PërjälänlänHïdüpkü

TENTANG AKU $ MEREKA
悲しいことしないでください!, 確かに、神は私たちとは
↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓

Ahad, 26 September 2010

Setahun Tidak Pulang




Dengan Nama Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani Kepada Makhluknya



Alhamdulillah, kepada tuhan kerana masih memberikan nikmat iman dan islam kepada kita sehingga hari ini, kerana jika tiada nikmat tersebut besar kemungkinan kita tidak dapat hidup dengan tenteram. Selamat dan salam keatas junjungan besar kita nabi Muhammad saw yang banyak berjasa kepada kita sebagai umatnya. Selawat juga buat ahli keluarganya, para sahabarnya, dan juga buat pengikut mereka sehingga hari qiamat.


Agaknya apa yang para sahabat akan fikirkan.


Lari Rumah?

Kerja?

Merempat?

Dan sebagainya?


Hah.. ini semua berkaitan dengan kisah hidup saya di bumi anbiya ini. Sedar tidak sedar hari ini telah lebih dari satu tahun saya di perantauan Nil ini. Saya bertolak dari Lapangan Terbang Sultan Abd Halim ,Alor Setar pada 24 september 2009 dan tiba di Lapangan Terbang Cairo pada 25 septwember  2010. Alhamdulillah dengan kekuatan dan semangat yang tuhan berikan kepada saya dan para sahabat-sahabat saya, kini sudah genap satu tahun kami tidak menjenguk ke kampung halaman. Perasaaan rindu kepada keluarga dan sahabat2 di Malaysia semakin membuak-buak walaupun setiap minggu menghubungi mereka.





Walaupun sudah setahun saya berada di bumi yang penuh dengan kisah Rasul dan umat-umatnya namun masih kurang lagi diri ini untuk menguasai bahasa penduduk di sini, hanya dengan yang basic yang selalu diguna sahaja yang mampu untuk diamalkan, terus terang katakan saya masih lemah dalam penggunaan kosa bahasa arab terutamanya pada pelajaran nahu saraf, jika hendak bercakap tanpa mengikut kaedah memang agak senang sedikit tetapi ia tidak memberikan keuntungan yang besar kepada saya. Saya akui saya masih belum lagi dapat menguasai bahasa arab walaupun sedikit sepertimana yang dibayangkan sebelum datang ke perlembahan Nil ini.





Disepanjang perjalanan hidup saya disini, saya dapat mengenal erti berdikari lebih mendalam berbanding di Malaysia kerana ia hanya bergamtung kepada diri sendiri. Walaupun begitu, di sini saya mempunyai ramai kawan yang mudah untuk diminta bantuan . Ini membuktikan amat penting sikap tolong menolong apabila berada jauh dari keluarga.



Dalam setahun ini, saya juga dapat mengenali tempat2 yang menarik untuk dikunjung ketika otak berserabut dengan masalah dan sebagainya. Disamping itu, saya juga berkesempatan menziarahi dan mengunjung sahabat-sahabat yang berada di cawangan lain.


Didalam setahun ini juga saya banyak mempelajari dan mengenal ulama'-ulama' islam yang telah meninggal dengan lebih dekat iaitu dengan mengetahui sejarah hidup dan perjuangan mereka terutamanya masyaikhulAzhar Assyarif. Selain itu saya juga sempat mempelajari dengan ulama'2 besar disini dan bertemu muka dengan ahli keluarga Rasulullah saw. Amat beruntung rasanya bila ditakdirkan begini. Alhamdulillah.



Diri ini selalu mendoakan agar sentiasa diberikan ilmu yang bermanfaat sebelum pulang ke tanah air suatu hari nanti.

Gambar Kenangan sepanjang berada di perlembahan Nil.

 
Lapangan Terbang KLIA

Mula2 makan malam di Rumah Darul Aman 3



Santai di Dumyat

Pengalaman Pertama masuk masjid AlAzhar

Lepas Exam sem 2. Roksu Bar, Dumyat

Daurah bersama Syeikh Nuruddin Albanjari


Hari ke 2 di cairo

 Sebelum berpisah ke furu' masing2

Jaulah Dumyat di musim sejuk

Kenangan Maarad kitab cairo

Jaulah Maqam di Alexandra bersama DPMT


Bergambar bersama anak syeikh Soleh Ja'fari  

Raya Haji 2009

Gotong royong Rumsh Darul Aman 2

Jaulah maqam 

Aktiviti minggun

Rumah terbuka eid fitri 2010

Nak pi Exam sem 2

Raya Eid Fitri 2010


Oleh : 
Alfaqir Ilallah Mohd Azhar Hamid Almarbawi Alqadhi
Kuliah Syariah Wal Qonun, Universiti AlAzhar Tonto

Lokasi sekarang: 
Cyber Bay, Gharbiah city.


Selasa, 21 September 2010

Selamat Hari Lahir



 بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم

 ألحمدلله رب العالمين. والصلاة على سيذنا حبيبينا سيدنا مولانا نبينا محمد  وعلى أله وصحبه أجمعين ومن تبعهم الى يوم الدين

أم  بعد,



Alhamdulilah, pada pagi yang mulia dapat sekali lagi solat subuh berjamaah bersama sahabat2 di Rumah Darul Aman 2 ini dan juga diberi kekuatan semangat untuk menyelak beberapa helaian mukasurat daripada kitab Al-Azkar yang ditulis oleh Al imam Nawawi r.a. Disamping mengikuti pengajian Tanwizulmasalik bersama ust Syauqi.



Alhamdulillah juga pada pagi yang mulia ini kerana dapat lagi aku mengucapkan selamat hari lahir yang ke-58 buat abah tercinta yang berada di Malaysia.

Aku doakan agar abah dipanjangkan umur lagi mendapat keberkatan illahi, dimurahkan rezeki lagi halal, diberi kesihatan yang baik lagi diberikan kekuatan untuk beribadat, dikuatkan iman lagi dimudahkan segala urusan. Amin.




0leh:
ALFAQIR ILAALLAH, M0HD AZHAR HAMID ALMARBAWI.
KULIAH SYARIAH UNDANG2, UNIVERSITI AL-AZHAR ASSYARIF TONTO.



Lokasi sekarang:
ASRAMA DARUL AMAN 2, NASR CITY, HAYYU ASYIR, CAIR0.

Perjalanan bersama Ust Syamsudin.



 بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم

 ألحمدلله رب العالمين. والصلاة على سيذنا حبيبينا سيدنا مولانا نبينا محمد  وعلى أله وصحبه أجمعين ومن تبعهم الى يوم الدين

أم  بعد,




Alhamdulillah, pada beberapa hari yang lalu saya sempat membawa seorang wakil dari Jabatan Agama Negeri Kedah yang menghantar mahasiswa/wi baru ke Mesir pada sesi ini ke tempat pengajian saya di Tonto. Beliau yang saya maksudkan ialah ust. Samsudin Abd Rahman.



Kami bertolak dari hayyu asyir pada selepas magrib dengan menaiki tramco di 'Abud dan sampai di tonto lebih kurang pada jam 9 lebihan minit malam. Tujuan pengembaraan ust. Samsudin bersama saya kerana ingin melihat kawasan kediaman dan pengajian anak beliau yang baru sampai bersama rombongan JPA disamping melihat kawasan tonto buat kali keduanya sepanjang hidup beliau.



Beliau menginap di rumah saya selama sehari di Cyber Bay, pada keesokan harinya, saya membawa ust. Samsudin ke rumah saudara Aizad yang merupakan anak saudara kepada cikgu Ismail yang bertugas bersama ustaz Samsudin di Majlis Jabatan Agama Negeri Kedah. Lebih kurang dua jam di rana kami bertolak ke markaz DPM yang terletak di Maa'rad kerana ingin berjumpa dengan anak beliau. Kami disambut dengan baik oleh adhoc pelaksana program pelajar baru dan diberi jamuan makan bak VIP. Selepas makan ust Samsudin dibenarkan berjumpa dengan anaknya. Selepas itu kami terus pulang ketempat kediaman untuk berehat kerana ust Samsudin dan saya berkemungkinan besar akan pulang ke Qaherah pada petang itu. Pada petang harinya selepas puas berehat, kami dan beberapa sahabat menjamu selesa makanan yang dimasak khas oleh saudara Fazri dan Saudara Syakir. Selepas makan kami bersantai sambil mendengar pengalaman dan kisah2 lucu semasa ust Samsudin belajar di mesir pada tahun 80-an dahulu.



Setelah solat magrib kami bersiap-siap untuk bertolak ke Qaherah. Setelah siap, kami mencadangkan kepada Saudara Aizad dan saudara ShahAkmal untuk bertemu di Gumlah kerana saudara Aizad juga hendak ke Qaherah kerana ingin bertemu sahabatnya yang baru sahaja tiba di Perlembahan Nil ini.



Kami bertolak dari Gumlah setelah azan
isya berkumandang dan tiba di Ramsis lebih kurang pada jam 9.57 minit malam. Tibanya di Ramsis, kami terus ke kedai jus. Seterusnya kami terus ke perhentian tramco untuk ke destinasi terakhir, kami berpecah di situ kerana saudara Aizad dan saudara Syah Akmal hendak ke hayyu sabeik manakala kami pula hendak ke hayyu asyir. Alhamdulillah, Kami tiba di tempat destinasi dengan selamat.


Di dalam perjalanan bersama ust. Samsudin saya mendapat banyak cerita2 yang menarik dan nasihat daripada beliau.



0leh:
ALFAQIR ILAALLAH, M0HD AZHAR HAMID ALMARBAWI.
KULIAH SYARIAH UNDANG2, UNIVERSITI AL-AZHAR ASSYARIF TONTO.



Lokasi sekarang:
ASRAMA DARUL AMAN 2, NASR CITY, HAYYU ASYIR, CAIR0.

Sabtu, 18 September 2010

Jamuan rumah terbuka negeri Kedah

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.




Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Dengan limpah dan kurnianya memberikan kita segala kenikmatan sehingga hari ini. Selawat dan salam keatas kunjungan besar nabi kita Muhammad saw.



Alhamdulillah. Pada raya ke enam yang lalu saya dan sahabat2 sempat untuk mengikuti Majlis Rumah terbuka Aidil Fitri Majlis Kebajikan Keluarga Kedah. Saya juga sempat untuk mengambil pengalaman untuk bermasyarakat bersama abang2 lama dengan membantu mereka menjayakan majlis tersebut.



Majlis gotong royong kawasan di mulakan pada malam raya ke lima. Pada malam tersebut kami memulakan tugas dengan memasang kemah untuk hadirin yang bakal hadir pada keesokan hari.



Jamuan aidil fitri tersebut bermula pada selepas zohor dan sehingga 5.30 petang, memandangkan tetamu VIP yang terdiri dari pegawai BKAN dan kedutaan tidak berputus ia terpaksa dilanjutkan sehingga jam 7.30 malam. Suasana pada hari itu agak meriahkan dengan adanya deejay khas iaitu ust. Zul dan ust. Rushdan. Pihak penganjur iaitu pejabat pegawai MKKK juga menjemput anak-anak yatim untuk menyampaikan persembahan mereka. Ini juga menambahkan kemeriahan pada hari tersebut.



Majlis pada hari itu disajikan dengan makanan yang tidak asing lagi yang sering dimasak oleh pakar-pakar masak MKKK iaitu nasi tomato dan juga air kacang. Bagi VIP agak berlainan sikit makanan yang disajikan iaitu nasi tomato,laksa,nasi himpit dan kek.



Tetamu yang turut hadir pada hari itu terdiri daripada ahli2 mkkk, jiran2 Malaysia yang tinggal berhampiran, pegawai pejabat zakat negeri Kedah iaitu ust Sofi, pegawai dari Jabatan agama negeri Kedah iaitu Ust. Din dan Cikgu Ismail, pegawai2 BKAN, Presiden PMRAM, dan juga beberapa orang yang bekerja di kedutaan besar Malaysia Kaherah.



Majlis berjalan dengan lancar. Saya berharap tuhan memberkati majlis ini dan dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang.


In sya Allah pada keesokan hari pula pihak PMRAM juga akan mengadakan majlis aidil fitri. Semoga berjalan dengan lancar.




0leh:
ALFAQIR ILAALLAH, M0HD AZHAR HAMID ALMARBAWI.
KULIAH SYARIAH WAL Q0NUN, JAMIATUL AZHAR ASSYARIF BITONTO.



Lokasi sekarang:
RUMAH BALING, NASR CITY, HAYYU SABEIK, CAIR0.

Rabu, 15 September 2010

Selamat berjuang.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.



Alhamdulillah, segala puji bagi tuhan. Selawat dan salam keatas junjungan besar kita, nabi Muhammad saw.


Sudah lama saya tidak dapat meluangkan masa di ruangan ini. Kali ini dapat juga menulis walaupun agak sibuk. Alhamdulillag, di sepanjang cuti semester ini, dapat juga saya mengikuti kelas tafaqquh fiddin bersama Syeikh Nuruddin Albanjari Almakki buat kali kedua di asrama darul 3, hayyu sabeik.

Disepanjang cuti ini juga saya sempat berkenalan dengan sahabat dari KUIN, iaitu saudara Aswad yang baru sahaja menghabiskan pengajian di KUIN di dalam bidang bahasa arab. Disamping itu saya juga sempat kenal dengan sahabat saudara Aswad iaitu kak Jannah dan kak Aisyah. Walaupun saya dengan saudara Aswad mereka tidak begitu lama kenal, terdapat juga sedikit sebanyak kenangan terutamanya ketika mengadakan jaulah ke Mansurah.

Setelah hampir dua bulan saya mengenali mereka, kini sudah tiba hari perpisahan kerana setiap pertemuan parti ada perpisahan.

Saya ingin mendoakan agar mereka selamat sampai di tanah air tercinta dengan selamat dan dipermudahkan segala urusan di sana nanti.

SELAMAT BERJUANG SAHABAT.

Oleh :
Mohd Azhar Almarbawi
Penuntut Kuliah Syariah undang2 Universiti Al Azhar.

Lokasi sekarang:
Asrama Darul Aman1 Hayyu 'asyir, Cairo.

Rabu, 8 September 2010

PERKARA SUNAT YANG DITINGGALKAN.


بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم

PERKARA SUNAT YANG DITINGGALKAN DIMALAM HARI RAYA.





 ألحمدلله رب العالمين. والصلاة على سيذنا حبيبينا سيدنا مولانا نبينا محمد  وعلى أله وصحبه أجمعين ومن تبعهم الى يوم الدين

أم  بعد,



1)      Di dalam Sunan Al-Baihaqi pada bab Ibadat pada 


malam 2 hari raya;


أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ مُوسَى بْنِ الْفَضْلِ حَدَّثَنَا أَبُو الْعَبَّاسِ الأَصَمُّ أَخْبَرَنَا الرَّبِيعُ أَخْبَرَنَا الشَّافِعِىُّ أَخْبَرَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ مُحَمَّدٍ قَالَ قَالَ ثَوْرُ بْنُ يَزِيدَ عَنْ خَالِدِ بْنِ مَعْدَانَ عَنْ أَبِى الدَّرْدَاءِ قَالَ : مَنْ قَامَ لَيْلَتَىِ الْعِيدِ لِلَّهِ مُحْتَسِبًا لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ حِينَ تَمُوتُ الْقُلُوبُ. {ش} قَالَ الشَّافِعِىُّ : وَبَلَغَنَا أَنَّهُ كَانَ يُقَالُ : إِنَّ الدُّعَاءَ يُ�! �ْتَجَابُ فِى خَمْسِ لَيَالٍ فِى لَيْلَةِ الْجُمُعَةِ وَلَيْلَةِ الأَضْحَى وَلَيْلَةِ الْفِطْرِ وَأَوَّلِ لَيْلَةِ مِنْ رَجَبٍ وَلَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ.


Maksudnya: Daripada Abu Darda’ beliau berkata: Sesiapa 

yang menbangunkan 2 malam raya, tidak mengharapkan apa-apa 

kecuali Allah, nescaya tidak akan mati hatinya ketika matinya 

kesemua hati.

Berkata Imam Syafie: Terdapat riwayat yang mengatakan 


Abu darda’ berkata: Sesungguhnya doa mustajab pada 5 malam; 


malam jumaat, malam hari raya adha, malam raya fithri, malam 


pertama rejab dan malam nisfu syaaban.






2)      Riwayat di dalam Kitab Syuabul Iman;

و مما أنبأني أبو عبد الله الحافظ إجازة و رواه عنه الإمام أبو عثمان إسماعيل بن عبد الرحمن الصابوني أنا أبو عبد الله محمد بن علي بن عبد الحميد نا إسحاق بن إبراهيم أنا عبد الرزاق أخبرني من سمع ابن البيلماني يحدث عن أبيه عن ابن عمر قال : خمس ليال لا يرد فيهن الدعاء ليلة الجمعة و أول ليلة من رجب و ليلة النصف من شعبان و ليلتا العيد

Maksudnya: Dari Ibn Umar beliau berkata:  Lima malam tidak

akan ditolak doa permintaan. Malam Jumaat, malam pertama dari

tejab, malam nisfu syaaban dan dua malam raya (fitri dan adha).


Berkata Imam Manawi di dalam Faidul Qadir: Sunat 


menghidupkan kelima-lima malam tersebut. Para salaf sentiasa 


melakukan perbuatan tersebut.

CARA MENGHIDUPKAN MALAM TERSEBUT


1)     Imam Nawawi menyebut  di dalam Kitab Azkar;


يستحب إحياء ليلتي العيد بالذكر والصلاة وغيرهما فإنه وإن كان ضعيفا لكن أحاديث الفضائل يتسامح فيها قال : والظاهر أنه لا يحصل الإحياء إلا بمعظم الليل

Maksudnya: Disunatkan menghidupkan kedua malam hari

raya (Fitri dan Adha) dengan zikir, solat dan selain 

keduanya. 

Walaupun hadis berkenaan menghidupkan malam tersebut

kedudukannya lemah akan tetapi hadis-hadis berkenaan

amalan yang mempunyai kelebihan tertentu diberi

kelonggaran untuk berpegang dengannya.


Berkata Imam Nawawi: Secara zahir dapat difahami tidak

dikatakan menghidupkan malam kecuali dengan

dibangunkan sebahagian besar daripada malam tersebut.




2)     Di dalam kitab Al-Imdad’;


وفي الامداد: ويحصل القيام بالصلاة نفلا فرادى من غير عدد مخصوص، وبقراءة القرآن، والاحاديث وسماعها، وبالتسبيح والثناء، والصلاة والسلام على النبي (ص) الحاصل ذلك في معظم الليل


Maksudnya: Maksud mendirikan malam adalah dengan

melaksanakan solat sunat secara sendirian tanpa bilangan

rakaat tertentu, dengan membaca Al-Quran, membaca hadis

dan memperdengarkannya, dengan bertasbih dan memuji

Allah, dengan berselawat ke atas junjungan besar Nabi

Muhammad yang kesemuanya dilakukan pada sebahagian

besar daripada malam hari tersebut.



3)     Dari Ibn Abbas;


عن ابن عباس رضي الله عنهما بصلاة العشاء جماعة، والعزم على صلاة
الصبح جماعة، كما قالوه في إحياء ليلتي العيدين.
وفي صحيح مسلم قال رسول الله (ص) من صلى العشاء في جماعة فكأنما قام نصف الليل، ومن صلى الصبح في جماعة فكأنما قام الليل كله

Maksudnya: Membangunkan malam dengan solat Isyak

secara berjamaah dan berazam untuk melaksanakan solat

subuh secara berjemaah. Di dalam Sahih  Muslim Baginda

Nabi bersabda: Sesiapa yang melaksanakan solat Isyak secara

berjemaah seolah-olah dia telah membangunkan separuh malam.

Sesiapa yang solat subuh secara berjemaah, seolah-olah

membangunkan keseluruhan malam.

P/s: Di dalam kitab Al-Hawi al-Qudsi: Makruh berhimpun di 

masjid untuk membangunkan malam tersebut.

Sumber: Almuttaqin tv. 


Oleh : 
Alfaqir Ilallah Mohd Azhar Hamid Almarbawi Alqadhi
Kuliah Syariah Wal Qonun, Universiti AlAzhar Tonto

Lokasi sekarang: 
Cairo

Selasa, 7 September 2010

ليلة القدر

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم

 ألحمدلله رب العالمين. والصلاة على سيذنا حبيبينا سيدنا مولانا نبينا محمد  وعلى أله وصحبه أجمعين ومن تبعهم الى يوم الدين

أم  بعد,

Terdapat perbezaan pendapat tentang status surah al-Qadr samada Makkiyyah atau Madniyyah. Ada pendapat menyatakan ia adalah surah pertama diturunkan di Madinah. Dalam kitab al-Itqan memilih pendapat yang menyatakan ia adalah makkiyyah. Maksud diturunkan adalah untuk menzahirkan al-Quran dari alam ghaib kepada dunia syahadah.
Dalam surah al-Qadr menegaskan bahawa al-Quran telah diturunkan dari Luh Mahfuz atau dari langit yang tertinggi (Jami al-Bayan, J. 15, hlm. 258) ke langit dunia iaitu Baitul Izzah pada malam Lailatul Qadar (Ruh al-Maani, J. 10, hlm. 198). Ini ditegaskan lagi dengan sebuah hadis daripada Ibn Abbas yang menyatakan bahawa al-Quran diturunkan kesemua sekali pada malam Lailatul Qadar pada bulan Ramadhan ke langit dunia (Jami al-Bayan, J. 15, hlm. 258).
Menurut Hamka, Lailatul Qadar memberi dua maksud, pertama; kemuliaan kerana setengah dari erti qadr itu ialah kemuliaan; kedua bermaksud penentuan kerana pada waktu itulah mulai ditentukan langkah yang akan ditempuhi oleh Rasulullah s.a.w didalam memberi pertunjuk kepada umat manusia. Kalau dipakai erti kemuliaan, maka mulai pada malam itulah kemuliaan tertinggi dianugerahkan kepada nabi Muhammad s.a.w kerana itulah permulaan Malaikat Jibril menyatakan dirinya dihadapan baginda didalam gua Hira�. Pada malam itu perikemanusiaan diberi kemuliaan dikeluarkan dari zulumat/kegelapan kepada nur/cahaya petunjuk Allah.
Jika diberi erti penentuan bermaksud dimalam itu dimulai menentukan garis pemisah diantara kufur dengan iman, jahiliyah dengan Islam, syirik dengan tauhid. Dan penjelasan tersebut menunjukkan bahawa malam itu adalah malam yang istimewa berbanding dari segala malam (Hamka, J. 10, hlm. 8068). Malam yang membawa lembaran baru, turun wahyu ke dunia setelah terputus sekian lama.
Terdapat beberapa pendapat tentang peristiwa Lailatul Qadar samada ia berlaku sekali atau datang pada setiap Ramadhan. Menurut Ibn Umar, Lailatul Qadar berlaku pada setiap Ramadhan (Jami al-�Bayan, hlm. 209). Pendapat yang lain dari setengah ulama ada menyatakan Lailatul Qadar berlaku sekali sahaja iaitu ketika al-Quran mulai diturunkan pertama kali. Adapun Lailatul Qadar yang kita peringati dan berusaha memperbanyakkan amal ibadat pada malam-malam di bulan Ramadhan adalah untuk memperteguh ingatan kita kepada peristiwa turunnya al-Quran. Kita hidupkan malam itu dengan mengambil berkat dan memperbanyakkan syukur kepada Allah s.w.t. Berdiri mengerjakan terawih dan qiamullail di bulan Ramadhan adalah bertepatan dengan malam turunnya al-Quran (Hamka, hlm. 8071).
Menurut Syeikh Yusuf Amrullah, bapa Hamka, berpegang dengan pendapat al-Hafiz Ibn Hajar menyatakan bahawa Lailatul Qadar yang sebenar hanya sekali iaitu malam mula-mula al-Quran diturunkan. Yang kita buat amal ibadat didalam bulan puasa adalah mengingati Lailatul Qadar itu ialah memperingati dan memuliakan malam al-Quran diturunkan. Kita ingati setiap tahun agar kita bertambah teguh memegang segala yang diturunkan Allah didalam al-Quran.
Hari kebesaran dalam Islam banyak yang diperingati dan menjadi amal ibadat seperti berpuasa pada 10 Muharam atau Asyura kerana mengenangkan beberapa kejadian pada Nabi-nabi yang terdahulu pada tarikh tersebut. Begitu juga dalam manasik haji telah dikatikan dengan kejadian zaman lampau seperti Saci antara Bukit Safa dan Marwah, mengenangkan betapa sulitnya Hajar mencari air untuk anaknya, Ismail di lembah yang tidak ada tumbuh-tumbuhan. Kita juga disunatkan melontar Jamrah bagi memperingati perdayaan syaitan kepada nabi Ibrahim kerana akan menyembelih puteranya Ismail atas perintah Allah. Apabila dikaitkan dengan menghidupkan malam Lailatul Qadar dapatlah diambil kesimpulan bahawa kesemua ibadat tersebut mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk membesarkan syiar Allah dan menambah taqwa dalam diri.
Terdapat berbagai cerita mengenai tanda malam Lailatul Qadar iaitu dapat disaksikan kejadian yang ganjil-ganjil seperti air berhenti mengalir, pohon kayu tunduk rukuk ke bumi dan sebagainya. Menurut Hamka semuanya ini adalah perkara yang tidak dapat dipertanggungjawabkan menurut ilmu agama yang sebenarnya.
Terdapat beberapa hadis yang menceritakan tentang berlakunya Lailatul Qadar dan ia tetap berlaku atau berulang pada setiap bulan Ramadhan, cuma tidak dapat dipastikan secara tepat malam yang keberapa ia berlaku.
Perbincangan panjang lebar diantara ahli-ahli Hadis, mengenai dengan malam apakah yang tepat Lailatul Qadar itu berlaku. Dalam kitab �Fath al-Basri� menurunkan tidak kurang dari 45 qaul tentang malam terjadinya Lailatul Qadar, masing-masing menurut pengalaman dengan catatan Ulama-ulama yang merawikannya, sejak dari malam 1 Ramadhan sampai 29 atau malam 30 Ramadhan. Semuanya dinukilkan oleh as-Syaukani di dalam `Nailul-Authar�nya.
Oleh sebab itu dianjurkanlah supaya setiap malam bulan Ramdhan diisikan penuh dengan ibadat. Bagaimanapun terdapat juga riwayat yang kuat menyatakan bahawa Lailatul Qadar itu ialah pada malam sepuluh yang akhir dari Ramadhan ertinya sejak malam 21, kerana sejak malam 21 itu nabi s.a.w lebih memperkuat ibadatnya daripada malam-malam yang sebelumnya sampai beliau bangunkan kaum keluarganya yang tertidur.
Abdullah bin Mas`ud dan asy-Sya`bi dan al-Hasan dan Qatadah berpendapat bahawa malam itu ialah malam 24 Ramadhan. Alasan mereka ialah kerana ada hadis yang menyatakan bahawa al-Quran diturunkan pada 24 Ramadhan.
Satu riwayat lagi menyatakan jatuhnya ialah pada 17 Ramadhan. Orang yang berpegang pada 17 Ramadhan ini mengambil istimbath daripada ayat 41 dari surah an-Anfal kerana di sana tersebut bermaksud;
� �� dan apa yang Kami turunkan kepada Hamba Kami pada Pemisahan hari bertemu dua golongan�
`Hari bertemu dua golongan� ialah dalam peperangan Badar, pada 17 Ramadhan sedang `hari pemisahan� ialah hari turunnya al-Quran yang pertama yang disebut juga malam yang diberi berkat sebagaimana tersebut didalam surah 44 ad-Dukhan. Maka oleh kerana berhadapan dua golongan di Perang Badar itu, golongan Islam dan golongan Musyrikin terjadi pada 17 Ramadhan, mereka menguatkan bahawa Lailatul Qadar mulai turunnya al-Quran di gua Hira ialah 17 Ramadhan pula meskipun jarak waktunya adalah 15 tahun.
Banyak hadis-hadis yang menyatakan Lailatul Qadar berlaku pada malam yang ganjil sepuluh terakhir dalam bulan Ramadhan (Ruh al-Maani, hlm. 191), dan ada pendapat hadis yang menetapkan pada malam 27.
Ada diceritakan terdapat dikalangan sahabat Rasulullah merasa hairan dengan cerita seorang lelaki dari bani Israel beribadat sepanjang malam kemudian berjihad menentang musuh diwaktu siang dan melakukannya selama seribu bulan. Dalam cerita lain menyatakan seramai empat orang dari bani Israel beribadat kepada Tuhan selama delapan puluh tahun dan mereka tidak melakukan maksiat atau keingkaran. Datang Jibrail kepada nabi bertanyakan samada umatnya hairan dengan ibadat mereka itu. Allah telah menurunkan yang lebih baik dari itu, lalu dibaca surah al-Qadr. Dinyatakan juga bahawa pemerintah nabi Sulaiman dan Zulqarnain selama lima ratus bulan. Maka Tuhan jadikan amalan pada malam Lailatul Qadar (bagi mereka yang mendapatnya) lebih dari tempoh kedua pemerintahan tersebut dan lebih baik dari seribu malam amalan lelaki bani Israel itu.
Dalam tafsir Ruh al-Maani ada dinyatakan setengah ulama al-Shafie berpendapat ada beberapa malam yang istimewa iaitu malam yang paling afdal ialah malam kelahiran-kelahiran nabi Muhammas s.a.w. Kemudian diikuti dengan malam Lailatul Qadar kemudian malam Irsa� dan Micraj, malam Arafah, malam Jumaat, malam Nisfu Syaaban dan kemudiannya malam raya (hlm. 194).
Mengikut Anas daripada nabi menyatakan bahawa Allah s.w.t telah menganugerahkan kepada umatku (Muhammad) Lailatul Qadar dan tidak diberikan kepada umat sebelumnya.
Keistimewaan lain yang berlaku pada malam Lailatul Qadar dinyatakan dalam ayat 4 yang menjelaskan bahawa malaikat dan roh turun pada malam itu dengan keizinan Tuhan. Yang dimaksudkan dengan `roh� ialah malaikat Jibrail dan ini pendapat jumhur ulama. Ia disebut secara khusus kerana kemuliannya. Ada pendapat lain menyatakan nabi Isa a.s turun untuk melihat umat dan menziarahi nabi Muhammas s.a.w. Ada juga pendapat menyatakan roh-roh orang yang mukmin turun untuk menziarahi keluarga-keluarga mereka. Ada pendapat satu lagi mentafsirkan kepada `Rahmat� dari Allah.
Malaikat turun dari martabat mereka yang tinggi yang sebok dengan urusan Allah s.w.t untuk mengucap `salam� kepada orang mukmin. Oleh kerana mereka ramai, antara mereka turun secara kumpulan, ada yang turun dan ada yang naik semula. Oleh kerana kejadian mereka adalah dari nur atau cahaya maka tidaklah timbul masalah kesesakan. Para malaikat yang ramai itu pergi mengunjungi tempat kdiaman orang mukmin, kecuali rumah yang terdapat didalamnya anjing, khinzir, arak dan patung. Mereka megucup tasbih dan memohon keampunan bagi umat Muhammad s.a.w sehinggalah sampai waktu fajar barulah mereka naik semula ke langit. Melihat ini bertasbih memuji Allah s.w.t justeru syukur mereka kepada Allah yang telah melimpahkan keampunan kepada umat Muhammad s.a.w.
Pada malam tersebut Allah s.w.t telah melipatkan rahmatnya kepada seluruh orang mukmin yang masih hidup dan juga kepada yang telah mati. Betapa pemurahnya Allah kepada hambaNya.
Jika kita mengamati hadis dari Anas bin Malik yang menyatakan, barangsiapa yang menunaikan solat maghrib dan isya� berjamaah sepanjang bulan Ramadhan sesungguhnya dia telah mendapat sebahagian dari Lailatul Qadar. Bermaksud bukanlah suatu yang amat sukar untuk mendapatkan sebahagian dari malam Lailatul Qadar. Yang penting kita tidak mengabaikan mana-mana malam di bulan Ramadhan kecuali dengan melakukan ibadat dan paling minimum sembahyang berjamaah pada waktu maghrib dan isya�.
Malam Lailatul Qadar adalah malam yang sejahtera dan selamat dari segala kejahatan dari awal malam sehinggalah terbit fajar. Memberi erti kebaikan menyelubungi sepanjang malam Lailatul Qadar. Tentulah hampa bagi mereka yang lalai yang tidak ambil berat tentang malam Lailatul Qadar, namun ia tetap datang disetiap bulan Ramadhan.

Sumber  dari IKIM.

Oleh : 
Alfaqir Ilallah Mohd Azhar Hamid Senik Almarbawi Alqadhi
Kuliah Syariah Wal Qonun, Universiti AlAzhar Tonto

Lokasi sekarang: 
Cairo

ampuni kami

Update terbaru Followers saya.

Aku sedang berusaha untuk mengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat belajar syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...in sya Allah.
©2008
خديم طلبة العلم الشريف