Monday
15.11.2010
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم
Alhamdulillah, selawat dan salam keatas rosul junjungan, ahli keluarganya serta sahabatnya.
Allahuakbar (3x) Alhamdulillah. Pada pagi ini saya sekali lagi diberikan kesempatan ilahi untuk menunaikan solat hari raya eid adha. Walaupun jauh dari keluarga tersayang, namun saya dapat merasai sedikit kemanisan bergembira di pagi raya bersama sahabat2 seperjuangan.
Selepas solat sunat di padang bola Cyber Bey, kami sempat bersalam salaman dan bergambar bersama2 sebagai kenangan eid adha pada tahun ini.
Alhamdulillah juga, walaupun kemeriahan hari raya tidak seperti di Malaysia, namun ia dapat diubati dengan menziarahi rumah sahabat2 yang berdekatan.
Dikesempatan ini, saya ingin sekali lagi mengucapkan selamat hari saya Eid Adha, Maaf zahir dan batin.
Peringatan saya sebagai sahabat, Perbanyakkanlah bertakbir, bertahlil dan bertahmid di hari ini kerana tidak ada amalan yang dapat menandingi amalan soleh pada hari ini sepertimana yang di katakan oleh Rasulullah saw. Pada hadis yang saya datangkan pada post yang lalu.
Syariah, Kahroba', Cyber Bey, Gharbiah City,Egyp.
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi
3 bulan yang lalu