PërjälänlänHïdüpkü

TENTANG AKU $ MEREKA
悲しいことしないでください!, 確かに、神は私たちとは
↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓

Selasa, 23 Februari 2010

Khatam

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi kerana memberikan aku kesempatan dipagi ini untuk menghirup udara pagi yang tidak kurang segarnya di Hayyu Sabeik Kaherah. Alhamdulillah juga kerana dikesempatan yang sibuk ini aku dapat menulis sedikit sebanyak di dalam ruangan blog ini di samping menceritakan perjalan hidupku di perantauan kepada kalian. Alhamdulillah juga kerana dapat bertalaqqi bersama Syeikh Nurouddin Almakki Albanjari  di Rumah Kedah 3 Hayyu Sabeik, Nasr City Kaherah walaupun di dalam kepenatan sikit dengan perniagaan kitab-kitab karangan Syeikh yang berlangsung selepas dan sebelum kuilah dimulakan. Antara kitab-kitab yang dijual setakat ini Adab mufrad, Khairad Hasanat (Manaqib Imam Abu Hanifah), Tahzib, Manaqib Imam Syafie, hizib-hizib dan banyak lagi.

Selama beberapa hari ini ternyata sudah hampir selesai Syeikh mengajar kitab Adab Mufrad, In Sya Allah pada malam ini akan diadakan Majlis Khatam Kitab Adab Mufrad, di dalam kitab ini banyak menceritakan adab-adab dan hukum hakam seseorang muslim berdasarkan nas-nas hadis yang dipilih dan disusun oleh Syeikh sendiri, setakat ini hampir 500 hadis sudah dubaca, kadang-kadang aku ketinggalan sedikit mukasurat kerana bertugas sebagai AJK jualan. Penjualan kitab Adab Mufrad yang di cetak 1000 cetakan pada minggu lepas habis dipasaran, manakala ada sesetengah kitab lain juga habis dijual, tetapi tidak sebanyak cetakan Adab Mufrad. Ini bermakna mahasiswa mahasiswi yang hadir pada majlis Tafaqquh Fiddin ini lebih dari 1000 orang.

Ketika kelas pengajian sedang bermula semalam, syeikh mngumumkan hajatnya untuk mengadakan majlis Khatam Kitab AdabulMufrad pada malam esok, aku dan beberapa AJK pelaksana program bermesyuarat sebentar kerana masa sangat suntuk untuk membincangkan tentang majlis Khatam yang akan berlangsung pada esok hari. Dalam mesyuarat itu kami membincangkan tentang menu yang akan dibuat pada esok hari, kami bersepakat untuk membuat nasi minyak berlaukkan daging kari sahaja berdasarkan jumlah kewangan yang diberi oleh syeikh sebanyak LE 1000 dan LE1300 dari hasil kutipan semasa majlis tafaqquh berjalan.

In Sya Allah, semoga dengan usaha-usaha kami untuk menjayakan majlis ini, kita sama-sama akan  mendapat keberkatannya. Semoga Allah permudahkan segala urusan kami untuk mengendalikan majlis ini.
Wassalam :-)

Khamis, 11 Februari 2010

Takziah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, baru saja balik dari Kaherah kelmarin sebab nak hantar kitab2 yang baru beli dekat Ma'rad Kitab sedunia baru2 ni, antara kitab2 yang sempat aku beli emmm...Fiqh Empat Mazhab, Tafsir Jailani yang baru sahaja keluar setelah Syeikh Fadzil Jailani (keturunan Syeikh Abd Qodir Jailani) mengarangnya semula selama hampir 25 tahun kerana mengumpul maklumat berkaitan tafsir tersebut ke seluruh pelusuk dunia, tafsir Jailani juga merupakan satu hadiah yang besar Syaikh kepada Mufti Mesir Sekarang a'ni SyeikhulKabir Sheikh A'li Jum'ah , kitab Syarah Hadis Empat Puluh Imam Nawawi, kitab Azkar, dan Fiqh Sunnah.

Hari ini balik pulak aku kat Kaherah ni selepas merancang untuk balik semula ke Kaherah berseorangan selepas solat asar di Masjid Arridwan kerana hendak mengambil kad ATM dekat pegawai Kedah Mesir yang baru sahaja sampai disini semalam, dismaping itu aku bercadang untuk membeli kitab2 talaqqi yang masih belum ada sebelum Syeikh Nouruddin Almakki Albanjari sampai di Ardulkinanah ini. Lebih kurang 1 jam setengah aku sampai Ramsis dan mencari tramco untuk ke Hayyu Sabeik. Tibanya aku di Hayyu Sabiek kedengaran bunyi azan, lalu aku bercadang untuk solat di Rumah kedah sahaja kerana bersama aku beg besar. Tibanya aku di hadapan lobi rumah kedah tiga, azan di surau Attasamuh wal liqa' berakhir, lalu aku terus naik lif untuk ke tingkat 3, aku tengok ruang tamu bilik pada malam ini tidak seperti hari2 lain, aku berkata di dalam hati: oh depa basuh bilik, maklumlah Syeikh Nurouddin akan sampai kat sini tidak berapa hari lagi. Lalu aku terus ke bilik yang kebiasaannya aku menginap, aku rasa pelik, kenapa ada barang2 berjemuran di hadapan bilik ini, lalu aku ternampak satu kotak sabun padanya mempunyai bekas terbakar, aku mengesyaki sesuatu kejadian buruk telah berlaku. Aku terus ke bilik yang paling hadapan, ternyata bilik ini baru lepas terbakar, rupanya salah janggalan aku sebentar tadi. Lalu aku bertanya kepada rakan yang berada berhampiran, dia memberitahu kejadian itu berlaku lebih kurang jam 9.30 mlm smlm.

emmmm...banyak jugak barang2 yang terbakar, antaranya pakaian, tilam, sebahagian kitab yang akan dijual semasa Tafaqquh Fiddin bersama Syeikh Nurouddin minggu hadapan. Kebakaran tersebut berjaya dipadamkan oleh ahli bait itu sendiri dan beberapa orang awam yang berada berdekatan dengan tempat kejadian. Mujurlah semua dokumen2 penting terselamat dan tiada kecederaan walaupun ketika itu ada seorang rakan yang tengah tidur didalam bilik ketika kejadian berlaku. Apa2 pun aku hanya mampu mengucapkan takziah kepada ahli bait, tolong apa2 yang mampu dan bersabarlah diatas ujian yang diturunkan kepada kalian disamping itu kalian perlulah berjaga2 selepas ini. Wallahua'lam.....

                                          Bahagian luar beranda Syaqah 3 Rumah Kedah 3

Selasa, 2 Februari 2010

Alhamdulillah

Bismillahirohmanirrohim.


7,8,6 Alhamdulillah Syukur, selesai jugak peperiksaan aku di Syariah Alazhar Assyarif hari ini. Madah Tareh Tashrix pulak tu, sinior-sinior ramai yang kata ni la antara madah2 yang paling killer bagi tahun satu kat sini. Aku tawakkal ja la kepadamu Ya Allah lepas ni.

Emm... Cuti ni ramai yang dok ets nak pi jalan-jalan dua tiga minggu beda nak lepas geram exam semester satu baru-baru ni. Aku,ket,aiman dok set nak balik kaherah dua haribulan ni, nak balik cari kitab talaqqi kat Ma'rad kitab sedunia kat Kaherah. Nak pi Sinai tak jadi, masalah kewangan sikit bulan ni besa la kad Atm rosak, nak suruh abah pos pon depa kata takut tak sampai pulak. emmm.. ustaz hanafi YDP MKKK pon tak tau lagi nak mai bila, dengar kata dok mengajar dekat Yayasan Khauruah lani, nak cari support sikit kot agaknya. Sheikh Yusoff nak mai Mesir balik 9 haribulan ni kot, tapi takdak contact dia la pulak, puas tanya exco MKKK, member ym, kat ustaz-ustaz MAIK tapi tak dak respon pon, yang tahannya kat dalam facebook pun aku buat iklan, tapi tak jumpa jugak. Kalau tak dapat la jugak aku pi ziarah maqam nabi Harun a.s, terusan Suez, 12 air mata Musa a.s, kubu Salahudin AlAyyubi r.h. Sabar la nak buat macam mana, bukan rezeki aku la tu.

emmm...Periksa dah setle, yang cawangan2 lain tak habis lagi, Dumyat din kata habih 4 haribulan ni, lambat lagi la jawabnya, aku dapat maklumat dari ustaz subki, dia kata 14 haribulan ni Sheikh Nouruddin Almakki Albanjari nak turun Rumah Kedah tiga, nak buka mengaji talaqqi kat situ. so, aku kena duduk lama sikit la kat kaherah nanti ni. Nak balik Tonto pun takut rugi time tu sebab bukan senang nak jumpa sheikh2 melayu nak buka talaqqi kat Mesir ni. Talaqqi kat Tonto ni aku start lewat sikit la kot.

Apa yang aku tengah set lani, aku baru ja lepas periksa,jadi kena guna sngguh la masa cuti ni sebelum start kuliah semester bulan tiga ni. Nanti sibuk dengan talaqqi kat Tonto ni pulak, kena pandai-pandai bahagi masa la dengan study kuliah. Apa yang penting kena la selalu berdoa moga Allah permudahkan dalam semua urusan aku & dapat istiqomqh dalam menuntut ilmu dekat ardulkinanah ni dan kena bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan dekat aku buat masa sekarang, semoga Allah tidak menarik kembali nikmat-nikmat yang dia bagi terutamanya nikmat iman. Bitaufiq In Sya Allah.




....................................................................................................................................................................

ALHAMDULILLAH

Disaat waktu berhenti...kosong
dimensi membutakan mata,memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri


ult li albi bissaraha (I'm opening up my heart with honesty)
hayya nab'idil karaha (Let's avoid the hated and hatred)
syakkireena a' kulli ni'ma (Let's remain thankful with what we have)
ba' ideena anil fattana (Let's avoid all lies and sins)


merenungi luar jendela,mengagumi kebesaran yang Maha Esa
ku menilai kehidupan dari sudut berbeza
tak memadai hanya kecapi rasa selesa
maukan harta yang mampu beli 1 semesta
berpesta ke pagi botol bergelimpangan
kekasih muda bukan takat berpegang tangan
harta dan jamuan nafsu tidak berkekalan
bila menjelang tua bukan itu jadi bekalan
dan jangan puisi ini disalah tafsir pula
bukan berkhutbah cuma betuli diri jua
ingin hidup sempurna aset nilai berjuta,
saling tukar wanita,senyum dan mati tua
bakat dikurnia jangan disalah guna
jangan kufur nikmat yang diberi percuma
guna kelebihan untuk hikmah bersama
jagalah nama hidup penuh pementasan dan drama
ada berisi ada yang kurus,ada melencong ada yang lurus bukan semuanya tulus
ada sempuna ada kurang upaya ada yang jadi buta hanya bila sudah kaya
sebesar rumah bermula dengan sekecil bata,boleh hilang dalam sekelip mata
ucaplah alhamdulillah bukannya sukar, kerna semua nak kaya atau besar
tetap Allahuakbar!!!


jadikanlah ku tentera Fisabilillah yang tertera di kalimah harap memanduilah
entah apabila persimpangan tiba,hidup penuh rintangan harus kuhadapinya
harapku tidak terlupa diri bila gembira,dan cuma mula mencari kau disaat hiba
ku cuma manusia penuh dengan kesilapan tapi bisa membezakan cahaya dan kegelapan
tabah bila dihalangan duri onak dan cobaan
teguh bila dicobakan keruh kuasa dan perempuan
sentiasa legar diminda,dikejar dan dipinta dari zaman bermula hingga ke akhirnya
ku mengerti siapa ku tanpamu disisi dan apa guna posesi juga posisi
sementara ini cuma hanya puisi,nukilan tulisan dan bisikan isi hati
mencari keterangan,menjiwai peranan menepati pesanan janji juga saranan
alhamdulillah atas kurniaan rezeki,moga tidak terleka dalam perjalanan ini

aku yang memandang di dalam lubuk hati,mencari-cari zat rahsia yang katanya tersembunyi
aku yang melihat alam meliputi wujud menyertai lalu ku pindahkan alam ke dalam mata hati
aku hakiki,aku mengerti segala yang terjadi di langit dan di bumi
gunanya tiada fantasi, pelik dan benar,qada' dan qadar kau berilah ku kekuatan
agar dapat ku hindarkan segala kesesatan
usah kau biar nafsuku terliur dari pandangan majazi ini,
aku yang hodoh lagi hina amat benar merindui
moga cahaya lailatul tak membutakan mataku,semoga segala puji tak ku meninggi diri
moga segala janji dapat juga ku penuhi,moga dapatku hadapi tikaman dari belakang
lidah setajam pisau, ku tidak akan risau dengan dugaan, cabaran sepanjang perjalanan
ku pasrah ku akur 7,8,6 Alhamdulillah Syukur...


sujudku pun takkan memuaskan inginku
'tuk hanturkan* sembah sedalam kalbu
adapun kusembahkan syukur padamu ya Allah
untuk nama,harta dan keluarga yang mencinta
dan perjalanan yang sejauh ini tertempa
alhamdulillah pilihan dan kesempatan
yang membuat hamba mengerti lebih baik makna diri
semua lebih berarti akan mudah dihayati
Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah....
ampuni kami

Update terbaru Followers saya.

Aku sedang berusaha untuk mengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat belajar syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...in sya Allah.
©2008
خديم طلبة العلم الشريف