PërjälänlänHïdüpkü

TENTANG AKU $ MEREKA
悲しいことしないでください!, 確かに、神は私たちとは
↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓

Sabtu, 31 Mac 2012

Ini yang first


Ramai Orang Suka Membicarakan Tentang Cinta, Tapi Tidak Ramai Yang Benar-Benar Memahaminya. *-*





-> stai aku lani tak suka tulis panjang2 sebab aku pun tak baca post org yang tulis panjang2.
-> kecuali la post tu best, aku ni pemalas la katakan nk baca wakaka.
->  kalau ada post aku yang pnjang2 tu memang sah la aku copy. dan kalau ada jugak yang aku post yg panjang2 tu memang tak boleh diringkaskan dah huhu.
-> Tapi jangan risau link2 yg hampa tinggai tu, mmg wajib la aku bukak, dan aku akan baca la jugak  sikit2 post hampa tu kalau setakat stardart UPSR, 80  patah perkataan tuuut haha
-> aku tau hampa pun bukan dok baca sangat pun post yang  panjang2 =))  betoi dak abang
-> dok merepek pimai pimai tak pasai2 plak  post aku jadi panjang balik..memang jem sungguh..
hidup2 !!!
-> mood mengantok 


Ayat luahan perasaan aku yang tadi ni tak dak kena mengena dengan gambaq diatas. ok. tolong la jangan kutuk =)=))=))=))


CyberBay,WesternCity

Khamis, 29 Mac 2012

Setiap sesuatu ada tujuannya

Allah sayangkan beliau


Beliau dipenjarakan setahun kerana melemparkan kasut kepada hakim semasa membela diri dimahkamah diatas tuduhan menyelewengkan wang masjid. - Mahkamah Malaysia....

Hukum manusia tidak akan pernah adil selama-lamanya /= Syeikh Murabbi Muhammad Nuh Abdullah.

siberbay

Ahad, 25 Mac 2012

Jalan jalan

Rombongan Ziarah maqam 5000 syuhada dan sahabat Rasulullah bersama Doktor Yusri.

X banyak mana pun :-)

Berehat seketika di Hotel Negeri Asyut

Doktor Yusri ArRushdi dan Syeikh Yusuf


Sesampainya kami disambut oleh anak2 Ikhwan Muslimin


Leader

Maqam 1

Para peserta mengaminkan doa yang bibaca oleh Syaikh

Masuk dalam plak...

Maqam2


Maqam Sayyidina Muhammad Anak Sayyidina Uqbah bin Nafi' (Sahabat Rasulullah)







Bahagian 1

Panorama sedas

Ada jugak gambaq mamat ni huh @_@

Bahagian 2







 Balik....
Berhenti sebentar di tapak baru Universiti Alazhar Assyarif Elbahnasa



Syeikh memberi ucapan dan membaca doa

Panorama Universiti ElAzhar Essyarif bilBahnasa



- Alhamdulillah selamat p selamat balik...
- Agak sedih kerana Maqam 2 disini agak terbiar dan tidak sepatutnya kerana merekalah yang banyak berjasa kepada agama dan merekalah juga yang memperjuangkan islam selepas pemergian Rasulullah saw sehinnga sampai kepada kita.
- Rombongan ini diketuai oleh syeikh Yusri Rushdi Alhasani
- Syeikh Yusri merupakah salah seorang daripada doktor pakar bedah di Mesir.
- Disamping itu beliau juga mengajar Syarah Hadis soheh Bukhari DLL di masjid AlAzhar.
- Rombongan ini seramai +- 1140 orang daripada 20 bangsa.
- Sebanyak 25 biji bas dan merupakan rombongan paling besar di Mesir sehingga perlu kepada melibatkan - pihak polis dan tentera bagi mengawal rombongan ini.
- Best ooooooooooooooo.

Sindybad, CyberBay, Western.

Khamis, 22 Mac 2012

Genap 8 tahun pemergian beliau | Syeikh Ahmad Yasin

Hari ini 22 Mac 2012 genap lapan tahun dunia gerakan Islam kehilangan tokoh, As-Syahid Syeikh Ahmad Yasin, pengasas gerakan Hamas di Palestin. As-Syahid dilahirkan pada 28 Jun 1936.

Antara kalamnya ialah "Kita memang menuntut mati syahid. Kita bukanlah inginkan kepada kehidupan dunia terlalu remeh-temeh dan tiada nilai. Kita berusaha menuju kepada hidup kita yang kekal abadi."

Anak perempuannya, Maryam Ahmad Yasin ketika menceritakan kehidupan ayahnya berkata, "Ayahku memberi contoh kepada lelaki-lelaki yang hidupnya untuk Islam. Waktunya, jihadnya, hartanya dan agamanya semuanya untuk Islam. Beliau akan keluar pagi hari mengelilingi masjid bagi menyeru manusia kepada Allah, beliau lelaki lumpuh. Selalu berpuasa, maka tatkala menjelang maghrib jika beliau berada berjauhan dari rumah (kerana menjalankan kerja dakwah) beliau akan melalui kedai runcit dan mendapatkan segelas susu untuk dibuat berbuka puasa sebelum meneruskan kerja dakwah. Dan tiada sebuah masjid di Gaza kecuali kesemuanya beliau telah menyampaikan pengajian atau khutbah manakala tiada khemah kecuali digalakkan agar terdapat seorang yang akan melakukan kerja Islam."

Zionis Israel telah melakukan percubaan membunuh beliau pada 6 Disember 2003 tetapi percubaan tersebut menemui kegagalan dan As-Syahid selamat. Pada pagi Isnin 22 Mac 2004, ketika perjalanan pulang menunaikan solat Subuh di sebuah masjid yang berdekatan rumahnya, Zionis menggunakan sebuah helikopter melepaskan tiga tembakan yang mengorbankan Syeikh Ahmad Yasin. Operasi yang diselia sendiri oleh bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon (semoga Allah menambahkan azabnya) turut mengorbankan tujuh pembantu As-Syahid dan mencederakan dua orang anaknya.

Sempena ulangtahun memperingati syahidnya beliau, semoga ia memberi kekuatan kepada kita dan khasnya saudara kita di Syria untuk terus berjuang hingga syahid atau diberikan kemenangan. Inilah indahnya Islam berbanding agama dan ideologi ciptaan manusia lain. Mereka yang berjuang jika tewas akan dikurniakan ganjaran syahid manakala jika menang akan diberikan tempat sebagai pewaris bumi ini sebagai khalifahNya. Semoga Allah merahmati roh As-Syahid dengan rahmat yang maha luas.
 
 Cyberbay

Selasa, 13 Mac 2012

Sejarah Islam di Kedah

Adakah Anda Mengetahui Kisah Ini ??

Sultan Negeri Kedah yang pertama memeluk agama Islam ialah Sultan Muzaffar Shah kira-kira dalam tahun Masihi 1136 (531 Hijrah). Sultan Muzaffar Shah asalnya berketurunan Hindu jati yang menaiki takhta Kerajaan bagi menggantikan paduka ayahandanya Sri Paduka Maharaja Mahajiwa. Sri Paduka Sultan Muzaffar Shah ialah raja ke-sembilan Negeri Kedah pada zaman itu yang dikenali sebagai 'Kalaha' atau 'Kataha'. Sebelum baginda memeluk agama Islam, nama baginda ialah Maharaja Derbar Raja.

Orang yang berusaha mengislamkan baginda ialah seorang pendeta Arab bernama Sheikh Abdullah bin Sheikh Ahmad bin Sheikh Jaafar Kumiri daripada negeri Shahir, di bawah naungan pemerintah Yaman, Tanah Arab. Sheikh ini bersama dengan beberapa orang sahabatnya sampai ke Negeri Kedah kira-kira dalam tahun 1135M atau 1136M mengikut laluan laut dan berlabuh di Kuala Sungai Baboor (Kuala Sungai Merbok sekarang).

Beliau telah masuk menghadap Sri Paduka Baginda dan menzahirkan kepada baginda tentang kesempurnaan agama Islam serta memberi nasihat di atas jalan agama ini kepada baginda dan menteri-menterinya. Maka dikurniakan Allah s.w.t., berimanlah Sri Paduka Baginda dengan segala menterinya dan baginda menukar namanya kepada Sultan Muzaffar Shah dan negeri kepada Kedah Darul Aman.

Sri Paduka Baginda sangat menyanjung tinggi Sheikh Abdullah kerana keikhlasan beliau terhadap baginda, kebijaksanaan dan kesopanannya. Baginda kemudiannya telah melantik Sheikh Abdullah sebagai penasihat peribadinya.

Pada suatu hari, Sri Paduka Baginda bertanya kepada Sheikh Abdullah apakah yang lebih mulia dalam Tanah Arab? Jawab Sheikh Abdullah, selain daripada masjid, benda yang paling mulia ialah menara, iaitu tempat untuk melaksanakan azan dan memuji nama Allah dan Rasul.

Maka, baginda pun bertitah agar dibina sebuah menara di satu tempat yang tinggi dan berdekatan. Cadangan Sheikh Abdullah agar tapak menara itu dibina di kemuncak Gunung Jerai telah diperkenankan oleh baginda Sultan. Katanya, menara yang hendak dibina itu bukan sahaja untuk dijadikan tempat azan tetapi sebagai satu tempat bagi memperingati pertukaran nama baginda daripada Maharaja Derbar Raja kepada nama Islam baginda; Sultan Muzaffar Shah serta nama negeri daripada 'Kalaha' atau 'Kataha' kepada negeri Kedah Darul Aman.

Pekerja-pekerja yang ditugaskan membina menara tersebut berkumpul di kemuncak Gunung Jerai dan mula mendirikan menara itu di bawah penyeliaan Sheikh Abdullah. Ketika menara itu hampir siap, dengan takdir Allah s.w.t., Sheikh Abdullah jatuh sakit dan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, Sheikh Abdullah telah mewasiatkan agar mayat beliau dikebumikan di tanah rata berhampiran berdekatan dengan menara yang hampir siap itu. Wasiat beliau telah diperkenankan oleh baginda Sultan dan disempurnakan oleh para menteri.

Dengan itu, tanah rata di kemuncak Gunung Jerai sehingga kini dipanggil 'Padang Tok Sheikh' sempena mengambil nama Sheikh Abdullah.

              

Sheikh Ahmad Dabbagh sewaktu menziarahi Sheikh Abdullah bin Sheikh Ahmad bin Sheikh Jaafar Kumiri di Gunung Jerai.

Oleh : Wan Lokman bin Dato Wan Ibrahim

copy dr pesbuk ja....xdak modai...

cyberbay, western egypt
ampuni kami

Update terbaru Followers saya.

Aku sedang berusaha untuk mengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat belajar syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...in sya Allah.
©2008
خديم طلبة العلم الشريف