PërjälänlänHïdüpkü

TENTANG AKU $ MEREKA
悲しいことしないでください!, 確かに、神は私たちとは
↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓

Isnin, 28 Jun 2010

Perjalanan Hidupku/ Semoga Selamat Sampai

 بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم

Dengan Nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Alhamdulillah, syukur, puja dan puji hanya layak bagi Allah, tuhan sekelian makhluk. Selawat dan salam keatas junjungan besar ,kekasih kita nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarganya, dan juga para sahabatnya.

Amma ba'd.

Hampir dua minggu aku didalam suasana bosan setelah habis dari imtihan fasa dua. Sehinggakan tak tahu apa benda yang aku hendak lakukan pada awal pagi pada tiap-tiap hari. Ini menunjukkan hidup dibumi Anbiya' ini mesti memerlukan satu jadual atau organisasi untuk amalan harian.


Emmm... Pada dua, tiga hari lepas aku ke Kaherah kerana ingin menjengok Syamir yang hendak pulang ke Malaysia. kerana kemungkinan ini kali terakhir aku dapat mencipta kenangan manis bersamanya disini, oleh sebab beliau ingin menyambung pengajiannya di Madinah Munawwarah pada masa akan datang.

Meskipun hanya tidak sampai setahun aku mengenali beliau, namun perasaan sebak untuk berpisah tetap ada didalam hati walaupun sedikit. Ini menunjukkan amat penting sifat persahabatan ataupun setiakawan walaupun dimana kita berada, terutamanya bila berada jauh dari keluarga kerana sahabat itulah akan menjadi teman kita sewaktu berada didalam kesusahan mahupun didalam kesenangan kita.

Apa-apapun yang berlaku keatas sahabat kita ini adalah ketentuan illahi. Kita hanya seorang hamba yang dhaif.. Ini menunjukkan segala pertemuan dan perpisahan adalah urusan Allah.  Jika tidak siap aku, antara tujuh golongan yang terselamat dari kesusahan ketikamana tidak ada pertolongan pada hari itu ialah orang yang bertemu dan berpisah dengan sahabatnya semata-mata kerana Allah Taala. Semoga kita Termasuk didalam golongan itu wahai sahabat. Disamping itu aku juga mendoakan semoga dikau dipermudahkan segala urusan, di pelihara Allah selalu walaupun dimana kita berada. Segala kenangan manis dan pahit kita akan aku abadikan didalam dadaku selagi nyawa tidak berpisah dari badan. Akhir kalam aku memohon maaf segala salah dan silap samaada disengajakan dan ataupkepada keluarga tercintamu

Semoga Sampai ke Tempat Destinasi Bersama Adik Tersayang  Dengan Selamat Dan Berjumpa Dengan Keluarga Tercinta.

 GAMBAR KENANGAN
 
BTN Klang

 
Dalam perjalanan ke BTN Klang

 
KLIA
 
Lapangan Terbang Cairo 3


 BUATMU SYAMIR AIEZUDDIN


>Alfaqir Ilallah, Mohd Azhar Almarbawi<
>Penuntut Kuliah Syariah Walqonun AlAzhar Assyarif Tonto Universiti<

Isnin, 21 Jun 2010

Pergi Tak Kembali.

                            بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم

Pada malam semalam aku dan para sahabat dikejutkan dengan pemergian yang tidak ada kembalinya keatas isteri Allahyarham Ust Mohd Noh Abdullah dan juga ibu kepada tenaga pengajar Maktab Mahmud Sik iaitu ibu kepada Ustazah Apipah binti Mohd Noh. Semoga roh mereka bersama para auliya dan anbiya' amin. Sekali lagi aku sebagai wakil pelajar MMSK mengucapkan takziah kepada keluarga di atas pemergian beliau.

Jumaat, 18 Jun 2010

Perjalanan Hidupku/Selesai Perang

                            بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم

Dengan lafaz bismillah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam, Selawat dan salam keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarganya, sahabatnya dan para pengikut mereka sehingga hari qiamat.

Emm....Hampir tiga minggu aku berada didalam medan perang di kuliah AlAzhar Assyarif  pada tarikh 16 haribulan Jun 2010 aku selesai daridapa menempuh soalan-soalan killer daripada doktor. Kalau hendak dikatakan senang tidak la pula sebab Universiti AlAzhar bukan calang-calang Universiti kerana disini banyak tempat keluaran ulama-ulama terkemuka sepertimana yang kita lihat pada hari ini seperti Syaikhuna Syeikh Yusuf  Khardawi, Syeikh Ali Jum ah dan ramai lagi yang kita kenali. Kalau hendak diikuti dengan jawapan yang dijawab, In Sya Allah akan mendapat pangkat yang baik, tapi disini tidak seperti itu kerana sebarang keputusan yang akan keluar nanti diluar jangkaan kita kerana ia membuatkan kita perlu lebih tawakkal dan berserah kepada Allah dengan keputusan yang bakal dikeluarkan, ini bermakna tidak cukup dengan usaha tanpa bertawajjuh kepada Allah. Oleh itu, kita perlu sering menjaga akhlak dan adab kita apabila bersama para masyaikh kerana banyak daripada mereka dikurniakan oleh Allah sifat kasyaf. Apa-apa pun segala keputusan yang akan dikeluarkan oleh pihak universiti nanti tidak dapat tidak mestilah mestilah perlu tawakkal dan serah bulat-bulat kepada Allah.

Emm....oleh kerana imtihan baru sahaja habis, aju dan kawan-kawan bercadang untuk ke Alexandra atau dikenali sebagai Iskandariah kerana ingin melepaskan segala tension yang dilalui semasa imtihan disamping melihat kebesaran Allah. Kalau diikutkan memang banyak perancangan yang tersimpan didalam benak fikiranku, entah tercapai atau tidak apa yang aku rancangkan.

Kemungkinan dalam bulan Julai nanti kelas Talaqqi akan bersambung semula, walaupun aku memang tidak pernah istiqomah dalam menjalani kelas tersebut, tapi kadang-kadang merindui suasana pengajiannya. Kitab yang aku beli semasa pesta buku sedunia tahun lepas pun belum dibelek lagi kerana mood untuk menumpukan sepenuhnya dalam memahami kitab arab belum lagi ada.

Pada cuti penggal ini, ramai juga sahanat aku yang pulang ke Tanah air. Kadang-kadang timbul rasa cemburu kerana hati ini amat rindukan keluarga dah sahabat aku di Malaysia, memandangkan ilmu masih belum masak di dadaku, aku perlulah memeramnya dahulu bersama para Masyaikh disini sehingga benar-benar boleh diberi makan kepada keluarga dan masyarakat di tanah air. Apa-apa pun aku berserah keatas ketentuan illahi disamping memohon doa kepadanya.

 Memandangkan pada waktu sekarang, abah emak dan adik berada di Mekah, aku tidak lagi dapat berbual dengan mereka lebih lama seperti sebelum ini. Ini menyebabkan hati ini tertunggu kepulangan mereka kerana sudah kian lama tidak menelefon mereka. Aku doakan semoga mereka selamat sampai ke tanah air pada minggu hadapan.

Di sepanjang berada di fatrah cuti ini aku berharap agar segala perancanganku untuk menggunakan masa dengan sebaiknya akan terus berjalan dengan lancar. Aku pohon doa dari sahabat yang mengenali aku agar aku dipermudahkan segala urusan disini disamping mendapat barakah untuk di taburkan kepada masyarakat pada suatu hari nanti. In Sya Allah. Wallah a'lam

Kuliah Syariah, Universiti AlAzhar Tanta
 
Masjid AlAzhar Qaherah
ampuni kami

Update terbaru Followers saya.

Aku sedang berusaha untuk mengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat belajar syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...in sya Allah.
©2008
خديم طلبة العلم الشريف