PërjälänlänHïdüpkü

TENTANG AKU $ MEREKA
悲しいことしないでください!, 確かに、神は私たちとは
↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓

Rabu, 14 Julai 2010

Perjalanan Hidupku/ Daurah bersama syeikh Ibrahim Alkittani

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم

Alhamdulilah, wassolatuwassalam a'la sayyidina mustofa habibina Muhammad s.aw. wa a'la alihi wasohbihi ajma'in wa man tabi'ahum biihsani ila yaumiddin

Amma ba'd

Malam semalam sempat juga aku mengikuti kelas daurah bersama syeikhuna syeikh Ibrahim Alkittani selepas pulang dari menghantar saudara Hanif Kadir dan sahabat serumahnya saudara Syukri di lapangan terbang lama Cairo.

Syeikh Ibrahim merupakan seorang yang sangat disegani oleh masyarak arab dan mahasiswa di sini kerana dengan kewarakannya  dalam ilmu dan ibadahnya. Beliau juga merupakan ahli bait Rasulullah s.a.w yang berada di bumi Iskandariah atau dikenali juga dengan Alexandria.

Syeikh Ibrahim Alkittani juga merupakan salah seorang ahli hadis yang diiktiraf dunia, di Mesir beliau seorang  sahaja yang diiktiraf dunia. Dengan kezuhudan dan kewarkannya ramai para syeikhul AlAzhar Assyarif menjadi anak murid beliau.

Semasa daurah di Rumah Kedah Hayyu Sabe'ik beliau membaca 100 hadis buat pendahuluan kitab Mukhtasor Hadis yang disusun oleh imam Albukhari.

Semoga segala perkataan yang disebut oleh beliau, dapat aku fahami dan ingat sehingga akhir hayat In Sya Allah. disamping itu juga, agar aku dapat mengikuti daurah beliau buat kali akan datang.


        
Syeikhuna Syeikh Ibrahim Alkittani

Perjalanan Hidupku/ Jalan2 Damietta

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم

Alhamdulillah. dialah awal, dialah akhir, yang memberikan kita nikmat kesihatan dan rezeki yang melimpah ruah tanpa kita sedari. Selawat dan salam keatas junjungan besar, nabi Muhammad saw, dan juga buat ahli keluarganya, dan juga para sahabatnya dan juga buat pengikut-pengikut mereka sehingga hari qiamat.

Emmm... dikesempatan daurah yang dijalankan oleh Majlis Kebajikan Keluarga Kedah di Asrama Kedah 3 sempat juga saya untuk ke kota Damietta (Dumyat) beberapa hari untuk menghilangkan rasa tention la katakan dimusim panas ni. Perjalanan untuk ke kota ini, mengambil masa lebih kurang 3 jam 30 minit dengan menaiki tramko (van) manakala dengan menaiki kereta api ia mengambil masa lebih kurang 6 jam.

Ini kali ketiga saya menjejaki di kota ini kali pertamanya pada akhir semestar satu, kali keduanya, ketika saya mengikuti program ILTIQA bersama MKKK. Seberadanya saya di sana, saya tansit di rumah saudara Syamir Syaari (penuntut kuliah usuluddin Alazhar) dan saudara Solahuddin Majid. ( penuntut kuliah syariah walqonun Alazhar). Alhamdulillah saya mendapat layanan yang baik  dari mereka sepanjang berada  disana. Semasa berada disana, saya sempat berjalan-jalan disekitar kawasan kota ini. Antaranya Laut Roksu bar (temmpat pertembungan air sungai nil dengan laut, ladang kurma, dan juga dapat memacing yang juga salah satu hobi saya ketika sekolah rendah dahulu, hampir 20 ekor ikan saya dapat naikkan.

Sepanjang kembara ini, saya juga dapat mengenal suasana di kota ini dengan karenah arab yang amat berbeza berbanding dikawasan saya. Antaranya mereka disini kebanyakannya bercakap dengan menggunakan bahasa fushah tetapi mereka tidak peramah sepertimana penduduk di kawasan saya. Selain itu saya juga saya dapat menenangkan  fikiran kerana kawasan disini tidak banyak kenderaan.

Saya berharap seberadaan saya di bumi Mesir ini, Allah dapat lagi memberikan kelapangan untuk mengunjungi kota Damietta buat kali yang seterusnya. amin.

(Maaf kerana saya tidak dapat mengupload imej kerana internet di kediaman rumah Kedah bermasalah)
ampuni kami

Update terbaru Followers saya.

Aku sedang berusaha untuk mengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat belajar syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...in sya Allah.
©2008
خديم طلبة العلم الشريف