بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم
Amma ba'd
Walaupun dalam kesibukan yang begini , aku masih dapat ke Cairo untuk menziarahi sahabat kerana dihati ini telah timbul peasaan rindu. Disamping itu, aku juga becadang untuk ke Masjid Al Imam Hussain Radhiallahuanhu untuk mengulang alquran kerana sudah lupa ayat-ayat yang telah aku hafal pada pemulaan berada ditanah berkat ini, tambahan pula peperiksaan Syafawi akan bemula pada 15 mei ini. Disamping itu aku juga dapat mengambil keberkatan dengan menziarahi maqam beliau kerana ramai diantara para ulama pernah datang ke sini, tambahan pula beliau merupakan ahli keluarga Rosulullah terhampit di bumi mesir ini.
Selain dari itu Majlis MKKK pun telah banyak mengatur jadual pengajian bersama syeikh-syeikh azhar temasuk juga dengan ahli bait asullah S.A.W. iaitu syeikh Saad Said Jawish dan Syeikh Ashraf alhusaini. Disamping itu, pihak exco juga mengadakan pengajian kitab Nihayatussul syarahan imam Baidowi r.a. daripada matan asalnya Minhajulwusul yang dikarang oleh imam Isnawi r.a yang disampaikan oleh Ust Aqli mahasiswa PHD Al Azhar dan juga bekas pensyarah KUIN.
Walau banyak mana pengajian sekalipun disini aku tidak boleh lama berada di bumi Cairo ini kerana pengajian kuliah di Tonto hampir tamat dan juga disebabkan dengan peperiksaan semester kedua yang akan belangsung tidak beapa hari lagi
Aku berharap perjalanan hidupku di Cairo ini bukan sekadar hanya untuk berjalan-jalan dan berfoya-foya sahaja, malahan juga demi taabud kepada Allah dan mengejar keberkatan ulama sebagai orang awam yang tidak mampu untuk melakukan kebaikan sepenuhnya. Aku berdoa semoga Allah memudahkan perjalanan hidupku dibumi yang terkenal dengan kisah nabi Yusoff a.s dan nabi Musa a.s.
In Sya Allah.
~Alfaqir ilallah Mohd Azhar Almabawi~
Fakulti Syariah Walqonun AlAzhar
Fakulti Syariah Walqonun AlAzhar