PërjälänlänHïdüpkü

TENTANG AKU $ MEREKA
悲しいことしないでください!, 確かに、神は私たちとは
↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓

Khamis, 27 Oktober 2011

Terbaik !!!

Bismillah...

 


بلغ عني ولو أية.......أو كما قال

>> Ganbaq ni, aku tangkap kat atas bas masa nak pi Gamaah.
>> Ada tak bas2 kat Malaysia macam ni?
>>Nak berdakwah @pun bg peringatan tak semestinya kat masjid sahaja.
>>Dengan Iklan macam ni pun OK.

>>Cewi..Baru lepas setup Laptop pulak ni, buat kali kedua..masalah2.
>>Akibat bubuh password yang pelek2. Bajet sempoi la kononnya =))

pEaCe :-)

Sindybad, CyberBey,Western City, Egypt

Isnin, 24 Oktober 2011

Jangan lupa

 Amma ba'du,




# Dengan mengingati Allah (berzikir), Hati akan menjadi tenang. # 

>>Selamat menerai !!!


>>Tulis pun dok tengah ngantuk dah ni, tidoq dulu, selamat malam.



pEaCe :-))


Cindybad,CyberBEy, Western City, Egypt.

Sabtu, 15 Oktober 2011

Madad Ya Habib

Assalamualaikum wbt.

Segala puji bg Allah.. selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad saw serta keluarga dan sahabat beliau.

amma ba'd.

Semalam 13 oktober 2011 merupakan tarikh kelahiran seorang ulama besar didaerah Tonto pada ketika dahulu dan juga dikenali dipelusuk bumi barakah ini, beliau yang dimaksudkan adalah Syeikh Ahmad Albadawi Alhusaini r.a.

Majlis kelahiran beliau semalam agak meriah dengan kehadiran beribu2 orang dari pelusuk daerah dan disertai dengan tazkirah oleh para Masyaikh Alazhar asSyarif dan disertai dengan majlis Tariqat yang pelbagai2.

Alhamdulillah, diberikan kesempatan untuk berada di majlis tersebut bersama para masyaikh.

Semoga mendapat barakah dengan majlis yang mulia ini. Madad Ya Rasulullah.


''Tidaklah wali2 Allah itu mati di sisi Tuhan''


Maqam Syeikh Ahmad Badawi Alhusaini
Kalau masuk tak boleh patah balik,ramai sgt.

Beberapa jenis Tariqat


Tariqat sahbatulAlmadiyyah (tariqat Syeikh ahmad Badawi)
Dari luar masjid

Madad maksudnya mohon pertolongan, mcm mntak syafaat juga la.

anjung tempat  masyaikh berucap

Saudara Hanif Harun, turut serta

ammu :-))
 M A D A D-Y A-S Y E I K H

pEaCe :-))

Sindybad, Cyber Bey, Western City

Khamis, 13 Oktober 2011

Anak Saudara Aku Genap Setahun Hari Ini

Bismillah....

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, nampaknya bulan ni agak aktif menconteng didalam blog aku yang tidak seberapa ini.

Hari ini tanggal 12 oktober 2011 merupakan ulang tahun hari kelahiran anak menakan aku yang sulung lagi sulung....


Namanya Nur Amrina Rasyada binti Mohd Fakhrorrozi.


tomey

Dalam tempoh setahun ini, baru sekali aku dukung dia, itu pun masa balik ops Piramid baru ni. Tak dan puas main dengan beliau.

Aku pun diingatkan bithday dia melalui kak ipar aku ja semalam.

Aku doakan semoga Allah merahmatinya, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan menjadi anak yang solehah kepada abang Cik dan kak Pia.

''Allah marah kepada hambanya yang tidak mahu meminta (doa)''

pEaCe :-)

mohd azhar almarbawi
Sindybad, Cyber Bey, Western City

Selasa, 11 Oktober 2011

Renungan Bersama

Dengan Nama Allah Yang Pengampun Lagi Maha Pengasihani.



Aku Just Copy Dari Facebook Kawan, Buat Renungan Bersama . Semoga Bermanfaat.

JANGAN BERSEDIH


Jangan sedih bila orang lain tidak memahami anda..
Tapi sedihlah karena anda tidak mau memahami orang lain.

Jangan sedih bila orang lain tidak mempercayai anda..
Tapi sedihlah karena anda tidak percaya diri sendiri.

Jangan sedih bila orang lain tidak memberi kesempatan kepada anda..
Tapi sedihlah karena anda belum buat persiapan.

Jangan sedih bila orang lain tidak menghargai anda..
Tapi sedihlah karena anda tidak bisa menghargai orang lain.

Jangan sedih bila orang lain menghina anda..
Tapi sedihlah karena anda membuat hina diri sendiri.

Jangan sedih bila orang lain memaki anda..
Tapi sedihlah karena anda bermulut jahat pada orang lain.

Jangan sedih orang selalu mengritik kita..
Tapi sedihlah karena anda tak pernah mau perbaiki diri.

Jangan sedih karena anda selalu jatuh..
Tapi sedihlah karena anda tak mau bangkit kembali.

Jangan sedih karena perjalanan hidup anda pahit getir..
Tapi sedihlah karena anda tak pernah belajar dari pengalaman.

INGATLAH..
Kunci masalah selalu ada dalam diri, bukan di luar.

>>Nabi pernah berkata kepada sahabatnya InnallahaMa'aNa kepada Sayyina Abu Bakar asSiddiq kerana terlalu gelisah semasa pihak kafir mengerumpuni gua tempat nabi bersembunyi. au kama qol.

>>Semoga bermanfaat Untuk semua walaupun copy.

pEaCe :-)

Sindybad, Cyber Bey, Western City.

Isnin, 10 Oktober 2011

Tetamu kehormat

Dengan nama Allah.

Assalamualaikum wbt wmt.
Segala puji , selawat dan salam keatas junjungan besar Sayyidina Muhammad Saw serta pengikutnya sehingga hari qiamat. Madad ya Rasulullah.

Hari ini aku diziarahi oleh tetamu yang agak istimewa, beliau juga pernah menjadi guruku ditanah Barakah ini.

Tetamu yang aku maksudkan adalah saudara Muhammad Firdaus asSalihin serta isteri, aku panggil kaklong ja, mereka datang dari Zaqaziq atau tidak silap ia dikenali juga dengan Wilayah Syarqiyyah iaitu dari sebelah timur Mesir.

Semoga dengan kehadiran mereka memberikan sedikit keberkatan dan merapatkan silaturrahim sesama Insan.

In Sya Allah.

Semoga mereka selamat ke tempat destinasi seterusnya. amin ya robb.

Terima kasih kerana sudi mai rumah.

Maaf kalau ada kurang tang mana2 semasa menjadi tetamu.

Tak dak gambar kenangan  la plak. terlupa nk tangkap.



pEaCe :-)

Sindbad, Cyber Bey, Western City.

Sabtu, 8 Oktober 2011

MYBroadband

Bismillah.

Assalamaualaikum WBT.

Alhamdulillah, selawat dan salam keatas junjungan besar kita nabi Muhammad SAW serta keluarganya sahabatnya dan para pejuang yang mengikuti perjuangan mereka semua.

Apa khabar sahabat2 yang terbuka blog aku ni.
>>nampak sangat tak ada orang nak jenguk blog aku ni hihi.


Alhamdulillah, setelah lama tidak ada internet akibat kerosakan access point di kedai internet akhirnya aku mengambil jalan lain dengan menggunakan broadband .

Setelah semalam aku dibukrahkan, selepas Jumaat tadi pula aku ke Syarikat Vodafone untuk mendapatkan khidmat mereka. Alhamdulillah dimudahkan.

Walaupun guna broadband ini tidak selaju macam guna cable, ok la. bak pepatah orang kaki2 online " slow tak pa jangan tak dak langsung". pun boley. =))

Senang sikit nak call MAMA and PAPA aku. yaka. mama dgn papa ja ka?

Alhamdulillah...semuanya...Muka manyak syenyum :-)

Vodafone...ok kot

Jiwang gak la sikit2

Connect selalu

Sindbad, Cyber Bey, Western City.
ampuni kami

Update terbaru Followers saya.

Aku sedang berusaha untuk mengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat belajar syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...in sya Allah.
©2008
خديم طلبة العلم الشريف