PërjälänlänHïdüpkü

TENTANG AKU $ MEREKA
悲しいことしないでください!, 確かに、神は私たちとは
↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓

Khamis, 2 Jun 2011

Semakin hampir

Bismillah.

Assalamualaikum wbt.

Segala puja hanya untuk allah, selawat dan salam keatas rasulnya serata keluarga dan sahabatnya ajmain.

''bertolong-tolonglah kepada kebaikan dan jangan bertolong-tolong ke arah dosa dan permusuhan''

amma ba'd.

>>Alhamdulillah, akhirnya sudah keluar jadual peperiksaan kuliah syariah undang2 islam untuk fasa ini.
 
>>Akan berlansung pada 18 jun hingga 13 julai 2011.

>>Mohon agar sahabat2 mendoakan kejayaan saya dan dimudahkan segala urusan.

>>Kepada sahabat2 yang turut sama akan menduduki peperiksaan, saya doakan agar kalian berjaya juga.

>>Dengan ucapan, selamat menghadapi peperiksaan, semoga kita berjaya belaka, bittaufiq.


Meja sudah pun disusun, masih antik

Berhampiran dengan dewan kuliah, dewan 13

Jadual exam, tidak berapa jelas

>> Kena berenti la, main internet ni,ada masa lepas exam nanti update lagi.

>>Semoga selamat2 belaka.

>>Doakan kejayaan saya.


 darulamanhouse, sindbad, cyber bey, gharbiah.

Rabu, 1 Jun 2011

Akhirnya

Dengan nama allah.

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.

Alhamdulillah, Salawatuhu wasalamuhu ala nabiyyina Muhammad saw, wa ala alih, wasohbihi ajman.



Amma ba'd.


Alhamdulillah setelah hampir 4 bulan mengunakan manage mawaless network dengan sahabat serumah (Syakir Zabri) dan  mengimpikan untuk membeli desktop switch TL-SF1005D. dengan rezeki dan nikmatnya, akhirnya dibeli dengan harga tetap LE45 di virus net, alhamdulillah.

>> Tiap2 kali pergi virus net, tiap2 kali tanya harga, membuatkan tokey kedai boleh tension :-)
>>Memang dia tak bagi kurang dah.
>> sebelum ini dengan harga LE40, disebabkan selepas revolusi, kebanyakan harga barang naik, termasuk yang ni hehe :-). Ya ka?

bulan ini lima kali ke virus net untuk mendapatkannya,
berbaloi.

Warna putih, boleh tahan

Jaminan 13 bulan, betul ka?

Sudah siap dipasang
Cincai2 ja.
tarikh: 31 Mei 2011
Kamera: Nokia e63

darulamanhouse, sindbad, cyber bey, gharbiah.
ampuni kami

Update terbaru Followers saya.

Aku sedang berusaha untuk mengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat belajar syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...in sya Allah.
©2008
خديم طلبة العلم الشريف