- Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Pemergian Allahyarham mengejutkan aku dan beberapa orang sahabat lain yang berada di bumi Mesir ini kerana sebelum kedatangan kami kesini Allahyarham sihat walafiat, mungkin kerana Allah lebih menyayanginya sebab itulah dia ditakdirkan pergi lebih awal dari kami.
Terkadang aku sering membayangi wajahnya yang sering tersenyum apabila bertemu, tambahan pula aku dengan Allahyarham tinggal satu rumah sewa dan satu bilik bersamanya ketika menuntut di SMU Maahad Darul Anuar tahun lepas. Ketika berada di bumi Mesir ini aku hanya sempat berbual dengannya menggunakan smartvoip sekali sahaja ketika mana Allahyarham berada di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), itupun mungkin hatiku tergerak untuk menelefon Allahyarham. Allahyarham juga sering memberi tunjuk ajar dan menolongku ketika didalam kesusahan.
Apa yang paling aku membanggakan sekali ketika mana dia sanggup menolongku untuk mendapat sijil STAM di YIK, walaupun hasratnya untuk mengepos sijil aku tidak tercapai kerana pihak YIK tidak membenarkan wakil untuk mengambil sijil itu, sekurang-kurangnya Allahyarham telah beriktiar untuk memujuk pihak YIK bagi membenarkannya mengambil sijil itu. Ini menyebabkan aku sendiri terpaksa pergi sendiri ke YIK kerana sijil itu sangat penting bagi aku untuk memenuhi syarat-syarat layak untuk memohon belajar di Al Azhar University, dan semasa aku pergi ke YIK itulah kali terakhir aku berjumpa dengannya, aku berehat seharian di rumahnya kerana pada hari yang sama aku akan bertolak balik ke Kedah kerana tarikh untuk aku menyerahkan sijil kepada pihak Jabatan Agama Negeri Kedah sudah singkat.
Akhir Kalam, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala tunjuk ajar yang telah engkau berikan kepadaku walaupun kita hanya kenal tidak sampai satu tahun. Semoga Allah merahmatimu dan mengolongkanmu bersama para anbiya' dan solihin di sana. Ameen ya robb.
Gambar kenangan bersama Allahyarham