PërjälänlänHïdüpkü

TENTANG AKU $ MEREKA
悲しいことしないでください!, 確かに、神は私たちとは
↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓

Isnin, 15 Ogos 2011

Tafaqquh Fiddin


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.

Alhamdulillah hanya layak bagi robbuljal, tuhan sekelian alam. Selawat dan salam serta puji buat junjungan besar AlImam bagi semua umat nabi Muhammad SAW serta keluarnya dan sahabatnya serta sahabatnya dan pengikut mereka sehingga hari qiamat.

Alhamdulillah di bulan yang mulia ini, diberi peluang Allah, dapat sekali lagi saya mengikuti pengajian Tafaqquh Fiddin bersama AlAllamah Syeikh Nuruddin Marbu Albanjari AlMakki. Majlis tersebut berlangsung  pada 1 ramadhan hingga 13 ramadhan 1432 di Dewan Attasamuh Wal iqa, Asrama Darulaman, District 7, Madinah Nasr. Seramai seribu orang lebih mahasiswa dan mahasiswi merebut peluang menuntut ilmu dengan AlAllamah Syeikh.

Di pengajian kali ini AlAllamah Syeikh sempat mengkhatam kitab kisah riwayat hidup imam Syafie, Mujarrobat Almakki, Dan Ihatoh (bab haid, nifas, Istihadhoh) dan kitab2 yang tidak sempat dikhatamkan, in Sya Allah akan bersambung pada pertemuan yang akan datang iaitu pada bulan Rabiulawwal yang akan datang.

Alhamdulillah banyak ilmu baru yang sempat diambil daripada beliau, semoga mendapat rahmat dan maghfirah di pertengahan ramadhan ini. Amin.

Pada hari ini 14 ramadhan FadhilatusSyeikh  mengadakan majlis penutup  pada jam 12.30 tgh hari dan akan bertolak pulang ke tanah air Indonesia  lebih kurang jam  5 petang . Semoga Alallamah Syeikh dimudahkan segala urusan dan selamat dalam perjalanan pulang untuk bertemu isteri2 dan anak2 kesayangan beliau langsung meneruskan dakwah beliau kepada masyarakat . 


 ''SESUNGGUHNYA DIPERTENGAHAN RAMADHAN ADA KEAMPUNAN''

Semoga kita semua mendapat keampunannya. Amatlah rugi bagi seseorang yang tidak mendapat keampunan di bulan Ramadhan.


Pertemuan daurah 2010 yang lalu


Tingkat 4,Asrama DarulAman, District 7, Nasr City,Cairo.
ampuni kami

Update terbaru Followers saya.

Aku sedang berusaha untuk mengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat belajar syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...in sya Allah.
©2008
خديم طلبة العلم الشريف