PërjälänlänHïdüpkü

TENTANG AKU $ MEREKA
悲しいことしないでください!, 確かに、神は私たちとは
↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓

Jumaat, 30 Oktober 2009

Kosmo Fitnah Assyahid

Langkawi 29 Okt 12.15 a.m | Persatuan Mahasiswa Kedah darul Aman (PERSADA  kedah)  menggesa akhbar Kosmo!  supaya menarik semula kenyataan yang mendakwa bahawa Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali  Ibrahim Libya sebagai sesat. Setiausaha Agong PERSADA Kedah , Mohd Al-hafiz  Adnan mendakwa bahawa  kenyataan akhbar kosmo!  yang diterbitkan pada Isnin 26 oktober lalu merupakan satu kenyataan fitnah dan tidak benar.
Mewakili PERSADA,beliau  mengecam  tomahan tersebut dan meminta agar  pihak Kosmo!  memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan tersebut.
“Perkara tersebut sudah lama selesai dan tidak perlu di bangkitkan apatah lagi memfitnahnya sebagai sesat..”
“Majlis fatwa Negeri Kedah sendiri  pernah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang meninggal dalam tragedi Memali adalah tidak sesat dan  meninggal sebagai seorang syuhada atau mati syahid “ –Ujarnya lagi.
Berikutan itu,beliau yang juga merupakan Presiden Persatuan Mahasiswa Kedah Universiti Malaya(PERMADAH UM)  akan membincangkan perkara susulan berkaitan ini dan kemungkinan besar akan menyarankan pihak yang terlibat dengan peristiwa tersebut (ahli keluarga mangsa) mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Kosmo!.
Kes ini tidak pernah dibicarakan di mahkamah walaupun sudah beberapa kali tuntutan fail terhadap peristiwa ini dilakukan.
Dalam peristiwa Memali,Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya terbunuh dalam satu operasi yang dijalankan oleh pihak polis pada 19 November 1985 yang dinamakan operasi Hapus pada zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri.
Dalam operasi tersebut ,berlaku  pertempuran di antara penduduk Kampung Memali dengan anggota polis yang  telah mengorbankan seramai 18 jiwa  manakala berpuluh-puluh yang lain cedera.

copyright of http://mahasiswakini.com

Khamis, 8 Oktober 2009

Kenang Daku Dalam Doamu



                         

                                























pada 24 september 2009 aku memulakan langkah baru utk menyambung belajar di menara gading iaitu al azhar universiti sebagai mahasiswa ijazah sarjana muda Syariah Islamiah. Detik-detik permulaan sebelum aku sampai ke sana memang amat menguji kesabaranku kerana aku tidak dapat hadir sekali bersama ahi keluarga lain untuk turut  serta bersama pada hari kenduri abangku yang sulung pada 26 0ktober 2009. pada hari yang sama juga kenduri dirumah kakak ipar aku di Kg.Carok Salang Parit Panjang, nasib menyebelahi aku apabila ayah mengizinkan aku untuk turut serta ke rumah kakak ipar aku.

Selepas makan sehidang  bersama raja sehari, kami bergegas pulang ke rumah kerana hendak membuat persiapan terakhir untuk ke lapangan terbang sultan abd halim dekat kepala batas alor setar.
Sampainya di rumah, selepas solat zohor aku bersiap2 dan  bersedia untuk turun tangga. tpat jam 3.45 pm Ustaz Bakhir yang merupakan guru kelasku semasa tahun empat membaca doa bagi mengambil berkat daripada doa-doa yang dibaca oleh ust.

Kami bertolak keluar dari rumah lebih kurang jam 4 dengan menaiki kereta proton persona abang aku  yang berplat PHN 972. Beberapa jam kemudian aku bersama abah,mak,mak2,abg bey, & 3 anak saudara aku sampai di lapangan terbang Sultan Abd Halim. Abang mengangkat beg bagasi yng diletak di dalam bonet keretanya untuk dibawa masuk ke dalam airport.

Ketika di airport kami bergambar bersama-sama buat kali terakhir sebelum aku bertolak ke bumi mesir, pada hari tersebut ramai kawan2 yang turut hadir untuk mengucapkan selamat kepadaku. Sedar tak sedar dah hampir jam 9.20 malam, jantungku semakin berdegup kencang kerana hampir menanti menanti detik2 perpisahan. Sebelum fright bergerak aku bersalaman,mencium & memeluk abah, mak, mak2, abg2ku, kak na, adik aku naim & tidak ketinggalan anak2 saudaraku. aku melihat raut wajah mereka yang mengharapakan aku pulang pada suatu hari nanti dengan kejayaan yang di impi2kan sepertimana para ahli keluarga  sahabat2 lain yang akan serombongan denganku. Berat kakiku untuk melangkah meninggalkan mereka semua, apakan daya memikirkan aku adalah salah seorang pemikul tanggungjawab keluarga, masyarakat kampung, dan kerajaan negeri.

Kami bertolak pada jam 9.20 malam, sebelum itu kami semua memasangkan niat masing2 agar dipermudahkan segala urusan,  semasa di dalam fligt kami diberi makan nasi,roti dan lain2.. Kami sampai di KLIA lebih kurang jam 10.15 malam, aku bersama kawan2 yang lain mencari tempat yang sesuia untuk berehat sebelum meneruskan flight seterusnya, tepat jam 3.30pagi kami diberi arahan oleh Cikgu Ismail & beberapa staf Majlis Agama Islam Kedah yang merupakan pengiring kami untuk brsiap sedia untuk bertolak ke Kuwait pula, ketika di dalam kapal aku bersama rakan2 solat subuh berseoran2gan kerana ruang solat di dalam kapal terlalu sempit, ini merupakan ujian awal kami kerana aku rasakan betapa susahnya untuk berwuuk dan menunaikan solat 2 rakaat pada keadaan seperti itu. Kami sampai ke airport Kuwait lebih kurang jam 6.30pagi waktu kuwait, aku dan kawan2 sarapan bersama2 di cafe. Selepas itu kami berjalan2 bagi menghilangkan lenguh2 badan ketika berada didalam flight.

Jam 9.30 pagi waktu Kuwait kami bertolak ke destinasi terakhir kami iaitu ke bumi kinanah, Mesir. Beberapa jam kemudian sampailh kami di bumi kelahiran anbiya'. Aku dan kawan2 diuji lagi dengan satu ujian semasa beratur untuk untuk mendapatkan visa, kami diuji dengan karenah arab yang memotong barisan ketika beratur, dan ada juga yang bergaduh sesama sendiri, ini merupakan kejutan budaya arab mesir yang kami tidak pernah gambarkan sebelum ini, selain itu ada  kawan2 yang tersangkut ketika hendak mengambil cop visa. Oleh itu, Sheikh Ismi yang merupakan salah seorang daripada pengiring kami terpaksa mengambil insiatif untuk menyuap mulut mereka dengan beberapa dolar USD untuk melepaskan beberapa kawan2 yang tersangkut. Beberapa jam kemudian alhamdulillah aku dan kawan2 lepas dari ujian itu.

Kami disambut oleh badan Kebajikan Keluarga Kedah (MKKK) yang dikepalai oleh Sheikh Yusof Hj Ahmad yang merupakan abah kami di bumi kinanah ini & dan beberapa orang wakil dari Persatuan Republic Arab Mesir (PMRAM), kami dilayan bagaikan menteri. Kemudian kami di bawa ke rumah keluarga Kedah Haiyu Sabeik (seksyen tujuh) Bandar Nars, Kaherah, Buat masa sekarang aku tinggal di situ buat sementara waktu. Alhamdulillah , kami semua selamat sampai ke tempat destinasi kami. Doakan kami selamat & dipermudahkan segala urusan di sini. amin

Update terbaru Followers saya.

Aku sedang berusaha untuk mengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat belajar syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...in sya Allah.
©2008
خديم طلبة العلم الشريف