PërjälänlänHïdüpkü

TENTANG AKU $ MEREKA
悲しいことしないでください!, 確かに、神は私たちとは
↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓

Sabtu, 30 Oktober 2010

Peristiwa Bulan Dzulhijjah








1. Peristiwa Qurban

>Nabi Ibrahim AS dan nabi Ismail AS diminta untuk melakukan satu pengorbanan diri kepada Allah. Manakala Siti Hajar diminta untuk berpisah dengan suaminya sebagai tanda taat setia kepada Allah.


2. Hujjatul Wada'


>Berlaku pada 8 zulhijjah tahun ke 10 hijrah selepas termeterainya perjanjian dengan perjanjian Hudaibiah.


3. Peristiwa Pembunuhan Sayyidina Umar dan Sayyidina 'Osman R. anhuma.


> Sayyidina 'Umar RA dibunuh pada akhir bulan zulhijjah pada tahun 23 hijrah oleh Abu Lu'luk yang berbangsa Parsi dan beragama majusi. Sayyidina O'sman RA pula dibunuh dirumahnya sendiri pada  18 zulhijjah.




(Sekadar Hiasan)







wallah a'lam.

Cyber Bey, Gharbiah City, Egypt.

Penawar Hati/Hadis Ke-4

Merampas Sebilah Kayu Miswak Boleh Membawa Padah.




 بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم

 ألحمدلله رب العالمين. والصلاة على سيذنا حبيبينا سيدنا مولانا نبينا محمد  وعلى أله وصحبه أجمعين ومن تبعهم الى يوم الدين

أم  بعد,




Mafhum Hadis:

Daripada Abu Umamah Iyas bin Tsa'labah al Harithsi RA. Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda "sesiapa yang mengambil hak milik seseorang islam dengan sumpahnya ( mengambil secara paksa atau merampas) maka Allah SWT telah mewajibkan neraka baginya dan telah mengharamkan syurga untuk dimasukinya. Kemudian ada seorang lelaki bertanya 'Kalau hanya barang yang sangat sedikit, Ya Rasulullah? Nabi SAW menjawab. Walaupun hanya setangkai kayu arak. (kayu yang digunakan untuk bersiwak)

H-R Muslim.

Dalam sebuah hadir lain riwayat daripada Umar dgn Khattab RA beliau berkata;


"Setelah selesai peperangan Khaibar ada segolongan di antara sahabat Rasulullah SAW datang dan menghadap kepada beliau, kemudian mereka berkata: si fulan itu mati syahid, dan si fulan itu mati syahid. Sehingga akhirnya mereka meyebut nama seorang laki2 lalu mereka berkata: si fulan itu juga mati syahid. Lalu nabi SAW bersabda. Tidak sama sekali tidak. Fulan itu aku lihat dimasukkan di dalam api neraka kerana menyembunyikan sehelai selendang atau (syak perawi) sehelai baju daripada harta pampasan.


KETERANGAN

Islam melarang sesiapa sahaja daripada mengambil hak milik orang lain tanpa kebenaran daripada tuan yang memiliki harta tersebut kerana islam amat menghargai hak milik peribadi seseorang. Maka sesiapa yang mengambil hak milik orang lain hendaklah ia memulangkan dengan segera walaupun barang itu hanyalah sedikit. Jika disabitkan dengan hadis yang saya datangkan sebentar tadi, seseorang boleh dimasukkan ke dalam neraka akibat daripada mengambil sebatang kayu miswak sahaja, apabila ia dianggap ringan hal itu dan mati dalam keadaan tidak sempat untuk meminta halal dari tuan barang tersebut.


0leh itu, hendaklah kita berhati2 kalau kita bermuamalah dengan orang lagi, dan hendaklah kita menjauhi harta2 yang haram dan janganlah kita melakukan sebarang kezaliman kerana setiap kezaliman itu membawa kepada kebinasaan yang sangat besar sekali.


Bagaimana pula dengan masalah menggelapkan harta sesuatu kunpulan, jemaah, rakyat, pertubuhan, atau negara yang di istilahkan pada masa sekarang ini dengan perkataan "korupsi" adalah suatu amalan yang terkutuk dan dosa yang sangat besar, sekalipun yang digelapkan itu hanya selembar baju sahaja. Hadis yang didatangkan tadi itu adalah merupakan satu amaran yang keras dan peringatan yang tegas agar seseorang yang khianat terhadap hak milik orang ramai yang diamanahkan keatasnya. Tindakan lepas itu akan diambil sekalipun keatas seseorang yang telah gugur di medan perang dengan badan yang berlumuran darah, yang telah mempertaruhkan nyawanya sebagai tanda kesetiaan kepada perjuangan, apatah lagi kalau ia hanya seorang pegawai biasa yang tidak begitu bermakna dan besar khidmat dan pengorbanannya kepada islam.


Dengan ini, di akhir kalam ini, saya menyeru kepada diri saya, dan sahabat pembaca, dan sahabat2 yang terlibat di dalam organisasi persatuan, pekerjaan dan politik agar dapat mengambil cakna dalam masalah yang berkaitan dengan hak milik orang lain. Dan juga, saya doakan agar kita semua tidak terlibat di dalam jenayah yang telah disebutkan oleh Rasulullah SAW sebentar tadi.
Wallah a'lam.


(Sekadar hiasan)


Lokasi: Cyber Bey, Gharbiah City, Egypt.

Rabu, 20 Oktober 2010

Peristiwa di bulan Zulqaedah

1. Peperangan Bani Quraizah

peperangan ini berlaku pada tahun kelima hijrah sebaik sahaja selesainya peperangan al Ahzab.




2. Bai'atul Ridhwan.

Rasulullah telah mengepalai serombongan umat islam menuju ke Makkah untuk menunaikan haji dan umrah, tetapi telah disekat oleh orang arab Quraish.



3. Perjanjian Hudaibiah.



Perjanjian ini berlaku di penghujung tahun keenam Hijrah di antara kerajaan islam Madinah dengan kerajaan Mushrikin Makkah.

Wallah a'lam.....


0leh:
Mohd Azhar Hamid alMarbawi.
Kuliah Syariah undang2.
Universiti alAzhar


Lokasi sekarang:
Sindbad, cyber bay, Gharbiah City.

Isnin, 18 Oktober 2010

Urusan Kedutaan Malaysia

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasihani Lagi Penyayang.


Alhamdulillah. Segala puji dan puja hanya layak buat sang pencipta. Syukur yang tidak terhingga kerana pada hari yang penuh keberkahan ini juga kita diberikan nikmat yang paling bernilai di langit dan di bumi iaitu nikmat iman dan islam yang mana diberikan daripada nenek moyang kita sehingga kepada kita pada hari ini, bersyukur juga diatas kurniaan kesihatan dan kebahagiaan yang tidak terkira banyaknya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Sayyidina Muhammad SAW serta ahli keluarganya, dan para sahabatnya yang beliau sayangi dan para pendakwah dan pengikut agama Allah yang tidak putus2 berjuang sehingga hari qiamat.



Pada awal pagi tadi selepas solat subuh,saya terus mandi kerana telah berjanji dengan Saudara Mashkur untuk ke pejabat kedutaan Malaysia Qaherah yang terletak di Dewan Malaysia Abbasiah Qaherah yang mana juga berhampiran dengan Maahad Bu'us alAzhar. Tepat jam 6.25 pagi saya keluar dari rumah saudara firdaus dan terus ke Asrama Darul Aman 3 kerana ingin telah berjanji untuk ke DMAK bersama saudara Mashkur. Kami pergi menaiki bas 24 jim dan sampai lebih kurang jam 7.15 pagi. Agak lama kami menunggu pejabat untuk dibuka, orang yang datang untuk membuat urusan semakin ramai. Tunggu punya tunggu, selepas 3 jam kemudian baru pejabat bagi urusan terjemah buka kerana ust Husni mempunyai masalah yang perlu diselesaikan. Beliau datang dengan senyuman manis sambil memberi salam dan memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku.


Sahabat ikhwah dan akhawat memenuhi kawasan pejabat lebih 50 orang. Setelah lama menunggu kami diberi borang untuk rujukan kedutaan Malaysia. Setelah selesai, kami menyerahkan borang kepada ust Husni bersama keputusan kuliah dan salinan passort. Nampak gayanya, urusan tidak dapat diselesaikan pada hari ini, kami terus pulang dengan menaiki bas 926.


Saya terus pulang ke rumah saudara Firdaus, manakala saudara Mashkur ke Asrama Darul Aman. Azan zohor telah berkumandang, rasanya sudah tiba waktu untuk berehat kerana dari semalam tidak tidur. Setelah solat jamak ta'khir bersama zohor, kini menunggu pula azan maghrib.


Setelah solat magrib di masjid bawah rumah, saya bercadang untuk ke hayyu asyir (district 10) untuk bertemu dengan ust Wahab yang bakal pulang pada malam esok disamping menjadi pengiring Syeikhuna, Dr.Jamal Farouk ke Malaysia.


Selepas lebih setengah jam berjumpa dan mengucapkan selamat dengan ust Wahab saya bersiap sedia mengatur langkah untuk pulang ke rumah kediaman di Tonto kerana ingin menambah tarikh visa yang bakal mati pada 25 oktober akan datang. Dan bercadang untuk ke Qaherah semula pada hujung minggu ini kerana hendak mengambil terjemahan di DMAK disamping bertemu dan mengucapkan selamat buat kali terakhir di sini dengan ust Man sirya dan ust Zahran Syarif yang bakal pulang pada minggu hadapan.


D0AKAN PERJALANAN SAYA SELAMAT DAN DIMUDAHKAN SEGALA URUSAN.


Saya akhiri kalam saya di dalam perjalanan ke Tonto ini dengan taufiq dan hidayah Allah.


0leh:
penuntut ilmu assyarif,
Mohd Azhar Hamid
Kuliah undang2.



Lokasi sekarang:
Gharbiah city, Egyp.

Selamat Menghadapi Peperiksaan.




بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم




Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad dan keluarganya dan sahabatnya dan pengikutnya.

Buat adik Naim yang dirindui dan sahabat2  perjuangannya, diharapkan tenang untung menghadapi peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia yang akan berlangsung pada esok hari...

>Banyakkan berdoa dan solat hajat sebelum ke dewan peperiksaan.
>Pertingkatkan taqarrub kepada yang esa dan mengadulah kepadanya.
>Mohon doa dan restu ayah dan ibu dan rakan2.
>Mulakan setiap awal jawapan dengan bismillah.
>Allah Yusahhil Alaikum.
>Semoga Najah.
>Bittaufiq.

Saya sentiasa mendoakan kalian. in sya Allah.


















Oleh : 
Alfaqir Ilallah, yang mengharapkan keampunan dari tuhannya
Mohd Azhar Hamid Almarbawi Alqadhi
Kuliah Syariah Wal Qonun, Universiti AlAzhar Tonto

Lokasi sekarang: 
Cyber Bay, Gharbiah city.

Jumaat, 15 Oktober 2010

Hukum Melawak



 بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم

 ألحمدلله رب العالمين. والصلاة على سيذنا حبيبينا سيدنا مولانا نبينا محمد  وعلى أله وصحبه أجمعين ومن تبعهم الى يوم الدين

أم  بعد,



Etika melawak dan bergelak ketawa.

Islam tidak melarang untuk kita berseronok dengan melawak dan bergelak ketawa. Lihatlah bagaimana kisah Rasulullah bergurau dengan seorang wanita tua.

Wanita itu berkata baginda "Doalah kepada Allah supaya Dia memasukkan aku ke dalam syurga." Baginda menjawab "Wahai ibu, sesungguhnya orang tua tidak masuk ke dalam syurga." Perempuan itu balik dan menangis. Baginda saw bersabda:

أخبروها أنها لا تدخلها وهي عجوز إن الله تعالى يقول إنا أنشأناهن إنشاء فجعلناهن أبكارا عربا أترابا

Maksudnya: "Beritahulah kepadanya bahawa dia tidak masuk ke dalam syurga dalam keadaan masih tua. Sesungguhnya Allah berfirman " Sesungguhnya kami mencipta wanita-wanita syurga dengan penciptaan yang baru. Kami jadikan mereka dalam keadaan dara, yang amat mengasihi suaminya dan yang sebaya dengannya."
(Hr Tirmizi dan al-Baihaqi dgn sanad yg hasan)

Abu Hurairah telah meriwayatkan: Para sahabat berkata " Wahai Rasulullah sesungguhnya kamu bergurau senda dgn kami." Baginda menjawab:

نَعَمْ غَيْرَ أَنِّي لَا أَقُوْلُ إِلَّا حَقَّا

Maksudnya: Ya aku bergurau tetapi aku tidak berkata melainkan perkara yang benar.
(Hr Tirmizi dan Ahmad – sanadnya hasan)

Disini Dr Yusuf Qardawi meletakkan lima etika yg perlu dipatuhi dalam bergurau senda:

Pertama: Tidak menggunakan perkara yang bohong sebagai alat untuk manusia tertawa.

Nabi saw bersabda:

ويل للذي يحدث فيكذب ، ليضحك القوم ، ويل له ، ويل له.

Maksudnya: Celaka orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia.
(Hr Ahmad dan ad-Darimi – sanadnya sahih)

Kedua: Gurauan tidak mengandungi penghinaan terhadap orang lain melainkan diizinkan oleh orang tersebut.

Firman Allah: " Wahai orang2 yang beriman janganlah satu puak itu menghina puak yang lain, kemungkinan orang yang dihina lebih baik dari orang yang menghina. Janganlah wanita menghina wanita yang lain , kemungkinan wanita yang dihina lebih baik baik dari yang wanita menghina… " ( 11 : al-Hujarat)

Nabi saw bersabda:

بِحَسْبِ امْرِىءٍ مِنَ الشَّرِ أَنْ يَحْقِرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ

Maksudnya: "Cukuplah seorang itu melakukan kejahatan apabila dia menghina saudaranya semuslim." (Hr Muslim – sahih)

Termasuk dalam menghina ialah dgn meniru perbuatan orang lain.

Aisyah ra berkata "Aku telah meniru perbuatan seorang manusia." Lalu Rasulullah saw bersabda:

ما أحب أني حكيت أحدا

Maksudnya: "Aku tidak suka meniru perbuatan orang lain."
(Hr Ahmad dan Baihaqi – sanad sahih)

Ketiga: Melawak yang tidak menakutkan orang lain.

Nukman bin Basyir ra berkata: Sesungguhnya kami bersama Rasulullah saw dalam satu perjalanan. Seorang lelaki mengantuk di atas tunggangannya. Seorang lelaki yang lain mengambil anak panah dari busurnya dan mengejutkan lelaki yang mengantuk yang menyebabkan dia terperanjat. Rasulullah saw bersabda;

لاَ يَحِلُّ لِرَجُلٍ أَنْ يُرَوِّعَ مُسْلِمًا

Maksudnya: "Haram bagi seorang lelaki menakutkan orang Islam."
(Hr Thabrani – sahih)

Nabi saw bersabda:

لا يأخذن أحدكم متاع أخيه لاعبا أو جادا

Maksudnya : " Janganlah kamu mengambil barang kepunyaan saudara seislamnya dengan niat melawak atau pun betul2."

(Hr Ahmad – sahih)

Keempat: Jangan melawak ditempat yang serius dan jangan serius di tempat melawak.

Dalam Islam ada 3 perkara yang dianggap diambil hukumnya walaupun dalam keadaan melawak. Nabi saw bersabda:

ثلاث جدهن جد وهزلهن جد: النكاح والطلاق والعتاق

Maksudnya: "Tiga perkara yang mana yg mana diambil hukumnya samaada dalam keadaan melawak atau serius: 1. Nikah 2. Cerai 3. Membebaskan hamba.
(Hr Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah – sanadnya hasan)

Sesungguhnya Allah telah mencela orang2 musyrikin yang ketawa ketika mendengar al-Quran. Firman Allah swt:
"Adakah kamu hai musyrikin rasa hairan dengan ayat2 suci al-Quran? Kamu ketawa ketika mendengarnya, tidak menangis ketika mendengarnya dan kamu dengar dalam keadaan lalai." (59 – 61 : an-Najm)

Kelima: Hendaklah melawak sekadar perlu dan tidak berlebihan.

Nabi saw bersabda:

وَلَا تُكْثِرْ مِنَ الضَّحْكِ فَإِنَّ كَثْرَةَ الضَّحْكِ تُمِيْتُ الْقَلْبَ

Maksudnya: "Janganlah kamu banyak ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa boleh mematikan hati." (Hr Ahmad dan Ibu Majah – sanad hasan)

Saidina Ali ra:
"Masukkan lawak dalam kata2 sekadar kamu memasukkan garam dalam makanan kamu."

Said bin al-'As berkata:
"Bersederhanalah dalam melawak. Berlebihan dalam melawak akan menghilangkan keindahan dan menyebabkan orang-orang yg bodoh akan berani terhadap mu. Meninggalkan melawak akan menjauhkan orang2 yang hendak bermesra dan menyebabkan orang2 yang berdamping dgn mu berasa rimas."


sumber: Blog YB Idham Lim.


Oleh : 
Alfaqir Ilallah wa Maghfifatullah.
Mohd Azhar Hamid Almarbawi Alqadhi
Kuliah Syariah Wal Qonun, 
Universiti AlAzhar Tonto.

Lokasi sekarang: 
Pejabat MKKK, 
Asrama Darul Aman 2,  
District 10, Cairo.
 

Khamis, 14 Oktober 2010

Tahniah Buat Abang Cik & Kak Pia

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.




Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Dengan limpah dan kurnianya memberikan kita segala kenikmatan sehingga hari ini, terutamanya nikmat iman dan islam. Selawat dan salam keatas kunjungan besar nabi kita Muhammad saw.



Jam pada telefon bimbit sekarang menunjukkan tepat jam 0341 pagi, Alhamdulillah, walaupun baru sahaja sampai di Cairo pada jam 1000 malam semalam bersama saudara Habibullah Abd Razak dari kota Damietta, saya dapat tidur seketika walaupun terpaksa berperang dengan pijat2 dan juga dapat mengambil masa untuk memenuhi coretan di ruangan blog saya.



Setelah enam hari berada di kota Damietta, akhirnya saya terpaksa berganjak ke kota Cairo pula kerana hendak melangsaikan urusan perterjemahan surat tawaran kuliah dan sijil keputusan peperiksaan sesi 2009/2010 di pejabat kedutaan Malaysia Qaherah disamping melangsaikan urusan permohonan zakat negeri Kedah di pejabat Majlis Kebajikan Keluarga Kedah. Antara aktiviti sepanjang keberadaan saya di sana ialah menziarahi sahabat2 sekitar Dumyat, jaulah sekitar Dumyat dan memancing. Disamping ini, saya ingin mengucapkan sebanyak2 terima kasih kepada saudara Habibullah dan saudara Syamir Syaari kerana sudi melayan saya sebagai tetamu semasa berada di sana.



Di pagi yang mulia dan bagaikan ada rahmat tuhan yang sedang turun kepada hamba2nya ini juga, saya ingin mengucapkan jutaan "tahniah" kepada Abang Cik dan Kak Pia tercinta kerana selamat mendapat cahaya mata pertama yang diberi nama Nur Amrina Rasyada binti Muhd Fakhrurazi yang dijangka lahir sebelum ini pada 10.10.2010. Semoga nama yang baik yang diberi dapat membentuk peribadi yang baik dan menjadi penawar suka duka kepada Abang Cik dan Kak Pia.


Khatimul kalam saya pada pagi yang penuh barakah ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat2 pelawat blog saya yang sudi membaca catitan saya yang tidak seberapa ini. Izinkan saya mendoakan kebahagian kalian di dunia dan akhirat dan juga dipermudahkan segala urusan. Amin

14 0ktober 2010

0leh:

Hamba milik Allah selamanya, Muhammad Azhar Hamid alMarbawi,
Kuliah Syariah Undang2,
Universiti alAzhar asSyarif.



Lokasi Sekarang:

Rumah Sewa Saudara Firdaus Shahabudin, Seksyen 7, Nasr City, Cairo.

Sabtu, 9 Oktober 2010

Main Bola



 بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم

 ألحمدلله رب العالمين. والصلاة على سيذنا حبيبينا سيدنا مولانا نبينا محمد  وعلى أله وصحبه أجمعين ومن تبعهم الى يوم الدين

أم  بعد,





Setelah sekian lama
berangan2 dan bercita2 untuk bermain bola sepak, akhirnya tercapai juga. Ini oleh kerana kedatangan saudara Habibullah dari kota Damietta ke rumah saya pada 2 hari yang lalu. Memandangkan, dia seorang yang sangat fanatik pada bola, saya juga turut main bersama pada hari khamis yang lalu. Permainan yang di padang berhampiran rumah itu berlansung selama 2 jam 30 minit, turut bermain pada hari itu satu group bola sepak yang agak gah di sini, tidak lain dan tidak bukan yang saya maksudkan ialah team yess. Terasa juga keletihan dan sakit2 pada pinggang dan bahagian paha sehingga sekarang kerana sudah lama tidak mengasah stamina.



Setelah penat bermain kami ke kedah jus dan terus pulang ke rumah untuk berehat kerana pada petang hari saya bercadang untuk mengikuti saudara Habib ke Damietta kerana sudah lama tidak menziarahi sahabat2 di sana.


Pada petangnya, iaitu selepas makan dan solat asar, kami memulakan perjalanan. Kami ke sana dengan menaiki tramco, untuk sampai ke tempat destinasi kami terpaksa menaiki tramco lompat iaitu dengan menaiki dari tonto ke mansoura dan dari mansoura ke Damietta. Dari tonto ke mansoura kami menaiki peagout dengan bayaran sebanyak 4 pound egyp. Setelah hampir 1 jam setengah perjalanan kami sampai di Mansoura dan bercadang untuk solat maghrib di sama. Setelah itu kami terus bertolak ke Damietta dengan menaiki tramco dengan bayaran sebanyak 4 pound juga.


Di dalam perjalanan dari Mansoura ke Damietta, kami sempat berkenalan dengan seorang doktor yang mengajar bahasa Perancis di universiti di Mansoura. Dr. Mahmud banyak menceritakan tentang anaknya iaitu Ahmad yang bekerja sebagai engineer di syarikat proton di Malaysia, anaknya juga berkahwin dengan kerabat sultan di Malaysia dan beliau juga bercadang untuk ke Malaysia pada akhir tahun ini. Disamping itu, beliau juga menasihatkan agar kami selalu bermuamalat dengan orang2 arab agar dapat mengusai bahasa arab dengan lebih mendalam.


Setelah berjam2 di dalam tramco, akhirnya kami sampai ke tempat destinasi dengan selamat. Kini bermalam di rumah saudara Habib dan sudah pun berjumpa dengan sahabat2 Kedah di sini. Saya bercadang, selepas menunggu saudara Habib menyiarkan urusan kuliah, kami bercadang untuk ke Cairo bagi menyelesaikan urusan penterjemahan tasdiq, dan kishfu natijah di kedutaan Malaysia kerana pendak memohon zakat Kedah pada tahun ini.

DOAKAN KESELAMATAN PERJALANAN KAMI......


Oleh:

hamba yang mengharapkan keampunan tuhannya,
Alfaqir ilallah. Mohd Azhar Hamid Almarbawi.
Kuliah Syariah Undanng2.
Jamiah al Azhar asSyarif



Lokasi sekarang:

Seksyen 1, New city, Damietta.

Rabu, 6 Oktober 2010

Syukur, Selesai sudah

 بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم

 ألحمدلله رب العالمين. والصلاة على سيذنا حبيبينا سيدنا مولانا نبينا محمد  وعلى أله وصحبه أجمعين ومن تبعهم الى يوم الدين

أم  بعد,


Pertamanya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pelawat2 blog saya kerana masih sudi untuk membaca kisah perjalanan hidup saya di bumi kinanah ini.


Apa agaknya yang bakal saya ceritakan tentang perjalan hidup saya pada kali ini?


Penulisan saya pada malam ini adalah berkaitan dengan urusan kuliah yang baru sahaja diselesaikan pada tengahari tadi.



Alhamdulillah, setelah berusaha agar tidak tidur sejak semalaman sehingga subuh, akhirnya saya berjaya ke jamiah untuk menyiapkan urusan kuliah yang sudah seminggu terbengkalai. Saya melalui pengalaman ini bersama sahabat saya yang sering hadir ke rumah dikatakan setiap hari. Tidak lain tidak bukan, sahabat yang saya hendak maksudkan itu ialah saudara Fadli bin Omar.



Pada mula sampai di jamiah, kami berdiri di hadapan pejabat syuun bagi pelajar wafidin, tapi malangnya tindakan kami itu tidak di endahkan kerana lebih penting baginya mengisi perut sendiri, aku tersenyum sendirian melihat sikapnya. Beberapa minit kemudian beliau menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang syuun, beliau yang saya maksudkan ialah doktor Mustofa. Setelah lama beratur tibalah masa saya untuk mengadap muka berhadapan dengan muka beliau untuk mendapatkan kishfu natijah.



Selepas mendapat resit untuk membuat pembayaran, kami ke kaunter sebelah untuk membuat bayaran. Resit pembayaran di kutip mengikut 4 orang. Resit pembayaran kami mengikuti bersama ustaz Solehudin.
Hampir 2 jam dibuatnya berdiri menunggu untuk membuat pembayaran kerana jamiah kami masih menggunakan sistem manual. Hampir terduduk dibuatnya. Setelah nama naik, kami ke kaunter pejabat Doktor Mustofa semula untuk mendapatkan kishfu natijah bersama tandatangannya. Setelah itu, lebih kurang sejam juga untuk mendapatkannya kerana terdapat masalah sedikit dibahagian beliau. setelah azan zohor berkumandang, tibalah giliran kami untuk mendapatkan apa yang dikehendaki. Setelah itu kami terus ke pejabat ketua syuun mahasiswa iaitu doktor Abd Rahman dan pejabat amin am mahasiswa iaitu Doktor Ibrahim. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar tanpa halangan sepertimana berlaku pada kaunter Dr. Mustofa dan kaunter pembayaran.



Saya mendoakan agar sahabat2 yang belum membuat urusan kuliah dipermudahkan segala urusan. In Sya Allah.





Oleh : 
Alfaqir Ilallah yang mengharapkan keampunan dari tuhannya
Mohd Azhar Hamid Almarbawi Alqadhi
Kuliah Syariah Wal Qonun, Universiti AlAzhar Tonto

Lokasi sekarang: 
Cyber Bay, Gharbiah city.


Sabtu, 2 Oktober 2010

Penawar Hati/Hadis ke-3 / SERINGAN2 SIKSAAN NERAKA.

SERINGAN2 SIKSAAN NERAKA.




 بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم

 ألحمدلله رب العالمين. والصلاة على سيذنا حبيبينا سيدنا مولانا نبينا محمد  وعلى أله وصحبه أجمعين ومن تبعهم الى يوم الدين

أم  بعد,



Mafhum dari hadis:

Daripada Nu'man bin Basyir RA berkata. Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: 'sesungguhnya seringan-ringan siksaan penghuni Neraka pada hari kiamat ialah seseorang yang akan diletakkan di bawah tapak kakinya dua buah bara api neraka sehingga menidih (dari sebab panas bara api tersebut) otak yang dikepalanya. Dia tidak mengira bahawa ada orang yang lebih dahsyat siksaan daripadanya, padahal dialah orang yang paling ringan siksaannya.

H.R Bukhari dan Muslim.

KETERANGAN

Cuba kita bayangkan betapa dahsyatnya siksaan yang paling ringan di Neraka. Dengan bahang kedua bara api yang diletakkan di bawah tapak kaki mampu untuk mendidihkan otak yang berada di kepala. Namun betapa pula siksaan yang lebih berat. Rasanya tidak ada seorang pun yang mampu berdiri di atas bara api yang panas yang boleh mengelegakkan otak yang ada di kepala. Kalau kita tersentuh sedikit sahaja api di dunia ini, kita menjerit kepanasan dan kita tidak akan mampu untuk menahannya walaupun hanya beberapa jam, cuba bayangkan betapa sedihnya siksaan yang berterusan dan dari saat ke saat hanya bertambah panas disamping tekanan jiwa dengan putus harapan daripada selamat walaupun setelah jutaan tahun yang akan datang.

(Sekadar hiasan)



0rang yang akan disiksa dengan siksaan yang paling ringan ialah bapa saudara Nabi SAW yang bernama Abu Thalib mendapat sedikit keringanan kerana walaupun beliau mati dalam keadaan kufur, namun banyak jasanya dalam mengasuh Nabi SAW Sewaktu beliau masih kecil dan dengan membela beliau ketika berada di dalam kesusahan semasa diangkat menjadi nabi. Semua ini menyebabkan Abu Thalib mendapat sedikit kepinganan bila dibandingkan dengan orang-orang kafir lain.




Cuba kita hitungkan sebanyak manakah amalan untuk kita memperoleh syurga Allah, adakah dengan perbuatan dosa kita mampu untuk memperoleh ganjaran daripadanya. 0leh itu saya menyeru kepada diri saya dan sahabat2 agar kita dapat mempertingkan amalan2 kita dan perbanyakkan berdoa agar kita tidak tergolong dari ahli Neraka, WAL IYAZU BILLAH. Semoga kita semua menjadi ahli syurga yang abadi. In Sya Allah.



Cyber Bay, Gharbiah city.


ampuni kami

Update terbaru Followers saya.

Aku sedang berusaha untuk mengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat belajar syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...in sya Allah.
©2008
خديم طلبة العلم الشريف