PërjälänlänHïdüpkü

TENTANG AKU $ MEREKA
悲しいことしないでください!, 確かに、神は私たちとは
↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓

Isnin, 9 Ogos 2010

Ziarah Mansouro Bersama Sahabat Kuin

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم

 ألحمدلله رب العالمين. والصلاة على سيذنا حبيبينا سيدنا مولانا نبينا محمد  وعلى أله وصحبه أجمعين ومن تبعهم الى يوم الدين

أم  بعد,

Alhamdulillah, dikesempitan waktu ini, sempat juga saya mengupdate blog yang sudah hampir dibuat sarang oleh labah-labah, ini kata-kata perli Abang Cik yang selalu ditujukan kepada saya yang jarang menupdate blog.

 Dalam kesibukan memikirkan tentang rumah sewa baru yang bakal diduduki beberapa hari lagi, sempat juga saya bersama sahabat KUIN iaitu Abang Aswad, Kak Jannah  dan Kak Aishah berpusing-pusing sekitar Kota Mansuroh yang dikepalai oleh Abang Hasbunnizam dan Isterinya iaitu Kak Rozian.

Kami bertolak sekitar jam 2100 di Perhentian Keretapi Awal BAhr Thonto dan sampai disana lebih kurang satu jam selepas bertolak. Setibanya kami disana kami singgah sebentar di kedai Spicy untuk menjamah sedikit makanan sebelum sampai di tempat destinasi. Saya bersama Aswad bermalam dirumah Saudara Fadli yang merupakan salah seorang exco DPMM manakala muslimat pula dirumah Saudari Syuhada di tingkat bawah bangunan penginapan kami. Manakala Abang Hasbun bersama isteri dan anaknya di tingkat bawah sekali.

Keesokan harinya kami semua bercadang untuk menziarahi sekitar Mansurah dengan menaiki sebuah Van yang ditempah khas dengan bayaran LE 240 pound. Kembara ini diketuai oleh saudara Yusairi dan saudara Helmi selaku penduduk lama di Kota Mansuroh. Abang Hasbun tidak dapat mengikuti pengenbaraan ini.

Pada permulaan pengembaraan, kami dibawa ke ladang anggur dan juga ladang buah peach, tapi malangnya tibanya kami disana tidak tepat pada musimnya, hanya tinggal sedikit sahaja buah yang tinggal kerana habis dikutip oleh pemiliknya untuk dijual.

Selepas dari itu, saya dan sahabat-sahabat dibawa ke Maqam pertama yang terletak di Mansuroh iaitu maqam syeikh Mutawallai Syagqrowi, beliau merupakan salahseorang masyaikh AlAzhar yang terkenal semasa pemerintahan Anuar sadat, beliau amat digeruni oleh para pemerintah zalim pada zamannya kerana dengan karamat yang ada kepada beliau. Disebelah maqam beliau, terdapat sekolah dan perpustakaan beliau yang dibina dari hasil titik peluh beliau sendiri. Semoga Allah merahmati beliau.

Syeikh Mutawalli Sya'rawi
 
 
 Maqam beliau


 
Sekolah yang dibuat daripada duit hasil daripada titik peluh beliau sendiri



Selepas itu, saya bersama sahabat dibawa pula ke maqam seterusnya, maqam ini terletak agak sedikit terpencil dari jalan raya, terdapat dua laluan  untuk sampai ke maqam ini iaitu jalan air dan darat. Maqam yang saya maksudkan ialah maqam Syeikh Abdullah bin Salam, beliau adalah ketua pendita yahudi pada zaman rosulullah saw. Beliau pakar dalam keempat-empat buah kitab suci agama langit iaitu kitab suci Injil, Zabur,Taurad dan AlQuran. Beliau memeluk islam selepas beliau mengutarakan seribu soalan kepada Rosulullah, tujuan beliau ialah untuk mencari kebenaran yang terkandung di dalam keempat-empat kitab suci agama langit yang beliau kuasai. Besar kemungkinan beliau wafat disebabkan dibunuh oleh penganut yahudi sendiri kerana tidak berpuas hati keatas tindakan beliau memeluk islam.

 Maqam Saidina Abdullah bin Salam



emmm....seterusnya kami dibawa ke maqam seorang wali Allah yang bernama Muhammad bin Abu Bakar yang terletak di Mait Damsis. Beliau adalah anak kepada Saidina Abu Bakar Assidiq. Beliau hidup di Mesir sezaman dengan sahabat Rasulullah iaitu Amru bin 'Asr. Maqam beliau terletak dibawah masjid kerana dikhuwatiri dicuri oleh orang kafir laknatullah. Di maqam beliau terdapat batu asas maqam asal beliau, yang merupakan batu persembunyian beliau ketika wafat. Batu yang bersaiz lebih kurang bonet kereta proton saga itu masih elok dan tiada kesan pecah.

Maqam Saidina Muhammad Abu Bakar Asiddiq


Selepas kami bertawassul di situ kami ke atas masjid untuk makan nasi lemak sebagai sarapan pagi pada hari itu. Kemudian kami ke destinasi seterusnya. Maqam terakhir ini terletak agak jauh dari maqam yang ketiga, kami mengambil masa lebih kurang satu jam untuk sampai kesana. Maqam yang saya maksudkan adalah maqam salah seorang daripada Syaikhul Azhar iaitu Syeikh Jadul Haq Ali JAdul Haq yang terletak di Libbis. Antara ungkapan beliau yang terkenal pada zaman Syaikhul Azharnya ialah beliau menggalakkan para mahasiswa berkahwin pada usia yang muda, tekaan saya,  ini kemungkinan untuk mengelakkan daripada masalah sosial yang berlaku pada zamannya.

Syeikh Jadul Haq Ali Jadul Haq


Maqam beliau

Semoga Allah merahmati mereka semua. amin.


Kemudian kami kedestinasi yang ditunggu-tunggu iaitu ke Roksu Bar di Kota Damietta, tapi sayangnya kami tidak boleh pergi ke sana dengan menaiki tramko travel yang disewa khas itu kerana ia memerlukan kos yang tinggi untuk membayar cukai iaitu sebanyak 500 pound. Kami hanya dibawa ke pantai Dumyat melalui jalan belakang.

Hari semakin senja, kami bertolak pulang ke tempat penginapan. Dalam perjalan pulang kami sempat singgah di maktabah untuk melihat kitab-kitab. Kami tiba di tempat penginapan lebih kurang jam 11 malam.

Keesokan pagi, saya bersama saudara Aswad dan saudara Fadhli ke Sikkah untuk membeli jubah, kami disana lebih kurang tiga jam, masuknya waktu zohor kami pulang ke rumah untuk membuat persiapan pulang ke Cairo. Kami bertolak keluar selepas solat zohor beserta asar, rombongan kami diketuai oleh kak Rozian kerana Abang Hasbul sudah berada di Cairo kerana mendapat panggilan kecemasan untuk bersama program persatuan.

Hampir tiga jam perjalanan kami tiba di Cairo. Akhirnya Alhamdulillah, kami sampai dengan selamat. Saya merasakan pengembaraan ini salah satu pengembaraan yang best sepanjang keberadaan saya di sini. Mudah mudahan dengan pengembaraan kami ini, kami juga disayangi Allah sepertimana para walinya. Wallah a'lam.


Dicatat oleh : 
Alfaqir Ilallah Mohd Azhar Hamid Senik Almarbawi Alqadhi
Penuntut dikuliah Syariah Wal Qonun, Universiti AlAzhar Tonto

Lokasi sekarang: 
Cairo
ampuni kami

Update terbaru Followers saya.

Aku sedang berusaha untuk mengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat belajar syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...in sya Allah.
©2008
خديم طلبة العلم الشريف