PërjälänlänHïdüpkü

TENTANG AKU $ MEREKA
悲しいことしないでください!, 確かに、神は私たちとは
↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓

Jumaat, 12 November 2010

Penawar Hati/Hadis Ke-5/Siapa Orang Yang Muflis?



 بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم

 ألحمدلله رب العالمين. والصلاة على سيذنا حبيبينا سيدنا مولانا نبينا محمد  وعلى أله وصحبه أجمعين ومن تبعهم الى يوم الدين

أم  بعد,




Siapa Orang Yang Muflis?


Mafhum hadis:

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Tahukah kamu siapakah orang yang muflis itu? " Sahabat menjawab: orang muflis di kalangan kami ialah seseorang yang tiada memiliki harta". Lalu Rasulullah SAW bersabda: " Sebenarnya orang yang muflis dari kalangan umatku ialah seseorang yang datang pada hari qiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat, tetapi dahulunya sewaktu di dunia ia pernah mencaci maki si fulan, menuduh si fulan, memakan harta si fulan, menumpahkan darah si fulan dan menumpahkan darah si fulan. Maka akan diberikan kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi dan begitu pula seterusnya terhadap orang lain yang pernah teraniaya, ia akan diberikan pula daripada kebaikan orang tadi, sehingga apabila telah habis pahalanya sedangkan bebanan dosa penganiannya belum lagi dijelaskan belum dapat dibayar semua, maka akan diambil daripada kesalahan orang yang teraniaya itu lalu dibebankan kepada orang tersebut, maka selanjutnya orang itu akan dicampakkan ke dalam api neraka.

H-R Muslim.


KETERANGAN


Kita hendaklah berhati hati dan berwaspada daripada sebarang dosa dan kesalahan. Kita hendaklah selalu beristigfar kepada Allah taala. Dan hendaklah selalu juga memohon maaf kepada orang yang teraniayai dari perbuatan kita. Kita juga hendaklah meminta halal daripadanya ketika kita masih ada di dunia ini, walaupun terkadang kita terpaksa merendahkan diri dan terpaksa menebal muka untuk meminta maaf kepada orang2 yang berkenaan. Biarlah kita dipandang rendah atau hina di dunia ini, asalkan kita terlepas dari bebanan dosa pada hari qiamat nanti seperti disebut di dalam hadis sebentar tadi. Kita hendaklah bersedia menebus dosa dan kesalahan walaupun dengan maruah dan dengan harta yang kita punyai. Kerana takut terlambat sehingga tiba saat kematian atau kematian orang yang teraniaya dari perbuatan kita, maka terpaksa kita berhadapan dengan orang berkenaan di mahkamah agong Rabbul Jalil, iaitu di padang Mahsyar nanti. Dikala itu, tiada seorang pun yang mahu menepika harta benda sebagai tebusan dosa. Yang mereka mahukan hanyalah bayaran daripada pahala ibadat yang telah dilakukan di dunia dahulu, yang mana pada hari itu kita juga amat berhajat kepada pahala amalan tersebut. Itupun jika ada sahaja untuk menebus dosa, jika tidak ada terpaksalah kita menanggung bebanan dosa mereka yang meyebabkan terjerumus ke dalam api neraka. Nauzubillah min zalik.


Sebagai konklusinya, sebagai hamba Allah yang taat kepadanya kita haruslah bersiap sedia menghindarkan amalan2 yang boleh menyebabkan diri kita terjerumus dengan perkara yang menganiayai orang lain agar kita tidak tergolong daripada orang yang teraniaya semula. Sekiranya kita terlambat untuk memohon maaf kepada si fulan yang teraniaya, maka hendaklah kita selalu memohon kepada Allah agar kita tidak tergolong di kalangan orang yang muflis dan selalulah menyedekahkan pahala amalan2 sunat kita kepada orang yang kita aniayai agar penganiayaan yang kita lakukan kepadanya tidak dituntut di padang Mahsyar nanti, in sya Allah.

 WALLAH A'ALAM





Cyber Ber, Gharbiah City, Egyp.
ampuni kami

Update terbaru Followers saya.

Aku sedang berusaha untuk mengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat belajar syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...in sya Allah.
©2008
خديم طلبة العلم الشريف