PërjälänlänHïdüpkü

TENTANG AKU $ MEREKA
悲しいことしないでください!, 確かに、神は私たちとは
↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓

Isnin, 30 November 2009

Raya pertama.

Pejam celik pejam celik dah lebih 2 bulan aku kat Ardu Kinanah ni, rasa macam dua,tiga minggu lepas ja raya posa, lani dah mai raya haji plak.
emmmmmmmm..... cepat benor qasenye. Dah lebih 18 tahun aku raya kat Malaysia, kali ni aku raya kat mesir la plak. Balik kaherah la sambil-sambil ambik imtihan qobul kat AlAzhar Sadis, Selain dari tu, ramai kawan-kawan dari furu' balik raya kat sini, abah & mama (pegawai negeri) pon ada kat sini. Sekurang-kurangnya boleh la nak lepas rasa rindu kat abah & family kat Malaysia, besa la ni kan raya pertama tanpa family.


Emmmm.... hahaha. Sebelum hari raya, aku & dua,tiga orang kawan kena jadi pakgat lembu-lembu yang MKKK nak korban time raya kedua, besa la takut orang arab culik la katakan, dari zohor sampai isyak gak la kami jaga.


Huh..letih benor, tak sabaq nak tunggu tukaq shif haha. Kat rumah Kedah plak pada malam tu ada program "Gema Takbir". Ingat nak masuk program tu sampai habih, tapi ngantuk la plak, tengok ustaz bagi ucapan pon dok nampak bantai dengan lihaf ja huhu. Naik tidoq ja la nampak gaya dia. emmmmmmm.... tidoq pon tak berapa nak lena sebab dok taringat suasana raya kat Malaysia, lapaq lemang la plak hehehe. Tidoq sat ja la sebab dok ingat nak tepon Malaysia plak tengah malam satgi.

Lebih kurang pukoi 1.30 pagi aku call Malaysia, tapi tak dak seoqang pon yang angkat, mungkin depa tengah sibuk-sibuk nak semayang qaya kot rasanya. emmm.. tak pa la lepas semayang raya satgi plak aku call.

Dok qalik-qalik main laptop kat bilik Dr.Nasir aku terdengar bunyi Allahuakbar (2x) azan subuh dah ka, cepatnya. emmmmmm siap-siap pi semayang subuh la, aku selalu gak la pi semayang subuh kat masjid bulat, dekat ja dengan rumah Kedah 3 ni, tak sampai dua minit kot jalan kaki. Lepas tok imam bagi salam ja terus ja tok imam takbir raya, tapi kalau dengaq tu pelik sikit la sebab takbir arab ni tak dak lagu hahaha.

Lepas semayang tequih ja balik, nak iron-iron baju sikit. Rasanya hari ni semayang raya kat masjid Musa kot, sebab kat situ ada buat khutbah melayu lepas orang arab semayang. Ramai gak la mahasiswa & mahasiswi Malaysia yang pi semayang situ. Lepas semayang tequih pi rumah Kelantan, ada nyoqok, PMRAMM punya kot qasanya sponser dia.
Lepas ambik makanan & raya-raya pa teruih pi rumah kedah Asyir Sabeik dengan Ustaz Subki, dia kata Ustaz-Ustaz kat situ ada buat rumah terbuka sikit.



Emmm.....Sementara nak sampai kat tingkat atas tu, ziarah-ziarah la sat kat rumah Ustaz Nazrul, banyak gak la yang diceqitakan, antaranya cerita pasai arab Bar-bar, pelik gak bunyi dia, ustaz Subki yang dok lama kat sini pun tak pernah dengaq pasai ni hahaha. Macam dah lewat ni, jom kita naik tingkat atas plak. Selang dua tiga tingkat sampai gak kat rumah terbuka tu, depa layan kami sungguh-sungguh la, tak tau nak habaq. sampai penuh perut la katakan. Dok qalik sembang dengan Ustaz-ustaz dah bunyi azan la plak, kena semayang jumaat la, kena makan cepat-cepat ni, nampak gayanyamasjid kedai roti la jawabnya hehe. Lepas mayang jumaat, ingat nak relex ja, depa ajak pi Haiyu Asyir plak, katanya ada rumah terbuka Kedutaan Malaysia dengan pejajaq Medic kat situ, boleh tahan la meriah dia. huhu

Letih gak la raya kat sini walaupun tak semeriah kat Malaysia... Raya pon puas dah, nak kena siap-siap balik Tonto la plak, kuliah pon dah nak start ni. Akhir kalam , emmmm...Selamat hari raya Eidil Adha, Maaf Zahir Batin
:-)










































Update terbaru Followers saya.

Aku sedang berusaha untuk mengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat belajar syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...in sya Allah.
©2008
خديم طلبة العلم الشريف