Assalamaualaikum wbt dan selamat sejahtera.
Segala puji bagi tuhan, pujian dan kesejahteraan kepada nabi Muhammad saw, nabi pemberi syafaat, serta keluarganya yang dikasihi, dan sahabat2nya yang setia bersamanya dan para pengikutnya.
amma ba'd
''Tuntutlah Ilmu walau ke negeri China''
Saya tidak pasti setakat mana tahap kebenaran hadis tersebut, ada yang mengatakannya maudu' sanadnya dan ada yang kata dhoif sanadnya wallahu a3lam.
dan satu lagi hadis, daripada Uqbah bin amir r.a bkata
''carilah ilmu sebelum kelahiran orang2 yang suka mempertikaikan agama''
Alhamdulillah, Semoga sihat sokmo sahabat2. Petang semalam alhamdulillah diberi kesempatan untuk ke maktabah bersama sahabat2, Shahir, Hanif, Hakimi di Gamaah untuk beli beberapa buah buku disamping membeli buku yang dipesan oleh saudara Naziruddin.
Kebetulan pada hari itu, tokey kedai iaitu Ammu Jamal bagi hadiah dua buah buku yang bertajuk Kisah hidup Sayyidna Ali bin Abi Talib r.a dan buku Jalan sufi, alhamdulillah, murah rezeki.
Kalau kat rumah macam ni kan syok
Sebelum balik, singgah makan sebentar di Kubra Quhafah
Sup lidah merpati
Perut sedang berbunyi :-)
Selamat menjamu selera
diantaranya
الحمدلله رب العالمين
Darul Aman House, Sindbad, Cyber Bey, Gharbiah.