PërjälänlänHïdüpkü

TENTANG AKU $ MEREKA
悲しいことしないでください!, 確かに、神は私たちとは
↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓

Isnin, 16 Mei 2011

Selamat hari guru, Khas buat yang bergelar guruku.

Assalamuعlaikum wbt.

Dengan nama Allah.
Alhamdulillah, segala puja dan puji hanya layak bagi allah, tuhan alam semesta. Selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad saw.

amma ba'd.

Setelah sekian lama menunggu, akhirnya, pada hari ini tiba satu hari yang yang ditunggu2 iaitu hari yang bertarikh 16 Mei 2011 yang kita semua maklum iaitu hari guru.

Walaupun sudah lama meninggalkan zaman persekolahan, sebagai bekas pelajar, kita seharusnya berasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada guru2 kita yang tidak jemu2 mengajar kita.

Pada sinonimnya juga, orang hanya akan mengucapkan selamat hari guru kepada2 guru2 yang mengajar di sekolah sahaja.

Rasa hormat dan bangga kepada guru2 kita haruslah berada didalam hati kita kerana tanpa mereka, siapalah kita yang sekarang bergelar doktor, peguam, guru, ulamak besar, mahupun yang masih bergelar mahasiswa dan dll.

Sepertimana kisah imam kita, imam asSyafie r.a yang kita sedia makruf, pada suatu hari ketika beliau sedang mengajar, tiba2 Al imam ternampak guru beliau sedang berjalan berhampiran kawasan beliau mengajar, lantas beliau bangun dihadapan murid2nya dan pergi memeluk guru beliau. Selepas daripada itu, beliau menceritakan kepada murid2 beliau bahawa, itulah gurunya yang mengajar beliau cara untuk mengenal seekor anjing betina apabila datang haid, sedangkan guru beliau itu bukanlah seorang muslim. Wallahua'lam.

Disini kita dapat membuat satu kesimpulan bahawa menghormati dan mengenang jasa baik seseorang guru amatlah penting bagi ktia yang pernah bergelar seorang pelajar.

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih dan selamat hari guru kepada manusia yang pernah bergelar guru saya, terutamanya buat abah dan emak, kerana merekalah yang merupakan guru pertama dalam sejarah hidup saya dari buaian sehingga sekarang. Merekalah jugalah yang memberi sedikit sebanyak didikan agama dan mengajar erti kehidupan seorang hamba dan juga mengajar membaca alquran.

Seterusnya kepada guru2 Sekolah Kebangsaan Lubuk Merbau (SKLM), dan Madrasah AlInfitah Alkhairiah (MIKS), dan Maktab Mahmud Sik (MMSK), dan Maahad Darul Anuar (MADA), dan doktor2 kuliah, dan kepada para masyaikh2 yang pernah saya ikuti, dan tidak lupa juga kepada abang2, dan sahabat2 yang pernah memberi tunjuk ajar dalam menuntut ilmu duniawi dan ukhrawi. Dan tidak lupa juga kepada semua yang pernah bergelar guru mahupun guru sandaran atau sementara.

Dikesempatan ini juga,Saya mendoakan agar kalian sentiasa dirahmati, dikuatkan iman, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, dan dimudahkan segala urusan di dunia dan akhirat. amin.






Lagu Untuk Guru





Wallahua'lam.

Insan faQir, mohd azhar hamid almarbawi
Sindbad, Cyber Bey , Gharbiah City.
ampuni kami

Update terbaru Followers saya.

Aku sedang berusaha untuk mengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat belajar syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...in sya Allah.
©2008
خديم طلبة العلم الشريف