PërjälänlänHïdüpkü

TENTANG AKU $ MEREKA
悲しいことしないでください!, 確かに、神は私たちとは
↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓

Ahad, 7 November 2010

Imbauan Kenangan Pemergian Bondaku Tersayang




بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم


Alhamdulillah, selawat dan salam keatas rosul junjungan, ahli keluarganya serta sahabatnya.



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat2 pelawat blog saya, semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera selalu dan mendapat petunjuk tuhan di setiap amalan2 yang dilakukan.



Setelah hampir dua bulan kita telah lalui hari raya Eidul Fitrah kini kita akan lalui pula raya Eidul Qurban yangmana merupakan hari kejayaan bagi jemaah haji yang menunaikan haji di Makkatul Mukarramah pada 10 dzulhijjah akan datang disamping mengingati kisah pengorbanan Nabi Allah Ibrahim as.



Pada pagi yang mulia ini saya ingin mengimbau kembali salah satu kenangan pahit yang saya alami semasa dibangku persekolahan dahulu yangmana kisah ini berlaku berhampiran dengan hari raya eidul Qurban. Kisah yang saya maksudkan ini berkaitan dengan pemergian bonda tersayang yang telah pergi 2 tahun dahulu. Dalam sedar tidak sedar, kini telah masuk tahun kedua bonda telah meninggal saya dan keluarga. Rasanya bagaikan semalam bersamanya dan rasanya belum ada dan belum cukup budi dan bakti dapat ditunaikan untuk menbalas sedikit sebanyak jasa bonda.



Bonda saya telah kerahmatullah ketika beliau bersama abah dalam perjalanan menunaikan kewajipan haji pada tahun 2008 di tanah suci.



Pada pagi kemergian bonda kerahmatullah iaitu pada hari jumaat 7 November 2008, Saya mendapat panggilan dari abang tetapi dia tidak memberitahu apa2 tentang berita sedih tersebut, malahan hanya bertanyakan khabar. Akhirnya rahsia tentang pemergian bonda di tanah suci Madinah Munawwarah saya dapat ketahui dari kakak ipar (kak sofia) Itupun kerana dia (kakak ipar) tersalah bagi tahu, jikalau di ikutkan ahli keluarga, mereka tidak mahu memberitahu saya kerana pada keesokan hari, 8 November saya akan menghadapi peperiksaan MUET.



Di rumah sewa saya hanya mendiamkan diri sambil menyembunyikan titisan2 air mata yang tidak mampu ditampung oleh kelopak mata. Pada hari itu, saya kerap mendengar lagu nasyid dari kumpulan inteam yang bertajuk "halimatus Saadiah" bagi memujuk hati yang sedang sedih ini kerana bagi saya lagu itu menceritakan tentang kisah Nabi Muhammad saw yang sedang menjadi anak yatim ketika masih kecil.



Rahsia tentang pemergian bonda dapat dikesan oleh pak Cik Muhammad yang merupakan guru di Sekolah Menengah Bachok dan juga tuan rumah sewa yang saya menginap sepanjang pengajian. Pada petang hari tersebut yangmana ketika itu tuan rumah yang suka dipanggil dengan panggilan Pokcik menanyakan tentang pengkhabaran abah dan bonda di tanah suci, tersentak dengan soalan itu, saya menjawab dengan nada yang perlahan "mak meninggal pagi tadi di Madinah" sambil menitis air mata.



Setelah itu, rahsia pemergian bonda tersebar luas dan diketahui oleh sahabat2 rumah termasuk saudara allahyarham Mohd Atiq bin Alwi yang merupakan bekas ahli bilik saya di rumah sewa. Seingat saya, pada malam hari tersebut kami mengadakan solat ghaib yang diimamkan oleh saudara Ismail bin Hassan yang gemar di panggil dengan gelaran manja sebagai abe weay, selepas solat ghaib, sahabat2 cuba untuk menenangkan saya dengan memeluk sambil mengucapkan takziah dan memberi nasihat.



Pada malam itu juga, pakcik Muhammad mengadakan majlis tahlil dan kenduri sebagai sebagai hadiah buat bonda tersayang. Dengan keprihatinan pakcik sekeluarga dan sahabat2 hati saya menjadi sedikit tenang. Semoga Allah sahaja dapat membalas jasa mereka.



Allahyarham bonda menghembuskan nafas terakhir di pangkuan abah dan selamat dikebumikan di tanah perkuburan Baqi' setelah disolatkan oleh ribuan jemaah selepas solat subuh di Masjid Nabawi, Madinah Munawwarah. Semoga Allah membalas amalan mereka.



Di kesempatan ini juga, saya ingin mendoakan kepada bonda tercinta agar ditempatkan bersama para anbiya' dan auliya' di sana.


Juga jutaan juta terima kasih saya ingin ucapkan kepada Syeikhuna Tuanguru Haji Saleh Musa kerana sudi mengimamkan tahlil dan doa selama beberapa minggu buat bonda tercinta bersama jamaah pengajian beliau.



Nasihat saya buat pembaca blog saya yang dirahmati tuhan sekalian agar menaburkan jasa dan bakti kepada ayah dan bonda kalian sekalian selagi waktu masih ada, jika terlambat maka tidak berguna lagi untuk disesali. Bak kata pepatah melayu yang mahsyhur di kalangan kita sendiri "menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudian tidak berguna lagi"


Alfatihah buat bonda saya dan para ahli keluarga kita dan sahabat2 kita yang telah dahulu meninggalkan kita. Alfatihah....


Penuntut ilmu assyarif,
alfaqir mohd azhar hamid almarbawi.

Sindbad, Gharbiah City, Egyp.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Update terbaru Followers saya.

Aku sedang berusaha untuk mengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat belajar syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...in sya Allah.
©2008
خديم طلبة العلم الشريف