperti Iqrau Yasin ‘Ala Mautakum (Bacalah Surat Yasin kepada orang mati diantara kamu). Dan tidak ada perbedaan antara membaca Yasin itu dilakukan secara jama’ah hadir di dekat mayit atau di atas kuburnya, dan membaca Al-Qur’an secara keseluruhan atau sebagian baik dilakukan dimasjid ataupun dirumah. ”
( Al-Rasa’il Al-Salafiyyah, 46 )



Dan keterangan mengenai hal ini juga dipertegas mengenai kobolehan atau kesunnahan membaca Al-Qur’an ini di pemakaman oleh Al-Imam Ahmad bin Hambal yang juga merupakan seorang Mujtahid Mutlak. Imam Al-Qurthubi dalam Mukhtashar Tadzkirat Al-Qurthubi berkata
“ Imam Ahmad bin Hambal ra berkata apabila kamu berziarah ke pemakaman, maka bacalah surat Al-Fatihah, Al-Mu’awwidzatain, dan surat AL-Ikhlas. Kemudia hadiahkan pahalanya untuk ahli kubur. Maka sesungguhnya hadiah pahala itu sampai kepada mereka.”
( Mukhtashar Tadzkirat Al-Qurthubi, 25 ini juga bisa kita temukan dalam kitab karangan orang Indonesia yaitu Hujjah Ahlus Sunnah Wa Al-Jma’ah hal 8 )

Adapun pendapat-pendapat tersebut bersumber dari hadits diantaranya yaitu.
“ Dari Ma’qil bin Yasar ra dari nabi SAW beliau bersabda Surat yasin adalah hati Al-Qur’an Tidaklah seseorang membacanya dengan mengharap rahmat Allah SWT kecuali Allah akan mengampuni dosa-dosanya. Maka bacalah Surat Yasin atas orang-orang yang meninggal diantara kalian.”
( HR Imam Ahmad, Imam Nasa’I, Imam Abu Daud dan dishahihkan oleh Imam Ibnu Hibban dan Imam Hakim )



Sesuai penjelasan Imam Syaukani bahwa Raulullah SAW menyuruh kita membaca Surat yasin untuk yang meninggal adapun mengenai tempat tidak ditentukan , sehingga tidak ada salahnya membacanya di pemakaman. Hal ini bahayak dilakukan oleh para Sahabat yang mulya dan para tabi’in. mereka membaca beberapa ayat Al-Qur’an dan tidak hanya Surat Yasin.
Hadits dari sahabat Abdullah bin Umar ra. Bahwa Rasulullah SAW telah bersabda “ Jika telah meninggal salah seorang diantara kamu, maka janganlah kamu menahannya dan segerakanlah membawa kekubur ( maksudnya dikubur ) dan bacakanlah Fatihah Al-Kitab disamping kepalanya.”
( HR Imam Baihaqi dan Thabrani )



“ Dari Sahabat Ali ra Rasulullah SAW bersabda Barang Siapa Memasuki pemakaman lalu membaca Syrat Al-Ikhlas sebelas kali dan menghadiahkan pahalanya kepada orang yang meninggal ( ahli kubur ) maka ia akan diberi pahala sebanyak orang yang mati disitu.”
( HR Imam Daruqutni, Abu Muhammad Al-Samarqandi dan Imam Rafi’I lihat Haula Khashaish Al-Qur’an hal 45 )



Selain itu ada juga hadits dari Imam Ali ra Bahwa Rasulullah SAW bersabda Barang Siapa Memasuki pemakaman lalu membaca Syrat Al-Ikhlas sebelas kali dan menghadiahkan pahalanya kepada orang yang meninggal ( ahli kubur ) maka ia akan diberi pahala sebanyak orang yang mati disitu.”
( HR Hafidz As-Salafi secara marfu’ )



Dan juga Hadits mengenai wasiat Ibnu Umar ra yang disebutkan oleh Abu Al-‘Izz AL-Hanafi
“ Dari Ibnu Umar ra bahwa beliau ra berwasiat agar di atas kuburnya nanti sesudah pemakaman dibacakan awal surat Al-Baqarah dan akhirnya Dan dari sebagian Sahabat Muhajirin dinukil pula adanya pembacaan surat Al-Baqarah.”
( Syarah Aqidak At-Thahawiyyah, 485 )



Selain itu dari riwayat Imam Baihaqi dengan sanad hasan bahwa Ibnu Umar menyukai( menyunahkan ) agar dibaca di atas kubur sesudah pemakaman awal surat Al-Baqarah dan akhirnya.
( Al-Adzkar Imam Nawawi hal. 206 )



Barangkali teman dalam forum ini sudah tahu siapa itu Ibnu Umar ra yang nama aslinya Abdullah bin Umar ra. Nbeliau merupakan salah satu sahabat yang terbanyak meriwayatkan hadits, sekitar 2630 hadits. Selain itu beliau ra juga merupakan satu dari tujuh sahabat yang paling banyak memberi fatwa selain Ibnu umar ra juga Ibnu Abbas ra, Umar bin Khaththab ra, Ibnu umar ra, Aisyah Ummul Mu’minin, Abdullah bin Mas’ud, zaid bin tsabit dan Ali bin Abi Tholib.

Selain itu pujian para Sahabat atau para Tabi’in kepada Ibnu umar juga sangat banyak sehingga sangat tidak mungkin jikalau Ibnu Umar berfatwa sedangkan fatwa beliau ra menentang dengan apa yang dilakukan Rasulullah SAW. Juikalau ada perbedaan maka yang harus dilihat yaitu bagaimana penafsiran kita terhadap suatu hadits tersebut apakah sesuai dengan penafsiran para sahabat tersebut.

Dalam kitab Al-Manhalu Al-Latiif fi Ushuli Al-Hadits Al-Syarif karya Sayyid Muhammad bin Alwi Al-Maliki Al-Hasani disebutkan bahwa

“ Diriwayatkan dari Ja’far dia berkata Tidak ada seorang sahabat diantara sahabat-sahabat nabi SAW apabila mendengar hadits darinya yang paling berhati-hati dengan tidak menambah dan mengurangi selain Ibnu Umar.”

Selain Itu Riwayat Dari Malik dia berkata Ibnu Shihab berkata kepadakuu “kamu jangan membanding-bandingkan pendapat Ibnu Umar karena sesungguhnya dia seorang yang menegakkan sunnah sesudah Rasulullah SAW tidak ada sesuatu yang meragukannya darinya baik yang terkait persoalan Rasulullah SAW ataupun Sahabat-sahabatnya.”
Sebenarnya mengenai keadilan Ibnu Umar dalam melaksanakan Sunnah Rasulullah SAW tanpa mengurang dan menambah dan kealiman ke wara’ an sangat banya.
Selain itu juga ada hadits dari Abu Hurairah ra bahwa Rasulullah SAW bersabda “ Barang siapa memasuki pemakaman lalu membaca surat Al-Fatihah, Al-Ikhlas, dan Al-Takatsur lalu berdo’a. Aku hadiahkan pahala bacaan yang aku baca dari firman-Mu untuk semua ahli kubur dari kalangan mu’minin dan mu’minat. Maka semua ahli kubur itu akam memberikan syafa’at kepada orang yang membaca surat tersebut.”
( HR Abu Qasim Al-Zaila’I, lihat Haula Khashaish Al-Qur’an )



Dan yang terakhir mari kita lihat pendapat salah seorang murid dari Imam Ibnu Taimiyyah yaitu Ibnu Qoyyim Al-Jauzi dalam kitab beliau

Disebutkan dalam kitab Al-Ruh halaman 11 menulis bahwa Imam Al-Khallal telah meriwayatkan dari Imam Al-Sya’bi dan berkata bahwa jika ada sahabat di kalangan Anshar meninggal dunia mereka bergantian datang / berkumpul di depan kuburnya sambil membaca Al-Qur’an.
Selain itu Imam Al-Khallal dalamkitabnya Al-Jami’ keyila membahas mengenai bacaan Al-Qur’an disamping kubur berkata menceritakan kepada kami Abbas bin Muhammad Ad-Dauri menceritakan kepada kami yahya bin Mu’in menceritakan kepada kami Mubasyar Al-Halabi menceritakan kepada kamiAbdurrahman bin Ala’ bin Al-Lajlaj dari bapaknya ia berkata. Bapakku berkata “ Jika aku telah mati maka letakkan aku di liang lahat dan ucapkan Bismillah wa ‘ala Sunnati Rasulillahdan ratakan tanah atasku dab bacakan permulaan Surat Al-Baqarah disamping kepalaku karena sesungguhnya aku mendengar Abdullah bin Umar ra mengatakan demikian.”



Ibnu Qayyim juga menceritakan bahwa Al-Khallal berkata mengkhabarkan kepada kami Hasan bin Ahmad AL-Warraq menceritakan kepada kami Ali bin Musa Al-Haddad dan dia adalah seorang yang sangat jujur dia berkata “ Pernah aku bersama Imam Ahmad bin Hambal dan Muhammad bin Qudomah Al-Jauhari menghadiri jenazah, maka ketika mayyit dimakamkan seseorang lelaki kurus membaca duduk disamping kubur sambil membaca Al-Qur’an . Melihat hal itu Imam Ahmad berkata Hai sesungguhnya membaca Al-Qur’an disamping kubur itu bid’ah. Maka ketika kami keluar dari kubur berkatalah Muhammad bin Qudomah kepada Imam Ahmad bin Hambal. Wahai Abu Abdillah bagaimana pendapatmu mengenai Mubassyar Al-Halabi? Imam Ahmad menjawab : Beliau orang yang Tsiqah, apakah engkau meriwayatkan sesuatu darinya ? Muhammad bin Qudomah menjawab : Ya, mengabarkan kepadaku Mubassyar dari Abdurrahman bin Ala’ bin Lajlaj dari bapaknya bahwa ia berwasiat apabila telah dikuburkan agar dibacakan disamping kepalanya permulaan Surat Al-Baqarah dan akhirnya dan dia berkata : Aku telah mendengar Ibnu umar ra berwasiat dengan yang demikian. Mendengar riwayat itu Imam Ahmad berkata : Kembalilah dan katakan kepada lelaki itu agar meneruskan bacaan Al-Qur’annya.”
( Dari Kitab Al-Ruh oleh Imam Ibnu Qayyim halaman 11-13 )



Sehingga dari nas dan bukti di atas bahwa membaca Al-Qur’an di pemakaman itu bukanlah sesuatu yang bid’ah tetapi sesuatu yang boleh dilakukan dan bahkan sunnah karena para Sahabat Beliau SAW baik itu sahabat Muhajirin ataupun Anshar melakukannya.
Demikian keteraangan kami semoga bermanfaat, maaf-maaf kalau ada salah tulis dan tulisan yang menyinggung saudaraku semua.
Semoga Allah SWT memberikan Hidayah-Nya kepada kita.

Wallahu a'alam....









dipetik dari saudara : Al-Faqir wa Adz-Dzalil Ahmad Abdul Qodir. (wordpress)

Cyber Bey, Gharbiah City, Egyp
ampuni kami

Update terbaru Followers saya.

Aku sedang berusaha untuk mengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat belajar syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...in sya Allah.
©2008
خديم طلبة العلم الشريف