PërjälänlänHïdüpkü

TENTANG AKU $ MEREKA
悲しいことしないでください!, 確かに、神は私たちとは
↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓
Memaparkan catatan dengan label PërjälänlänHïdüpkü; Family. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PërjälänlänHïdüpkü; Family. Papar semua catatan

Isnin, 7 November 2011

Genap 3 tahun bonda meninggalkanku, Alfatihah buat bonda tercinta.

Bismillah.....Assalamualaikum.

Alhamdulillah, selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad saw, serta keluarga dan hsahabt beliau. serta pengikutnya sehingga akhirnya.

>>Takbir raya bergema setiap kali solat dimasjid yang berdekatan rumahku.
>>Terkenang daku kepada kampung halaman tercinta.
>>Dipagi yang mulia ini aku dikejutkan dengan deringan telefon bimbitku dengan satu peringatan yang bertajuk bonda, menunjukkan aku sudah terlambat untuk menulis pada pagi ini.
>>Terinngat kembali bahawa pada hari ini 7 November yang lalu genap 3 tahun bonda meninggalkan aku sekeluarga di tanah suci Madinah sepertimana aku pernah mengimbau kembali kisah pemergian bonda pada tahun yang lalu.
>>Akhir kalamku pada pagi yang mulia ini, Aku doakan agar bonda aman disana dan ditempatkan bersama para Anbiya dan wali2allah yang Soleh.
>>Sama2 kita sedekahkan Alfatihah dan doakan agar bonda dan para muslimin bersama para anbiya' dan auliya di sana. dan sentiasa mendapat rahmatnya. dan ingatlah, kita yang masih hidup ini juga akan mengikuti jejak2 mereka.

>>Doa Senjata orang mukmin
>>Tidak Akan terasa pengorbanan seseorang insan yang kita sayang sehingga pemergiannya.






pEaCe :-)

CindyBad,CyberBey,WesternCity.Egypt.

Ahad, 6 November 2011

Ucapan EidulAdha DariKu

Bismillah..

Assalamualaikum wbt wm...

Alhamdulillah, allahumma solli ala sayyidina Muhammad wa ala alihi wasohbihi wasallam.
Amma ba'd.

Ucapanku di Malam yang Mulia ini:

Khas ditujukan kepada Keluarga tercinta yang berada di Lubuk Merbau, sahabat2 dan para pembaca.

>>Selamat menyambut HariRaya EidulAdha.
>>Maaf Zahir Dan Batin.
>>Sama2lah kita menziarahi sanak saudara kita, agar terikat lebih kuat hubungan Silaturrahim, guru2, Jiran dan kawan2.
>Selamat menjalankan ibadah Qurban.
>Semoga Sentiasa Mendapat Rahmatnya Dan Dimudahkan Segala Urusan Didunia Dan Akhirat.

 
daripada: Mohd Azhar Bin Hamid, bekas pelajar MMSKedah.


>> Ni Kali Kelima Aku Raya dipeRantauan =))

pEaCe :-)

Sindybad,CyberBey,WesternCity,Egypt

Khamis, 13 Oktober 2011

Anak Saudara Aku Genap Setahun Hari Ini

Bismillah....

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, nampaknya bulan ni agak aktif menconteng didalam blog aku yang tidak seberapa ini.

Hari ini tanggal 12 oktober 2011 merupakan ulang tahun hari kelahiran anak menakan aku yang sulung lagi sulung....


Namanya Nur Amrina Rasyada binti Mohd Fakhrorrozi.


tomey

Dalam tempoh setahun ini, baru sekali aku dukung dia, itu pun masa balik ops Piramid baru ni. Tak dan puas main dengan beliau.

Aku pun diingatkan bithday dia melalui kak ipar aku ja semalam.

Aku doakan semoga Allah merahmatinya, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan menjadi anak yang solehah kepada abang Cik dan kak Pia.

''Allah marah kepada hambanya yang tidak mahu meminta (doa)''

pEaCe :-)

mohd azhar almarbawi
Sindybad, Cyber Bey, Western City

Rabu, 25 Mei 2011

Semoga selamat pergi dan pulang.

Bismillah.

Assalamu3alaikum wbt.

Alhmdulillah, selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad saw. kesejahteraan juga keatas ahli keluarganya,sahabatnta dan pengikutnya sehingga hari qiamat.

Amma ba3'd.

Telah berfirman Allah taala di dalam kitab yang suci, surah albaqarah ayat 158 yang mermafhum. Sesungguhnya Safaa dan Marwa adalah sebahagian dari syi'ar Allah. Maka barangsiapa yang beribadah haji ke Baitullah atau ber-'umrah, maka tidak ada dosa baginya mengerjakan sa'i antara keduanya. Dan barangsiapa yang mengerjakan suatu kebajikan dengan kerelaan hati, maka sesungguhnya Allah Maha Mensyukuri kebaikan lagi Maha Mengetahui. (albaqarah 158)

Alhamdulillah, pada hari ini dengan rezeki yang dikurniakan. alhamdulillah, buat kali ini abang2ku akan bertolak ke tanah suci  pada keesokan hari in sya Allah.


Aku doakan agar kalian selamat pergi dan selamat pulang dengan selamat, dan semoga dimudahkan segala urusan. Semoga dapat tumpukan ibadat dengan baik dan mendapat ganjaran yang baik di sisi Allah. In Sya Allah..amin.








Sindbad, Cyber Bey , Gharbiah City

ampuni kami

Update terbaru Followers saya.

Aku sedang berusaha untuk mengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat belajar syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...in sya Allah.
©2008
خديم طلبة العلم الشريف