PërjälänlänHïdüpkü

TENTANG AKU $ MEREKA
悲しいことしないでください!, 確かに、神は私たちとは
↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓

Sabtu, 10 Disember 2011

Disebalik Perkataan




W ~ Wanita idaman lelaki beriman.
A ~ Akhlak mulia sentiasa terpelihara.
N ~ Nafsu dididik payah dilentur.
I ~ Imannya mantap, ihsannya terpuji.
T ~ Takutkan Allah SWT, taati suami.
A ~ Anak-anak diberi pakaian Islami.

S ~ Sejuk mata memandang wajahnya, sucinya hati terpancar di wajah.
O ~ Onak dan duri ditempuh sabar, ia dianggap sebagai rahmat.
L ~ Lancar bibirnya menyebut Allah, licin lidahnya dengan kitabullah.
E ~ Engkarkan Allah SWT sentiasa dijauhi.
H ~ Hanya mengharapkan maghfirah Yang Esa.
A ~ Akalnya pintar dijaga Al-Quran.
H ~ Hasilnya dialah wanita solehah.


>> Hari nie suhu 10 darjah selsius...wow !!!!

pEaCe :-)

CyberBey

Selasa, 6 Disember 2011

Cairokee ft Aida El Ayouby Ya El Medan






Cairokee ft Aida El Ayouby Ya El Medan كايروكي و عايده الايوبي

>> Sila pilih subtitle kat bawah video



Terbaik lah aku cakap !!!

>> Hari ni nak ke cairo airport, nk ambik kawan br sampai dari Malaysia. Doakan aku selamat dan dimudahkan.

pEaCe :-)

CyberBey,WesternCity

Ahad, 4 Disember 2011

Puasa Sunat Tasu'a dan 'Asyura

8 Muharram 1433 | 3 Disember 2011, Sabtu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Segala puji untuknya, Selawat dan sejahtera buat Rasululllah saw. serta keluarganya dan para sahabatnya.

Amma ba'd

Puasa Tasu'a dan Asyura.

Tasu'a (تاسوعاء)  :  ialah hari kesembilan dari Muharram. Dan
'Asyura (عاشراء) : ialah hari kesepuluh dari Muharram.

Puasa pada hari2 ini adalah sunat.

Dalil sunat berpuasa.

Mafhumnya: Daripada Ibnu Abbas r.anhuma, Sesungguhnya Rasulullah saw berpuasa pada hari 'asyura dan beliau menyuruh berpuasa.
Riwayat Bukhari (1900) dan Imam Muslim (1130)

dan lagi dalil.

Mafhumnya: Daripada Abi Qatadah radiallahuanhu, Sesungguhnya Ditanya kepada Rasulullah saw tentang puasa hari 'Asyura. Maka bersabda Rasulullah saw diampunkan dosa2 setahun yang lalu.
Riwayat Muslim (1162)

dan lagi dalil.

Mafhumnya: Daripada Ibnu Abbas radiallahuanhuma, telah berkata Rasulullah saw. Kalaulah bagiku berbaki lagi (umur), aku akan perpuasa pada hari tasu'a.
Riwayat Muslim (1134) akan tetapi Rasulullah saw telah wafat sebelumnya.

Hikmah berpuasa pada hari tasua' bersama hari 'asyura'.
-Untuk berjaga2 dari tersalah pada kiraan awal bulan.
-Untuk berselisih dengan orang yahudi kerana orang yahudi berpuasa pada hari 'asyura'.

Bagi sesiapa yang tidak berpuasa pada hari kesembilan maka disunatkan juga baginya untuk berpuasa pada hari kesebelas Muharram.

Wallahua'lam.

Rujukan bukuFikh manhaji, mazhab Syafie. Karangan Doktor Mustafa Khin dan Doktor Mustafa Bugha. Mukasurat 356 dibawah tajuk puasa2 sunat, Jilid 1, cetakan darul Qalam Damsyik.







Bahagian II 


(tiada kaitan dengan tajuk diatas, hanya menceritakan bahawa sebelum ini puasa 'asyura  adalah fardhu sebelum difardhukan puasa Ramadhan)

Tambahan daripada buku الناسخ والمنسوخ من الحديث karangan Syeikh Abi Hafis Umar bin Ahmad bin Syahin (385 h) dan penelitian semula oleh Syeikhna Ustaz Doktor Syeikh Muhammad Ibrahim AlHifnawi. pada mukasurat 328 cetakan DarulWafaء..

Puasa 'asyura adalah Wajib kemudian dibatalkan dengan fardhunya puasa Ramadhan.

Kesimpulan.
Pada hari 'asyura  adalah hari orang Quraish berpuasa pada zaman Jahiliah, Dan Rasulullah saw juga berpuasa pada ketika itu. semasa sampai di madinah beliau juga berpuasa.dan menyuruh umat islam berpuasa sehinggalah difardhukan puasa ramadhan (tahun kedua hijrah). dan meninggalkan puasa a'syura sebagai fardhu kerana difardhukan puasa ramadhan.

Mafhum Hadis: Rasulullah saw berkata. sesungguhnya 'asyura merupakan hari daripada hari2 Allah azza wajalla. barangsiapa hendak berpuasa maka berpuasalah. barangsiapa tidak mahu berpuasa maka tinggalkannya. wallahu'alam.

>> Sapa2 yang belom posa ganti lagi yang ramadhan br ni...boleh la join sekali...pahala sunat pon dapat pahala wajib lagilah dapat. insyaallah.... Jooooooooom titik dan senyum
>>Rajin menaip malam ni  =))

pEaCe :-)

CyberBey,WesternCity.

Jumaat, 2 Disember 2011

Seharian Bersama Allamah Muhaddis Muda, Syeikh Usamah Sayyid AlAzhari

2 Disember 2011 | 7 Zulhijjah 1433, Jumaat | 04.36pm

Dengan Nama Allah.

Segala puji, Selawat dan salam keatas junjungan besar Sayyidina Muhammad saw, juga keluarganya dan para sahabatnya yang dikasihi.

amma ba'd.


Iklan di pintu masuk Universiti  Tanta
Dijadualkan akan bersama juga SyeikhulAzhar dan Mufti Jumhuriyyah Masriyyah.

Kuliah Ulum Universiti Tanta

Alallamah Muhaddis muda AlAzhar.
Juga merupakan Anak Murid Syeikh Ali Jumam, Mufti Jumhuriyyah Masriyyah.
Dan merupakan pensyarah kuliah Usuluddin Universiti AlAzhar, Cairo.

Persatuan Syabab 25 Januari membaca soalan yang diajukan untuk Syeikh.

Syeikh menerangkan  Peranan Alazharv kepada Hadirin

Syeikh memberi jawapan dengan tenang.

>>Syeikh Ali jumah (mufti republic arab mesir) dan Syeikh Ahmad  Toyyib (syeikh azhar assyarif)  tidak dapat hadir.
>> Dapat berita majlis ini daripada Syeikh Wahbah Anuar Alhusaini @ Alhasani.. darul Ifta' masriyyah.

Pada petangnya Selepas asar akan diadakan Sanad Salasilah hadis 40 (imam Nawawi ra) di Masjid salam muransyahah.

Syeikh Redha dan bacaan Alquran sementara menunggu kehadiran Allamah Muhaddis Syeikh Usamah Sayyid AlAzhari

Majlis dimulakan

Syeikh sedang menurunkan tandatangan di sijil sanad yang diberi



>> Berakhirnya majlis pada jam 9 malam.
>>Apa yang takjubnya,  semasa berucap dan membaca hadis mahupun menyebut salasilah sanad (tanpa melihat catatan) tidak pernah tersangkut mahupun menyebut aaaaa.
>>Rahsia beliau menjadi alim ialah dengan tidak mensia2kan masa remajanya dengan menuntut ilmu.
in sya Allah... Sehinggakan Syeikh Wahbah Anuar sendiri mengatakan Syeikh Usamah ialah AlAllamah.
>> Alhamdulillah.


KeNaNgAnkU

pEaCe :-)

CyberBey, WesternCity.
ampuni kami

Update terbaru Followers saya.

Aku sedang berusaha untuk mengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat belajar syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...in sya Allah.
©2008
خديم طلبة العلم الشريف