PërjälänlänHïdüpkü

TENTANG AKU $ MEREKA
悲しいことしないでください!, 確かに、神は私たちとは
↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓

Jumaat, 4 November 2011

Penawar Hati / Hadis 10 / MAJORITI AHLI SYURGA DAN NERAKA

Bismillah....

Assalamualaikum..semoga ceria dan sihat sentiasa dihari jumaat yang mulia ini...


Alhamdulillah, selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad saw,serta keluarganya dan sahabatnya dan pengikutnya.

MAJORITI AHLI SYURGA DAN NERAKA

Mafhumnya.

Daripada ibnu Abbas dan Imran bin Hushain radhiallahuanhum, daripada Nabi Sallahualaihiwasallam Sabdanya: Aku melihat kedalam syurga, maka aku melihat aku melihat kedalamnya kebanyakan penghuninya adalah kalangan orang2 Faqir. dan aku melihat kedalam neraka maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah daripada golongan perempuan. (riwayat al-imam bukhari dan muslim)
au kama qal.

Keterangan.

 Di dalam isra mi'raj telah diperlihatkan kepada nabi Muhammad saw banyak perkara2 yang ghaib, termasuk diantaranya keadaan di syurga dan neraka. Maka apabila nabi SaW masuk kedalam syurga, beliau melihat disitu kebanyakan daripada penghuninya daripada ahli Faqir, ini kerana keadaan semasa mereka didunia dahulu banyak berpeluang untuk melakukan amal ibadat, lainlah halnya dengan orang yang kaya yang sibuk dengan menghimpun kekayaan dunia dan sibuk menjaga harta yang diperolehi, mereka menghabiskan masa dengan mengejar dunia yang diangan angankan, sehingga mereka dikejutkan oleh kematian sebelum berkesempatan berbuat amal ibadat. Maka, mereka akan menyesal disaat yang tidak berguna lagi penyesalan.

ربنا ءاتنا فى الدنيا حسنه وقنا عذاب النار



Dan apabila Nabi SAW melawat kedalam neraka pula, maka beliau  melihat kebanyakan ahlinya daripada wanita. Ini disebabkan ramai orang perempuan yang tidak menunaikan hak suami. Mereka tidak berterima kasih diatas pemberian suami dan tidak menjaga diri disaat suami tiada ada dirumah. dan tidak menutup aurat dihadapan yang bukan mahram dan ramai pula yang memakai pelbagai2 solekan, hiasan, wangi wangian ketika keluar dari rumah sedangkan bila bersama suaminya dia memakai pakaian yang buruk dan badan berbau busuk, inilah diantara sebab2 yang menyebabkan ramai perempuan yang masuk kedalam neraka.
Oleh itu, marilah sama2 kita memelihara diri kita dan keluarga kita dari api neraka. dan semoga kita digolongkan bersama ahli syurga yang kekal abadi didalamnya. In Sya Allah.



Sama2lah kita mohon agar kita dan saudara-mara kita tidak tergolong didalam golongan ini..Nauzubillah mni Zalik.

#Gubahan dan salinan balik dari kitab penawar hati Syeikh Abu Ali Annadwi
#Terasa lamanya tak sambung tulis hadis penawar hati ni huhu~
#Nantikan sambungannya...in sya allah.

pEaCe :-)

Cindybad, CyberBey, Western City, Egypt.

Semoga diberi kekuatan kepadaku

Bismillah.

Alhamdulillah. segala puja dan puji hanyalah layak bagi allah. tuhan sekelian Alam. Selawat dan salam keatas Abu Qasim saw, dan keluarganya serta sahabatnya dan pengikut mereka yang diberi hidayah oleh allah sehingga hari Qiamat.

amma ba'd.

Sudah lama rasanya sunyi daripada majlis ilmu bersama para masyaikh dibumi barokah ini. Di awal pagi jumaat yang mulia ini aku berharap agar allah memberikan aku semangat dan diberi keuatan untuk menyambung kembali pengajian2 ilmu yang sudah lama tidak bermain dilunak fikiranku.

Alhamdulillah, kerana sudah selesai dalam banyak urusan yang memang kebanyakan sahabat2ku akan sibuk pada musim ini.urusan yang dimaksudkan ialah urusan untuk kemasukan kuliah Universiti, urusan Visa dan zakat dll. Semoga dipermudahkan bagi yang mana2 lagi yang belum selesai. Ku mohon kepada tuhan yang pengasihani.

أللهم زدني علما وارزق فهما نبين و ااهام ملاءيكة مقربين.....
الهم اجعلنل الصالحين و الراشدين..



pEaCe :-)

cindybad,CyberBey,Western City, Egypt
ampuni kami

Update terbaru Followers saya.

Aku sedang berusaha untuk mengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat belajar syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...in sya Allah.
©2008
خديم طلبة العلم الشريف