Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, selawat keatas nabi junjnugan saw. serta keluarganya dan sahabatnya.
Amma ba'd.
Semoga Semua sihat sentiasa menjelang hari raya qorban yang akan datang. ameen
Puasa sunat Hari Arafah.
Disunatkan berpuasa pada hari arafah ini iaitu pada 9dzulhijjah. dan hanya disunatkan selain orang yang menunaikan haji.
عن أبى قتادة رضى الله عنه قال: سءىل رسول الله صز عن صوم عرفة, فقال: يكفر السنة ألماضيه والباقية... رواه مسلم 1162
قال رسول الله -صلى الله عليه وآله وسلم-: ((صيام يوم عرفة أحتسب على الله أنه يكفر السنة التي قبلها والسنة التي بعده))... راوه مسلم
Mafhum dari kedua2 hadis yang lalu:
Hari arafah ialah hari yang banyak kelebihan dari hari2 yang lain.
Jabal Arafah
Adapun bagi orang yang menunaikan haji, tidak disunatkan berpuasa pada hari Arafah. Bahkan disunatkan kepada mereka untuk berbuka kerana mengikut nabi saw.
Dan perbanyakkanlah berdoa pada hari Arafah. wallahua'lam
Semoga bermanfaat
>> Rujukan, Kitab Fiqh Manhaji (mazhab Syafie r.a), Jilid pertama, ms 355 dan 356, cetakan darul Qalam Damsyik. Karangan Syeikh Doktor Musthofa Khin dan Syeikh Doktor Musthafa Buqha. r.a.
>> Selamat berpuasa, semoga sama2 mendapat keberkatan dan keampunan darinya.
>>sekadar peringatan, puasa sunat boleh diniat pada siang hari berpuasa sebelum masuk waktu zohor dengan syarat belum melakukan perkara2 yang membatalkan puasa.
pEaCe :-)