PërjälänlänHïdüpkü

TENTANG AKU $ MEREKA
悲しいことしないでください!, 確かに、神は私たちとは
↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓

Rabu, 14 April 2010

Muqadimah Penawar Hati

               بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم 


  Segala puji dan puja hanya hanya layak bagi tuhan kerana dengan inayahnya memberikan nikmat iman dan islam kepada kita pada hari ini. Selawat dan salam keatas junjungan besar kita nabi Muhammad s.a.w, alinya, para sahabatnya dan para pengikutnya sehingga hari qiamat.


  Sabda Rosulullah s.a.w yang bermaksud: Ketahuilah!!! Sesungguhnya di dalam badan seseurang itu ada seketul daging, jika dia baik maka baiklah seluruh anggota badannya, jika dia rosak maka rosaklah maka rosaklah seluruh anggota badan, daging itulah yang dinamakan hati.


Amma ba'd.


  Hati manusia adalah merupakan tempat pandangan Allah, ia juga merupakan tempat semaian iman, tempat bertunas dan bercambah ke seluruh anggota badan dalam bentuk amalan yang merupakan bunga atau buah daripada apa yang telah dibentuk di dalam hati. Hati manusia juga merupakan tempat yang telah dipilih oleh Allah s.w.t  sebagai wadah atau bekas kepada fitrah, akal dan hikmah. Oleh itu hati sanubari yang baik akan  sentiasa jujur dan benar berbanding hati yang rosak. 


  Selain itu, hati manusia juga merupakan raja  bagi seluruh anggota badan. Dialah yang mengawal segala tindak baik buruk seseorang. Maka, jika hati itu baik maka baiklah seluruh anggota, jika hati itu rosak maka rosaklah seluruh anggota sepertimana mafhum hadis Rosulullah s.a.w yang saya sebut sebentar tadi. Oleh itu, hati yang baik akan menyuruh anggota badannya membuat kebaikan sebaliknya hati yang rosak itu  akan menyuruh anggota badan membuat kerosakan dan kemaksiatan.


  Akan tetapi, pada permulaan, hati setiap manusia adalah baik  kerana hati manusia telah diciptakan oleh Allah s.w.t menerusi fitrah manusia yang semulajadi yang meminati dan mencintai setiap sesuatu yang baik dan membeci setiap sesuatu yang buruk. Maka diatas dasar inilah diletakkan dasar hukum taklifi  atau hukum-hukum syara' keatas manusia dengan mengutuskan para rasul untuk membimbing manusia kearah kebaikan berdasarkan  kitab-kitab yang telah diturunkan oleh Allah s.w.t sebagai pegangan dan panduan di dunia ini dan untuk menjamin kebahagiaan di akhirat pada suatu hari nanti. Jika manusia berpegang dan mengikut panduan yang ditunjukkan oleh para rasul mereka akan dapat  mencapai keredhaan Allah dan sekaligus dapat menghindar daripada  jalan kesesatan yang dimurkai oleh Allah s.w.t.



  Oleh kerana manusia mempunyai musuh yang sangat pandai dan berdendam kepadanya, iaitu iblis laknatullah yang telah bersumpah di hadapan Allah s.w.t untuk menyesatkan manusia dan berusaha untuk membalut fitrah suci yang ada didalam manusia dengan balutan hawa nafsu, shahwat, tamak, dendam,cinta dunia dan sebagainya, ini menyebabkan sebahagian manusia terpesong daripada fitrah asalnya. Iblis juga tidak akan berputus asa  dari mencapai matlamat yang telah disumpahkannya di hadapan Allah Taala selepas dia ingkar menunduk hormat kepada khalifah pertama dimuka bumi ini iaitu nabi Adam a.s. Ia akan membisik kepada sesuatu kebahagiaan dan kesenangan di dalam hati manusia melalui darah, lalu ia memdorong manusia kepada peluang kesenangan duniawi yang telah dimurkai Allah s.w.t, sedikit demi sedikit ditiupkannya semangat nafsu dan shahwat  sebagai kesempurnaan fitrahnya. Jika hati seseorang telah diracuni dan tergoda dengan bisikan iblis yang mampu menutup mata dengan bayangan kelazatan hawa nafsu dan syahwat, maka ketika itulah manusia akan melupakan tuhannya sehingga ia berani membuat maksiat yang telah memberi kesan gurisan titik hitam di atas lembaran fitrah suci yang diciptakan. sepertimana sabda Rosulullah s.a.w yang bermaksud:


''Sesunguhnya seorang hamba apabila ia melakukan sesuatu kesalahan  maka akan diguriskan di dalam hatinya satu titik hitam, jika ia menarik diri didalam kemaksiatan itu dan terus memohon ampun dan bertaubat hatinya kan kembali suci. Tetapi jika ia kembali melakukan kesalahan , maka titk hitam itu akan bertambah sehingga sampai titik hitam itu memenuhi diatas permukaan hatinya. Inilah yang dinamakan Ar-raan ataupun karat.'' h.r tirmidzi


 Cuba kita renungkan, betapa besar perhatian kita kepada tubuh badan yang kasar ini walaupun ia hanya dihinggapi sedikit penyakit, kita mesti akan bersegera merawatnya kerana takut akan terpisah dari kelazatan dan kebahagian dunia. Maka betapa kita tidak mengambil berat  tentang benyakit hati  yang bukan sahaja akan terpisah dari kelazatan dunia yang sementara itu sahaja, malahan ia juga akan menyebabkan terpisah dari nikmat kelazatan syurga yang kekal abadi. Sudah pastilah jika seseorang yang terpisah dari nikmat syurga itu, ia akan dilemparkan kedalam api neraka Allah yang sangat dahsyat. Nauzu billahi min zalik.


 Oleh itu, marilah kita sama-sama memeriksa hati kita masing-masing. Adakah ia sihat, atau berpenyakit. Cubalah kita menepuk dada kita masing-masing dan bertanya  sejauh manakah ketaatan kita kepada Allah dan sudahkah kita bersedia untuk menghadapi hari akhirat nanti sepertimana kita merancang untuk menghadapi hari tua kita yang akan datang. Maka bersiap sedialah sebelum terlambat , bertaubatkah selagi pintu taubat masih terbuka dan sama-samalah kita mengubati hati-hati kita dengan memperbanyakkan zikir, membaca alquran, tolong menolong, berselawat dan pelbagai-bagai lagi amalan sunnat yang telah diajar oleh rosulullah s.a.w melalui alquran dan sunnah-sunnah beliau.


Wallahu A'lam.






cyber bey

Jumaat, 2 April 2010

Alfatihah buat pemergianmu

               بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana dengan inayahnya kerana terus memberi nikmat-nkmatnya kepada kita, terutamanya nikmat iman yang kita nikmati saban hari sehingga hari ini. Selawat dan salam keatas kunjungan besar kita, khatamal anbiya' nabi Muhammad dan kepada alinya, para sahabat, para ulama yang meneruskan perjuangannya dan para pengikutnya sehingga hari Qiamat.

Aku sedikit keletihan hari ini oleh kerana terlalu mengejar masa untuk pulang ke Cairo pada hari ini kerana telah berjanji dengan sahabat untuk menyertainya ke Caiiro pada tengahhari ini. Kebetulan pada hari ini Dewan Perwakilan Mahasiswa Tonto telah mengadakan satu program kolokium (Q 2) bagi mahasiswa-mahasiswa baru Alazhar Tonto. Aku hanya  dapat mengikut program satu slot sahaja kerana bercadang untuk pergi ke Cairo menaiki keretaapi pada jam 11.45pagi. Oleh itu, aku perlu mengejar masa dan terpaksa pulang ke rumah dahulu untuk membuat persiapan. Tepat jam 11.20 pagi aku terus ke stesen bas bersama sahabat untuk pergi ke stesen keretapi di Awal Bahr, ternyata jalan pada hari ini que kemungkinan sampai lewat d Awal Bahr, kami terpaksa tunda perjalanan ke cairo pada jam 12.20 tengahari. Lebih kurang 15 minit menunggu, keretapi sampai di stesennya.

Kami di dalam keretapi lebih kurang 2jam, lebih lama dari menaiki tramko yang hanya mengambil masa lebih kurang 1jam setengah. Ketika hampir sampai Cairo aku tengok jam digital pada telefon bmbit, disamping itu aku mendapat satu mesej pesanan ringkas yang agak mendukacitakan dari adik dan abang kandung aku ''salam...makteh telah kerahmatullah pada 12 tengahari waktu Malaysia'' aku bagaikan tidak boleh menerima kenyatan kerana baru masuk satu tahun setengah bonda meninggalkan kami kini Makteh pula pergi meninggalkan kami. Perasaan sebak juga terpahat dihati dan fikiranku sejenak memikirkankeadaan anak lelaki Makteh yang bertugas sebagai askar bersama PBB di Lubnan kerana tidak sempat bertemu dengan bonda tercinta yang akan menamatkan tugasnya pada 22 April 2010. Semoga Allah memberikan kesabaran yang tinggi kepada Abang Wie.

Aku bercadang untuk menelefon keluarga pada esok hari untuk bertanyakan urusan-urusan yang dijalankan dirumah Makteh dan ingin bercadang untuk sama-sama mensedekahkah bacaan alquran kepada makteh. Semoga Allah merahmati beliau dan tempatkannya bersama para aulya' dan auliya' amin.


KENANGAN  AKU, ABANG2 DAN ADIK BERGAMBAR BERSAMA MAKTEH SELEPAS PEMERGIAN BONDA TERCINTA DITANAH SUCI MADINAH MUNAWWARAH...

Raya haji 2009

Ahli keluarga Makteh & Pakteh
ampuni kami

Update terbaru Followers saya.

Aku sedang berusaha untuk mengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat belajar syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...in sya Allah.
©2008
خديم طلبة العلم الشريف