PërjälänlänHïdüpkü

TENTANG AKU $ MEREKA
悲しいことしないでください!, 確かに、神は私たちとは
↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓

Khamis, 22 Mac 2012

Genap 8 tahun pemergian beliau | Syeikh Ahmad Yasin

Hari ini 22 Mac 2012 genap lapan tahun dunia gerakan Islam kehilangan tokoh, As-Syahid Syeikh Ahmad Yasin, pengasas gerakan Hamas di Palestin. As-Syahid dilahirkan pada 28 Jun 1936.

Antara kalamnya ialah "Kita memang menuntut mati syahid. Kita bukanlah inginkan kepada kehidupan dunia terlalu remeh-temeh dan tiada nilai. Kita berusaha menuju kepada hidup kita yang kekal abadi."

Anak perempuannya, Maryam Ahmad Yasin ketika menceritakan kehidupan ayahnya berkata, "Ayahku memberi contoh kepada lelaki-lelaki yang hidupnya untuk Islam. Waktunya, jihadnya, hartanya dan agamanya semuanya untuk Islam. Beliau akan keluar pagi hari mengelilingi masjid bagi menyeru manusia kepada Allah, beliau lelaki lumpuh. Selalu berpuasa, maka tatkala menjelang maghrib jika beliau berada berjauhan dari rumah (kerana menjalankan kerja dakwah) beliau akan melalui kedai runcit dan mendapatkan segelas susu untuk dibuat berbuka puasa sebelum meneruskan kerja dakwah. Dan tiada sebuah masjid di Gaza kecuali kesemuanya beliau telah menyampaikan pengajian atau khutbah manakala tiada khemah kecuali digalakkan agar terdapat seorang yang akan melakukan kerja Islam."

Zionis Israel telah melakukan percubaan membunuh beliau pada 6 Disember 2003 tetapi percubaan tersebut menemui kegagalan dan As-Syahid selamat. Pada pagi Isnin 22 Mac 2004, ketika perjalanan pulang menunaikan solat Subuh di sebuah masjid yang berdekatan rumahnya, Zionis menggunakan sebuah helikopter melepaskan tiga tembakan yang mengorbankan Syeikh Ahmad Yasin. Operasi yang diselia sendiri oleh bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon (semoga Allah menambahkan azabnya) turut mengorbankan tujuh pembantu As-Syahid dan mencederakan dua orang anaknya.

Sempena ulangtahun memperingati syahidnya beliau, semoga ia memberi kekuatan kepada kita dan khasnya saudara kita di Syria untuk terus berjuang hingga syahid atau diberikan kemenangan. Inilah indahnya Islam berbanding agama dan ideologi ciptaan manusia lain. Mereka yang berjuang jika tewas akan dikurniakan ganjaran syahid manakala jika menang akan diberikan tempat sebagai pewaris bumi ini sebagai khalifahNya. Semoga Allah merahmati roh As-Syahid dengan rahmat yang maha luas.
 
 Cyberbay
ampuni kami

Update terbaru Followers saya.

Aku sedang berusaha untuk mengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat belajar syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...in sya Allah.
©2008
خديم طلبة العلم الشريف