PërjälänlänHïdüpkü

TENTANG AKU $ MEREKA
悲しいことしないでください!, 確かに、神は私たちとは
↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓

Ahad, 4 Disember 2011

Puasa Sunat Tasu'a dan 'Asyura

8 Muharram 1433 | 3 Disember 2011, Sabtu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Segala puji untuknya, Selawat dan sejahtera buat Rasululllah saw. serta keluarganya dan para sahabatnya.

Amma ba'd

Puasa Tasu'a dan Asyura.

Tasu'a (تاسوعاء)  :  ialah hari kesembilan dari Muharram. Dan
'Asyura (عاشراء) : ialah hari kesepuluh dari Muharram.

Puasa pada hari2 ini adalah sunat.

Dalil sunat berpuasa.

Mafhumnya: Daripada Ibnu Abbas r.anhuma, Sesungguhnya Rasulullah saw berpuasa pada hari 'asyura dan beliau menyuruh berpuasa.
Riwayat Bukhari (1900) dan Imam Muslim (1130)

dan lagi dalil.

Mafhumnya: Daripada Abi Qatadah radiallahuanhu, Sesungguhnya Ditanya kepada Rasulullah saw tentang puasa hari 'Asyura. Maka bersabda Rasulullah saw diampunkan dosa2 setahun yang lalu.
Riwayat Muslim (1162)

dan lagi dalil.

Mafhumnya: Daripada Ibnu Abbas radiallahuanhuma, telah berkata Rasulullah saw. Kalaulah bagiku berbaki lagi (umur), aku akan perpuasa pada hari tasu'a.
Riwayat Muslim (1134) akan tetapi Rasulullah saw telah wafat sebelumnya.

Hikmah berpuasa pada hari tasua' bersama hari 'asyura'.
-Untuk berjaga2 dari tersalah pada kiraan awal bulan.
-Untuk berselisih dengan orang yahudi kerana orang yahudi berpuasa pada hari 'asyura'.

Bagi sesiapa yang tidak berpuasa pada hari kesembilan maka disunatkan juga baginya untuk berpuasa pada hari kesebelas Muharram.

Wallahua'lam.

Rujukan bukuFikh manhaji, mazhab Syafie. Karangan Doktor Mustafa Khin dan Doktor Mustafa Bugha. Mukasurat 356 dibawah tajuk puasa2 sunat, Jilid 1, cetakan darul Qalam Damsyik.







Bahagian II 


(tiada kaitan dengan tajuk diatas, hanya menceritakan bahawa sebelum ini puasa 'asyura  adalah fardhu sebelum difardhukan puasa Ramadhan)

Tambahan daripada buku الناسخ والمنسوخ من الحديث karangan Syeikh Abi Hafis Umar bin Ahmad bin Syahin (385 h) dan penelitian semula oleh Syeikhna Ustaz Doktor Syeikh Muhammad Ibrahim AlHifnawi. pada mukasurat 328 cetakan DarulWafaء..

Puasa 'asyura adalah Wajib kemudian dibatalkan dengan fardhunya puasa Ramadhan.

Kesimpulan.
Pada hari 'asyura  adalah hari orang Quraish berpuasa pada zaman Jahiliah, Dan Rasulullah saw juga berpuasa pada ketika itu. semasa sampai di madinah beliau juga berpuasa.dan menyuruh umat islam berpuasa sehinggalah difardhukan puasa ramadhan (tahun kedua hijrah). dan meninggalkan puasa a'syura sebagai fardhu kerana difardhukan puasa ramadhan.

Mafhum Hadis: Rasulullah saw berkata. sesungguhnya 'asyura merupakan hari daripada hari2 Allah azza wajalla. barangsiapa hendak berpuasa maka berpuasalah. barangsiapa tidak mahu berpuasa maka tinggalkannya. wallahu'alam.

>> Sapa2 yang belom posa ganti lagi yang ramadhan br ni...boleh la join sekali...pahala sunat pon dapat pahala wajib lagilah dapat. insyaallah.... Jooooooooom titik dan senyum
>>Rajin menaip malam ni  =))

pEaCe :-)

CyberBey,WesternCity.
ampuni kami

Update terbaru Followers saya.

Aku sedang berusaha untuk mengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat belajar syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...in sya Allah.
©2008
خديم طلبة العلم الشريف