PërjälänlänHïdüpkü

TENTANG AKU $ MEREKA
悲しいことしないでください!, 確かに、神は私たちとは
↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓

Isnin, 28 Februari 2011

Baru Balik Dah Nak Kena Gi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, Selawat dan salam keatas junjungan kita nabi Muhammad saw.

Semalam saya bersama beberapa rakan menghadiri perjumpaan ramah mesra bersama Menteri Besar Kedah YAB Dato' Ust Haji Azizan bin Abd Razak. Tujuan majlis tersebut diadakan kerana YAB MB ingin memberitahu kepada mahasiswa/wi dan waris2 berkaitan dengan suasana Mesir pada masa sekarang dan berhubung dengan pengajian di sana.

Di dalam ucapan tersebut YAB MB mengumumkan bahawasanya kerajaan negeri akan menanggung pembelanjaan tambang ke Cairo bagi Mahasiswa/wi yang pulang bersama Operasi Piramid yang dilaksanakan oleh kerajaan pusat, pihak kerajaan negeri juga sanggup untuk memberikan sumbangan RM500 kepada setiap seorang mahasiswa/wi.



 Berkaitan dengan penerbangan yang dirancang, pihak kerajaan negeri Kedah telah berjaya untuk menyewa 3 buah kapal terbang Egyp Air yang akan membawa penumpang seramai lebih 800 orang. Sepertimana yang dirancang, kami akan bertolak pada 4 penerbangan iaitu pada 5,7,8,9 haribulan Mac 2011. Dan dikumpulkan di dataran Wisma Darul Aman Alor Setar ke lapangan terbang KLIA seterusnya meneruskan penerbangan ke Cairo.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak2 yang terlibat dalam operasi menghantar mahasiswa/wi ke Mesir semula, terutamanya kerajaan negeri, Syarikat2 yang berada dibawah kerajaan negeri, NGO-NGO, dan rakyat negeri Kedah yang banyak menyumbangkan wang ringgit kepada kerajaan. Semoga Allah sahaja yang membalas jasa kalian dihari yang tiada pertolongan nanti.

Disamping itu, saya juga ingin memohon kemaafan kepada ahli keluarga dan sahabat handai kerana tidak sempat untuk berjumpa. Tidak lupa juga kepada sahabat2 pembaca blog saya yang budiman, saya memohon agar sahabat2 mendoakan perjalanan kami nanti berada didalam selamat dan dimudahkan segala urusan.


Wisma Darul Aman

TO

Kuala Lumpur International Airport

TO

Cairo International Airport


Mohd Azhar Bin Hamid.
Syariah Undang2 Tonto.
Mergong, Alor Setar, Kedah Sejahtera.

Sabtu, 26 Februari 2011

Gambar Kenangan Cairo - Arab Saudi - Jakarta - Malaysia

Assalamualaikum wbt.

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Pengasihan.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana memudahkan setiap perjalanan setiap urusan kita. Selawat dan salam keatas junjungan besar kita nabi Muhammad saw, serta ahli keluarnya, sahabatnya dan pengikut-pengikutnya sehingga ke kari Akhirat.

Dikesempatan ini, saya dapat meluangkan sedikit masa untuk mengupload sedikit sebanyak gambar sebagai kenang-kenangan bersama-sama rakan seperjuangan ketika pulang ke Malaysia bersama operasi Piramid kerajaan Malaysia. Disamping itu juga ini juga merupakan catatan pertama saya di Malaysia.


CAIRO TO JEDDAH

Lokasi: Lapangan terbang Cairo
Flight: Pesawat Charlie 9 c-130 TUDM
Tarikh: 06 02 2011
Jam: 1700

CAIRO








Jeddah












JEDDAH TO JAKARTA TO MALAYSIA

Flight: Saudsi Arabia airlines (to Jakarta)
          Charlie c-190 (to TUDM Subang)

Tarikh: 16 02 2011
Jam: 2100 saudi- 1700 mas

















Jakarta




TUDM Subang

Mohd Azhar Bin Hamid
Syariah Undang2 Universiti AlAzhar
Mergong, Alor Setar, Kedah Sejahtera.

Khamis, 3 Februari 2011

Ya Allah Mudahkanlah Urusan Kami

Dengan Nama Allah.

Alhamdulillah. Selawat dan salam keatas junjungan nabi Muhammad saw. ahli keluarganya serta sahabatnya.

In Sya Allah pada keesokan hari atau lusa, saya bersama-sama sahabat Kedah di bumi mesir ini akan bertolak ke Jeddah, Arab Saudi dahulu dengan kapal terbang tentera Malaysia Bunga Emas sebelum bertolak ke Malaysia. Didalam perancangan kami akan ditempatkan di Hotel Tabung Haji di Jeddah sebanyak-banyaknya sebulan.


Punca demontrasi

Walaupun agak sedikit kritikal, buat pengetahuan keluarga2 kami di Malaysia, buat masa sekarang kami disini masih berada dalam keadaan selamat dan cukup bekalan makanan. Kami memerlukan bekalan doa kalian.




Tahrir Square
Inilah kehebatan rakyat Mesir lokasi:Tahrir Square

Walaupun begitu kami diarahkan oleh kerajaan Malaysia & Kedutaan Besar Malaysia Kaherah untuk keluar dari negara ini kerana bagi mengelakkan kebarangkalian daripada masalah keselamatan dan krisis makanan atau masalah-masalah lain yang akan berlaku pada masa akan datang. Walaupun terpaksa mengorbankan ribuan ringgit harta yang berbaki disini, semoga ada kebaikan hikmah dan ganjaran disisi Allah Taala.

Diharapkan kepada sahabat2 pembaca sentiasa mendoakan keselamatan kami dan dimudahkan segala urusan dengan selamat.

Ya Allah amankanlah bumi barakah ini. amiinn.




Mohd Azhar Hamid
Kuliah Syariah Undang2Universiti AlAzhar Tanta
lokasi: Asrama Darul Aman 3, Hayyu Sabeik, Cairo.
ampuni kami

Update terbaru Followers saya.

Aku sedang berusaha untuk mengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat belajar syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...in sya Allah.
©2008
خديم طلبة العلم الشريف