PërjälänlänHïdüpkü

TENTANG AKU $ MEREKA
悲しいことしないでください!, 確かに、神は私たちとは
↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓

Ahad, 29 Mei 2011

Kalau banyak macam ni kan syok

Bismilllah.

Assalamaualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Segala puji bagi tuhan, pujian dan kesejahteraan kepada nabi Muhammad saw, nabi pemberi syafaat, serta keluarganya yang dikasihi, dan sahabat2nya yang setia bersamanya dan para pengikutnya.

amma ba'd

''Tuntutlah Ilmu walau ke negeri China''
Saya tidak pasti setakat mana tahap kebenaran hadis tersebut, ada yang mengatakannya maudu' sanadnya dan ada yang kata dhoif sanadnya wallahu a3lam.

dan satu lagi hadis, daripada Uqbah bin amir r.a bkata
''carilah ilmu sebelum kelahiran orang2 yang suka mempertikaikan agama''

Alhamdulillah, Semoga sihat sokmo sahabat2. Petang semalam alhamdulillah diberi kesempatan untuk ke maktabah bersama sahabat2, Shahir, Hanif, Hakimi di Gamaah untuk beli beberapa buah buku disamping membeli buku yang dipesan oleh saudara Naziruddin.

Kebetulan pada hari itu, tokey kedai iaitu Ammu Jamal bagi hadiah dua buah buku yang bertajuk Kisah hidup Sayyidna Ali bin Abi Talib r.a dan buku Jalan sufi, alhamdulillah, murah rezeki.



Kalau kat rumah macam ni kan syok



Sebelum balik, singgah makan sebentar di Kubra Quhafah

Sup lidah merpati

Perut sedang berbunyi  :-)

Selamat menjamu selera

diantaranya

الحمدلله رب العالمين

Darul Aman House, Sindbad, Cyber Bey, Gharbiah.

Sabtu, 28 Mei 2011

Memang sempoi !!

Bismillah..
Alhamdulillah wasalamuhu ala sayyidina mustofa habibina Muhammad sallallahualaihiwasallam wa ala alih, wa sohbihi ajmain. wa ala wa man tabi'hum ila yaumilakhir.

Amma ba'd.

Jumaat-
Ada saja yang tidak puas hati, mesti buat revolusi.
Revolusi lagi.

kawasan muhafzah

>Kawasan perhimpunan dan permulaan revolusi untuk ke kawasan Awal Bahr.
>Entah la, rusuhan apa yang depa buat ni.
>Snap jauh ja, tengok ramai sangat askar jaga kawasan, nanti, apa pun tak boleh.

تحي مصر

Awal Bahr, terletak hampir2 2km dari muhafzah.

Darul Aman House, Sindbad, Cyber Bey, Gharbiah City.

Jumaat, 27 Mei 2011

Ziarah Ahlu Bait Rasulullah Saw dan Auliya disekitar kaherah 2

Dengan nama Allah yang maha penyayang lagi maha pengasihani.

Alhamdulillah, selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, serta keluarganya, sahabatnya dan pengikutnya yang benar.

amma ba3d.,

''Sesungguhnya golongan yang takut pada Allah itu ialah ulama''

6. Sayyidina Muhammad AlAnwar, iaitu bapa saudara kepada sayyidah Nafisah binti Hasan AlAnwar Radhiallahuanhum.

7. Sayyidah Sukainah binti Al Imam Hussin radhiallahuanhuma. Dilahirkan pada tahun 48 hijriyyah dan anak kepada Sayyidina Hussin bin ‘Ali karomallahuwajhah.

8. AlImam Waqi’ radhiallahuanhu. Sepertimana yang kita maklum, AlImam Waqi’ merupakan guru kesayangan AlImamuna Imam Syafie Radhiallahuanhu (Abu Abdullah bin Muahmmad bin Idris AsSyafie) ketika beliau di Mesir, dan kepada guru beliau inilah beliau mengadu ketikamana ingatan beliau mudah terlupa sepertimana yang kita selalu dengar melalui syairnya. binti Sayyidina ‘Ali ArRedha bin Musa AlKazim bin Jaa’far bin Sodiq radhiaallahuanhum.

  • Bersebelahan maqam beliau terdapat maqam Sayyidah ‘Atiqah binti Zaid bin ‘Amru  bin Nafil AlQurshi. Isteri kepada AlImam Muhammad bin Sayyidina Abu Bakar Assiddiq (maqam AlImam Muhammad terletak disebuah perkampungan dalaman di Daerah Mansoura)

Maqam Sayidatina Ruqayyah r.a

9. Maqam Sayyidi  ‘Ali Alja’fari iaitu nasab keturunan daripada Ja’far Attoyyar bin Abi Talib.
Juga dikatakan terdapat beberapa keturunan Rosulullah.
Maqam seorang pemaisuri  bernama Shajaratul Dur.

10. Ashab wa Sadah  Almalikiyyah. Ramai ulama’ dalam Mazhab Maliki dan anak murid AlImam Malik Radhiallahuanhu dimaqamkan di sini. Antara mereka ialah Sayyidi Abdul Rahman AlQasim  dan anak2 beliau . Sayyidina  Ashhab  bin Abdul Aziz (120 – 204 Hijriyyah) AlImam Ashbagh bin AlFarg bin Sa’id dan bekas Maasyaikhul Azhar asSyarif iaitu Syeikh Abdul Majid Salim dan serta beberapa ramai lagi yang berkhidmat untuk islam dan umat seluruhnya radhiallahuanhum ajma’in.


Antara maqam ashab Malikiyyah


wallahu a3lam.
Nantikan sambungannya, in sya Allah

jumaat- sindbad, cyber Bey, Gharbiah.

Rabu, 25 Mei 2011

Semoga selamat pergi dan pulang.

Bismillah.

Assalamu3alaikum wbt.

Alhmdulillah, selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad saw. kesejahteraan juga keatas ahli keluarganya,sahabatnta dan pengikutnya sehingga hari qiamat.

Amma ba3'd.

Telah berfirman Allah taala di dalam kitab yang suci, surah albaqarah ayat 158 yang mermafhum. Sesungguhnya Safaa dan Marwa adalah sebahagian dari syi'ar Allah. Maka barangsiapa yang beribadah haji ke Baitullah atau ber-'umrah, maka tidak ada dosa baginya mengerjakan sa'i antara keduanya. Dan barangsiapa yang mengerjakan suatu kebajikan dengan kerelaan hati, maka sesungguhnya Allah Maha Mensyukuri kebaikan lagi Maha Mengetahui. (albaqarah 158)

Alhamdulillah, pada hari ini dengan rezeki yang dikurniakan. alhamdulillah, buat kali ini abang2ku akan bertolak ke tanah suci  pada keesokan hari in sya Allah.


Aku doakan agar kalian selamat pergi dan selamat pulang dengan selamat, dan semoga dimudahkan segala urusan. Semoga dapat tumpukan ibadat dengan baik dan mendapat ganjaran yang baik di sisi Allah. In Sya Allah..amin.








Sindbad, Cyber Bey , Gharbiah City

Selasa, 24 Mei 2011

Akhirnya disetup Jua

Bismillah...
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, Selawat dan salam jua keatas nabi Muhammad, nabi yang paling mulia, dan juga buat ahli keluarganya serta sahabatnya dan pengikutnya sehingga akhirnya.

Amma ba'd.

Alhamdulillah, walaupun terpaksa disetup window disebabkan system security device yang tidak boleh di on , namun kini saya punyai wajah baru pada komputer. :-)

Terima kasih kepada saudara Aiman Tsaqif kerana tolong setup dan kepada Saudara Firdaus Idris atau dikenali dengan PakYam kerana sudi bagi pinjam CD setup window 7 ultimate. hihi. Semoga Allah memberkati kamu berdua.


Windows 7 Ultimate pada A42N series
Sindbad, Cyber Bey, Gharbiah City.
ampuni kami

Update terbaru Followers saya.

Aku sedang berusaha untuk mengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat belajar syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...in sya Allah.
©2008
خديم طلبة العلم الشريف