PërjälänlänHïdüpkü

TENTANG AKU $ MEREKA
悲しいことしないでください!, 確かに、神は私たちとは
↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓

Isnin, 8 November 2010

SIAPA WAHABI

SIAPA WAHABI?
Di antara fahaman yang dikupas adalah Fahaman Wahhabiyyah iaitu ajaran yang diasaskan oleh Muhammad Bin Abdul Wahhab 1206H yang mendorong pengikutnya mengkafirkan umat Islam dan menghalalkan darah mereka . Saudara kandungnya Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahhab sering memberi peringatan kepada umat Islam di zamannya agar tidak mengikut ajaran baru Muhammad bin Abdul Wahhab kerana ajaran itu menghina ulama’ Islam serta mengkafirkan umat Islam. Bapanya juga iaitu Abdul Wahhab turut memarahi anaknya iaitu Muhammad kerana enggan mempelajari ilmu Islam dan beliau menyatakan kepada para ulama’: ” Kamu semua akan melihat keburukan yang dibawa oleh Muhammad bin Abdul Wahhab ini”-(AS- suhubul Wabilah ‘Ala Dhoroihil Hanabilah cetakan Maktabah Imam Ahmad : ms 275). Menurut Mufti Mazhab Syafi’e Ahmad bin Zaini Dahlan 1304H yang merupakan tokoh ulama’ Mekah pada zaman Sultan Abdul Hamid menyatakan dalam kitabnya Ad-Durarus Saniyyah Fir Roddi ‘Alaf Wahhabiyah halaman 42: ” Wahhabiyah merupakan golongan pertama yang mengkafirkan umat Islam 600 tahun sebelum mereka dan Muhammad bin Abdul Wahhab berkata: Aku membawa kepada kamu semua agama yang baru dan manusia selain pengikutku adalah kafir musyrik.” Wahhabi bukan sahaja mengkafirkan umat Islam dan menghalalkan darah mereka tetapi turut membid’ahkan dan menghukum aqidah ulama’ Islam sebagai terkeluar daripada Ahlus Sunnah Wal Jama’ah.


Fahaman ini menjadi kewajipan kepada ulama’ untuk membongkar dan memperjelaskan memandangkan ramai orang Islam yang terkeliru dengan propaganda aliran ini. Aliran ini bertunjangkan kepada pemikiran Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim Al-Khariji(al-Jauzi) pada kurun ke tujuh hijrah. Aliran ini membawa konsep Bid’ah yang bercanggah dengan Jumhur Ulama’. Aliran ini membawa percanggahan dalam permasalahan aqidah iaitu:


1. Membawa Qaedah tauhid “Tiga T” yang tidak pernah wujud di dalam sejarah Ahlus Sunnah Wa al-Jama‘ah.
2. Membawa fahaman “Tajsim dan Tasybih”.
3. Menolak Sifat Dua Puluh.
4. Menghukum Syirik amalan tawassul, tabarruq, ziarah qubur dan isthtighathah.
5. Mengkafirkan ramai Ulama’-Ulama’ yang diperakui kebenarannya di antaranya Imam Abu Hassan al-Asy‘ari, perumus aliran Ahlus
Sunnah Wa al-Jama‘ah.
6. Mengelirukan faham Takwil , Ta‘til dan Tafwid.
7. Mendakwa dari golongan salaf.
8. Menta‘zimkan Nabi s.a.w membawa kepada syirik.

Terdapat juga percanggahan dalam furu’ iaitu:
1. Menganggap talqin sebagai bid‘ah.
2. Mengganggap amalan tahlil, yasin bagi kenduri arwah sebagai bid‘ah yang haram.
3. Menganggap qunut Subuh sebagai bid‘ah.
4. Tidak ada qada’ bagi solat yang sengaja ditinggalkan.
5. Menggangap lafaz sayyiduna (taswid) dalam solat sebagai bid’ah.
6. Menggerak-gerakkan jari sewaktu tahiyyat awal dan akhir.
7. Menggangap doa beramai-ramai selepas solat sebagai bid’ah sesat.
8. Menyatakan bahawa doa, zikir dan selawat yang tidak ada dalam al-Quran dan Hadis sebagai bid’ah. Menganggap amalan bacaan Yasin pada malam Jumaat sebagai bid’ah yang haram.
9. Mengatakan bahawa sedekah pahala tidak sampai.
10. Menolak sambutan mawlid nabi; bahkan menolak cuti sempena hari Mawlid Nabi; bahkan yang lebih teruk lagi menyamakan sambutan mawlud nabi dengan perayaan Kristian bagi nabi Isa a.s.
11. Menolak amalan barzanji/marhaban/berdiri sewaktu selawat. Sufiyyah dianggap sebagai terkesan dengan ajaran Budha dan Nasrani. Sebahagian ulama’ mereka menyeru agar Maqam Rasulullah s.a.w dikeluarkan dari masjid nabawi atas alasan menjauhkan umat Islam dari syirik.
12. Menganggap amalan menziarahi maqam Rasulullah s.a.w, para anbiya’, awliya’, ulama’ dan solihin sebagai bid‘ah. Sering mengkritik aliran Sufi dan kitab-kitab Sufi yang mu‘tabar.


Nama2 tokoh wahabi.
SYEIKH MUFTI WAHHABI BINBAZ
NAMA : Abdul Aziz Bin Baz.
TAHUN LAHIR: 1912M.
TEMPAT LAHIR: Najd ( Riyadh ).
AKHIR HAYAT: 1999M.
KESILAPAN DALAM AQIDAH:- Kafirkan Umat Islam.
- Mengkafirkan Seluruh Umat Islam Di Mesir dan Bumi Syam.
- Tolak Akidah Betul ‘ Allah Bukan Jisim ’.
- Berakidah Allah Berpenjuru, Berarah dan Bertempat.
- Mengkafirkan Umat Islam Al-Asya’irah.
- Menghina Nabi Muhammad.
- Menghina Nabi Muhammad Sebagai AUTHAN Iaitu Patung Berhala.
- Mengharuskan Pakai Lambang Salib Kristian.
- Mengkafikran Seluruh Umat Islam Yang Tinggal Di Hijaz Dan Yaman.
- Berakidah Allah Duduk Atas Kerusi.
- Berakidah Zat Allah Di Atas Arasy Pulak.
- Berakidah Allah Mempunya Dua Belah Kaki Seperti Makhluk.
- Berakidah Allah Bercakap Macam Manusia Dengan Huruf Dan Suara.
- Banyak lagi…


PENYELEWENGAN DALAM FEQAH:- Menganggap Amalan Sunat Sebagai Bid’ah.
- Haramkan Sebutan “ Sodaqallahu ‘Azhim ” Dan Menghukumnya Sebagai Sesat.
- Mengharamkan Pengunaan Tasbih Secara Mutlak.
- Mengharamkan Perkataan Wahhidullah.
- Mengharamkan Tawassul Secara Mutlak.
- Samakan Sambutan Maulid Nabi Dengan Yahudi & Kristian.
- Mengharamkan Potong Janggut Walaupun Untuk Kekemasan Diri.
- Mengharamkan Selawat Keatas Nabi.
- Tolak Hadith Nabi (Fadhilat Ziarah).
- Haramkan Wanita Bawa Kereta Secara Mutlak.
- Banyak lagi…


SYEIKH AL-WAHHABI AL-MUHANDITH SA’AH AL- ALBANI.
NAMA: Muhammad Nasiruddin Bin Nuh Al-Albani.
TEMPAT LAHIR: Asyqodar Albania.
TAHUN LAHIR: 1912M.
LATAR BELAKANG: Dikatakan dia dihalau dari Kota Albania lantas merantau ke bumi Syam di Dimasyk. Setibanya di Dimasyq, Albani berkerja membaiki jam sambil meninggalkan pengajian agama. Kekadang sahaja mencuba-cuba beri fatwa dan hokum pada Hadith Nabi, kemudian berlakulah pelbagai kecelaruan pada menghukum Hadith Nabi sehingga pada suatu hari Albani mengsahihkan satu Hadith Nabi keesokkannya pula hadith yang sama dihukum sebagai palsu pula. Kepeningan ini hanya terbit dari Al-Muhandith Sa’ah ini sahaja. Kerana itulah kita dapati Wahhabi sendiri menyatakan bahawa ayah kepada Al-Bani ini murka dan marah pada anaknya itu ( Al-Bani Wahhabi) kerana mengatakan sesuatu dalam agama tentang apa yang dijahili.
Sepertimana yang dinyatakan oleh orang-orang Wahhabi sendiri bahawa AlBani ini dipenjara sebanyak dua kali di Dimasq Syria dek memberi hokum yang menyimpang dari Islam sebenar.
Tetapi Albani tetap bertegas dengan akidahnya yang menjisimkan Allah lantas dihalau dari Negara Syiria. Kemudian Albani bertekad untuk menyebarkan agama barunya Al-Wahhabiya ke tanah Jordan.Setibanya di Jordan dia terkenal juga dengan gelaran Mutamahdith dikalangann umat Islam yang membawa erti “Seorang Yang Jahil Ilmu Hadith Tapi Nak Bagi Hukum Pada Hadith”.
Ramai ulama Islam yang menolak fahaman baru Albani ini. Begitu juga Wahhabi pun mengkafirkan Albani. Agak pelik Wahhabi ini kafirkan sesame sendiri.
TARIKH DICABUT NYAWA: 1 Oktober 1999M di Jordan. Dikatakan Kuburnya Dipenuhi Dengan Ular.


PENYELEWENGAN DALAM AQIDAH:- Berakidah Zat Allah Meliputi Alam Seperti Kulit Telur Meliputi Isi Telur.
- Mengkafirkan Umat Islam.
- Menghukum Kafir Terhadap Kesemua Umat Islam Di Palestin.
- Menyokong Yahudi Merampas Tanah Palestian.
- Memperlekehkan Sahabat Nabi.
- Banyak lagi…


PENYELEWENGAN DALAM FEQAH:- Mengharamkan Ambil Wuduk (Lebih Dari Gengaman Tangan)
- Mewajibkan Umat Islam Di Palestian Keluar Dari Palestian.
- Memperlekehkan Isteri Nabi Muhammad.
- Menyamakan Mazhab Hanafi Dengan Kristian Bible.
- Mensahihkan Hadith Yang Dirinya sendiri Telah Menghukum Palsu Sebelumnya.
- Banyak lagi…


FATWAH WAHABI
BUKTI WAHHABI MENGKAFIRKAN AMALAN TAHLIL DAN ZIKIR MANAKALA IBNU TAIMIAH MENGALAKKAN PULA.
KITAB IBNU TAIMIAH BERJUDUL MAJMUK FATAWA JILID 24 PADA MUKASURAT 324. IBNU TAIMIAH DITANYA MENGENAI SESEORANG YANG BERTAHLIL, BERTASBIH,BERTAHMID,BERTAKBIR DAN MENYAMPAIKAN PAHALA TERSEBUT KEPADA SIMAYAT MUSLIM LANTAS IBNU TAIMIAH MENJAWAB AMALAN TERSEBUT SAMPAI KEPADA SI MAYAT DAN JUGA TASBIH,TAKBIR DAN LAIN-LAIN ZIKIR SEKIRANYA DISAMPAIKAN PAHALANYA KEPADA SI MAYAT MAKA IANYA SAMPAI DAN BAGUS SERTA BAIK.
Manakala Wahhabi menolak dan menkafirkan amalan ini.
KITAB IBNU TAMIAH BERJUDUL MAJMUK FATAWA JUZUK 24 PADA MUKASURAT 324.IBNU TAIMIAH DI TANYA MENGENAI SEORANG YANG BERTAHLIL 70000 KALI DAN MENGHADIAHKAN KEPADA SI MAYAT MUSLIM LANTAS IBNU TAIMIAH MENGATAKAN AMALAN ITU ADALAH AMAT MEMBERI MANAFAAT DAN AMAT BAIK SERTA MULIA.

wallah a'alam

Dipetik dari  saudara Lann (wordpress.com)




Cyber Bey, Gharbiah city, Cairo.
ampuni kami

Update terbaru Followers saya.

Aku sedang berusaha untuk mengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat belajar syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...in sya Allah.
©2008
خديم طلبة العلم الشريف