بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم
ألحمدلله رب العالمين. والصلاة على سيذنا حبيبينا سيدنا مولانا نبينا محمد وعلى أله وصحبه أجمعين ومن تبعهم الى يوم الدين
Alhamdulillah, dapat juga saya ke Kota Damietta buat kali keempat walaupun sebentar, saya kesana dengan menaiki tramco bersama seorang sahabat bernama Mustakim. Kami bertolak kesana selepas saya bersama sahabat-sahabat menghantar sahabat pulang ke Malaysia iaitu saudara Izzat Ismail, Muhaimin dan Ammar, mereka semua dari fakulti Medic Ain Shams. Perjalan kami bermula lebih kurang jam 1800 dari Kedah Student Hostel seterusnya ke Ramsis dan 'Abud kemudian terus ke kota Damietta.
Sampainya kami disana lebih kurang jam 0138 agak terlewat kerana jalan sedikit que. Saya bersama sahabat agak keletihan kerana terlalu panjang perjalanan. Cadangnya tidak mahu tidur kerana waktu subuh sudah hampir tetapi akhirnya terlelap kerana tidak mampu untuk bertahan.
Selepas breaksfast keesokan harinya kami terus kerumah saudara Loqman untuk berbincang dan packing pakaian-pakaian yang telah disedekahkan oleh sahabat-sahabat Dumyat bagi menjayakan misi Prosma yang diketuai oleh saudara Hafiz untuk menghantar bantuan kepada saudara seislam Palestin selepas ekspo PMRAMM akan datang. Agak banyak pakaian yang kami kena bawa ke Kaherah nampaknya, lebih kurang 3 bagasi, dua beg balik kampung dan 3 plastik sampah. Hampir jam 1100 pagi kami pulang ke rumah penginapan untuk bersiap-siap pulang ke Kaherah pada jam 1230 nanti.
Jam ditangan menunjukkan pukul 1225, kami keluar dari rumah bersama-sama beberepa orang sahabat yang turut membantu dalam tugasan ini. Sementara itu saudara Mashkur ditugaskan untuk mencari teksi bagi mengangkut beg-beg ke stesyen bas.
Saya bersama sahabat-sahabat iaitu Mustakim, Ahmad Mashkur, Solahuddin dan Hnif bertolak dari Stesyen bas Dumyat Qodim pada jam 1440 dan tiba di Ramsis, Kaherah pada jam 1830. Setelah turun dari bas, kami segera menurunkan beg-beg dari perut bas dan seterusnya ke Hayyu sabeik untuk menghantar semua pakaian-pakaian di rumah sewa saudara Fridaus dibelakang Alsun School sebagai stor simpanan barabg buat sementara waktu.
Alhamdulillah, kami semua sampai dengan selamat.
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi
3 bulan yang lalu