PërjälänlänHïdüpkü

TENTANG AKU $ MEREKA
悲しいことしないでください!, 確かに、神は私たちとは
↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓

Khamis, 4 Mac 2010

''Syukran Ya Syeikh''

  • Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
   Suasana di Rumah Kedah Tiga, Hayyu Sabeik, Cairo agak kesunyian pada awal pagi ini kerana kebanyakan rakan-rakan aku sudah bersama tilam-tilam kesayangan mereka. Hanya tiga, empat orang sahaja lagi yang masih belum tidur kerana masing-masing dengan kerja sendiri. Di kesempatan pada awal pagi ini, selepas mengedit gambar-gambar, aku mengambil sedikit masa untuk mencoret sepatah dua di ruangan catatan blog aku kerana pada keesokan hari, In Sya Allah kemungkinan aku akan bertolak pulang ke kampung kediaman  Cyber Bir, Tonto kerana kuliah di Syariah Al-Azhar Assyarif sudah pun bermula dan ini akan menyebabkan aku akan bertambah sibuk dan tidak mungkin dapat mengupgrade blog ini lagi.


   Alhamdulillah kerana di waktu cuti semestar ini, aku bersama rakan-rakan dapat mengikuti kelas Daurah Tafaqquh  Fiddin  yang dianjurkan oleh pihak MKKK sehingga kemuncak majlis walaupun aku agak sibuk sedikit dengan tugas yang di amanahkan oleh abang-abang untuk menjadi AJK jualan kitab-kitab karangan Syeikh Nouruddin Albanjari Almakki.

   Kelas Tafaqquh Fiddin ini bermula pada 17 Februari 2010 hingga 3 mac 2010. Sepanjang pengajian ini, syeikh sempat mendiskulasikan beberapa buah kitab karangan beliau sendiri, antaranya Tahzib Mushkat, Adab Mufrod, Manaqib Al Imam Syafie, Manaqib Al Imam Abu Hanifah Nuqman, Adab Musofahah, dan beberapa buah kitab lagi, diantara kitab-kitab yang sempat dikhatamkan bersama memberikan sanadnya ialah kitab Adab Mufrad, Manaqib Al Imam Abu Hanifah Nuqman r.a, dan kitab Adab Musofahah.

    Di sepanjang pengajian juga syeikh juga banyak menegur dan memberi nasihat kepada bakal-bakal azhari pada suatu hari nanti In Sya Allah, kebanyakan daripada tegurannya berkaitan dengan adab dan tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa al azhar dan sebagai khalifah dimuka bumi ini. Disamping itu, syeikh juga banyak menceritakan kisah-kisah auliya' dan kisah-kisahnya pada zaman dahulu. Jika hendak dicatat di dalam buku rasanya cukup banyak selingan yang diselit sepanjang kelasnya bersama kami.

    Hari ini merupakan hari terakhir kami bersamanya, kelas terakhirnya pada hari ini bermula pada lebih kurang jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi sahaja kerana syeikh akan berangkat pulang ke Indonesia pada hari ini pada jam 11-30 pagi di Mator Adim,Cairo. Dewan Attasamuh Wal Iqha pada pagi tadi dipenuhi dengan mahasiswa dan mahasiswi kerana tidak mahu ketinggalan daripada mengikuti kelas terakhir bersama syeikh disamping mengambil peluang bersalam-salaman bersama syeikh dan isteri sebelum beliau berangkat ke tanah air.

    Pada hari ini juga aku dan beberapa  AJK jualan bersama Exco MKKK pada hari ini berpeluang mengikuti menghantar syeikh ke Lapangan Terbang Lama Cairo. Kami bersama syeikh di lapangan terbang lebih kurang lima minit sahaja kerana masa begitu sempit dan tidak mengizinkan. Sebelum syeikh masuk ke dalam kapal terbang kami berkesampatan bersalam-salaman dan memeluk syeikh disamping mengucapkan terima kasih dan memohon syeikh mendoakan untuk kami di sini. ''Semoga syeikh bersama keluarga sampai dengan selamat di tanah air dan dipermudahkan segala urusannya. Semoga Allah temukan kita lagi pada daurah pada bulan Ramadhan akan datang. Syukron Ya Syeikh''. 

~GAMBAR KENANG-KENANGAN DAURAH TAFAQQUH FIDDIN BERSAMA SYEIKH NURUDDIN MARBU ALBANJARI~

Syeikh Nurouddin Marbu Albanjari Almakki

Sebahagian daripada AJK Jualan

 
Para exco MKKK

 Para murid menunggu
syeikh dari luar rumah kedah

Para murid bersalaman dengan
syeikh sebelum beliau bertolak ke mator 

 

  

Mengambil peluang
bersalaman dan memeluk syeikh

 
Detik-detik terakhir syeikh kelihatan.

    
Bergambar bersama sebelum pulang

  
Dalam perjalanan pulang dari menghantar syeikh.
ampuni kami

Update terbaru Followers saya.

Aku sedang berusaha untuk mengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat belajar syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...in sya Allah.
©2008
خديم طلبة العلم الشريف