PërjälänlänHïdüpkü

TENTANG AKU $ MEREKA
悲しいことしないでください!, 確かに、神は私たちとは
↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓

Rabu, 14 April 2010

Muqadimah Penawar Hati

               بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم 


  Segala puji dan puja hanya hanya layak bagi tuhan kerana dengan inayahnya memberikan nikmat iman dan islam kepada kita pada hari ini. Selawat dan salam keatas junjungan besar kita nabi Muhammad s.a.w, alinya, para sahabatnya dan para pengikutnya sehingga hari qiamat.


  Sabda Rosulullah s.a.w yang bermaksud: Ketahuilah!!! Sesungguhnya di dalam badan seseurang itu ada seketul daging, jika dia baik maka baiklah seluruh anggota badannya, jika dia rosak maka rosaklah maka rosaklah seluruh anggota badan, daging itulah yang dinamakan hati.


Amma ba'd.


  Hati manusia adalah merupakan tempat pandangan Allah, ia juga merupakan tempat semaian iman, tempat bertunas dan bercambah ke seluruh anggota badan dalam bentuk amalan yang merupakan bunga atau buah daripada apa yang telah dibentuk di dalam hati. Hati manusia juga merupakan tempat yang telah dipilih oleh Allah s.w.t  sebagai wadah atau bekas kepada fitrah, akal dan hikmah. Oleh itu hati sanubari yang baik akan  sentiasa jujur dan benar berbanding hati yang rosak. 


  Selain itu, hati manusia juga merupakan raja  bagi seluruh anggota badan. Dialah yang mengawal segala tindak baik buruk seseorang. Maka, jika hati itu baik maka baiklah seluruh anggota, jika hati itu rosak maka rosaklah seluruh anggota sepertimana mafhum hadis Rosulullah s.a.w yang saya sebut sebentar tadi. Oleh itu, hati yang baik akan menyuruh anggota badannya membuat kebaikan sebaliknya hati yang rosak itu  akan menyuruh anggota badan membuat kerosakan dan kemaksiatan.


  Akan tetapi, pada permulaan, hati setiap manusia adalah baik  kerana hati manusia telah diciptakan oleh Allah s.w.t menerusi fitrah manusia yang semulajadi yang meminati dan mencintai setiap sesuatu yang baik dan membeci setiap sesuatu yang buruk. Maka diatas dasar inilah diletakkan dasar hukum taklifi  atau hukum-hukum syara' keatas manusia dengan mengutuskan para rasul untuk membimbing manusia kearah kebaikan berdasarkan  kitab-kitab yang telah diturunkan oleh Allah s.w.t sebagai pegangan dan panduan di dunia ini dan untuk menjamin kebahagiaan di akhirat pada suatu hari nanti. Jika manusia berpegang dan mengikut panduan yang ditunjukkan oleh para rasul mereka akan dapat  mencapai keredhaan Allah dan sekaligus dapat menghindar daripada  jalan kesesatan yang dimurkai oleh Allah s.w.t.



  Oleh kerana manusia mempunyai musuh yang sangat pandai dan berdendam kepadanya, iaitu iblis laknatullah yang telah bersumpah di hadapan Allah s.w.t untuk menyesatkan manusia dan berusaha untuk membalut fitrah suci yang ada didalam manusia dengan balutan hawa nafsu, shahwat, tamak, dendam,cinta dunia dan sebagainya, ini menyebabkan sebahagian manusia terpesong daripada fitrah asalnya. Iblis juga tidak akan berputus asa  dari mencapai matlamat yang telah disumpahkannya di hadapan Allah Taala selepas dia ingkar menunduk hormat kepada khalifah pertama dimuka bumi ini iaitu nabi Adam a.s. Ia akan membisik kepada sesuatu kebahagiaan dan kesenangan di dalam hati manusia melalui darah, lalu ia memdorong manusia kepada peluang kesenangan duniawi yang telah dimurkai Allah s.w.t, sedikit demi sedikit ditiupkannya semangat nafsu dan shahwat  sebagai kesempurnaan fitrahnya. Jika hati seseorang telah diracuni dan tergoda dengan bisikan iblis yang mampu menutup mata dengan bayangan kelazatan hawa nafsu dan syahwat, maka ketika itulah manusia akan melupakan tuhannya sehingga ia berani membuat maksiat yang telah memberi kesan gurisan titik hitam di atas lembaran fitrah suci yang diciptakan. sepertimana sabda Rosulullah s.a.w yang bermaksud:


''Sesunguhnya seorang hamba apabila ia melakukan sesuatu kesalahan  maka akan diguriskan di dalam hatinya satu titik hitam, jika ia menarik diri didalam kemaksiatan itu dan terus memohon ampun dan bertaubat hatinya kan kembali suci. Tetapi jika ia kembali melakukan kesalahan , maka titk hitam itu akan bertambah sehingga sampai titik hitam itu memenuhi diatas permukaan hatinya. Inilah yang dinamakan Ar-raan ataupun karat.'' h.r tirmidzi


 Cuba kita renungkan, betapa besar perhatian kita kepada tubuh badan yang kasar ini walaupun ia hanya dihinggapi sedikit penyakit, kita mesti akan bersegera merawatnya kerana takut akan terpisah dari kelazatan dan kebahagian dunia. Maka betapa kita tidak mengambil berat  tentang benyakit hati  yang bukan sahaja akan terpisah dari kelazatan dunia yang sementara itu sahaja, malahan ia juga akan menyebabkan terpisah dari nikmat kelazatan syurga yang kekal abadi. Sudah pastilah jika seseorang yang terpisah dari nikmat syurga itu, ia akan dilemparkan kedalam api neraka Allah yang sangat dahsyat. Nauzu billahi min zalik.


 Oleh itu, marilah kita sama-sama memeriksa hati kita masing-masing. Adakah ia sihat, atau berpenyakit. Cubalah kita menepuk dada kita masing-masing dan bertanya  sejauh manakah ketaatan kita kepada Allah dan sudahkah kita bersedia untuk menghadapi hari akhirat nanti sepertimana kita merancang untuk menghadapi hari tua kita yang akan datang. Maka bersiap sedialah sebelum terlambat , bertaubatkah selagi pintu taubat masih terbuka dan sama-samalah kita mengubati hati-hati kita dengan memperbanyakkan zikir, membaca alquran, tolong menolong, berselawat dan pelbagai-bagai lagi amalan sunnat yang telah diajar oleh rosulullah s.a.w melalui alquran dan sunnah-sunnah beliau.


Wallahu A'lam.






cyber bey

Jumaat, 2 April 2010

Alfatihah buat pemergianmu

               بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana dengan inayahnya kerana terus memberi nikmat-nkmatnya kepada kita, terutamanya nikmat iman yang kita nikmati saban hari sehingga hari ini. Selawat dan salam keatas kunjungan besar kita, khatamal anbiya' nabi Muhammad dan kepada alinya, para sahabat, para ulama yang meneruskan perjuangannya dan para pengikutnya sehingga hari Qiamat.

Aku sedikit keletihan hari ini oleh kerana terlalu mengejar masa untuk pulang ke Cairo pada hari ini kerana telah berjanji dengan sahabat untuk menyertainya ke Caiiro pada tengahhari ini. Kebetulan pada hari ini Dewan Perwakilan Mahasiswa Tonto telah mengadakan satu program kolokium (Q 2) bagi mahasiswa-mahasiswa baru Alazhar Tonto. Aku hanya  dapat mengikut program satu slot sahaja kerana bercadang untuk pergi ke Cairo menaiki keretaapi pada jam 11.45pagi. Oleh itu, aku perlu mengejar masa dan terpaksa pulang ke rumah dahulu untuk membuat persiapan. Tepat jam 11.20 pagi aku terus ke stesen bas bersama sahabat untuk pergi ke stesen keretapi di Awal Bahr, ternyata jalan pada hari ini que kemungkinan sampai lewat d Awal Bahr, kami terpaksa tunda perjalanan ke cairo pada jam 12.20 tengahari. Lebih kurang 15 minit menunggu, keretapi sampai di stesennya.

Kami di dalam keretapi lebih kurang 2jam, lebih lama dari menaiki tramko yang hanya mengambil masa lebih kurang 1jam setengah. Ketika hampir sampai Cairo aku tengok jam digital pada telefon bmbit, disamping itu aku mendapat satu mesej pesanan ringkas yang agak mendukacitakan dari adik dan abang kandung aku ''salam...makteh telah kerahmatullah pada 12 tengahari waktu Malaysia'' aku bagaikan tidak boleh menerima kenyatan kerana baru masuk satu tahun setengah bonda meninggalkan kami kini Makteh pula pergi meninggalkan kami. Perasaan sebak juga terpahat dihati dan fikiranku sejenak memikirkankeadaan anak lelaki Makteh yang bertugas sebagai askar bersama PBB di Lubnan kerana tidak sempat bertemu dengan bonda tercinta yang akan menamatkan tugasnya pada 22 April 2010. Semoga Allah memberikan kesabaran yang tinggi kepada Abang Wie.

Aku bercadang untuk menelefon keluarga pada esok hari untuk bertanyakan urusan-urusan yang dijalankan dirumah Makteh dan ingin bercadang untuk sama-sama mensedekahkah bacaan alquran kepada makteh. Semoga Allah merahmati beliau dan tempatkannya bersama para aulya' dan auliya' amin.


KENANGAN  AKU, ABANG2 DAN ADIK BERGAMBAR BERSAMA MAKTEH SELEPAS PEMERGIAN BONDA TERCINTA DITANAH SUCI MADINAH MUNAWWARAH...

Raya haji 2009

Ahli keluarga Makteh & Pakteh

Khamis, 18 Mac 2010

Takziah dan Tahniah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, Segala puji hanya layak bagi Allah kerana dengan limpah dan kurnianya memberikan kita pelbagai nikmatnya samaada kita menyedari atau tidak nikmat yang dianugerahkan kepada kita, selawat dan salam keatas junjungan besar khatamul anbiya' nabi  kita Muhammad S.A.W. Sepertimana aku pernah mendapat info dari sahabatku ketika belajar di sekolah dadulu, dia memberitahu aku, Tok Guru Haji Salleh pernah memberitahu ketika didalam kuliahnya agar kita selalu berselawat keatas nabi sekurang-kurangnya sehari sepuluh kali agar kita dipermudahkan untuk mendapat syafaat daripada nabi junjungan kita disamping melakukan amalan-amalan sunnah. sama-samalah kita berselawat keatas beliau.


Pada 10 mac lepas, seluruh pelusuk negara islam telah digembar-gemburkan dengan kehilangan seorang ulama besar iaitu Allahyarham Syeikh Ahmad Tontowi 82 tahun, di Riyard Republic Arab Saudi kerana serangan jantung, beliau dikebumikan di tanah perkuburan Baqi'. Sama-sama kita doakan syeikh semoga rohnya bersama para anbiya' disana dan sama-sama kita doakan agar kita mendapat penggantinya suatu hari nanti. Takziah buat keluarga syeikh.


Pada minggu ini pula aku mendapat berita dari khidmat pesanan ringkas SMS daripada adik bongsuku setelah pihak kementerian pelajaran Malaysia mengeluarkan keputusan  SPM dan STAM. Didalam khidmat pesanan ringkas yang dihantarnya ''hari ni result SPM keluar, aku dapat 5A'' huh..sejuk hati aku bila mendapat berita itu. Alangkah gembiranya bonda jika beliau masih ada bersama pada tika itu. Aku membalas mesejnya semula denan mengucapkan tahniah dan mengesyorkan agar dia meneruskan pelajarannya di tigkatan enam dan tidak memilih untuk masuk ke Universiti dahulu pada tika ini kerana aku tidak mahu salah seorang dari ahli keluargaku beransur hilang dari arus ilmu agama yang telah diacu oleh abah dan bonda dengan menghantar kami ke sekolah agama.

Ingin juga aku berpesan kepadanya agar dia tidak besar diri dengan keputusan yang diperolehinya kerana dikhuatiri Allah akan menarik semula nikmat-nikmat yang diberikan kepada kita, apa yang aku mahukan agar kita terus bersyukur dan tetap tawaddu' kepada Allah bak pepatah orang-orang tua selalu berkata '' jadilah seperti padi semakin tua semakin menunduk, tidak seperti lalang semakin tua semakin menegak''. Teruskan usahamu didalam peperiksaan STAM yang akan tiba tidak lama lagi, tunutlah ilmu selagimana termampu kerana ilmu yang kita ada sekarang sangatlah sedikit dan tidak mampu untuk membentuk rakan-rakan dan masyarakat walaupun untuk digunakan pada kehidupan kita sendiri pada suatu hari nanti, disamping itu sentiasalah mendoakan kesejahteraan ibubapa, keluarga dan guru-guru yang pernah mengajarmu. Tahniah sekali lagi aku ucapkan.





Khamis, 4 Mac 2010

''Syukran Ya Syeikh''

  • Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
   Suasana di Rumah Kedah Tiga, Hayyu Sabeik, Cairo agak kesunyian pada awal pagi ini kerana kebanyakan rakan-rakan aku sudah bersama tilam-tilam kesayangan mereka. Hanya tiga, empat orang sahaja lagi yang masih belum tidur kerana masing-masing dengan kerja sendiri. Di kesempatan pada awal pagi ini, selepas mengedit gambar-gambar, aku mengambil sedikit masa untuk mencoret sepatah dua di ruangan catatan blog aku kerana pada keesokan hari, In Sya Allah kemungkinan aku akan bertolak pulang ke kampung kediaman  Cyber Bir, Tonto kerana kuliah di Syariah Al-Azhar Assyarif sudah pun bermula dan ini akan menyebabkan aku akan bertambah sibuk dan tidak mungkin dapat mengupgrade blog ini lagi.


   Alhamdulillah kerana di waktu cuti semestar ini, aku bersama rakan-rakan dapat mengikuti kelas Daurah Tafaqquh  Fiddin  yang dianjurkan oleh pihak MKKK sehingga kemuncak majlis walaupun aku agak sibuk sedikit dengan tugas yang di amanahkan oleh abang-abang untuk menjadi AJK jualan kitab-kitab karangan Syeikh Nouruddin Albanjari Almakki.

   Kelas Tafaqquh Fiddin ini bermula pada 17 Februari 2010 hingga 3 mac 2010. Sepanjang pengajian ini, syeikh sempat mendiskulasikan beberapa buah kitab karangan beliau sendiri, antaranya Tahzib Mushkat, Adab Mufrod, Manaqib Al Imam Syafie, Manaqib Al Imam Abu Hanifah Nuqman, Adab Musofahah, dan beberapa buah kitab lagi, diantara kitab-kitab yang sempat dikhatamkan bersama memberikan sanadnya ialah kitab Adab Mufrad, Manaqib Al Imam Abu Hanifah Nuqman r.a, dan kitab Adab Musofahah.

    Di sepanjang pengajian juga syeikh juga banyak menegur dan memberi nasihat kepada bakal-bakal azhari pada suatu hari nanti In Sya Allah, kebanyakan daripada tegurannya berkaitan dengan adab dan tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa al azhar dan sebagai khalifah dimuka bumi ini. Disamping itu, syeikh juga banyak menceritakan kisah-kisah auliya' dan kisah-kisahnya pada zaman dahulu. Jika hendak dicatat di dalam buku rasanya cukup banyak selingan yang diselit sepanjang kelasnya bersama kami.

    Hari ini merupakan hari terakhir kami bersamanya, kelas terakhirnya pada hari ini bermula pada lebih kurang jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi sahaja kerana syeikh akan berangkat pulang ke Indonesia pada hari ini pada jam 11-30 pagi di Mator Adim,Cairo. Dewan Attasamuh Wal Iqha pada pagi tadi dipenuhi dengan mahasiswa dan mahasiswi kerana tidak mahu ketinggalan daripada mengikuti kelas terakhir bersama syeikh disamping mengambil peluang bersalam-salaman bersama syeikh dan isteri sebelum beliau berangkat ke tanah air.

    Pada hari ini juga aku dan beberapa  AJK jualan bersama Exco MKKK pada hari ini berpeluang mengikuti menghantar syeikh ke Lapangan Terbang Lama Cairo. Kami bersama syeikh di lapangan terbang lebih kurang lima minit sahaja kerana masa begitu sempit dan tidak mengizinkan. Sebelum syeikh masuk ke dalam kapal terbang kami berkesampatan bersalam-salaman dan memeluk syeikh disamping mengucapkan terima kasih dan memohon syeikh mendoakan untuk kami di sini. ''Semoga syeikh bersama keluarga sampai dengan selamat di tanah air dan dipermudahkan segala urusannya. Semoga Allah temukan kita lagi pada daurah pada bulan Ramadhan akan datang. Syukron Ya Syeikh''. 

~GAMBAR KENANG-KENANGAN DAURAH TAFAQQUH FIDDIN BERSAMA SYEIKH NURUDDIN MARBU ALBANJARI~

Syeikh Nurouddin Marbu Albanjari Almakki

Sebahagian daripada AJK Jualan

 
Para exco MKKK

 Para murid menunggu
syeikh dari luar rumah kedah

Para murid bersalaman dengan
syeikh sebelum beliau bertolak ke mator 

 

  

Mengambil peluang
bersalaman dan memeluk syeikh

 
Detik-detik terakhir syeikh kelihatan.

    
Bergambar bersama sebelum pulang

  
Dalam perjalanan pulang dari menghantar syeikh.

Selasa, 2 Mac 2010

Kau Sahabatku Kau Teman Sejati

  • Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Baru sahaja reda kesedihanku kerana terkenangkan Allahyamhamah mama yang telah kerahmatullah setahun yang lalu. Kini aku mendapat satu lagi ujian apabila mendapat berita yang menyedihkan daripada sahabatku yang berada di Kaherah tentang pemergian salah seorang daripada sahabat kami yang di sayangi iaitu Mohd Atiq Hakimi Mohd Alwi. Setahu aku tidak sampai setahun dia melakukan pembedahan di Hospital USM Kubang Kerian kerana disyaki sakit jantung, itu pun kerana dia memberitahu aku semasa aku berada di Baling kerana menghadiri kenduri sepupu aku yang akan berlangsung.

Pemergian Allahyarham mengejutkan aku dan beberapa orang sahabat lain yang berada di bumi Mesir ini kerana sebelum kedatangan kami kesini Allahyarham sihat walafiat, mungkin kerana Allah lebih menyayanginya sebab itulah dia ditakdirkan pergi lebih awal dari kami.

Terkadang aku sering membayangi wajahnya yang sering tersenyum apabila bertemu, tambahan pula aku dengan Allahyarham tinggal satu rumah sewa dan satu bilik bersamanya ketika menuntut di SMU Maahad Darul Anuar tahun lepas. Ketika berada di bumi Mesir ini aku hanya sempat berbual dengannya menggunakan smartvoip sekali sahaja ketika mana Allahyarham berada di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), itupun mungkin hatiku tergerak untuk menelefon Allahyarham. Allahyarham juga sering memberi tunjuk ajar dan menolongku ketika didalam kesusahan.

Apa yang paling aku membanggakan sekali ketika mana dia sanggup menolongku untuk mendapat sijil STAM di YIK, walaupun hasratnya untuk mengepos sijil aku tidak tercapai kerana pihak YIK tidak membenarkan wakil untuk mengambil sijil itu, sekurang-kurangnya Allahyarham telah beriktiar untuk memujuk pihak  YIK bagi membenarkannya mengambil sijil itu. Ini menyebabkan aku sendiri terpaksa pergi sendiri ke YIK kerana sijil itu sangat penting bagi aku untuk memenuhi syarat-syarat layak untuk memohon belajar di Al Azhar University, dan semasa aku pergi ke YIK itulah kali terakhir aku berjumpa dengannya, aku berehat seharian di rumahnya kerana pada hari yang sama aku akan bertolak balik ke Kedah kerana tarikh untuk aku menyerahkan sijil kepada pihak Jabatan Agama Negeri Kedah sudah singkat.

Akhir Kalam, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala tunjuk ajar yang telah engkau berikan kepadaku walaupun kita hanya kenal tidak sampai satu tahun. Semoga Allah merahmatimu dan mengolongkanmu bersama para anbiya' dan solihin di sana. Ameen ya robb.





                            Gambar kenangan bersama Allahyarham
ampuni kami

Update terbaru Followers saya.

Aku sedang berusaha untuk mengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat belajar syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...in sya Allah.
©2008
خديم طلبة العلم الشريف