PërjälänlänHïdüpkü

TENTANG AKU $ MEREKA
悲しいことしないでください!, 確かに、神は私たちとは
↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓

Sabtu, 1 Januari 2011

Adolf Hilter


 Ungkapan Emas Adolf Hilter.
Saya boleh bunuh semua Yahudi ketika saya berkuasa. Tetapi saya tinggalkan sedikit kepada kamu, agar kamu kenal siapa Yahudi dan cari jawapan kenapa saya bunuh mereka.?

Adolf Hilter-kiri

Sindbad, Cyber Bey, Gharbiah City.

Ahad, 12 Disember 2010

Doakanku.

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم



ألحمدلله رب العالمين. والصلاة على سيذنا حبيبينا سيدنا مولانا نبينا محمد  وعلى أله وصحبه أجمعين ومن تبعهم الى يوم الدين


أم  بعد,


Selain mengharapkan doa dari Abah dan keluarga, aku juga ingin memohon kepada sahabat2 pelawat agar mendoakan kejayaanku dan dimudahkan segala urusan di dalam peperiksaan akan datang. Aku juga ingin mengucapkan selamat menghadapi imtihan bagi sahabat yang seangkatan dan aku juga mendoakan kejayaan kalian.

ALLAHHUMMA YASSIRNA WALA TU'ASSIRNA.
ALLAHUMMA NAJJAHNA FIL IMTIHAN WA LFAIZIN FI DDUNYA WALAKHIRAH.
MA SYA ALLAH KANA, WAMA LAM YA SYAK LAM YA KUN.

Walla a'lam.




Isnin, 6 Disember 2010

Peristiwa bulan Muharam dan asyura'

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.





Alhamdulillah, selawat dan salam keatas baginda nabi Muhammad saw, serta kerabatnya dan sahabat2nya dan pengikut mereka sehingga yaumiddin.
Amma ba'du:



Peristiwa dibulan Muharram.


1. Perang Khaibar-

Menurut sejarah, peperangan ini berlaku dalam tahun ketujuh Hijrah di perkampungan Yahudi Madinah yang bernama Khaibar.

2. Di dalam hadis sohih juga ada mengadatan pada bulan ini juga berlakunya kematian firaun laknatullah. Iaitu pada 10 Muharram.


3. Pada bulan ini juga dikhususkan bagi umat islam berpuasa iaitu puasa asyura pada 10 Muharram. Sepertimana yang saya ketahui daripada guru saya "barangsiapa yang berpuasa pada hari tersebut akan terhapus dosa2nya setahun yang lalu" wallah a'lam.


4. Suka untuk saya mendatang satu mafhum hadis daripada kitab yang dikarang oleh syeikh Ibnu Hafis b. Umar b. Ahmad b. Syahin dan ditahqiq oleh syeikhuna Syeikh Ibrahim alHifnawi (ketua bhg. usul fiqh jamiah alAzhar Tonto). "annasikhu walmansukhu minal hadis" cetakan darul wafa' pada m/s 327:
daripada saiyidatina aisyah r.A bkata: Sesungguhnya Rasulululah saw berpuasa pada hari asyura' dan adalah ahli jahiliah berpuasa pada hari asyualb3wmra'. Adapun difardhukan Ramadhan, ditinggalkan hari asyura' (fardhu). Sesiapa yang hendak puasa pada hari asyura' maka puasalah. Sesiapa yang hendak tinggakan maka tidak mengapa tinggalkan"

Mafhum hadis di dalam riwayat lain juga mengatakan:
"sesungguhnya asyura' hari daripada hari2 Allah swt, Sesiapa yang hendak puasa pada hari asyura' maka puasalah. Sesiapa yang hendak tinggakan maka tidak mengapa ditinggalkan"

dan juga mafhum daripada Jabir bin Samurah: Adalah Rasulullah saw. menyuruh kami dgn berpuasa pada hari asyura'..... adapun setelah difardhukan ramadhan maka rasulullah saw tidak lagi menyuruh kami berpuasa.....

Dan lagi yang dikeluarkan dari imam muslim di dalam kitabnya, daripada ibnu Fadhalah, telah berkata Hasan: Puasa hari asyura' difardhukan".

*makna ini di sisi aku (penulis, Abi Hafis Umar b. Ahmad b. Syahin) wallah a'lam daripada kata2 alHasan, adalah berpuasa pada hari asyura' difardhukan.

*daripada nota kaki nombor 3 yang terdapat di m/s 327 mengatakan sesungguhnya puasa pada hari asyura adalah wajib kemudian dinasakhkan dengan datangnya fardhu keatas puasa Ramadhan (iaitu pada tahun kedua hijrah pent.)

Wallah a'lam.


Cyber bey, Gharbiah City. Egyp.

Selasa, 30 November 2010

Penawar Hati/Hadis ke-6

Hadis Ke-6



 بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم

 ألحمدلله رب العالمين. والصلاة على سيذنا حبيبينا سيدنا مولانا نبينا محمد  وعلى أله وصحبه أجمعين ومن تبعهم الى يوم الدين

أم  بعد,




Bagaimana Menghadapi Sakaratul Maut.


Mafhum hadis

Daripada A'isyah RA berkata: " Aku melihat Rasulullah SAW sedang menghadapi sakaratul maut dan disisinya ada sebuah mangkuk yang berisi air didalamnya, kemudian memasukkan tangannya kedalam mangkuk lalu menyapu di mukanya degan air sambil berdoa: " Ya Allah, berikan aku pertolongan untuk menghadapi sakaratul maut".

H-R Tarmidzi



KETERANGAN HADIS.


Cuba kita bawangkan, Rasulullah yang merupakan sebaik2 ciptaan yang diciptakan oleh Allah Taala dan makhluk yang sangat dicintai oleh Allah serta penghulu segala nabi terpaksa meminta pertolongan daripada Allah SWT dalam menghadapi sakaratul maut, maka betapa pula kita hanya salah seorang diantara umatnya yang lemah dan rasanya sudah terlalu banyak membuat dosa dan kesalahan, mahupun kepada Allah Taala atau sesama makhluk sendiri.


Jika terdapat sedikit luka di badan kita, sudah tentu terlalu siksa kita untuk menahannya, maka bagaimana pula sedihnya ketika nyawa hendak bercerai dari badan. Oleh kerana itu marilah kita membuat bekalan yang banyak dan persiapan yang lengkap untuk menghadapi sakaratul maut yang amat sedih itu.


Kita hendaklah sentiasa berdoa dan memohon kepada Allah SWT agar kita dikurniakan "husnul khatimah" iaitu mati dalam keadaan beriman dan dapat menuturkan kalimat "la ilaha illallah" dan kita berlindung denga Allah Taala daripada mati dalam keadaan "suul khatimah" atau mati dalam keadaan berlumuran dosa dan kesalahan juga bersama kemurkaan Allah Taala. Na u zu billah min zalik.


Sindbad, Gharbiah City, Egyp.

Jumaat, 26 November 2010

Alfatihah buatmu sahabat.





 بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم



 ألحمدلله رب العالمين. والصلاة على سيذنا حبيبينا سيدنا مولانا نبينا محمد  وعلى أله وصحبه أجمعين ومن تبعهم الى يوم الدين



أم  بعد,




Ya allah, agak terkejut ketika membaca post dari group "student MMSK 03-07" dimana seorang sahabat setingkatan dengan saya di MMSK telah ke rahmatullah pada minggu lepas kerana sakit jantung.


Alfatihah buat saudari Maizatul Husna. Semoga allah merahmati rohnya dan ditempatkn bersama para wali2 dan nabi2 allah yang telah meninggalkan kita. Alfatihah.


Sindbad, Gharbiah City. Egyp
ampuni kami

Update terbaru Followers saya.

Aku sedang berusaha untuk mengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat belajar syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...in sya Allah.
©2008
خديم طلبة العلم الشريف