PërjälänlänHïdüpkü

TENTANG AKU $ MEREKA
悲しいことしないでください!, 確かに、神は私たちとは
↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓

Khamis, 11 Februari 2010

Takziah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, baru saja balik dari Kaherah kelmarin sebab nak hantar kitab2 yang baru beli dekat Ma'rad Kitab sedunia baru2 ni, antara kitab2 yang sempat aku beli emmm...Fiqh Empat Mazhab, Tafsir Jailani yang baru sahaja keluar setelah Syeikh Fadzil Jailani (keturunan Syeikh Abd Qodir Jailani) mengarangnya semula selama hampir 25 tahun kerana mengumpul maklumat berkaitan tafsir tersebut ke seluruh pelusuk dunia, tafsir Jailani juga merupakan satu hadiah yang besar Syaikh kepada Mufti Mesir Sekarang a'ni SyeikhulKabir Sheikh A'li Jum'ah , kitab Syarah Hadis Empat Puluh Imam Nawawi, kitab Azkar, dan Fiqh Sunnah.

Hari ini balik pulak aku kat Kaherah ni selepas merancang untuk balik semula ke Kaherah berseorangan selepas solat asar di Masjid Arridwan kerana hendak mengambil kad ATM dekat pegawai Kedah Mesir yang baru sahaja sampai disini semalam, dismaping itu aku bercadang untuk membeli kitab2 talaqqi yang masih belum ada sebelum Syeikh Nouruddin Almakki Albanjari sampai di Ardulkinanah ini. Lebih kurang 1 jam setengah aku sampai Ramsis dan mencari tramco untuk ke Hayyu Sabeik. Tibanya aku di Hayyu Sabiek kedengaran bunyi azan, lalu aku bercadang untuk solat di Rumah kedah sahaja kerana bersama aku beg besar. Tibanya aku di hadapan lobi rumah kedah tiga, azan di surau Attasamuh wal liqa' berakhir, lalu aku terus naik lif untuk ke tingkat 3, aku tengok ruang tamu bilik pada malam ini tidak seperti hari2 lain, aku berkata di dalam hati: oh depa basuh bilik, maklumlah Syeikh Nurouddin akan sampai kat sini tidak berapa hari lagi. Lalu aku terus ke bilik yang kebiasaannya aku menginap, aku rasa pelik, kenapa ada barang2 berjemuran di hadapan bilik ini, lalu aku ternampak satu kotak sabun padanya mempunyai bekas terbakar, aku mengesyaki sesuatu kejadian buruk telah berlaku. Aku terus ke bilik yang paling hadapan, ternyata bilik ini baru lepas terbakar, rupanya salah janggalan aku sebentar tadi. Lalu aku bertanya kepada rakan yang berada berhampiran, dia memberitahu kejadian itu berlaku lebih kurang jam 9.30 mlm smlm.

emmmm...banyak jugak barang2 yang terbakar, antaranya pakaian, tilam, sebahagian kitab yang akan dijual semasa Tafaqquh Fiddin bersama Syeikh Nurouddin minggu hadapan. Kebakaran tersebut berjaya dipadamkan oleh ahli bait itu sendiri dan beberapa orang awam yang berada berdekatan dengan tempat kejadian. Mujurlah semua dokumen2 penting terselamat dan tiada kecederaan walaupun ketika itu ada seorang rakan yang tengah tidur didalam bilik ketika kejadian berlaku. Apa2 pun aku hanya mampu mengucapkan takziah kepada ahli bait, tolong apa2 yang mampu dan bersabarlah diatas ujian yang diturunkan kepada kalian disamping itu kalian perlulah berjaga2 selepas ini. Wallahua'lam.....

                                          Bahagian luar beranda Syaqah 3 Rumah Kedah 3
ampuni kami

Update terbaru Followers saya.

Aku sedang berusaha untuk mengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat belajar syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...in sya Allah.
©2008
خديم طلبة العلم الشريف