PërjälänlänHïdüpkü

TENTANG AKU $ MEREKA
悲しいことしないでください!, 確かに、神は私たちとは
↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓

Isnin, 6 Disember 2010

Peristiwa bulan Muharam dan asyura'

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.





Alhamdulillah, selawat dan salam keatas baginda nabi Muhammad saw, serta kerabatnya dan sahabat2nya dan pengikut mereka sehingga yaumiddin.
Amma ba'du:



Peristiwa dibulan Muharram.


1. Perang Khaibar-

Menurut sejarah, peperangan ini berlaku dalam tahun ketujuh Hijrah di perkampungan Yahudi Madinah yang bernama Khaibar.

2. Di dalam hadis sohih juga ada mengadatan pada bulan ini juga berlakunya kematian firaun laknatullah. Iaitu pada 10 Muharram.


3. Pada bulan ini juga dikhususkan bagi umat islam berpuasa iaitu puasa asyura pada 10 Muharram. Sepertimana yang saya ketahui daripada guru saya "barangsiapa yang berpuasa pada hari tersebut akan terhapus dosa2nya setahun yang lalu" wallah a'lam.


4. Suka untuk saya mendatang satu mafhum hadis daripada kitab yang dikarang oleh syeikh Ibnu Hafis b. Umar b. Ahmad b. Syahin dan ditahqiq oleh syeikhuna Syeikh Ibrahim alHifnawi (ketua bhg. usul fiqh jamiah alAzhar Tonto). "annasikhu walmansukhu minal hadis" cetakan darul wafa' pada m/s 327:
daripada saiyidatina aisyah r.A bkata: Sesungguhnya Rasulululah saw berpuasa pada hari asyura' dan adalah ahli jahiliah berpuasa pada hari asyualb3wmra'. Adapun difardhukan Ramadhan, ditinggalkan hari asyura' (fardhu). Sesiapa yang hendak puasa pada hari asyura' maka puasalah. Sesiapa yang hendak tinggakan maka tidak mengapa tinggalkan"

Mafhum hadis di dalam riwayat lain juga mengatakan:
"sesungguhnya asyura' hari daripada hari2 Allah swt, Sesiapa yang hendak puasa pada hari asyura' maka puasalah. Sesiapa yang hendak tinggakan maka tidak mengapa ditinggalkan"

dan juga mafhum daripada Jabir bin Samurah: Adalah Rasulullah saw. menyuruh kami dgn berpuasa pada hari asyura'..... adapun setelah difardhukan ramadhan maka rasulullah saw tidak lagi menyuruh kami berpuasa.....

Dan lagi yang dikeluarkan dari imam muslim di dalam kitabnya, daripada ibnu Fadhalah, telah berkata Hasan: Puasa hari asyura' difardhukan".

*makna ini di sisi aku (penulis, Abi Hafis Umar b. Ahmad b. Syahin) wallah a'lam daripada kata2 alHasan, adalah berpuasa pada hari asyura' difardhukan.

*daripada nota kaki nombor 3 yang terdapat di m/s 327 mengatakan sesungguhnya puasa pada hari asyura adalah wajib kemudian dinasakhkan dengan datangnya fardhu keatas puasa Ramadhan (iaitu pada tahun kedua hijrah pent.)

Wallah a'lam.


Cyber bey, Gharbiah City. Egyp.
ampuni kami

Update terbaru Followers saya.

Aku sedang berusaha untuk mengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat belajar syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...in sya Allah.
©2008
خديم طلبة العلم الشريف