PërjälänlänHïdüpkü

TENTANG AKU $ MEREKA
悲しいことしないでください!, 確かに、神は私たちとは
↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓

Isnin, 16 Mei 2011

Selamat hari guru, Khas buat yang bergelar guruku.

Assalamuعlaikum wbt.

Dengan nama Allah.
Alhamdulillah, segala puja dan puji hanya layak bagi allah, tuhan alam semesta. Selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad saw.

amma ba'd.

Setelah sekian lama menunggu, akhirnya, pada hari ini tiba satu hari yang yang ditunggu2 iaitu hari yang bertarikh 16 Mei 2011 yang kita semua maklum iaitu hari guru.

Walaupun sudah lama meninggalkan zaman persekolahan, sebagai bekas pelajar, kita seharusnya berasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada guru2 kita yang tidak jemu2 mengajar kita.

Pada sinonimnya juga, orang hanya akan mengucapkan selamat hari guru kepada2 guru2 yang mengajar di sekolah sahaja.

Rasa hormat dan bangga kepada guru2 kita haruslah berada didalam hati kita kerana tanpa mereka, siapalah kita yang sekarang bergelar doktor, peguam, guru, ulamak besar, mahupun yang masih bergelar mahasiswa dan dll.

Sepertimana kisah imam kita, imam asSyafie r.a yang kita sedia makruf, pada suatu hari ketika beliau sedang mengajar, tiba2 Al imam ternampak guru beliau sedang berjalan berhampiran kawasan beliau mengajar, lantas beliau bangun dihadapan murid2nya dan pergi memeluk guru beliau. Selepas daripada itu, beliau menceritakan kepada murid2 beliau bahawa, itulah gurunya yang mengajar beliau cara untuk mengenal seekor anjing betina apabila datang haid, sedangkan guru beliau itu bukanlah seorang muslim. Wallahua'lam.

Disini kita dapat membuat satu kesimpulan bahawa menghormati dan mengenang jasa baik seseorang guru amatlah penting bagi ktia yang pernah bergelar seorang pelajar.

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih dan selamat hari guru kepada manusia yang pernah bergelar guru saya, terutamanya buat abah dan emak, kerana merekalah yang merupakan guru pertama dalam sejarah hidup saya dari buaian sehingga sekarang. Merekalah jugalah yang memberi sedikit sebanyak didikan agama dan mengajar erti kehidupan seorang hamba dan juga mengajar membaca alquran.

Seterusnya kepada guru2 Sekolah Kebangsaan Lubuk Merbau (SKLM), dan Madrasah AlInfitah Alkhairiah (MIKS), dan Maktab Mahmud Sik (MMSK), dan Maahad Darul Anuar (MADA), dan doktor2 kuliah, dan kepada para masyaikh2 yang pernah saya ikuti, dan tidak lupa juga kepada abang2, dan sahabat2 yang pernah memberi tunjuk ajar dalam menuntut ilmu duniawi dan ukhrawi. Dan tidak lupa juga kepada semua yang pernah bergelar guru mahupun guru sandaran atau sementara.

Dikesempatan ini juga,Saya mendoakan agar kalian sentiasa dirahmati, dikuatkan iman, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, dan dimudahkan segala urusan di dunia dan akhirat. amin.






Lagu Untuk Guru





Wallahua'lam.

Insan faQir, mohd azhar hamid almarbawi
Sindbad, Cyber Bey , Gharbiah City.

Sabtu, 14 Mei 2011

Jalan terakhir "Setup " betul ka.

Bismillah.
Assalamualaikum.

Alhamdulillah, selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad saw, serta keluarga dan sahabat2nya dan pengikut mereka.

Berikut merupakan gambar skrin komputer saya pada bahagian control panel >system security >action center yang disebabkan serangan virus beberapa hari lalu. Apabila di scan dengan menggunakan Malwarebytes' Anti-Malware menunjukkan terdapat 6 virus.

Hal demikian menyebabkan window security center service tidak boleh di on, tulisan pada yahoo messenger dan gadgets tidak berfungsi.

Bila ditanya kepada abang semalam, dia suruh restore system, tapi masih belum berjaya.

Mengikut pendapat Saudara Aiman Thaqif dan saudara Adib Muhammad ''depa kata setup ja haha''.
Nampak gayanya macam tu la kot :-(
Ada jalan lain selain setup?

control panel > system security > action senter (x leh on)

Wallahua'lam.

azhar hamid almarbawi
Sindbad, Cyber Bey.

''Jangan bagi rasuah''

Asalamuعlaikum wbt...

Alhamdulillah, tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dan nabi Muhammad itu hamba dan pesuruhnya. Selawat dan salam ke atas beliau serta keluarnya serta sahabatnya dan pengikutnya sehingga hari qiamat.

amma ba'd.




Lokasi: Muhafzah, Gharbiah City.
Tarikh: 13 Mei 2011 (jumaat)
Snap: E63

Betapa zalimnya orang yang memberi rasuah dan pemimpin yang menerima rasuah. Sehinggakan rakyat mengambil insiatif sendiri dengan meletakkan papan tanda  sebegini dibahu jalan bagi memperingati orang yang memberi dan penerima rasuah. Nauzubillah.

azhar hamid almarbawi
Sindbad, Cyber Bey, Gharbiah City.

Selasa, 10 Mei 2011

Futsal bersama Tsaqif FC di Qaah Istad

Assalamualaikum wbt...

Bismillah.

Alhamdulillah, Selawat dan sejahtera ke atas sayyidina Muhammad saw, keluarganya serta para sahabatnya.

Amma ba3d,

Semoga dihari yang indah ini, semua berada didalam keadaan baik belaka.
Yang kerja teruskan kerja dengan baik dan semoga dimurahkan rezki, dan yang masih belajar semoga ditambahkan ilmu bermanfaat.

Alhamdulillah, semalam sempat bermain futsal di qaah istad bersama sahabat2 Kedah_Tonto, walaupun kebanyakan sepak tidak mengena sasaran =)), alhamdulillah sedikit sebanyak dapat mengeluarkan peluh yang sudah lama tertaram didalam badan :-)

Yang penting,
"Akal yang cerdas daripada badan yang sihat" in sya Allah.



Alfaqir Mohd Azhar Hamid Almarbawi
Sindbad,Cyber Bey, Gharbiah City.

Isnin, 9 Mei 2011

Selamat Hari Ibu

Dengan Nama Allah.

Alhamdulillah, selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad saw,serta keluarganya dan sahabat2nya.

amma ba3d,

Sidang pembaca sekalian, kita semua maaruf, saban tahun, akan adanya satu hari yang dinamakan sebagai hari ibu kerana bagi memperingati jasa seorang insan wanita yang bersusah payah, menganndungkan, membesarkan dan mendidik insan yang bergelar anak. Pada setiap tahun dan negera akan berbeza2 tarikh bagi menyambut hari ibu. Pada tahun ini, bagi negara Malaysia, hari ibu jatuh pada Mei 2011.

Dikesempatan ini saya mengambil peluang untuk mengucapkan selamat hari ibu kepada permaisuri hati saya iaitu bonda saya Halimah binti Md Daud. Walaupun beliau telah kerahmatullah pada 2 tahun yang lalu. Saya doakan agar bonda sejahtera disana dan ditempatkan bersama para anbiya'. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi mengandungkan saya, mengasuh, membesar, mendidik, dan yang paling penting, dialah guru pertama di didalam sejarah hidup saya. Kehilangan bonda tercinta amatlah dirasai, kenanganmu tetap bersemati didalam ingatanku. Dan beruntunglah bagi yang masih mempunyai ibu.

Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan selamat hari ibu kepada semua yang bergelar ibu, terutamanya kepada guru dan saudara mara saya dan tidak lupa juga kepada pembaca blog saya. Semoga Allah merahmati kalian.

Peringatan buat saya dan sahabat2 pembaca sekalian, sebenarnya bukan pada hari ibu sahaja kita patut mengucapkan terima kasih dan mendoakan ibu dan juga bapa, sepatutnya tiap2 hari kita perlu berterima kasih dan mendoakan mereka kerana syurga dibawah tapak kaki ketaatan kepada ibu. Wallahu a3lam.


Allahummaghfirli zunubi waliwalidayya warhuma kama robbayani soghira.




Khas untuk bonda tercinta


alfaqir mohd azhar hamid almarbawi
Sindbad,Cyber Bey, Gharbiah City.
ampuni kami

Update terbaru Followers saya.

Aku sedang berusaha untuk mengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat belajar syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...in sya Allah.
©2008
خديم طلبة العلم الشريف