PërjälänlänHïdüpkü

TENTANG AKU $ MEREKA
悲しいことしないでください!, 確かに、神は私たちとは
↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓

Ahad, 25 Julai 2010

Perjalanan Hidupku/ Majlis Pertangguhan Daurah Soifiyyah

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم

 ألحمدلله رب العالمين. والصلاة على سيذنا حبيبينا سيدنا مولانا نبينا محمد  وعلى أله وصحبه أجمعين ومن تبعهم الى يوم الدين

أم  بعد,
Alhamdulillah, sempat juga saya mengikuti majlis pertangguhan daurah soifiyyah yang dianjurkan oleh Unit Dakwah Majlis Kebajikan Keluarga Kedah Mesir (MKKK). Majlis bermula pada jam 18.00 di Dewan yang diberi nama oleh Alfadhil Syeikh Nuruddin Marbu Almakky Albanjari dengan nama Dewan Tasamuh Wal Iqa'  di Kedah Student Hostel 3, majlis tersebut berakhir sehingga masuk waktu maqrib pada lebih kurang jam 20.00.

Pihak MKKK terpaksa menangguhkan pengajian daurah soifiyyah kerana mempunyai sedikit masalah dalaman, disamping menghormati Majlis Daurah bersama Syeikhuna Syeikh Nuruddin Marbu Albanjari Almakky yang akan diadakan pada awat Ramadhan setiap tahun.

Balik kepada Majlis Daurah Soifiyyah,




Majlis tersebut dimulakan dengan alunan burdah oleh Saudara Khairul Abdan, kemudian diteruskan dengan alunan ayat suci alqura. Selepas alunan alquran dialunkan, pihak majlis menyerahkan microfon kepada syaikhuna Syeikh Jamal Farouk sebagai pengerusi kedua dalam majlis ini.

Antara masyaikh Azhar Assyarif yang turut serta pada pada majlis ini, Syeikhuna Syeikh Toha Hibishi, Syeikhuna Syeikh Mustofa, Syeikhuna Syeikh Fathi, Syeikhuna Syeikh Ahmad Mamduh, Syeikhuna Syeikh Abdullah Robi', Syeikhuna Syeikh Usamah dan turut juga serta Syeikhuna dari Darul Ifta' Fadhilatul Syeikh amru Wirdani. Beberapa minit majlis dimulakan maka sampailah ketibaan yang ditunggu-tunggu oleh para mahasiswa/mahasiswi dan para masyaikh iaitu dengan ketibaan Syeikhuna Syeikh Ibrohim Alkittani dari kota Iskandariah.

Majlis berjalani dengan lancar, setiap masyaikh diberi peluang untuk berucap sepatah dua kepada hadirin sebagai kata-kata nasihat disamping berdoa. Lebih kurang jam 18.16 Syeikhuna Dr.Jamal Farouk memberi laluan kepada Fadhilatu Syeikhuna Syeikh Ibrohim Alkittani sebagai kata-kata penutup majlis pada petang itu. Selapas ucapan dari Syeikh, pengerusi pertama majlis menjemput Syeikh Yusoff Hj Ahmad yang diiringi oleh saudara Zahran sebagai  pemangku YDP MKKK untuk memberikan sedikit cenderahati kepada masyaikh yang hadir,  majlis diteruskan lagi dengan selawat keatas nabi yang dialunkan oleh saudara arab mesir sendiri.

Jam dinding pada waktu itu menunjukkan jam 19.55 menunjukkan sudah hampir masuk waktu magrib, lalu microfon diberikan kepada saudara Khairul Abdan bagi melaungkan azan magrib. Selepas solat magrib yang diimamkan oleh Syeikh Ibrahim Alkittani, saya dan sahabat-sahabat mengambil peluang keemasan untuk besalam salaman dengan para masyaikh yang hadir.  Majlis penangguhan daurah soifiyyah diakhiri dengan jamuan disutuh Kedah Student Hostel.

Saya berdoa dan berharap agar majlis daurah  soifiyyah dapat dimulakan semula dengan segera suatu hari nanti.

TENTATIF PROGRAM DARI UNIT PENGAJIAN MKKK


MAJLIS PENANGGUHAN PENGAJIAN INTENSIF MUSIM PANAS BERSAMA MASYAIKH AL-AZHAR
( الدورة العلمية الصيفية المكثفة مع مشايخ الأزهر الشريف )

TARIKH  :  24 JULAI 2010
HARI      :  SABTU
MASA     : 6.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN AT-TASAMUH WAL-IKHA’ , ASRAMA DARUL  AMAN 3, HAYYU SABIEK,MADINAH NASR, KAHERAH.

PENGISIAN MAJLIS:
1. SAMBUNGAN PEMBACAAN HADIS MUKHTASAR IBN ABI JAMRAH OLEH FADHILAH SYEIKH MUHAMMAD IBRAHIM ABD BA’ITH  AL-KITTANI AL-HUSAINI.

2. UCAPAN TENAGA PENGAJAR DAURAH SAIFIYYAH
I. FADHILAH SYEIKH JAMAL FAROUQ  AD-DAQAQ  AL-HASANI
II. FADHILAH SYEIKH FATHI ABD RAHMAN AHMAD HIJAZI
III. FADHILAH SYEIKH TOHA HIBISYI
IV. FADHILAH DR. ABDULLAH RABI’
V. FADHILAH DR. AHMAD MAMDUH

3.  UCAPAN TETAMU JEMPUTAN
I.   FADHILAH SYEIKH AMRU WIRRDANI ( Darul Ifta’ Misriyyah )
II.  FADHILAH USAMAH MAHMUD SAYYID AL-AZHARI
III. WAKIL KULIAH USULUDDIN UNIV. AL-AZHAR, KAHERAH

ANJURAN : PEJABAT PEGAWAI HAL EHWAL PELAJAR KEDAH TIMUR TENGAH MAJLIS KEBAJIKAN KELUARGA KEDAH (MKKK)  DI BAWAH BIMBINGAN  MASYAIKH AL-AZHAR ASY-SYARIF.
ampuni kami

Update terbaru Followers saya.

Aku sedang berusaha untuk mengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat belajar syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...in sya Allah.
©2008
خديم طلبة العلم الشريف