PërjälänlänHïdüpkü

TENTANG AKU $ MEREKA
悲しいことしないでください!, 確かに、神は私たちとは
↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓

Ahad, 8 Ogos 2010

Penawar Hati/ Siapa Teman Setia

 بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم

 ألحمدلله رب العالمين. والصلاة على سيذنا حبيبينا سيدنا مولانا نبينا محمد  وعلى أله وصحبه أجمعين ومن تبعهم الى يوم الدين

أم  بعد,

Siapa Teman Setia?

Hadis kedua:
(Mafhum)
Daripada Anas bin Malik r.a ada tiga benda yang akan menghantar jenazah ke tanah perkuburan iaitu keluarganya, hartanya dan amalnya. Dua antaranya akan kembali, manakala satu daripadanya akan tetap tinggal bersamanya. Keluarga dan hartanya akan kembali sedangkan amalnya akan tetap setia bersamanya (h.r Bukhari & Muslim)

Keterangan:

 Itulah kesudahan bagi persahabatan kita kepada ketiga-tiga golongan ini. Isteri yang kita cintai dan anak-anak yang kita sayangi dan para kaum kerabat kita hanya dapat menghantar kita sampai ketanah perkuburan sahaja dan hanya mampu mengucapkan selamat tinggal kepada kita ketika badan kita terbujur sejuk di liang lahad. Tiada seorangpun daripada mereka yang setia menjadi teman dikesunyian kubur. Mereka akan pulang setelah menimbuni keatas liang kubur kita. Begitu juga harta kita yang kita kumpulkan sekian lama dengan membanting tulang empat kerat dan memerah keringat terkadang sampai sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri untuk mendapatkannya. Tapi semuanya akan kita tinggalkan untuk waris kita yang masih hidup, mereka yang akan mempusakakan dan menggunakannya, sedangkan kita didalam kubur yang sunyi ini akan ditanya kemana harta itu kita belanjakan dan dari mana hasil harta itu diperolehi. Orang yang bijak ialah orang yang bersedia menghadapi kematian dan mempunyai perancangan wawasan bagi menghadapi hari aqiratnya dan bersedia menghadapi kematiannya sebelum tiba saatnya. Tetapi orang yang terpedaya  sahajalah yang hanya akan mengejar dunia ataupun cinta dunia dan menimbunkan harta dengan sebanyak- banyaknya. Apabila tiba sat kematian barulah dia akan menyedari diri yang kurang dengan amalan kebaikan dan barulah dia berazam untuk membuat kebajikan. Namun pada masa itu segala penyesalan tidak dapat diselesaikan dan tidak berguna lagi.

Oleh kerana itu, saya menyeru kepada diri saya sendiri dan sahabat sekalian , perbanyakkanlah berbuat kebajikan tingkatkanlah ketaqwaan, buatlah amalan akhirat dengan sebanyaknya dan sedaya upaya yang ada. Rajinlah bersedekah dan  suka menderma untuk membuat bekalan bagi perjalanan akhirat yang sangat jauh itu disamping melakukan amalan-amalan sunat yang lain seperti puasa sunat, membaca alquran dan sebagainya. Selain itu, kita juga dituntut oleh Allah taala agar srlalu mendoakan agar diri tidak terjebak kearah perkara-perkara yang tidak baik  dan juga mendoakan agar dijauhi dari azab kubur. In Sya Allah, sama-sama kita doakan.

Keluarga yang kita sayang juga turut meninggalkan kita
(Sekadar Gambar Hiasan)


 
Adakah harta kita juga turut serta? 


Mungkin dengan ini shaja dapat menemani kita
Sehebat manapun kita, inilah pengakhirannya




cyberbay
ampuni kami

Update terbaru Followers saya.

Aku sedang berusaha untuk mengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat belajar syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...in sya Allah.
©2008
خديم طلبة العلم الشريف