PërjälänlänHïdüpkü

TENTANG AKU $ MEREKA
悲しいことしないでください!, 確かに、神は私たちとは
↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓

Rabu, 6 Oktober 2010

Syukur, Selesai sudah

 بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم

 ألحمدلله رب العالمين. والصلاة على سيذنا حبيبينا سيدنا مولانا نبينا محمد  وعلى أله وصحبه أجمعين ومن تبعهم الى يوم الدين

أم  بعد,


Pertamanya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pelawat2 blog saya kerana masih sudi untuk membaca kisah perjalanan hidup saya di bumi kinanah ini.


Apa agaknya yang bakal saya ceritakan tentang perjalan hidup saya pada kali ini?


Penulisan saya pada malam ini adalah berkaitan dengan urusan kuliah yang baru sahaja diselesaikan pada tengahari tadi.



Alhamdulillah, setelah berusaha agar tidak tidur sejak semalaman sehingga subuh, akhirnya saya berjaya ke jamiah untuk menyiapkan urusan kuliah yang sudah seminggu terbengkalai. Saya melalui pengalaman ini bersama sahabat saya yang sering hadir ke rumah dikatakan setiap hari. Tidak lain tidak bukan, sahabat yang saya hendak maksudkan itu ialah saudara Fadli bin Omar.



Pada mula sampai di jamiah, kami berdiri di hadapan pejabat syuun bagi pelajar wafidin, tapi malangnya tindakan kami itu tidak di endahkan kerana lebih penting baginya mengisi perut sendiri, aku tersenyum sendirian melihat sikapnya. Beberapa minit kemudian beliau menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang syuun, beliau yang saya maksudkan ialah doktor Mustofa. Setelah lama beratur tibalah masa saya untuk mengadap muka berhadapan dengan muka beliau untuk mendapatkan kishfu natijah.



Selepas mendapat resit untuk membuat pembayaran, kami ke kaunter sebelah untuk membuat bayaran. Resit pembayaran di kutip mengikut 4 orang. Resit pembayaran kami mengikuti bersama ustaz Solehudin.
Hampir 2 jam dibuatnya berdiri menunggu untuk membuat pembayaran kerana jamiah kami masih menggunakan sistem manual. Hampir terduduk dibuatnya. Setelah nama naik, kami ke kaunter pejabat Doktor Mustofa semula untuk mendapatkan kishfu natijah bersama tandatangannya. Setelah itu, lebih kurang sejam juga untuk mendapatkannya kerana terdapat masalah sedikit dibahagian beliau. setelah azan zohor berkumandang, tibalah giliran kami untuk mendapatkan apa yang dikehendaki. Setelah itu kami terus ke pejabat ketua syuun mahasiswa iaitu doktor Abd Rahman dan pejabat amin am mahasiswa iaitu Doktor Ibrahim. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar tanpa halangan sepertimana berlaku pada kaunter Dr. Mustofa dan kaunter pembayaran.



Saya mendoakan agar sahabat2 yang belum membuat urusan kuliah dipermudahkan segala urusan. In Sya Allah.





Oleh : 
Alfaqir Ilallah yang mengharapkan keampunan dari tuhannya
Mohd Azhar Hamid Almarbawi Alqadhi
Kuliah Syariah Wal Qonun, Universiti AlAzhar Tonto

Lokasi sekarang: 
Cyber Bay, Gharbiah city.


Sabtu, 2 Oktober 2010

Penawar Hati/Hadis ke-3 / SERINGAN2 SIKSAAN NERAKA.

SERINGAN2 SIKSAAN NERAKA.




 بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم

 ألحمدلله رب العالمين. والصلاة على سيذنا حبيبينا سيدنا مولانا نبينا محمد  وعلى أله وصحبه أجمعين ومن تبعهم الى يوم الدين

أم  بعد,



Mafhum dari hadis:

Daripada Nu'man bin Basyir RA berkata. Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: 'sesungguhnya seringan-ringan siksaan penghuni Neraka pada hari kiamat ialah seseorang yang akan diletakkan di bawah tapak kakinya dua buah bara api neraka sehingga menidih (dari sebab panas bara api tersebut) otak yang dikepalanya. Dia tidak mengira bahawa ada orang yang lebih dahsyat siksaan daripadanya, padahal dialah orang yang paling ringan siksaannya.

H.R Bukhari dan Muslim.

KETERANGAN

Cuba kita bayangkan betapa dahsyatnya siksaan yang paling ringan di Neraka. Dengan bahang kedua bara api yang diletakkan di bawah tapak kaki mampu untuk mendidihkan otak yang berada di kepala. Namun betapa pula siksaan yang lebih berat. Rasanya tidak ada seorang pun yang mampu berdiri di atas bara api yang panas yang boleh mengelegakkan otak yang ada di kepala. Kalau kita tersentuh sedikit sahaja api di dunia ini, kita menjerit kepanasan dan kita tidak akan mampu untuk menahannya walaupun hanya beberapa jam, cuba bayangkan betapa sedihnya siksaan yang berterusan dan dari saat ke saat hanya bertambah panas disamping tekanan jiwa dengan putus harapan daripada selamat walaupun setelah jutaan tahun yang akan datang.

(Sekadar hiasan)



0rang yang akan disiksa dengan siksaan yang paling ringan ialah bapa saudara Nabi SAW yang bernama Abu Thalib mendapat sedikit keringanan kerana walaupun beliau mati dalam keadaan kufur, namun banyak jasanya dalam mengasuh Nabi SAW Sewaktu beliau masih kecil dan dengan membela beliau ketika berada di dalam kesusahan semasa diangkat menjadi nabi. Semua ini menyebabkan Abu Thalib mendapat sedikit kepinganan bila dibandingkan dengan orang-orang kafir lain.




Cuba kita hitungkan sebanyak manakah amalan untuk kita memperoleh syurga Allah, adakah dengan perbuatan dosa kita mampu untuk memperoleh ganjaran daripadanya. 0leh itu saya menyeru kepada diri saya dan sahabat2 agar kita dapat mempertingkan amalan2 kita dan perbanyakkan berdoa agar kita tidak tergolong dari ahli Neraka, WAL IYAZU BILLAH. Semoga kita semua menjadi ahli syurga yang abadi. In Sya Allah.



Cyber Bay, Gharbiah city.


Ahad, 26 September 2010

Setahun Tidak Pulang




Dengan Nama Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani Kepada Makhluknya



Alhamdulillah, kepada tuhan kerana masih memberikan nikmat iman dan islam kepada kita sehingga hari ini, kerana jika tiada nikmat tersebut besar kemungkinan kita tidak dapat hidup dengan tenteram. Selamat dan salam keatas junjungan besar kita nabi Muhammad saw yang banyak berjasa kepada kita sebagai umatnya. Selawat juga buat ahli keluarganya, para sahabarnya, dan juga buat pengikut mereka sehingga hari qiamat.


Agaknya apa yang para sahabat akan fikirkan.


Lari Rumah?

Kerja?

Merempat?

Dan sebagainya?


Hah.. ini semua berkaitan dengan kisah hidup saya di bumi anbiya ini. Sedar tidak sedar hari ini telah lebih dari satu tahun saya di perantauan Nil ini. Saya bertolak dari Lapangan Terbang Sultan Abd Halim ,Alor Setar pada 24 september 2009 dan tiba di Lapangan Terbang Cairo pada 25 septwember  2010. Alhamdulillah dengan kekuatan dan semangat yang tuhan berikan kepada saya dan para sahabat-sahabat saya, kini sudah genap satu tahun kami tidak menjenguk ke kampung halaman. Perasaaan rindu kepada keluarga dan sahabat2 di Malaysia semakin membuak-buak walaupun setiap minggu menghubungi mereka.





Walaupun sudah setahun saya berada di bumi yang penuh dengan kisah Rasul dan umat-umatnya namun masih kurang lagi diri ini untuk menguasai bahasa penduduk di sini, hanya dengan yang basic yang selalu diguna sahaja yang mampu untuk diamalkan, terus terang katakan saya masih lemah dalam penggunaan kosa bahasa arab terutamanya pada pelajaran nahu saraf, jika hendak bercakap tanpa mengikut kaedah memang agak senang sedikit tetapi ia tidak memberikan keuntungan yang besar kepada saya. Saya akui saya masih belum lagi dapat menguasai bahasa arab walaupun sedikit sepertimana yang dibayangkan sebelum datang ke perlembahan Nil ini.





Disepanjang perjalanan hidup saya disini, saya dapat mengenal erti berdikari lebih mendalam berbanding di Malaysia kerana ia hanya bergamtung kepada diri sendiri. Walaupun begitu, di sini saya mempunyai ramai kawan yang mudah untuk diminta bantuan . Ini membuktikan amat penting sikap tolong menolong apabila berada jauh dari keluarga.



Dalam setahun ini, saya juga dapat mengenali tempat2 yang menarik untuk dikunjung ketika otak berserabut dengan masalah dan sebagainya. Disamping itu, saya juga berkesempatan menziarahi dan mengunjung sahabat-sahabat yang berada di cawangan lain.


Didalam setahun ini juga saya banyak mempelajari dan mengenal ulama'-ulama' islam yang telah meninggal dengan lebih dekat iaitu dengan mengetahui sejarah hidup dan perjuangan mereka terutamanya masyaikhulAzhar Assyarif. Selain itu saya juga sempat mempelajari dengan ulama'2 besar disini dan bertemu muka dengan ahli keluarga Rasulullah saw. Amat beruntung rasanya bila ditakdirkan begini. Alhamdulillah.



Diri ini selalu mendoakan agar sentiasa diberikan ilmu yang bermanfaat sebelum pulang ke tanah air suatu hari nanti.

Gambar Kenangan sepanjang berada di perlembahan Nil.

 
Lapangan Terbang KLIA

Mula2 makan malam di Rumah Darul Aman 3



Santai di Dumyat

Pengalaman Pertama masuk masjid AlAzhar

Lepas Exam sem 2. Roksu Bar, Dumyat

Daurah bersama Syeikh Nuruddin Albanjari


Hari ke 2 di cairo

 Sebelum berpisah ke furu' masing2

Jaulah Dumyat di musim sejuk

Kenangan Maarad kitab cairo

Jaulah Maqam di Alexandra bersama DPMT


Bergambar bersama anak syeikh Soleh Ja'fari  

Raya Haji 2009

Gotong royong Rumsh Darul Aman 2

Jaulah maqam 

Aktiviti minggun

Rumah terbuka eid fitri 2010

Nak pi Exam sem 2

Raya Eid Fitri 2010


Oleh : 
Alfaqir Ilallah Mohd Azhar Hamid Almarbawi Alqadhi
Kuliah Syariah Wal Qonun, Universiti AlAzhar Tonto

Lokasi sekarang: 
Cyber Bay, Gharbiah city.


Selasa, 21 September 2010

Selamat Hari Lahir



 بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم

 ألحمدلله رب العالمين. والصلاة على سيذنا حبيبينا سيدنا مولانا نبينا محمد  وعلى أله وصحبه أجمعين ومن تبعهم الى يوم الدين

أم  بعد,



Alhamdulilah, pada pagi yang mulia dapat sekali lagi solat subuh berjamaah bersama sahabat2 di Rumah Darul Aman 2 ini dan juga diberi kekuatan semangat untuk menyelak beberapa helaian mukasurat daripada kitab Al-Azkar yang ditulis oleh Al imam Nawawi r.a. Disamping mengikuti pengajian Tanwizulmasalik bersama ust Syauqi.



Alhamdulillah juga pada pagi yang mulia ini kerana dapat lagi aku mengucapkan selamat hari lahir yang ke-58 buat abah tercinta yang berada di Malaysia.

Aku doakan agar abah dipanjangkan umur lagi mendapat keberkatan illahi, dimurahkan rezeki lagi halal, diberi kesihatan yang baik lagi diberikan kekuatan untuk beribadat, dikuatkan iman lagi dimudahkan segala urusan. Amin.




0leh:
ALFAQIR ILAALLAH, M0HD AZHAR HAMID ALMARBAWI.
KULIAH SYARIAH UNDANG2, UNIVERSITI AL-AZHAR ASSYARIF TONTO.



Lokasi sekarang:
ASRAMA DARUL AMAN 2, NASR CITY, HAYYU ASYIR, CAIR0.

Perjalanan bersama Ust Syamsudin.



 بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم

 ألحمدلله رب العالمين. والصلاة على سيذنا حبيبينا سيدنا مولانا نبينا محمد  وعلى أله وصحبه أجمعين ومن تبعهم الى يوم الدين

أم  بعد,




Alhamdulillah, pada beberapa hari yang lalu saya sempat membawa seorang wakil dari Jabatan Agama Negeri Kedah yang menghantar mahasiswa/wi baru ke Mesir pada sesi ini ke tempat pengajian saya di Tonto. Beliau yang saya maksudkan ialah ust. Samsudin Abd Rahman.



Kami bertolak dari hayyu asyir pada selepas magrib dengan menaiki tramco di 'Abud dan sampai di tonto lebih kurang pada jam 9 lebihan minit malam. Tujuan pengembaraan ust. Samsudin bersama saya kerana ingin melihat kawasan kediaman dan pengajian anak beliau yang baru sampai bersama rombongan JPA disamping melihat kawasan tonto buat kali keduanya sepanjang hidup beliau.



Beliau menginap di rumah saya selama sehari di Cyber Bay, pada keesokan harinya, saya membawa ust. Samsudin ke rumah saudara Aizad yang merupakan anak saudara kepada cikgu Ismail yang bertugas bersama ustaz Samsudin di Majlis Jabatan Agama Negeri Kedah. Lebih kurang dua jam di rana kami bertolak ke markaz DPM yang terletak di Maa'rad kerana ingin berjumpa dengan anak beliau. Kami disambut dengan baik oleh adhoc pelaksana program pelajar baru dan diberi jamuan makan bak VIP. Selepas makan ust Samsudin dibenarkan berjumpa dengan anaknya. Selepas itu kami terus pulang ketempat kediaman untuk berehat kerana ust Samsudin dan saya berkemungkinan besar akan pulang ke Qaherah pada petang itu. Pada petang harinya selepas puas berehat, kami dan beberapa sahabat menjamu selesa makanan yang dimasak khas oleh saudara Fazri dan Saudara Syakir. Selepas makan kami bersantai sambil mendengar pengalaman dan kisah2 lucu semasa ust Samsudin belajar di mesir pada tahun 80-an dahulu.



Setelah solat magrib kami bersiap-siap untuk bertolak ke Qaherah. Setelah siap, kami mencadangkan kepada Saudara Aizad dan saudara ShahAkmal untuk bertemu di Gumlah kerana saudara Aizad juga hendak ke Qaherah kerana ingin bertemu sahabatnya yang baru sahaja tiba di Perlembahan Nil ini.



Kami bertolak dari Gumlah setelah azan
isya berkumandang dan tiba di Ramsis lebih kurang pada jam 9.57 minit malam. Tibanya di Ramsis, kami terus ke kedai jus. Seterusnya kami terus ke perhentian tramco untuk ke destinasi terakhir, kami berpecah di situ kerana saudara Aizad dan saudara Syah Akmal hendak ke hayyu sabeik manakala kami pula hendak ke hayyu asyir. Alhamdulillah, Kami tiba di tempat destinasi dengan selamat.


Di dalam perjalanan bersama ust. Samsudin saya mendapat banyak cerita2 yang menarik dan nasihat daripada beliau.



0leh:
ALFAQIR ILAALLAH, M0HD AZHAR HAMID ALMARBAWI.
KULIAH SYARIAH UNDANG2, UNIVERSITI AL-AZHAR ASSYARIF TONTO.



Lokasi sekarang:
ASRAMA DARUL AMAN 2, NASR CITY, HAYYU ASYIR, CAIR0.
ampuni kami

Update terbaru Followers saya.

Aku sedang berusaha untuk mengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat belajar syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...in sya Allah.
©2008
خديم طلبة العلم الشريف