PërjälänlänHïdüpkü

TENTANG AKU $ MEREKA
悲しいことしないでください!, 確かに、神は私たちとは
↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓

Jumaat, 2 Disember 2011

Seharian Bersama Allamah Muhaddis Muda, Syeikh Usamah Sayyid AlAzhari

2 Disember 2011 | 7 Zulhijjah 1433, Jumaat | 04.36pm

Dengan Nama Allah.

Segala puji, Selawat dan salam keatas junjungan besar Sayyidina Muhammad saw, juga keluarganya dan para sahabatnya yang dikasihi.

amma ba'd.


Iklan di pintu masuk Universiti  Tanta
Dijadualkan akan bersama juga SyeikhulAzhar dan Mufti Jumhuriyyah Masriyyah.

Kuliah Ulum Universiti Tanta

Alallamah Muhaddis muda AlAzhar.
Juga merupakan Anak Murid Syeikh Ali Jumam, Mufti Jumhuriyyah Masriyyah.
Dan merupakan pensyarah kuliah Usuluddin Universiti AlAzhar, Cairo.

Persatuan Syabab 25 Januari membaca soalan yang diajukan untuk Syeikh.

Syeikh menerangkan  Peranan Alazharv kepada Hadirin

Syeikh memberi jawapan dengan tenang.

>>Syeikh Ali jumah (mufti republic arab mesir) dan Syeikh Ahmad  Toyyib (syeikh azhar assyarif)  tidak dapat hadir.
>> Dapat berita majlis ini daripada Syeikh Wahbah Anuar Alhusaini @ Alhasani.. darul Ifta' masriyyah.

Pada petangnya Selepas asar akan diadakan Sanad Salasilah hadis 40 (imam Nawawi ra) di Masjid salam muransyahah.

Syeikh Redha dan bacaan Alquran sementara menunggu kehadiran Allamah Muhaddis Syeikh Usamah Sayyid AlAzhari

Majlis dimulakan

Syeikh sedang menurunkan tandatangan di sijil sanad yang diberi



>> Berakhirnya majlis pada jam 9 malam.
>>Apa yang takjubnya,  semasa berucap dan membaca hadis mahupun menyebut salasilah sanad (tanpa melihat catatan) tidak pernah tersangkut mahupun menyebut aaaaa.
>>Rahsia beliau menjadi alim ialah dengan tidak mensia2kan masa remajanya dengan menuntut ilmu.
in sya Allah... Sehinggakan Syeikh Wahbah Anuar sendiri mengatakan Syeikh Usamah ialah AlAllamah.
>> Alhamdulillah.


KeNaNgAnkU

pEaCe :-)

CyberBey, WesternCity.

Selasa, 29 November 2011

Hukum Qasar Solat Ketika Musafir pendapat imam 4 mazhab

29 November 2011 | 4 Muharram 1433 6.51am gmt+2

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Pengasihani.

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah kepada tuhan kerana masih diberi nikmat buatku di pagi yang mulia ini, Selawat dan salam keatas Junjungan besar kita, Nabi Muhammad saw, dan keluarganya dan sahabatnya.

Amma ba'd.

Soalan : Apakah Hukum Qosarkan solat.?

Wajib : Ini pendapat  Sayyidina Umar, Sayyidina Ali,  Ibnu mas'ud, Ibnu 'Abbas ibnu 'Umar dan sayyidina Jabir r.anhum. Dan Mazhab Hanafiah (hanafi) juga berpendapat bahawa solat qasar ketika musafir adalah wajib. kecuali orang yang musafir itu menjadi makmum orang yang solat sempurna 4 rakaat, maka dia juga wajib sepurnakan 4 rakaat.

Sunat Muakkad (dituntut) : Ini adalah pendapat Mazhab Malikiyah (maliki) dengan mengatakan ia sunnat muakkad iaitu sunat yang dituntut untuk mengerjakan. dan juga dituntut untuk berjemaah.


Harus dan afdal Solat 4 rakaat : Ini adalah daripada pendapat imam Muhammad bin Idris Asysyafie (syafie) R.a. dan juga pendapat imam Ahmad bin Hambal (hambali).

Semua Ijtihad para fuqaha' 4 mazhab berselisih pada ayat 101 surah annisa'.  dan pada hadis Sayyidina Anas bin Malik ra. DLL...

*_* Penting : Segala pendapat yang dikeluarkan oleh Fuqaha terikat dengan syarat iaitu perlulah musafir yang panjang (bg mazhab Syafie ra 2 marhalah iaitu lebih kurang 85 KM)  dan perlulah pada musafir yang diharuskan syara'.



*_* Bagi makmum yang mengikuti imam orang tempatan tidak dibolehkan qasar melainkan menyempurnakan solatnya dengan 4 rakaat jua.

*_* Hanya dibolehkan qasar solat yang  4 rakaat sahaja iaitu zohor, asar, isyak.. Solat maghrib dan subuh dilarang sama sekali :-)



Rujukan buku فتاوى شرعية معاصرة. mukasurat 204 cetakan DarulHadis Alqaherah.karangan Al-ustaz, Doktor Syeikh Muhammad Ibrahim Alhifnawi, Pensyarah dan ketua bahagian UsulFikh Jabatan Syariah dan Undang2 Universiti Alazhar (UACT).

>>  psssssssssst.. Sekadar perkongsian sahaja..Padahal semua oqang dah tau dah benda ni, saja tulis, xdak modai nak menulis pagi2 ni.

pEaCe :-)

Cindybad,Cyberbey,WesternCity,Egypt.

Sabtu, 26 November 2011

Salam Maal Hijrah | Doa Akhir Tahun Dan Awal tahun tahun Hijriyyah

26 November 2011 | 30 Zulhijjah 1432 | 11.56 a.m gmt +2

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Pengasihan.


Segala puji bagi Allah. Selawat dan salam keatas Sayyidina Muhammad saw, keluarganya serta sahabatnya.

amma ba'd.

Doa Akhhir Tahun
Klik Pada Gambar Untuk Saiz Asal


Doa Awal Tahun
Klik Pada Gambar untuk saiz asal


>> Dikesempatan ini, CB ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru hijrah kepada umat islam dan buat pengunjung blog ni.

>> Jangan lupa baca doa ya.. doa akhir tahun baca selepas asar @ sblm maghrib 26. november 2011 dan doa awal tahun baca selepas maghrib 26 november 2011.

>> Agaknya apa la amalan baik yang kita dah buat sepanjang tahun 1432 H ni ya.

>> Semoga Allah memberi keampunan jika kita ada salah dan memberikan semangat  dan petunjuk untuk melakukan amal soleh pada tahun2 akan datang amin.

>> Azam Baru.

>> Salam Maal Hijrah 1433. ALLAHU AKBAR !!!

pEaCe :-)

cindybad, cyberbey, western city, tanta.

Khamis, 24 November 2011

Rusuhan Lagi - Tahrir Square November 2011

28 Zulhijjah 1432 | 24 November 2011

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum wbtwm..
Alhamdulillah, Segala puji bagi pencipta hakiki, Selawat dan sejahtera jua puji buat rasul junjungan Sayydina  Muhammad saw dan keluarganya dan sahabatnya.

Amma Ba'd.

Gas pemedih mata yang dilepaskan oleh polis

Bersama mengibarkan bendera kebangsaan Mesir


Berpuluh ribu penunjuk perasaan berhimpun untuk menolak pemerintahan tentera setelah diambil selepas kejatuhan rejim Husni Mubarak

Polis rusuhan menghalang penunjuk perasaan

Ditangkap


Seorang penunjuk perasaan yang cedera menunjukkan peluru yang telah digunakan oleh polis - Hospital Tahrir

Dengan semangat memegang bendera gergasi

Tercedera

Lawan tetap lawan

Seorang penunjuk perasaan dibasuh matanya dengan  susu untuk melindungi dari terkena gas pemedih mata


Ni yang paling sempoi.. tidak lupa kepada kewajipan.. berpuluh ribu penunjuk perasaan menunaikan solat di medan tahrir.

''Ya Allah peliharalah Mesir daripada semua perkara yang buruk.''


>> Tujuan demontrasi dijalankan kerana menuntut kerajaan tentera mengalihkan kerajaan kepada kerajaan awam dengan segera.

>> Bermula rusuhan dari 18 november 2011, Jumaat.

>> Sudah berpuluh2 orang terbunuh.

>> Memang semangat, tetap lawan walaupun tentera dan polis bergabung bagi menghalang terjadinya rusuhan.

>> Sehinggakan  perjumpaan tergempar bersama pemimpin parti2 yang akan bertanding pada 28 november akan datang terpaksa dilakukan hari ini.



>> Pilihan raya akan bermula pada 28 November 2011

>> Semoga Berjalan dengan lancar walaupun besar kemungkinan akan berlaku rusuhan yang lebih besar dari revolusi menjatuhkan kerajaan Husni Mubarak sebelum ini.

>> Terkini Himpunan "Jutaan Selamatkan Al-Aqsa" Jumaat, esok 25 November akan berlangsung selepas solat di MASJID AL-AZHAR dengan dihadiri oleh Syeikh Dr.Yusuf Al-Qardhawi yg telah tiba di Kaherah pg td, selaras dgn ketetapan Kesatuan Ulamak Islam Se-Dunia yg menetapkan esok sbg "Hari Selamatkan Aqsa" bg umat Islam seluruh dunia.


>> Dan pembesasan 3 orang pelajar AS kerana membaling firebomb kepada pihak keselamatan dari atas bumbung Universiti Terbuka Amerika.




>> Gambar copy ja tau.. kat http://www.boston.com  :-) segala maklumat diperolehi dari FB, Twitter egypdaily. dan juga Live TV.

>> Untuk perkembangan masa akan datang - TV live. sila kik disini - live dr tv Mesir atau sila klik disini - eljazeera English atau Klik di sini - eljazeera arabic

>> Hujan la plak petang nii...hipotesisnya: Semakin bertambah sejuk maka semakin berlapihlah baju kena pakai. =))

pEaCe :-)


mohd azhar hamid almabawi @ CB 
CindyBad, CyberBey, Gharbiyyah.

Isnin, 21 November 2011

Masjid Ahmadi (masjid imam badawi)

24 Zulhijjah 1432 | 21 November 2011

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang.

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw dan keluarganya serta sahabatnya dan pengikut beliau sehingga akhir zaman.

Amma ba'd.

Cantik..pandangan dari arah belakang masjid...Menarik tumpuan penduduk tempatan dan luar

Pandangan dari luar pintu pagar masjid

Maqam syeikh Ahmad badawi....juga merupakan
keturunan Rasulullah saw. MADAD YA SIDI


Ammu :-)

Ukiran pada dinding masjid.


>>Dikatakan al Imam Ahmad Sidi Badawi salah seorang daripada 5 orang wali akbar di Mesir.
>>Dan Juga Merupakan seorang ulama yang Alim dan fakih dalam semua Mazhab
>>Gelaran badawi kerana beliau sering menutup muka dengan kain seperti orang arab badawi berjalan dipadang pasir.
>>Terletak di AwalBahr, Gharbiyyah, Masr.
>> CB doakan Semoga Allah memberikan keberkatan dan rahmat yang ada pada Syeikh kepada kita jugak.
>>''MADAD YA SIDI''

ان الله جميل وهو يحب الجمال
"Sesungguhnya Allah itu Cantik dan dia suka kepada kecantikan"

>> Fotografer by tanahmelayu***KET
>>Kamera Nikon D90

pEaCe :-)

Sindybad, CyberBey, Western City, Egypt
ampuni kami

Update terbaru Followers saya.

Aku sedang berusaha untuk mengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat belajar syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...in sya Allah.
©2008
خديم طلبة العلم الشريف