PërjälänlänHïdüpkü

TENTANG AKU $ MEREKA
悲しいことしないでください!, 確かに、神は私たちとは
↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓

Isnin, 15 Ogos 2011

Tafaqquh Fiddin


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.

Alhamdulillah hanya layak bagi robbuljal, tuhan sekelian alam. Selawat dan salam serta puji buat junjungan besar AlImam bagi semua umat nabi Muhammad SAW serta keluarnya dan sahabatnya serta sahabatnya dan pengikut mereka sehingga hari qiamat.

Alhamdulillah di bulan yang mulia ini, diberi peluang Allah, dapat sekali lagi saya mengikuti pengajian Tafaqquh Fiddin bersama AlAllamah Syeikh Nuruddin Marbu Albanjari AlMakki. Majlis tersebut berlangsung  pada 1 ramadhan hingga 13 ramadhan 1432 di Dewan Attasamuh Wal iqa, Asrama Darulaman, District 7, Madinah Nasr. Seramai seribu orang lebih mahasiswa dan mahasiswi merebut peluang menuntut ilmu dengan AlAllamah Syeikh.

Di pengajian kali ini AlAllamah Syeikh sempat mengkhatam kitab kisah riwayat hidup imam Syafie, Mujarrobat Almakki, Dan Ihatoh (bab haid, nifas, Istihadhoh) dan kitab2 yang tidak sempat dikhatamkan, in Sya Allah akan bersambung pada pertemuan yang akan datang iaitu pada bulan Rabiulawwal yang akan datang.

Alhamdulillah banyak ilmu baru yang sempat diambil daripada beliau, semoga mendapat rahmat dan maghfirah di pertengahan ramadhan ini. Amin.

Pada hari ini 14 ramadhan FadhilatusSyeikh  mengadakan majlis penutup  pada jam 12.30 tgh hari dan akan bertolak pulang ke tanah air Indonesia  lebih kurang jam  5 petang . Semoga Alallamah Syeikh dimudahkan segala urusan dan selamat dalam perjalanan pulang untuk bertemu isteri2 dan anak2 kesayangan beliau langsung meneruskan dakwah beliau kepada masyarakat . 


 ''SESUNGGUHNYA DIPERTENGAHAN RAMADHAN ADA KEAMPUNAN''

Semoga kita semua mendapat keampunannya. Amatlah rugi bagi seseorang yang tidak mendapat keampunan di bulan Ramadhan.


Pertemuan daurah 2010 yang lalu


Tingkat 4,Asrama DarulAman, District 7, Nasr City,Cairo.

Khamis, 28 Julai 2011

RUmah tak ada internet.

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah, selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad saw, keluarganya dan sahabatnya.

Banyak aktiviti yang tidak sempat aku update didalam blog aku ni kerana line internet dirumah bermasalah sejak peperiksaan yang lalu, kadang2 tension pun ada, sebab susah nak call Family kat Malaysia ditambah pula dengan bosan pada hari2 tertentu.

Sekarang masih menunggu sahabat2yang akan pulang ke Malaysia sebelum tutrun ke Cairo untuk mengikuti daurah bersama AlAllamahSyeikh Nuruddin Marbu Albanjari di Asrama darulaman 3 pada 31 julai ini.

Disamping menyambut ramadhan yang mulia ini yang akan berlangsung pada 1 ogos 2011 in sya Allah. Semoga dimudahkan segala urusan.


Apa2 pun alhamdulillah.

Acsess point TP LINK- punca masalah. huh


Imarah Malaysia, Cyber Bey Gowwah, Gharbiah City

Khamis, 2 Jun 2011

Semakin hampir

Bismillah.

Assalamualaikum wbt.

Segala puja hanya untuk allah, selawat dan salam keatas rasulnya serata keluarga dan sahabatnya ajmain.

''bertolong-tolonglah kepada kebaikan dan jangan bertolong-tolong ke arah dosa dan permusuhan''

amma ba'd.

>>Alhamdulillah, akhirnya sudah keluar jadual peperiksaan kuliah syariah undang2 islam untuk fasa ini.
 
>>Akan berlansung pada 18 jun hingga 13 julai 2011.

>>Mohon agar sahabat2 mendoakan kejayaan saya dan dimudahkan segala urusan.

>>Kepada sahabat2 yang turut sama akan menduduki peperiksaan, saya doakan agar kalian berjaya juga.

>>Dengan ucapan, selamat menghadapi peperiksaan, semoga kita berjaya belaka, bittaufiq.


Meja sudah pun disusun, masih antik

Berhampiran dengan dewan kuliah, dewan 13

Jadual exam, tidak berapa jelas

>> Kena berenti la, main internet ni,ada masa lepas exam nanti update lagi.

>>Semoga selamat2 belaka.

>>Doakan kejayaan saya.


 darulamanhouse, sindbad, cyber bey, gharbiah.

Rabu, 1 Jun 2011

Akhirnya

Dengan nama allah.

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.

Alhamdulillah, Salawatuhu wasalamuhu ala nabiyyina Muhammad saw, wa ala alih, wasohbihi ajman.



Amma ba'd.


Alhamdulillah setelah hampir 4 bulan mengunakan manage mawaless network dengan sahabat serumah (Syakir Zabri) dan  mengimpikan untuk membeli desktop switch TL-SF1005D. dengan rezeki dan nikmatnya, akhirnya dibeli dengan harga tetap LE45 di virus net, alhamdulillah.

>> Tiap2 kali pergi virus net, tiap2 kali tanya harga, membuatkan tokey kedai boleh tension :-)
>>Memang dia tak bagi kurang dah.
>> sebelum ini dengan harga LE40, disebabkan selepas revolusi, kebanyakan harga barang naik, termasuk yang ni hehe :-). Ya ka?

bulan ini lima kali ke virus net untuk mendapatkannya,
berbaloi.

Warna putih, boleh tahan

Jaminan 13 bulan, betul ka?

Sudah siap dipasang
Cincai2 ja.
tarikh: 31 Mei 2011
Kamera: Nokia e63

darulamanhouse, sindbad, cyber bey, gharbiah.

Isnin, 30 Mei 2011

Ziarah maqam bersama Syeikhuna Syeikh Ahmad Alhusaini


Bismillah
Assalamualaikum.

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, tuhan sekelian alam, yang maha pengasih lagi maha penyayang, dialah raja bagi segala raja, kepada dialah jualah kita sembah dan meminta. Selamat dan salam keatas nabinya Muhammad saw, keluarganya serta sahabatnya yang mulia.

Alhamdulillah, pada pagi kelmarin saya dan beberapa sahabat berpeluang menziarahi wali2 allah yang mulia di TheSuk' bersama Syeikhna, Syeikh Ahmad Almadeh Alhusaini.

Antara maqam yang diziarah, maqam syeikh Ibrahim Addusuqi, Syeikh Abi Majdi (ayah Syeikh Ibrahim), dan Syeikh Husofi dan anaknya2nya dan maqam syeikh Atiah Abu Rish. Madad ya syeikh.


Berhimpun sebelum bertolak


Di Masjid Syeikh Abu Majid
Syeikh sedang memberitahu hukum menziarahi maqam dan berkaitan dengan hukum harus tawassul.


>> Syeikh Abu Majid merupakan ayah kepadaSyeikh Ibrahim Addusuqi.


Membaca Alfatihah, surah al ikhlas dan doa secara kuat bersama syeikh


Tibanya di Masjid Syeikh Ibrahim Dusuqi



 >> Pada zamannya beliau merupakan yang mendapat gelaran Syeikhul Islam.
>> Dikatakan beliau telah menghalau semua buaya ganas keluar dari mesir pada zamannya selepas perlakunya peristiwa seorang kanak2 telah dimakan buaya.
Maqam Lain yang berhampiran maqam beliau

Masjid beliau, yang pernah digelar sebagai Alazhar kedua selepas AlAzhar di Cairo.
Sedang dibaik pulih.


Solat Jama' Zohor dan Asar berjemaah di sini

Berhenti makan di tepi sungai nil.

Sibuk mengambil gambar sebagai kenangan.

Syeikh bergurau sebelum meneruskan perjalanan

Hanya dibuka pada waktu solat.
Alhamdulillah, pintu boleh dibuka walaupun bukan waktunya

Bergambar sebelum menunggu pintu dibuka.


Maqam Syeikh Husofi
Merupakan Ulamak besar pada zamannya.


Anak beliau Syeikh Muhammad Abdul Fattah

Maqam anak beliau lagi, Syeikh Muhammad Abdul Wahab

 
Telaga beliau,dikatakan airnya menjadi ubat kepada penduduk kampung

>>Dikatakan Ayah Syeikh Hassan Albanna mengambil tariqat daripada Syeikh Husofi ra.
>> dan Syeikh HAssan AlBanna pula mengambil tariqat daripada anknya iaitu syeikh Muhammad Abdul Wahab.

Syeikh Ahmad memberi sedikit motivasi berkaitan imtihan yang akan datang
  
Maqam terakhir

 

Masjid beliau


Maqam Syeikh Syeikh Atiah Abu Rish

Singgah sebentar membeli roti sebelum pulang


Letih jauh perjalanan
Semoga mendapat barokah darinya.



DarulAmanHouse, Sindbad, Cyber Bey, Gharbiah
ampuni kami

Update terbaru Followers saya.

Aku sedang berusaha untuk mengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat belajar syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...in sya Allah.
©2008
خديم طلبة العلم الشريف