PërjälänlänHïdüpkü

TENTANG AKU $ MEREKA
悲しいことしないでください!, 確かに、神は私たちとは
↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓

Khamis, 22 Mac 2012

Genap 8 tahun pemergian beliau | Syeikh Ahmad Yasin

Hari ini 22 Mac 2012 genap lapan tahun dunia gerakan Islam kehilangan tokoh, As-Syahid Syeikh Ahmad Yasin, pengasas gerakan Hamas di Palestin. As-Syahid dilahirkan pada 28 Jun 1936.

Antara kalamnya ialah "Kita memang menuntut mati syahid. Kita bukanlah inginkan kepada kehidupan dunia terlalu remeh-temeh dan tiada nilai. Kita berusaha menuju kepada hidup kita yang kekal abadi."

Anak perempuannya, Maryam Ahmad Yasin ketika menceritakan kehidupan ayahnya berkata, "Ayahku memberi contoh kepada lelaki-lelaki yang hidupnya untuk Islam. Waktunya, jihadnya, hartanya dan agamanya semuanya untuk Islam. Beliau akan keluar pagi hari mengelilingi masjid bagi menyeru manusia kepada Allah, beliau lelaki lumpuh. Selalu berpuasa, maka tatkala menjelang maghrib jika beliau berada berjauhan dari rumah (kerana menjalankan kerja dakwah) beliau akan melalui kedai runcit dan mendapatkan segelas susu untuk dibuat berbuka puasa sebelum meneruskan kerja dakwah. Dan tiada sebuah masjid di Gaza kecuali kesemuanya beliau telah menyampaikan pengajian atau khutbah manakala tiada khemah kecuali digalakkan agar terdapat seorang yang akan melakukan kerja Islam."

Zionis Israel telah melakukan percubaan membunuh beliau pada 6 Disember 2003 tetapi percubaan tersebut menemui kegagalan dan As-Syahid selamat. Pada pagi Isnin 22 Mac 2004, ketika perjalanan pulang menunaikan solat Subuh di sebuah masjid yang berdekatan rumahnya, Zionis menggunakan sebuah helikopter melepaskan tiga tembakan yang mengorbankan Syeikh Ahmad Yasin. Operasi yang diselia sendiri oleh bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon (semoga Allah menambahkan azabnya) turut mengorbankan tujuh pembantu As-Syahid dan mencederakan dua orang anaknya.

Sempena ulangtahun memperingati syahidnya beliau, semoga ia memberi kekuatan kepada kita dan khasnya saudara kita di Syria untuk terus berjuang hingga syahid atau diberikan kemenangan. Inilah indahnya Islam berbanding agama dan ideologi ciptaan manusia lain. Mereka yang berjuang jika tewas akan dikurniakan ganjaran syahid manakala jika menang akan diberikan tempat sebagai pewaris bumi ini sebagai khalifahNya. Semoga Allah merahmati roh As-Syahid dengan rahmat yang maha luas.
 
 Cyberbay

Selasa, 13 Mac 2012

Sejarah Islam di Kedah

Adakah Anda Mengetahui Kisah Ini ??

Sultan Negeri Kedah yang pertama memeluk agama Islam ialah Sultan Muzaffar Shah kira-kira dalam tahun Masihi 1136 (531 Hijrah). Sultan Muzaffar Shah asalnya berketurunan Hindu jati yang menaiki takhta Kerajaan bagi menggantikan paduka ayahandanya Sri Paduka Maharaja Mahajiwa. Sri Paduka Sultan Muzaffar Shah ialah raja ke-sembilan Negeri Kedah pada zaman itu yang dikenali sebagai 'Kalaha' atau 'Kataha'. Sebelum baginda memeluk agama Islam, nama baginda ialah Maharaja Derbar Raja.

Orang yang berusaha mengislamkan baginda ialah seorang pendeta Arab bernama Sheikh Abdullah bin Sheikh Ahmad bin Sheikh Jaafar Kumiri daripada negeri Shahir, di bawah naungan pemerintah Yaman, Tanah Arab. Sheikh ini bersama dengan beberapa orang sahabatnya sampai ke Negeri Kedah kira-kira dalam tahun 1135M atau 1136M mengikut laluan laut dan berlabuh di Kuala Sungai Baboor (Kuala Sungai Merbok sekarang).

Beliau telah masuk menghadap Sri Paduka Baginda dan menzahirkan kepada baginda tentang kesempurnaan agama Islam serta memberi nasihat di atas jalan agama ini kepada baginda dan menteri-menterinya. Maka dikurniakan Allah s.w.t., berimanlah Sri Paduka Baginda dengan segala menterinya dan baginda menukar namanya kepada Sultan Muzaffar Shah dan negeri kepada Kedah Darul Aman.

Sri Paduka Baginda sangat menyanjung tinggi Sheikh Abdullah kerana keikhlasan beliau terhadap baginda, kebijaksanaan dan kesopanannya. Baginda kemudiannya telah melantik Sheikh Abdullah sebagai penasihat peribadinya.

Pada suatu hari, Sri Paduka Baginda bertanya kepada Sheikh Abdullah apakah yang lebih mulia dalam Tanah Arab? Jawab Sheikh Abdullah, selain daripada masjid, benda yang paling mulia ialah menara, iaitu tempat untuk melaksanakan azan dan memuji nama Allah dan Rasul.

Maka, baginda pun bertitah agar dibina sebuah menara di satu tempat yang tinggi dan berdekatan. Cadangan Sheikh Abdullah agar tapak menara itu dibina di kemuncak Gunung Jerai telah diperkenankan oleh baginda Sultan. Katanya, menara yang hendak dibina itu bukan sahaja untuk dijadikan tempat azan tetapi sebagai satu tempat bagi memperingati pertukaran nama baginda daripada Maharaja Derbar Raja kepada nama Islam baginda; Sultan Muzaffar Shah serta nama negeri daripada 'Kalaha' atau 'Kataha' kepada negeri Kedah Darul Aman.

Pekerja-pekerja yang ditugaskan membina menara tersebut berkumpul di kemuncak Gunung Jerai dan mula mendirikan menara itu di bawah penyeliaan Sheikh Abdullah. Ketika menara itu hampir siap, dengan takdir Allah s.w.t., Sheikh Abdullah jatuh sakit dan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, Sheikh Abdullah telah mewasiatkan agar mayat beliau dikebumikan di tanah rata berhampiran berdekatan dengan menara yang hampir siap itu. Wasiat beliau telah diperkenankan oleh baginda Sultan dan disempurnakan oleh para menteri.

Dengan itu, tanah rata di kemuncak Gunung Jerai sehingga kini dipanggil 'Padang Tok Sheikh' sempena mengambil nama Sheikh Abdullah.

              

Sheikh Ahmad Dabbagh sewaktu menziarahi Sheikh Abdullah bin Sheikh Ahmad bin Sheikh Jaafar Kumiri di Gunung Jerai.

Oleh : Wan Lokman bin Dato Wan Ibrahim

copy dr pesbuk ja....xdak modai...

cyberbay, western egypt

Ahad, 12 Februari 2012

Hari ini dalam sejarah | Imam As-Syahid Hassan al-Banna

Hari ini dalam sejarah, Pada hari sabtu, tanggal 12 Februari 1949. Pengasas Ikhwan Muslimin, Imam As-Syahid Hassan al-Banna, syahid dibunuh di Ramsis, Cairo. Selama 63 tahun ini, beliau telah meninggalkan banyak jasa didalam dunia dakwah sehingga ramai orang tertarik dengan gerakan Islam. Ikhwan Muslimin yang diasasnya menjadi antara gerakan Islam terhebat dunia. Dikagumi lawan dan kawan. Jasamu yang besar pada Islam, moga Allah membalasnya. Mujahid sepanjang zaman. Al-Fatihah.
 
Dan juga kelmarin, 11 Feb 2011 ulangtahun setahun Husni Mubarak meletakkan jawatan sebagai Presiden Republik Arab Mesir.
CyberBay-WesternCity

Jumaat, 10 Februari 2012

Ustaz Don Danial Don Bijayid | Anak Asset ke Syurga atau Neraka (Versi Sedih)

Salam Jumaat.

Aku xtau apa yang aku nk up hari ni sempena hari jumaat ni, video ni ja la kot yang aku nk kongsi dgn hampa...

Sesuai untuk tontonan Umum.

Anak Asset ke Syurga atau Neraka !!!!






>>Sesungguhnya Hari Jumaat Merupakan Penghulu Segala Hari, Perbanyakkanlah berselawat keatas Nabi kita Sayyidina Muhammad saw.

CyberBay

Selasa, 7 Februari 2012

Pesta Buku Antarabangsa Cairo kali ke-43 | jan 2012

Salam Maulidurrasul...Allahumma Solli Ala sayyidina Muhammad Wa ala Alih Wasohbih wasallam Ajmain.








>> Sikit ja gambaq, xdan nak shoot.c
>> Besaq lebih dr 5 buah Stadium ada kot...x laqat daa nak jalan...lagi jalan.. lagi ribu duit habis wakaka..

Cyberbay
ampuni kami

Update terbaru Followers saya.

Aku sedang berusaha untuk mengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat belajar syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...in sya Allah.
©2008
خديم طلبة العلم الشريف